Pejuang Berani Mati.

Thursday, June 30, 2011

Itu Hobi saya!

selamat pagi semua..
yeah..akhirnya...
.
bertukar lagi templates blog nih!haha .

.
maaflah yek kawan2 sekalian..saya ada satu hobi yang pelik sikit..iaitu cepat berubah2..tapi hati saya tak macam tu ye..insyaAllah..iman dan akidah saya pun tak mcm tu..

.
cepat berubah2 camne tu?

.
saya suka.....

ubah2 templates blog saya..

itu hobi saya..sbb saya sukakan kelainan setiap masa..sori yek kwn2..pening kan?haha.
.
.
profile picture facebook..

pun sama gak..saya suka ubah2 ..biasanya mengikut tempoh waktu..purata saya akan ubah dalam sebulan sekali..
.
.
.
susun atur dalam bilik..

ni pun saya suka..kadang2 saya suka ubah warna cadar saya..tukar sarung bantal..tukar lokasi katil,meja dan almari saya mengikut mood saya..ya itu hobi saya!sebab dengan hobi saya ni..saya rasa sentiasa fresh!..
.
.
.
suka ubah gaya rambut..

yang ni pun hobi saya gak..skrg ni saya suka rambut panjang..so mmg tgh simpan rambut panjang..nanti tiba satu masa..saya akan ubah pada rambut pendek..saya penah botak..penah wt spike..penah belah tengah..dan mcm2 style lagi..rambut pontianak je tak penah lagi..hehe..
.
.
Suka ubah resepi masakan..

selalunya ada orang suka pada satu masakan je..tapi saya tak..kalau hari ni saya makan nasi lemak..esok lusa saya akan ubah selera saya..cuba masak mee goreng ..bukan mee goreng biasa..tp cuba sesuatu yang baru..cam mee goreng mamak basah ke..atau create resepi mee goreng sendiri ke..kadang2 saya suka exploitasi makanan asal..sampai kadang2 jadi masin!argh!haha..


jadi itulah antara perkara yang saya suka ubah-ubah..ya ,itu hobi saya!..

tapi ingat..akidah,iman,cinta,sayang,setia saya tak pernah berubah..insyaAllah..



wallahua3lam..


P/S : psst psstt..saya ni seorang yang setia tau..hehe..(akak saya bgtau tau,bukan saya cakap).

usaha tu dah ada,tapi...

bulan julai dah nak masuk..so mcm biase kami akan topup barang2 dapur setiap awal bulan demi melicinkan tugas2 memasak..so ptg tdi kuar dgn incik shahidan untuk membeli brg2 dapur..wah dah mcm ibu2 yang bekerjaya pulak..
ni aswak assalam..pasaraya paling besar la tu kt cni..kalau kt mesia..besar giant pekan jer..utk pengetahuan korang..kt morocco ni xde shopping mall tingkat2 mcm kt mesia..paling besar yg penah saya jumpa ada kt rabat..nama die Megamall..nama je Mega..tp saiz ciput je..3 tingkat je..besar lg mydin kot..tp kt ctulah tmpt diorg lepak2..dgn gaya mcm org eropah..habis bergaye dah tu.slack satu je,datang megamall naik teksi....hehe..




dah abis beli brg dapur semua..kami pun siap sedia la nak membayor nye..time ni paling leceh..bukan ape..kt sini kalau dah bayor..kene bungkus sendirik brg2..hadoi..nak nak pulak kene tunggu belakang family arab yg beli brg setimbun gunung..sambil bungkus sambil tu la dia siap boleh borak2 lg ..kita kt belakang tunggu dah panas tapak kaki dah..so..setel membungkus..jalan nak balik tu saya nampak sorang budak arab lingkungan umur 16 tahun sedang menimbang berat badan beliau sambil di tangannya menjilat aiskirim sampai meleleh2!!
FAILED!

sumber gambar : google images .

Jom Reka Dialog

time bosan xde idea nk post ni..aku nak try lah segmen jom reka dialog..sape nak join klik sini.

DIALOG 1:

Suami : Eleh,ingat mulut awak je ke yang besar?aaaaaa....tengok mulut saya ni..

Isteri : eii..tolong sket..mulut sy lagi besar tau!!sekali dgn tangan2 naik nih..ha ..engok..aa...esa an..

Suami : aaaa... usyuk ee ulut awakk iii..aaaa..aaachom!






DIALOG 2.

Suami : eh , dah2 la tu gadoh2 pasal bende ni..cpt2 ready..de org nak snap gmbr..

Isteri : eh , aah la bang..cam budak2 kite gadoh..ok2..ready ..

Suami : senyum yang!

Isteri : ok ayang senyum...ayu tak ..hehe..


Sekian .

Hidup Suami Isteri bagai isi dengan kuku..jika kuku tercabut..isi turut sama sakit..bahkan menyakitkan jari2 yang lain utk melakukan kerja...jika isi pula diketuk atau kemalangan..kuku turut bengkak meninggalkan lebam biru yang meninggalkan darah beku berwarna hitam..jika sembuh sekalipun..pasti bekasnya terpahat...
wallahua3lam..


Gambar harus di edit kerana melanggar etika-etika berblogging menurut syariah .


Pakcik Teksi

semalam nak pergi ke khabbazat.. (sebuah pekan bising-tengik-sesak disini)

macam biasalah..kami ni kat sini transport utama..teksi..

dan kalau di wilayah Kenitra ni,teksi sini berwarna putih..

di wilayah lain seperti Rabat-Biru,
Marrakech-Merah,
Mohammedia-Biru-tak-berapa-nak-biru..

dan banyak lagi kaler lain diwilayah masing2...

sedang borak2 ngan junior...sebuah teksi lalu...adeh..terlepas..

tunggu...nampak sekor teksi lalu...penuh...

lalu sekor lagi..ade 2 orang kat perut teksi..takleh..syarat teksi di morocco ni...kene naik bertiga..lebih dari tiga..xterima...

.
tunggu..tunggu...satu pun tak lalu pulak...

.
kami decide...tunggu seberang jalan..mane tau dapat plak..

.

tetibe lepas melintas..teksi lalu..sebelah jalan tadi...

arghhh....

.
time kite nak ni lah dia takde...time kite taknak die byk pulak!
.

kami-berpura-pura-tanak-naik-teksi...

.
alhamdulillah..ada sekor teksi lalu...
.
.
sampai di khabbazat...

.
rupa-rupanya persatuan teksi-teksi satu kenitra buat idrob(mogok)..

.
.
patutla..kami yg jd mangsa...nasib baik masa balik tu ade teksi...

.
kalau tak.saya pulak mogok dengan pakcik teksi nih..!

macam la efek sgt kalau saya sorg je yg mogok ye dak?hehehe...

Daun Kuchai vs Ummu Ahla

wardatul ahla..


hari ni saya nak promote blog dua pasangan suami isteri cinta sejati yang mempunyai seorang cahaya mata yang bernama wardatul ahla..saya suka baca blog mereka suami isteri sbb unik dan ada identiti sendiri..kdg2 sy pun tak terfikir nak update entry mcm diorg..sgt best..utk pengetahuan korg,mereka ni jiran saya di morocco..so kalau sape2 nak baca kisah kehidupan yang sebenar kami di morocco..jom terjah mereka!!follow sekali ok!

Tuesday, June 28, 2011

KISAH BIDADARI SYURGA


Nabi s.a.w bersabda maksudnya :
"Setiap lelaki yang masuk Syurga akan diberi 72 bidadari; tidak peduli pada umur berapa dia mati, ketika dia masuk Syurga dia akan menjadi seorang berumur 30 tahun dan tidak akan tambah tua. Lelaki di Syurga akan diberi keperkasaan yang sama dengan keperkasaan seratus orang lelaki." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam Syurga dan kenikmatan, mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab Neraka. (Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan", mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Surah ar-Rahman ayat 70-77)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Allah s.w.t. telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna; putih, hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah s.w.t.. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata." "Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah s.w.t. dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka." "Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah s.w.t. cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya."

Sahabat yang dikasihi, Kisah mengenai kecantikan bidadari yang diceritakan Allah s.w.t dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w. adalah sebagai motivasi kepada orang-orang Mukmin supaya merasai dan menganggap hidup di dunia ini adalah sementara saja dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi dan kenikmatan sebenarnya adalah disana bukan di dunia ini. Jauhilah segala maksiat dan kemungkaran kerana nikmat di dunia ini adalah menipu dan tidak kekal lama. Mereka yang terpesona dengan nikmat di dunia dan sanggup melakukan kemungkaran akan menderita di hari akhirat nanti yang di sediakan azab oleh Allah s.w.t. Setiap orang Mukmin yang sentiasa berjihad dan berjuang di jalan Allah dengan ikhlas untuk mencari keredhaan-Nya maka 72 orang bidadari sedang menantinya disana, dan mereka tidak sabar-sabar menanti kedatangan suami-suami mereka yang masih berada didunia lagi. Bidadari-bidadari yang berada di Syurga marah kepada isteri orang Mukmin di dunia yang menyakiti hati bakal suami-suami mereka kerana isteri yang di dunia ini adalah sementara saja sedangkan bidadari-bidadari yang di Syurga adalah isteri-isteri yang kekal abadi untuk orang-orang Mukmin. Isteri yang solehah pula akan menjadi ketua bidadari di Syurga nanti dan kecantikannya akan dapat mengatasi kecantikan bidadari.

Terdapat satu kisah mengenai bidadari menanti untuk menjadi isteri orang yang bertaqwa. Pada suatu musim haji Abu Sulaiman Ad Darany pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Rasulullah s.a.w di Madinah.Di tengah perjalanan,dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakaiannya kemas.Pemuda tersebut memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman-temannya. "Dari mana anda ?" tanya Abu Sulaiman "Saya dari Iraq" jawabnya "Bolehkah saya pergi bersama rombongan tuan ?" "Boleh." Maka pemuda itu pun bergabung dengan Abu Sulaiman yang sama-sama ingin menuju ke Makkah.sepanjang perjalan pemuda tersebut sentiasa membaca Al Qur'an dan bila berhenti istirehat pula terus mengerjakan solat.Pada waktu siang dia berpuasa dan waktu malam diisinya dengan solat, zikir dan munajat kepada Allah. Di kala orang lain sedang rehat atau tidur dia terus beribadah tidak berhenti-henti. Begitulah kebiasan pemuda itu yang dikerjakannya sampai ke Makkah.Dia kelihatan tidak letih atau malas bahkan dari hari ke hari semakin rajin dan giat sehingga orang yang melihatnya merasa kagum. Setelah beberapa hari berjalan sampailah Abu Sulaiman ke tanah suci Makkah dan masing-masing sibuk dengan urusan mereka.begitu juga dengan pemuda soleh itu akan berpisah dengan Abu Sulaiman. Namun sebelum berpisah Abu Sulaiman ingin bertanya kepadanya mengenai kerajinnannya. "Wahai anakku,aku lihat engkau begitu giat melakukan ibadah tidak kenal letih.Apakah yang mendorong engkau berbuat demikian ?" tanya Abu Sulaiman. "Wahai Abu Sulaiman jangan mencaci aku dalam perkara ini.Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam tidurku aku melihat bangunan-bangunan Syurga yang diperbuat dari batu bata emas dan perak aku lihat pula di dalam istana itu bidadari-bidadari yang sangat cantik tidak pernah aku lihat wajah secantik itu sebelumnya. Salah seseorang di antara mereka tersenyum kepada ku dan berkata :"Wahai pemuda ! Bersungguh-sungguhlah engkau kerana Allah dalam meminangku. Aku berharap agar aku akan menjadi milikmu dan engkau menjadi milikku."

Setelah itu aku pun terjaga. Demikianlah si pemuda menceritakan mimpinya yang sangat menarik.dan mimpi itu pulalah yang membuatnya begitu bersungguh-sungguh tidak kenal letih dalam beribadat kepada Allah.Kerana barang siapa yang bersungguh-sungguh dia akan dapat. Setelah mendengar kisah tersebut Abu Sulaiman menjadi tertarik dan memintanya agar mendo'akan untuk dirinya. Kemudian dia pun pergi. Sahabatku, Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal. Di tempat yang tiada amal itu adalah balasan Syurga yang sungguh nikmat tidak boleh dibayangkan dengan fikiran dan tidak pernah dilihat dengan mata dan tidak pernah didengar dengan telinga. Para bidadari bermata jeli menanti kalian di sana insya Allah!

wallahua'lam

Monday, June 27, 2011

Pengumuman

assalamualaikum...

syukur ke hadrat ilahi..masih diberi nikmat iman dan islam..

alhamdulillah..alhamdulillah..

insyaAllah saya ingat..saya nak buat beberapa pembaharuan ketara ke atas blog ini...

antaranya:-

  1. penukaran nama Blog ustat rock kepada nama yang lebih baik dan sopan .
  2. konsep penggayaan bahasa yang lebih teratur..
  3. penggunaan kata ganti diri daripada "aku" kepada "saya."
dan insyaAllah mungkin ada pembaharuan dari segi design dan sebagainya..

insyaAllah..



Konsep Dakwah


kita tidak boleh memaksa jiran untuk membuka 'pintu rumah' mereka setelah tiga kali 'mengetuk' pintu rumahnya,kerana kita hanya mampu 'mengetuk' , kerja 'membuka' segala-galanya atas mereka . apa yang penting , Ikhlas kita dalam 'menziarahi' rumahnya .

peringatan buat pendakwah akan Konsep Dakwah .

tonton dan faham

Sunday, June 26, 2011

BERSIHkan Sampah sarap .


marilah sama-sama kita BERSIHkan negara kita yang tercinta,jangan biarkan sampah sarap merata-rata.Hargailah keHIJAUan negara kita .

Friday, June 24, 2011

Man Gua Part 2 (last)

boleh baca yang awal disini .

Sambungan ...

nak wt mcm mana,nak taknak kene tidur jugak..sakit pun sakit lah..dalam keadaan sakit tu aku teruskan kehidupan mcm biase..dalam sebulan gak dpt cuti ..dah abis cuti aku balik asrama cam bese..pastu dipendekkn citer..aku ngadu la masalah rumahtangga aku ni kt kwn aku...camne nak setelkan masalah aku ni..sakit kaki ni..kaki ni nak pakai lama...bukan sehari dua...

Aku:Lan,aritu kan kaki den seliuh torok..den bantai poie sepak tunggo kayu..sampai skang sakit eh..
Lan:yoko..bistu dah elok lom?
Aku:dah elok dah,tp sakit laie la..den raso kono berubek caro kampung lak ni..kau ado kona2 tukang urut yang boleh dipercayo tak?
Lan:ooo..ado,kek kampung den..namo dio Man , orang panggil dio Man Gua..kau poie yo Simpang diyan tu g kampung den..Kampung Jorang..tanyo la kek no umah eh..
Aku:oh yoko?buleh terai nih..tenkiu bebeh..

*********

tiba la cuti ujung tahun waktu tu..aku pun balik umah aku kt jelebu..pastu aku pun meneruskan misi mencari pakcik yg dikatakan pandai mengurut tuh..cari punya cari...x jumpa..sampai kt Masjid Kampung jerang tu..aku tanye bilal yg tgh main nyorok2 dgn imam,mesra betul org kampung nih...hehe..xdela..pakcik tu bgtau aku umah Man Gua tu dekat je..masuk kiri masuk kanan masuk kiri jumpe rumah yang kaler pink tu,itu bukan rumah die..(eh sempat pulak bilal ni bergurau dgn aku)..sambung beliau lg rumah die sebelah umah pink tu..ade tanduk kerbau tergantung...selepas mengucap terima kasih aku pun men drive lah ke rumah beliau..dan akhirnya jumpa...

Aku:Assalamualaikum..
Tetamu:waalaikumsalam..(ramai suara yang kedengaran)
Aku:ini rumah pakcik man tukang karut urut ke?.boleh Tuju Lagu saya masuk.?
Tetamu:iye dik..masuklah..kami pun dtg nak berurut..
(aku pun masuk lalu bersimpuh cindai di lantai ruang tamu)
Aku:apa khabar pakcik?sambil salam dgn 2 , 3 orang tetamu yg dtg.ade lg 2 wanita berumur aku tak salam . just bagi isyarat macam Mas Azzam dalam ketika cinta bertasbih tu .
Tetamu A : sihat alhamdulillah. dari mana dik?
Aku:dari simpang pertang cik . acik dari mane?mana tuan rumah nye cik?
Tetamu B:pakcik mai dari kedah nun..pagi tadi sebelum subuh sampai..mai dtg nak berurut jugak..ada duk dalam bilik nun ..ikut turn masuk na..
Aku:oh jauh nye..oic..

aku tgok jam kt tgn pukul 10 pagi..pergh..ramai gak org dtg..dri pelusuk alam..maknanya pkcik ni mmg femes..dlm mase menunggu tu dgr suare dri dlm bilik pakcik tu ckp . "tuang air kt budak tu..".bagusnye Man Gua ni,org dtg nak berurut siap hidang teh tarik baik punya , siap ada biskut lagi..satu sifat yg patut aku puji dan itu menambah keyakinan aku Man Gua ni dikalangan legend di Malaysia dalam bab mengurut..

******
selepas 2 jam menunggu,tibalah turn aku..cuak jugak sebenarnye..mase aku tunggu kt ruang tamu tu.aku dgr bunyik kruk krak kruk krak mcm tulang dipatah2kan..punah..pakcik ni wtpe la kt org tu..tanpa segan silu daku masuk bilik dia..salam dgn Man Gua..itu first time aku dtg sini..cuak jugak..dlm bilik tu aku nmpk ada gmbr seorang lelaki berambut panjang paras bahu muka mcm komunis china..mmg sah itu Man Gua waktu muda..skrg ni berkopiah berambut pendek..sejuk perut aku nengoknye..lepas tu ade bendera malaysia,thailand dgn china..aku cube memulakan perbualan..

Aku:pakcik dlu tentera ke?
Man Gua:mana ada..gambar tu masa gua belum insaf lg..masa gua pukul orang..skrg gua dah berubah kan?gua dah tinggal benda2 tu ..okey lu sakit apa?kasi baring la..
Aku:oh yeke,kaki saya seliuh pakcik...okeh pakcik..

aku pun baring la..dia pun memulakan sesi urut die..serius demi Allah aku tak penah lg jumpa tukang urut yang mcm dia..bukan akupuntur..bukan pakai minyak..bukan jampi puh puh kanan kiri..tapi mmg unik..aku pun x tau nak describe cane..kaki aku mmg takyah ckp la..kruk krak bunyi die..mcm tulang berlaga2 ..tp tak sakit..pastu dia tgok muka aku mcm obvious curious..dia pun memulakan perbualan..
Sekadar Gambar Hiasan . Sumber Google .

.
Man Gua:gua dlu jahat..banyak buat silap..tapi lepas gua koma dlu..gua dpt hidayah..tuhan bagi gua kelebihan ni..gua pun tak tau bila gua dapat benda ni..tuhan tu sayang kt hamba2nya..dia bagi gua peluang..dia bagi gua bini yg taat..lu blaja mana?
Aku:bagusla cik..saya blaja Maahad Ahmadi gemencheh..
Man Gua:oh kira lu ni ustaz la ..bagusla dik..lu blaja rajin2..blaja ilmu agama tak rugi..tgok mcm gua..dah tua2 mcm ni dah payah nak masuk..tp gua syukur..tuhan bg gua kelebihan ni..utk tolong org2 yg lumpuh sakit mcm lu ni..kasi senang buat ibadah..tulang kita ni..sejak kecik dia akan ada clash ,kdg2 kita tak perasan..bila dah tua..mesti lari munya..mcm kereta la..kereta baru lu tgok alignment dia mcm mana?lurus kan..tp bila dah 5 tahun 10 tahun guna..kompem lari punya..ini kan badan kita..tuhan bg kelebihan ni utk gua pomen tulang2 dan urat2 manusia yg dtg cini..gua tak promote gua tak cerita..tp mana yg tuhan pilih dtg cni..tuhan syg ..sbb nak ksi betul duduk antara dua sujud..nak kasi repair tulang2 supaya sempurna sifat solat..
Aku:oh yeke pakcik..alhamdulillah bagusla..(sambil Mengetap Bibir seperti menahan air ketumban pecah)

selepas sejam dia pomen tulang temulang gua..Man Gua pun suh gua bangun dan jalan..Gua pun bangun..eh tetibe aku terikut lak style die ckp..haha..selepas tu aku pun bangun dan jalan..Subhanallah..ringan!..Lega!..tak ada rasa ngilu!..mcm baru lahir!..rasa bdn aku yg berat mencecah 70 kilo ni mcm senipis kapas je..dia suh aku duduk tahiyat akhir..subhanAllah sekali lg..aku dpt duduk tahiyat akhir dgn sempurna..cecah peha smaa rata dgn lantai..dia suh duduk bersila...peha aku pun sama rata dgn lantai..dia ckp kalau nak tahu alignment kaki ni lari..time duduk bersila peha kita x rapat kt lantai..x mcm masa kita kanak2 dlu..dia citer lg yg tulang kita ni main peranan penting dlm mengalirkan darah2 ke urat2..kalau yg basic tu dibetulkan kedudukkanya yg asal..insyaallah daging2 akan disusun pada tempatnya..bengkak2 akan surut..darah akan berjalan lancar...

***********

demi Allah aku sgt bersyukur..mmg takjub dgn kehebatan yang allah beri pd dia..aku pun puji dia..tp dia ckp jgn puji..semua ni dtg dri Allah..gua ni sebab musabab je ..yg menyembuhkan lu kene ingt..bukan gua..tp Allah..

pergh..tertikam aku dgn kata2 nya..sgt2 lurus akidah Man Gua ni..dh la dtg cni dpt minum teh free..pastu dpt ceramah free..service pulak takpayah ckp la..korang tau lepas aku urut tu..aku rasa kaki aku mcm baru lahir...ringan..lega..sakit belakang takde..dan mase aku urut tdi..dia urut eh bukan urut ,lebih tepat dia adjust satu badan aku..aku rasa mata agak cerah sikit..pastu bdn rasa mcm lega..tgn kiri aku dlu de jatuh pokok ..mmg rasa mcm something stuck in there..lepas dia adjust..aku rasa lepas dn ringan tgn ni..masyaAllah..

lepas dia abis adjustment tu..aku tanye die..bistu org melayu selama ni..duk berurut guna minyak xleh ke..dia ckp la..gua taknak drop mana2 tukang urut or style urut melayu kita..tp kalau setakat urat2 yg bengkak buleh lagi urut..tp bg gua..kalau lu betul benda asas..kompem yg bengkak tdi pun betul..terpulang la pd masing2..ade org suke urut guna minyak ..tp ni cara gua..ni yg Allah bg kt Gua...Gua kene bersyukur dn guna elok2..

selama aku hidup..tak pernah rasa lega mcm ni..dan mengikut perbualan dgn makcik2 yg dh jd followers setia tu..dia ckp Man Gua ni femes..org dri sarawak penah dtg..Brunei..tp hanya org yg tahu je dtg..rumah dia takde pun letak papan tanda mcm tukang urut moden skrg..tulis kt papan tanda depan rumah:"tukang urut,sila hubungi nombor"kdg2 tu siap ade letak nilai tuu...10 ringgit sekali services..abah dia ngaja camtu..tak ikhlas langsung tolong org..kot ye pun takyah la buh nilai tu..

sebut pasal upah..Man Gua ni mmg zuhud..tak meminta pun..org kata tak perharga kan khidmat dia..cam aku yg sengkek lagi kering ni..aku bagi 10 hengget je..kekeke..sian pakcik tu.tp bg aku..lepas korg rasa services die..aku rasa patut bagi dia 50 kot sekali srvices..entah tu pun murah..sbb mmg korang rasa lega ya amat...cam aku ni xpela kasik murah,sbb dia kawtim dgn aku...dia ckp..lu ustat..hidup ni kene Rock..tp Rock bukan yg head banging...tp Rock yg tolong org dlm susah..ajak org buat baik..pandai gaul dgn org..yg paling penting..Rock yg ada sumbangan kt islam..tu baru rock katanya..haha..

sejak lepas tu..aku akan ziarah dia ..walau kaki aku lega pun aku sentiasa pegi ejas..utk masa depan bini aku gak kan..hehe..sbb dia bukan pandai ejas aligment je..dia boleh albohol korang punye kekuatan batin..akak angkat aku..dia dah 5 tahun xleh beranak..dpt sorg je anak..aku rekomen kt die..suh pergi jumpa Man Gua..alhamdulillah tahun lepas dapat anak..dia pegi dlm 3 4 kali taun lepas..berjaya lah..cara urut dgn wanita?..kompem la dia x suh korg bukak2 baju..jgn risau..pastu korg leh duduk dlm bilik tu..tgok cane die buat...dtg dgn suami/isteri pun boleh..mcm akak angkat aku tu..dia pakai baju labuh2 lg..tp dia pegang berlapik la..sbb dia x guna minyak pn..apepun yg memberi zuriat..bukanlah Man Gua,eh apa ayat aku..yg memberi zuriat bukan dgn berurut dgn Man Gua! ha baru betul..tapi Allah yang berikan..Man gua pun ckp camtu..

masa tahun 2008 ziarah dia..dia ingat muka aku,nama aku..taun lepasaku balik mesia..pun masih ingat aku dan nama aku..mmg kawtim dah dgn dia..ade sekali tu dia campak kunci kete die kt aku..

Man Gua:bai!lu tolong gua angkut anak gua kt sekolah..gua terlupa plak..lu drive kete gua..
aku:erkk..xpe ke pkcik?
Man Gua:lu ni bai..gua caye lu..pergi cpt..gua nak setel pakcik ni dlu pastu solat zohor..anak gua nak abis sekolah dah tu..
Aku:orait bebeh!..(kete die saga je,tapi enjin superb rock!,mmg masyuk la kete die)sampai aku tersesat nak ke simpang pelangai..sekolah dia durian tipus je pun..haha..sempat la mengetest sprint..

Alhamdulillah..aku takkan lupakan jasa beliau..aku harap Allah panjangkan umur Man Gua..sbb aku rasa..dlm mesia ni..hanya sorg je skill mengurut mcm tu..ritu die de sebut nak turunkan ilmu kt aku..tp aku risau..takut yg patutnya elok..patah pulak ..ah punah !

sekian..wa sayang lu Man Gua..

Info:Man Gua merupakan Kacuk Melayu China..digelar Man gua kerana cara percakapan Beliau yg menggelarkan dirinya Gua.Sesiapa yang mahu mencuba khidmatnya bolehlah datang awal pada hari bekerja.


P/S:kalau korg berminat nak cuba.boleh la ke Kampung Jerang,Simpang Durian,Jelebu Negeri Sembilan....dan tanye org2 kt ctu..kat mana Rumah Man Gua tukang urut..dan jgn lupa sampaikan salam aku pd dia..sebut je ustat Morocco..kompem die kenal..hehe..

Man Gua Part 1

dulu masa aku form 4 aku penah mengalami injured yang sangat serius..masa tu ada perlawanan bola sepak liga antara sekolah..aku ingat lagi macam mana perasaan yang sangat pedih masa tu..perghh...die punye sakit takleh hingat...masa aku tgh main tu..tetibe ada tunggul kayu yg timbul..tp x perasan sgt ketimbulan kayu tuh..lalu dgn gaya kaka aku cuba utk melakukan hantaran silang kelantan kepada safee sali (bukan nama sebenar),tapi malang menyebelahi aku apabila kakiku tersepak tunggul kayu tuh..bola masih kat situ..aku terus tergolek-golek mcm tenggiling utk menarik perhatian referee,tapi sayangnya referee waktu tu sibuk menggali hidung mencari lombong2 timah yang sudah lama tidak diteroka..

*******

aku angkat bendera putih kt pihak lawan..sorg player pun tak layan..hadoi..aku cuba bangun balik tapi gagal..aku xdpt rasakan kaki kanan ku bernyawa..pijak tanah jatuh..pijak tanah jatuh..ah punah mcm tu..mana hilang kaki aku ni...aku jerit kt member aku 'wei ronaldo!(bukan nama sebenar)tolong aku ..kaki aku kaki aku...'dia pun tolong la aku , tolong letak tepi padang je..die p sambung main balik..hadoi..

aku dapat cuti sebulan yg diberi doktor..kerana katanya aku mengalami seliuh yang teruk...aku pun balik la umah ..dgn tak berurut..kaki ku mula bengkak..sungguh nikmat berjalan Allah dah tarik sekejap..abg ipar aku suh duk kt rumah dia memandangkan ayah aku sibuk dgn urusan kerja di kelantan..abg aku ckp nak bwk aku jumpa specialist anatomi badan..aku iyakan je..aku dah tak dpt fikir sbb masa tu aku terbyaang kain kapan je..sakit beb...

esoknya abang aku bwk g maktab perguruan seremban..(dlm hati aku , amboi specialist ni pensyarah ke)tp syak wasangka aku terpesong kerana rupa2nya waktu tu skuad Negeri sembilan utama training kat padang maktab perguruan Seremban..pergh..biar betul..dpt la aku jumpa player2 negeri sembilan waktu tu macam khairul anuar baharom,penjaga gol malaysia yang berambut panjang dulu tu aku tak ingat nama dia..pastu jumpa la coach dia waktu tu K.Devan..terkejut gak aku abg aku ni kwn rapat gak dgn K.devan..

Abang ipar:bos,apa kabar?training sampai ptg nampak..
K.Devan:ha nampaknya camtu la..kalau nak repeat menang liga cam tahun lepas(2003) kene training budak2 ni..kalau tak manja diorg ni..
Abang Ipar:bos,ni adik saya .(sambil salam dgn aku).kaki dia lari parking la bos..
K.Devan:apesal ni?camna buleh jadi macam ni?.
Aku:tak tahu la .saya tersepak tunggul waktu main liga kt sekolah..
K.Devan:oh , main bola kalau tak injured tak sah..ok takpe saya refer pada Dr.Chee.(sambil panggil Dr.Chee.)azman!one-on-one training!.(dia pun berlalu)


lepas tu Dr.Chee tu berkenalan2 dgn aku..dia pun amek satu ubat ni..nama dia Voren Plus..dia sapu kat kaki aku ..sejuk perut mak dia ngandung rasa dia..Voren Plus ni boleh cari kt farmasi..fungsi dia utk kecutkan bengkak..okeh..lepas dia sapu tu..dia amek satu seletip putih ni..dia balut kaki aku kuat2..pergh pelik gak..pastu dia suh aku bangun dan lari..(perghh sekali lg)..aku nak pijak tanah pun xleh..dia suh aku berlari..mulanya aku menolak..pastu dia paksa..aku bangun..dan jalan...eh..boleh jalan cam biase...pastu aku jalan laju sikit..eh okay sikit..sakit tak ada sgt...pastu abg aku greet thanks kt diorg dan balik..Dr.Chee pesan suh rendam kaki aku 10 minit dlm air batu setiap hari...

*******

sampai kt umah..kaki aku dah reda sikit...setiap hari aku rendam kaki aku dgn air batu ..semakin hari semakin reda bengkak dan leh la jalan...tp ada satu malam tu..aku xleh tidur....rasa ngilu sgt kt tulang kaki...aduih sakit nye...pastu time aku solat..aku xleh nak duduk tahiyat dgn sempurna...Allah..nape ni..waktu tu..aku dpt rasakan..aku xleh bergantung pada usaha perubatan sains sahaja...malam tu mmg aku xleh tidur..ngilu kt tulang...sampai berpeluh...fuh...

Bersambung..klik sini .


Sumber Photo:Google Images.

Thursday, June 23, 2011

No Surprises-Radiohead


No surprises that my tank of idea is out!

layan jela lagu nih .

rock ckit ptg2 khamis ni kan .

Tuesday, June 21, 2011

Wordless Wednesday #2

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

"Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa"

AlFurqan:74.

klik untuk tumbesaran .

Starbuck Morocco

haritu perut ku kelaparan dan bergendang gempita menyanyi lagu faizal tahir memekik-mekak meronta-ronta.
aduh , hebat betul penangan tidak sarapan pagi ni .
aku pun siap2 lah pegi layan restoren yang tak jauh dari rumah kami .
.
.
dalam perjalanan pulang .
aku terjumpa satu cafe atau restoren ni failed!
.
.
tgok kt bwh ni .

.
.
.
.

klik utk tumbesaran.


.
.
.

sungguh undang2 morocco ni sangat lolos .

.
.
.
.

Berminat sedekah zakat ?

Post ini akan melekat selama sebulan .
untuk entry terbaru sila skrol ke bawah .


ada sesiapa yang nak zakatkan duit kepada pelajar-pelajar kurang mampu tak?kalau ada bolehlah emelkan kepada saya di are_dik_87@yahoo.com .

insyaAllah dengan Nama Allah yang memegang nyawa saya . dijamin zakat itu akan diagihkan pada yang layak menerimanya .

kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan latar belakang penerima,bukti,boleh berhubung di emel saya.

dan kepada sesiapa yang ada kenalan dari golongan berada . saya amat berbesar hati anda sampaikan mesej ini kepada mereka.mana tahu terbuka hati mereka nak membersihkan harta dengan berzakat.amat dialu2kan .

Rasulullah S.A.W telah bersabda "Zakat itu tidak mengurangi harta(bahkan menambah)".
Riwayat Muslim (2588)

kerana firman Allah
"Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat),supaya dengannya engkau membersihkan mereka(dari dosa)dan mensucikan mereka dari akhlak yang buruk..."
surah attaubah ayat 103.

ayuh bantu golongan pelajar agama yang bermusafir fisabilillah menuntut ilmu di luar negara .
wallahua3lam.

Monday, June 20, 2011

bukti Allah sayang kita semua


Umar Bin Khatab melaporkan ,"beberapa orang tawanan dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w.tiba-tiba ada seorang perempuan di kalangan tawanan itu tercari-cari anaknya.setiap kali dia berjumpa dengan bayi,dia mengambilnya lalu didakap dan disusukan.'pada pandangan saudara-saudara,adakah perempuan ini akan mencampakkan anaknya ke dalam neraka?'.

kami menjawab,"demi Allah , tidak.'

Rasulullah berkata lagi,'Demi Allah,Allah sayangkan hamba-hambanya lebih daripada sayangnya perempuan ini kepada anaknya.'

Sahih Bukhari Dan Muslim .


*********

Sahabat sekalian , seringkali kita terlupa bahawa Allah sangat menyayangi Hamba nya . namun , kita sahaja yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah .

kita selalu alpa dengan nikmat dunia . buka aurat . mengumpat . melakukan bermacam dosa yang mengundang murkanya . mengapa mencari murkaNya sedangkan Allah sangat mengasihani Hambanya . mengapa perlu lakukan semua itu ?

**********

ingatlah tuan2 Allah sudah berpesan pada kita dalam surah At-takathur ayat 1-8 .

"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3) Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (4) Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5)(Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6) Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! (7) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! / (8)."

jangan sampai dah masuk kubur baru nak menyesal kawan2 .

sama2lah kita renungkan .

wallahua3lam.




Sunday, June 19, 2011

AYAH,JASAMU ABADI DI HATI INI..

lama tak join segmen abang ben .
.
.
hari ni saya nak share kat korang kisah ayah saya dan saya .

sila klik sini utk baca kisah pasal ayah saya .

.
.
.
Selamat hari Bapa .

Haji Abdul Ghani Bin Abdul Rahman .
Thanks for everything .

P/S: sila sediakan tisu bila baca kisah tu ye.hehe .

FB cristiano Ronaldo Di hack orang melayu?

klik image untuk tumbesaran .sumber sini .


.

sebenarnya itu bahasa portugal yang membawa maksud "hari yang baik , atau selamat pagi ".
.
.
camna pulak kalau nak kata "hari yang buruk , atau selamat petang ?"
.

Bom Aku ke? haha .
.
.
takdelah . kalau hari yang buruk .
"Dia ruim"
.
.

Selamat petang pula .
"boa noite"
.
.
.
okeh.

skrg aku ajar korang bahasa arab pulak .

selamat pagi - Sobahul kheir .
Selamat petang - Masaa ul Kheir .
selamat malam - lailah sai3dah .

.
.
.
okeh seterusnya aku akan ajar korang camna komunikasi ringkas kalau2 korang terjumpa dengan arab kat malaysia . boleh la praktikkan sikit2 .
.

sebagai contoh :

korang tak faham apa yang diorang cakap .

jawab:" ismah li , ma fahimtu syai an ."-maaf saya tak paham .

atau

" wallahi la atakallam lughotul arobiah , tatakallam injlizi? "
.
terjemahan -seyes gua tak paham bahase arab . lu cakap inggeris?.

.

okeh itu saja tips bahasa arab utk korang .
haha .


P/S : kdg2 kalau ustat malas nak layan kerenah arab ni yang byk songeh,ustat wt isyarat bisu-dan-pekak .tu da malas tahap gaban dah .

Hachiko vs Qitmir


Anjing Hachiko

Haritu aku de tgok citer Hachiko lakonan Richard Gere dan joan Allen dan seekor Anjing yang terlatih yang pandai berlakon . kalau ada anugerah award anjing2 sedunia ,pasti beliau yg juara.
.
cerita ni aku sangat2 bagus dan aku cadang pada korang tengok sbb ia mempunyai moral yang tinggi.ia berdasarkan kisah benar anjing Akita yang berasal dari jepun.dimana pada tahun 1924 Professor Ueno yang mengajar di University Tokyo membela anjing yang bernama hachiko . nickname beliau juga adalah Chuken yang bermaksud Anjing setia .Hachiko selalu menemani beliau sehingga seluruh penduduk disitu mengenali kesetiaannya . Hachiko ni juga menunggu tuannya pulang kerja setiap hari di stesen shibuya , tokyo , Japan .sehingga tibalah satu hari professor ueno mati pada 21 mei 1925 di tempat kerja kerana serangan pendarahan intraserebrum . namun , Hachiko masih menunggu tuannya di Stesen Shibuya selama 10 tahun , setiap hari .dan Hachiko mati pada 8 march 1935 di jalan berdekatan jambatan sungai inari Shibuya kerana sakit paru2 . kemudian ia di awet dan di letakkan pada muzium sains di sana .

moral cerita ni :
  1. Kesetiaan . Ketabahan .
  2. Kebesaran Allah , Binatang menjadi teladan buat manusia .
  3. Kehebatan kuasa Allah mencipta binatang yang menyayangi manusia.
  4. Usaha yang tidak putus asa .
dan korang boleh tambah sendiri moral cerita ni lepas menontonnya .


Anjing Qitmir .
(ataupun dalam Alquran disebut Raqeem)


ini pula kisah Anjing yang menemani 7 orang Ashabul Kahfi yang diceritakan oleh Allah pada kita dalam surah Al kahfi .actually,ia kisah 7 orang pemuda dan anjing .terbalik pula . hehe .

kisah Alquran ini lagi best dari Hachiko sebab mereka tidur selama 300 tahun ditambah 9 tahun hilaliyah (qamariah).berbeza dgn tahun Syamsiah.tak paham?hehe.
Tahun syamsiah adalah tahun biasa yang kita kira . 1 abad bersamaan 100 tahun .
tapi tahun qamariah ni , 1 abad bersamaan 100 tahun + 3 tahun .
ini bermakna kalau mengikut tahun qamariah .
mereka tidur selama 309 tahun !!SubhanAllah!
kita tidur 2 hari pun dah nyanyok .ini kan pula 309 tahun!kuasa Allah.

Ayat 18 Alkahfi yang bermaksud .
"dan kamu mengira mereka itu bangun ,padahal mereka tidur,dan kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri , sedang ANJING mereka mengunjurkan kedua2 lengannya di muka pintu gua.dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka ."

Ulama tafsir seperti Ibnu Kathir telah menyamakan firman yang brbunyi"dan kamu mengira mereka itu bangun,padahal mereka tidur" dengan perilaku serigala kini yang menutup mata kiri dan tutup kanan sebagai salah satu tanda kebesaran Allah .

Moral kisah Qitmir dalam Alquran ni sangat banyak . antaranya :
  1. sebagai senjata yang digunakan untuk menakut2kan musuh yang datang dengan bolak balikkan badan qitmir seolah2 ia terjaga.
  2. tauhid pada Allah .anjing juga taat pada perintah Allah , inikan pula manusia.
  3. jika kita menghadapi masalah , perlu hadapinya dengan jemaah . bukan bersendirian.
  4. menunjukkan bahawa tubuh manusia dan binatang apabila tidur,perlu dibolak balikkan supaya darah mengalir dengan lancar .
  5. Anjing merupakan guard manusia paling baik .
  6. boleh menggunakan binatang dalam menghadapi musuh2 islam .
dan korang leh baca sendiri kisah ashabul kahfi . camne? hehe.ringan2 lah tangan tu buka tafsir alquran .jangan ringan bukak fesbuk je.hehe

xdela,aku gurau je.leh baca kisah ashabul kahfi secara umum disini.
atau video disini .
.
Kisah Ashaabul Kahfi ni jugak dikenali oleh penganut Kristian sebagai Seven Sleepers. Kisah ini mula tersebar ke seluruh wilayah taklukan Kristian apabila Paul the Deacon(720-799) dan Gregory the Tours(538-594) menulis sebuah kisah mengenai keajaiban yang berlaku kepada tujuh orang pemuda berserta seekor anjing. Kisah ini berdasarkan kisah benar yang menjadi kisah turun temurun di Ephesus, Turki. Ajaibnya adalah kisah ini 100% sama seperti kisah Ashaabul Kahfi yang diceritakan daripada ayat 9 hingga ayat 26. sikit lagi , ada la tu omputih wt movie pasal citer ni.

Gua Ephesus.

patutlah kat morocco ni banyak orang bela anjing , sebab mereka pegangan mazhab maliki , kita mazhab syafie sentuh pun dah kene samak.hehe.
akhirnya , harap ini sedikit sebanyak memberi info untuk korang .
wallahua3lam .

SUMBER:Google Images.

P/S : pepatah arab ada mengatakan .
'anjing merupakan teman paling setia bagi manusia'.
lepas ni jangan la korang salahguna p tulis kat followers korang jadi "anjing2 yang setia".
:P




segala isi dan fikrah ini ditulis oleh saya sendiri,sebarang percanggahan dengan mana2 pihak tertentu amatlah dipohon dgn sejuta kemaafan , dan menjadi pilihan buat mereka untuk menolak pendapat saya .kerana 'kullu kalam yu'khozu wa yurod , illa al ma3soom'
setiap perkataan,pendapat, boleh diambil dan ditolak,melainkan satu , hadis nabi s.a.w.
wallahua3lam



Saturday, June 18, 2011

Sekor ayam makan sorang?


semalam rasa malas betul nak masak .
respek buat ibu2 dan suri rumah yang tak pernah bosan mengadap dapur .
semoga Allah memberi mereka pahala berlipat ganda .
sebab tu lah dalam islam kata wanitalah yang paling senang masuk syurga .
kerana mereka tabah .
bak kata pepatah tu .
"tangan kiri menghayun buaian , tangan kanan mengegar dunia."
aku tambah ,kaki kiri sepak suami yang malas cari nafkah .
.
.
.
.
hidup di obersea ni mmg memerlukan kesabaran kerana semuanya perlu dilakukan sendiri .
basuh baju sendiri .

masak sendiri .

kemas katil sendiri .

repair paip sendiri .

tapi satu je takleh sendiri .

kencing berdiri .

tak beradab .
.
okeh .

bila tiba satu masa , kami persatuan bujang-bujang sedunia ni akan rasa malas sgt nak masak .

.
biasalah , kdg2 kelas pack , sampai nak solat pun bentang sejadah dalam dewan kelas .

.
jadi , bila dah penat . makanan paling sedap adalah order dan bayar .

.
semalam ustat lapar tahap ultraman taro .

ustat pilih 'dajaj kamil' (ayam bakar sempurna)nih . beli kat Label Vie .

nih rupa bentuk beliau . comel kam?

.

tabur sos tomato .
kat sini takde sos cili .
tomato pun tomato lah .
..
.
.
.
.
.
.
.
selepas 5 minit .


|
|
V


makan lagi dan makan lagi .

selepas 15 minit .


|
|
|
V




ya ! tak percaya ?

.
ustat pun tak tahulah ustat ni manusia ke jin .
mcm bela jin pulak selera nya. huhu .

.

.

Beginilah dugaan pelajar .
letih rohani(akal) lebih berat dari letih jasmani(badan) .

Sekian .

.

=_=

P/S : syukur kehadrat Allah kerana nikmat dan rezeki masih diberi .
'Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..All praises to Allah..All praises to Allah...'
(cam suara maher zain x?)

Malware Menyerang!!!!

sape la yg dengki dgn ustat nih .
kenapa ada malware ..
.
.
T_T

sape2 yg ada pengalaman nak sepak malware dlm blog ni tulung ustat please...

.

termurah zaman ini !



zaman kini .
semua benda mahal meninggi .
semua benda naik .
hujan je yg turun .
semua benda mahal .
namun , ada yang terus menerus menjadi murah .
.
.
.
.

darah manusia menjadi murah .
dibunuh sesuka hati .
eksiden sana sini .
.
.
bayi suci menjadi murah .
dibuang sana sini .
tiada belas simpati .
.
.
Iman manusia menjadi murah .
jual agama sana sini .
persenda hukum jadi hobi .
.
.

maruah wanita menjadi murah .
jual body demi sesuap nasi .
maruah nya bagai tiada rugi .
.
.
Oh Parah !
Oh , Parah !
.
.
.
Tuhan , selamatkan kami dari azab api neraka .
selamatkan kami dari siksa di Dunia dan Akhirat .
Ameen .
.
.
.


Label Vie


semalam turn aku masak .
ku kuatkan kaki melangkah ke LabelVie .
sebuah pasaraya yang agak dekat dari rumah ku .
.
.
5 minit berjalan , sampai suda .
orang lelaki kalau shopping , itu yang dia fikir ,
itu lah yang dibeli .bila dah membeli terus belah . kene bayar dulu la .
.
.
aku nak cepat .
so , aku amek bawang setengah kilo .
prun hitam sikit , kismis sikit .
ingat malam ni nak masak tagine .
dah selesai beli lauk .
aku beli brg2 yg perlu utk aku .
.
.
.
aku amek sabun basuh .baju dah menggunung everest.
amek klorox .
cukup .
.
.
pergi kat kaunter aku bayar dan bungkus .(tupun nak citer ke.hehe)
kat morocco ni , bile dah beli , kita bayar ,
kita yang bungkus sendirik barang2 tu dalam plastik .
ingat tangan kita mcm tangan patung budha ke ape?
syukur malaysia semuanya terbaek.
.
.
.

sampai kt rumah .
aku landing jap .
sgt panas .
musim panas sudah tiba .
ni kalau kat pantai .
memang banyak dugong2 berjemur .
.

.
selesai memasak .
aku angkut kain baju nak basuh .
tiba2 , ah sudah .
mana pulak perginya sabun dgn klorox tadi?.
takkan tertinggal kot .
aku cari kat lemari tak jumpa .
cari dan cari .
akhirnya..
.
.
.
.
DALAM PETI AIS !
punah aku .
seb baik cpt .
kang tak pasal2 masuk sotkaba assobah morocco.
'7 orang pelajar malaysia ,
mati tertelan klorox' .




.
.
.


-_-'

Friday, June 17, 2011

solat jemahat

'ahhhh,aku tetap akan kalahkan kau spiderman!'
'ini KL gua yg pegang,bukan lo!'
jerit aku .
aksi kejar mengejar berlaku .
aku back flip bangunan tabung haji , melompat mengejar spiderman yang lari ke arah KLCC .
kemudian aku mengelak helikopter tengku mahkota johor dan terus menerpa spiderman yang sudah kehabisan topup sarang labah2 beliau .
.
.
'aku dah cakap berapa kali hah?kau ni tak paham bahasa kan?'
'kesian pekeje DBKL nak bersihkan sawang2 labah2 kt bengunan2 nih.'
debush! kedegak! tebaboo! mioww!. bunyi aksi tumbuk menumbuk .

.
.
.
tiba2 , pang!

'woi! bangun!'
'solat jemahat!'
.
.ha?
punah.
.
.
.
spiderman tadi terlepas dan ketawa jahat pada aku .
.
.
.

moral of the story .
.
jangan tido lepas subuh .

-_-'


P/S : kejadian ni berlaku suatu masa dahulu . waktu itu siti nurhaliza masih lagi menjual kuih sambil berlari2 menyanyi lagu .'kuih siti sana sini '.

Kembar Fedtri Yahaya?

ramai orang kata ,
muka saya ada iras-iras fedtri yahaya ,
sape die tu eh?
saya pun tak kenal .
saya ingatkan menteri .
rupa2nya pengacara tibi .
.
.
saya sejj google .
taip la nama beliau .
saya tengok .
tak sama pun .
kalau ada pun bau-bau kentut je kot .
sbb ,
saya lagi kacak .
.
.
dan dengan ini saya nak menegaskan .
memang tak sama langsung .
nak tau tak muka saya iras sapa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sama kan?

:P
hehe xde lah .

P/S : aku tetap aku . walau diberi pilihan untuk aku menjadi selain aku . tetap jua aku memilih menjadi diriku . kerna , hanya aku tahu rahsia diriku .

Thursday, June 16, 2011

semut merah

sumber photo disini .


.
.

aku hempaskan tapak kaki.
lemah menuju buntu .
melihat tanah kemarau menanti basah .
lantas melirik senyuman .
kepada semut-semut gigih .
gagah dan merah .
tak pernah menyerah .
.
satu hembusan lelah .
ku lemparkan pada takdir .
tak layak keluh .
tak teguh kalah .
menjulang tabah .

di kiri sudut mata .
aku patahkan sayap .
memarkir pandangan .
pada seorang tua .
menjamah simpati di lorong miskin .
melatih tangannya menadah cuma .

.
.

aku bertitah pada sayap .
teruskan mara mengibas .
kerna kau punya kuasa .
membelah langit bernafas rezeki .
menikam angin bertuah awan .
.
.

terima kasih semut tabah .
kecil-kecil mu.
mujur kuendah .
asalkan tidak .
sayapku patah .

.
.


Ustat Rock ,
via Villa Ammu Ahla ,
Kenitra , Morocco .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...