Pejuang Berani Mati.

Showing posts with label Karut. Show all posts
Showing posts with label Karut. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

sibuk tahap dewa tangan lapan belas

dah dekat berape purnama aku tak jenguk blog aku ni.apatah lagi nak meng 'naik tarikh' (up date) terokbenorterjemah.

byk lah kau punya alasan kan.ckp ajelah kau dah xde laptop.muahahaha.

ok lah , aku akui , sejak laptop aku jual ni , aku rindu nak manje2 dgn blog ni. kalau dulu aku selalu kutil2 dia sampai dia geli . skrg usik pun jarang . kesian kat ko ye blog . kalau blog ni perempuan . dah lama dia mintak cerai kat aku kan ? miahaha.

pertama dan keduanya .

Selamat Hari Raya AidilAdha.

sila bukak kitab sendiri ye kalau nak dengar ceramah2 pasal Korban,sebab aku pun dah begitu terkorban dengan limpahan daging-daging korban dalam perut aku nih.

MasyaAllah.kadang2 rasa nak korek balik perut ni , keluarkan daging2 tu , simpan balik buat stok letak dalam peti ais . kan........hehe..

anyway,kami kat morocco ni , beraya lambat sehari . ini bermakna senin baru kami beraya . jauh benor gamoknye negara nih ..tp tak mengape sebab daging korban x putus2 dapat sampai aku rasa nak sumbat daging dalam tv sebab peti ais x muat . apepun minggu ni saje memang saving duit rumah . hari-hari daging !

sampaikan aku rasa nak buat teh perisa daging pun ade . tapi ade ke orang boleh minum ? kah kah kah .


anyway ikuti perbualan ini . (tiba-tiba tukar topik )

encik R : eh , ko tak ingat ke lagu ape tu yang ...ala...


Aku      :  hah ! lagu mende ? (sambil kemut2 lubang hidung )


encik R : ala..ade lagu higher tu..siapa ek nyanyi..


Aku      :  higher ? lagu ke selipar tu? (memang tak tahu tahap bangang).


encik R :  lagu la ..haha..ha yes..aku ingat ..ni penyanyi dia . Taio Cruz-Higher Feat.Kylie Minogue.


Aku      :  oh lagu ni ke?(buat2 tahu la kunun,terpaksa layan jaga hati member)

suasana dipenuhi bunyi dentam dentum muzik .(mcm dlm karangan upsr pulak)bagi nak menyambung perbualan,aku cuba mengisi perbualan.

Aku      : best kan lagu nih..(masih xnak mengalah buat2 tahu,tiba2 keluar seorang perempuan gedik2 menari)
            : oh..perghh...lawa jugak kan taio cruz ni..cun sey..

encik R: .................................memandang muka aku dgn pandangan hina..

encik R menutup lagu tersebut lantas berlari-lari ke tandas..beberapa minit kemudian ketawa terbahak-bahak sampai muntah daging bertaburan..

..



.






YELA SALAH AKU SEMUA NI ! KULIT KYLIE MINOGUE TAK TERBAKAR MCM TU !




.




.

Friday, October 21, 2011

xyah letak tajuk.(speechless)



arab malay zainab punmi!!

layann..


maaf sbb blog ni lama sgt tak berhapdet..so..utk mengisi jumaat korang..terimalaaahh...


datok siti nurhalijah boleh cari job lain pasni.

Monday, October 10, 2011

Padamu Ku Bersujud Cover By Udy

Assalamualaikum.

seperti yg saya janjikan,hari ini saya akan upload lagi Cover song yg dinyanyikan saya sendiri.kalau semalam saya janji nak buat lagu DALAM MIHRAB CINTA kan?tapi saya nak mintak maaf byk2 sbb lagu tu saya x jumpa covernye..so,terimalah cover yang tak seberapa..dari afgan..Padamu Ku Bersujud..jom nyanyi same2 adik2..haha..







'ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
 esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

repeat *, reff
repeat reff

pada-MU'

Source lirik: http://liriklaguindonesia.net/a/afgan/afgan-padamu-kubersujud/#ixzz1aKzHRhw9


sekian...mtk maaf kalau tak sedappp...nti saya upload lagi lagu lain..

Tuesday, September 27, 2011

Kucing Seksi.




Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...............

Firefox vs Chrome vs Internet Explorer



sila letak dialog anda tersendiri .

Firefox : kepala hotak ko chrome! mati la die kalau makan getah tu byk2!!

Chrome : Fox! sabar ! die tgh frust tu biarkan die!

Internet Explorer : nyum2x,rase durian..nyum nyum nyum..





.
.
.

awek cun!




Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

*PENGSAN.

Monday, September 19, 2011

Friday, August 26, 2011

Kucing Gangster!

'aku malik dan sebelah aku shark,lu apehal pandang2?'

Thursday, August 25, 2011

alamak!kantoi tak pose!

seekor kucing telah ditangkap JAIS kerana didapati bersalah dalam cubaan makan di restoren.beliau akan dihadapkan ke pejabat agama bagi sesi kaunseling.
sumber-Berita Hairan.

Wednesday, August 24, 2011

WACHA! KUNGFU CAT!


Radio Sinar.FM


Seorang pendengar Radio Sinar.fm.. Sedang menelefon DJ tersebut di konti radio..


Pendengar : Hello radio sinar.fm??

Deejay : ya saya, dengan siapa sy berckp ni??

Pendengar : Saya Udy,boleh wt permintaan tak ??

Deejay : Boleh...Udy nak permintaan lagu apa ??

Pendengar : Tolong putarkan Azan Maghrib bang!! saya Dah lapar nih.^_^

Deejay : *tergolek guling-guling*

Tuesday, August 23, 2011

Bisnes.

Ayah : 'ayah nak ko kawin dgn perempuan pilihan ayah.'
Anak : 'taknak!'
Ayah : 'pempuan tu anak Perdana menteri malaysia,Dato Najib'
Anak : 'kalau camtu ok.'


kemudian,Ayah pergi berjumpa dengan Dato' Najib.

Ayah : 'kawinkan anak dato' dengan anak saya'
Dato' Najib :'Takkan!'
Ayah : 'Anak saya CEO Bank Negara'
Dato Najib :'kalau camtu ok.'

akhirnya,Ayah pergi berjumpa dengan Presiden CEO Bank Negara.

Ayah :'lantik anak aku jadi CEO Bank Negara ni.'
Presiden:'sori sikit!takkan!'
Ayah :'Dia menantu PM la,Dato' Najib'
Presiden:'Kalau camtu ok.'

INILA BISNES BRO..

mereka hampir sama kan?

klik foto untuk tumbesaran tulang.

pak arab sengal

disatu tempat di qatar.

-_-"

Monday, August 22, 2011

'kenikmatan kentut'

'semalam sewaktu aku syok melepak kat sebuah restoren makan tiba2 aku rasa aku sangat2 terdesak untuk melepaskan angin gas kentut.bunyi muzik waktu tu sangat sangat,sangat kuat,dan aku plan nak lepaskan angin gas kentutku seiring dengan rentak muzik.dan setiap rentak dan irama ku lepaskan angin gas kentutku mengikut kadar kekuatan muzik.



selepas beberapa buah lagu,aku mula rasa selesa dan perut rasa lega sangat,nak2 bulan puasa ni banyak juga makanan yang aku makan..


aku abiskan jus tembikai yang aku order dan tiba2 semua orang pandang aku dengan pandangan yang hina dan serius...............



dan barulah aku sedar dan perasan,
muzik yang aku dengar itu datangnya dari seekor ipod....










.



.

demmit!


.



p/s:nak saman steve jobs 20 juta .

Mimpi yang bukan mimpi

seorang awek telah menghantar msj kepada pakwenya.

Awek : 'awak..hari ni saya mimpikan awak..=)'

Pakwe:'ewww..yeke?..*icon terharu*'

Awek:'aah..awak mati..'

Pakwe:'..... x_x '



























.

PEMALAS TAPI CERDIK


Thursday, August 18, 2011

spontaneous thursday.

klik untuk tumbesaran.

fuh!..puas mengedit dan cuba menjadikan desktop aku cantik..akhirnya berjaya!..haha..apabila takde keje mcm nilah yg jadi..anyway,kalau korang nak jadi mcm ni..korang leh wt sendiri..hanya search kt google ..hehehe..spontan!

korang search google keywords ni.

'windows seven glass themes'
'rainmeter download'
'rocketdock'
'omnino download'

pastu korang leh follow tutorial dia satu2..
okeh!
tak paham tanye aku k.
da..

.
.

Tuesday, August 16, 2011

kerja gila

bulan march dulu,
member aku balik dripd bercuti dimalaysia,
pastu dia bgtau kt aku suh jemput dia kt airport,
lebih kurang sebulan jugak dia balik malaysia,
katanya akak dan abang dia kawin serentak,
sbb tu dia balik bercuti.

tiga hari sebelum dia nak fly balik ke sini,
dia mesej aku kat fesbuk,
suh aku jemput dia kt airport casablanca,
katanya banyak barang dia bawak.
aku balas 'ok,tp duit sewa kete ko byrla'.

keesokannya aku pun menyewalah sebuah kereta,
jenama renault buatan itali,
sewa tak lama dalam 4 hari kot,
itupun junior aku kat rabat yang sewakan.

pagi-pagi lagi aku dah bangun bersiap nak bertolak ke airport,
perjalanan dari rabat ke airport casablanca mengambil masa lebih kurang,
2 jam setengah.

aku bawak member aku sorang lagi buat teman berborak,
memandu kat sini memang perlu alert dgn persekitaran,
pak pak arab ni drive macam orang gila sikit,
so memandangkan syahiddan pun pandai buat lawak pecah usus,
takda lah bosan sangat aku nanti.

setibanya disana kitorang paling benci dgn sistem safety morcco ni,
nak masuk jemput orang pun nak kene cek bagai,
kuarkan abis semua barang dalam poket.
dengan hati yang menyumpah2 kat polis tu,
aku buat ajela,kang tak dapat masuk kang,susah pulak.

tunggu punya tunggu,
dekat sejam jugak urat punggung aku bengkak,
ingatkan sampai sharp pukul 1 tengahari,
sekali lagi sistem airport disini sangat menguji minda,
dalam tu macam2 proses lah kene buat kata member aku.

sedang kami menunggu penuh setia di bahagian 'arrival',
aku meraba2 lubang poketku yang agak besar,
menjalar2 tangan dan jemariku mencari sesuatu.
tiba-tiba aku dapat merasakan satu perasaan yang amat gila,
kunci kereta sewa ku lost-up!(lesap).

ah,barai betul la.
takkan tinggal dalam kereta kot,
waktu tu bermacam2 imej bermain2 dimindaku,
duit yang berkepak terbang mcam burung,
aku bayangkan aku duduk dalam penjara,
dan aku bayangkan aku makan dengan nasi garam.

rileks bai..
bawak bertendang.
aku tarik nafas panjang2,
cuba senyum paksa bagi memujuk diri,
istighfar berkali-kali,
dan barulah ilham dari tuhan datang.

rupa-rupanya,
kunci kereta tu aku tertinggal kat check point sebelum masuk tadi,
sah!kat situ dah aku cicir.

bagaikan usain bolt,
aku berlari melepasi segala umat manusia,
siap teguk botol air lagi bagi menambahkan kelajuanku berlari,
sampai2 saja disana,
polis yang aku maki2 tadi tersenyum kambing padaku,
alamak..apa yang aku nak jawab ni.

aku tanye mamat polis tu,
'wach syufhti sarot voiture diyali?'
'ana ked tarektu hina,ismahli bizzaf'
(ko de nmpk kunci kete aku x?)
(aku tertinggal kt cni tdi,maaf)

mamat polis tu da gelak2 dgn member dia,
dia jawab:'fien ghodi zirba khuya?wach entina ttyar?'(gelak guling)
(ko pegi mane nk cpt?ko pilot ke?)

aku syak kunci tu mmg ade kt polis tu,
walaupun sakit hati dia gelakkan aku,
aku terpaksa la layan.

lepas dia abis gelak tu.
aku ketawa sama2 sebagai tanda mengakui kebodohanku,
pastu dia bagi kunci tu.
fuh,Alhamdulillah.
kalau tak,melayang seluar dalam besi aku.

kerja gila lah!

Thursday, August 11, 2011

Kenangan puasa # 2


waktu kecik2 dulu.kalau tibanya bulan pose,mmg takkan lari dari beberapa bende nih.kalau tak buat dikira puasa tak sempurna(wah,mcm wajib pulak).
perkara yg aku maksudkan adalah main mercun,main bunga api,main tikam(judi koyak kertas),mandi sungai,ponteng puasa,dan bla bla bla yada yada yada..

yg paling menjadi menarik minat aku adalah kenangan waktu sangap main tikam,membazirkan duit tah ape kejadahnya tah.aku tak tau zaman skrg ade ke tak lg tikam tu aku pun tak tau.bdk2 skrg ni mane main dah bende2 gitu.semuanya mengadap PSP,XBOX dan sbgainya.jadi,aku akan citer kenangan pahit campur manis2 sikit pasal TIKAM nombor nih.

permainan tikam ni dlu2 mmg mnjadi rebutan bdk2 kecik time tu,bdk2 yg dah tak berapa nak budak pun masih brminat main bende alah ni.biasanya supplier tikam ni semuanya cina.mercun pun cina yg supplier kt kedai2.dlu,mercun2 semuanya belum diharamkan,kitorg beli kt kedai runcit je.kdg2,sampai tunggu depan kedai,kedai tak bukak lagi semua dah beratur nak beli mercun papan saiz ibu jari.waktu tu tokei2 kedai mmg kaya raya la.tp yg pelik time tu,xde pulak berita2 bdk putus jari ni.bdk2 zaman skrg je bebal.x pandai pegang mercun kot.haha.

ok,utk pengetahuan korg,tikam ni dia mcm cabutan kertas la.byr 10 sen utk 2 cabutan.saiz lebih kurang dua depa,pastu ade la gmbr oltromen,batman,wwf,wtf?! dan mcm2 lg gmbr utk menarik perhatian org menikam bende alah tu.so,mmg ramai la yg akan berkumpul dan menikam.tikaman yg paling mahal pun,RM 2.00 je pun,makna kata,kalau bende alah tu harga dia 3 ringgit.kertas2 cabutan tu ade lebih kurg 100 kertas.korg darabkan la.untung tak untung meniaga bende haram nih.hehe.biasanya,mmg nasib la nak dpt kena yg 2.00 hengget.sbb hanya satu je cabutan utk dpt dua hengget tu.bodoh kan?.tp minat punya pasal,bdk2 ni layan.

ok,kisahnya begini,time tu,otak aku pun bebal jugaklah.teringin sgt nak merasa mencuba tikam2 ni.bukan apa,sedap pulak dgr bunyi bdk2 ni cabut kertas tu.haha.
pastu ade shari tu,ayah aku bagi duit suh pegi beli kuih kt umah cikyah ayam,biasanya kt ctu la jual kuih2 dan jugak kt ctulah budak2 jual tikam ni melepak.ayah aku kasi duit 5 ringgit.suh p beli kuih campur2 la.waktu tu kuih x naik rege mcm skrg.bak kata ayah aku "maha supo bedil!".mahal mcm senapang.dulu singgit dpt la 5,skrg singgit dpt 2 stengah .tupun kene tambah lg bagi cukup .ceh!

sampai kt kedai kuih.aku teringin nak beli tikam.last2 dua ringgit melayang perabih duit kt menatang tuh.ces.bebal jugak aku.pastu bawak balik kuih,15 biji jerk.bapak aku ape lg,dia syak lah.dia tanye mane lg 2 ringgit?aku diam.

.
.
ayah aku dah tau,aku perabih duit tu utk beli tikam.ayah aku ni mmg sensitip bab2 ni.dia tau je aku guna duit tu kt bende tak berpekdah tu.korg tau apa ayah aku wt?.time tu jugak dia amek rotan nipis.kalau sport rim kete tu saiz 17 ha mcm tula nipisnye rotan tu.

"ZAS!!aku tok haja mung wt kijo hare nih!sapo dio aja mung heh?!"

"toksey ayoh,toksey doh~~ore mitok maah..waa."

"ZAP!ZAS!TEBOB!doh buat baru nok mitok maah!?mung tau dok bendo tu BEJUDI?!HARE!"

"mtok maah ayoh~~tokse dohh..janji doh tok wuat lagi..~~"

aku lari ke luar rumah,ayah aku kejar sampai dapat.dia lepas kan rotan tu dia amek sebatang kayu dan menyambung merotan aku di kaki.

"ZAB!DEBUK!DEBUK!tebabo!"

dan begitulah seterusnya..sampailah aku mati..haha..xdela..dia benti bila dia dah penat..

aku menangis..pastu terus berlari kt bilik.kunci pintu bilik(merajuk mcm perempuan).

..

waktu tu , aku bersumpah,xnak dah buat bende tu.dan skrg,ia sgt menjadi pedoman buat aku.sbb bende tu mmg judi pun.dan Hukuman judi sangatlah berat.sedangkan apa yg aku terima dri ayah aku tu,sgtlah ringan lg nak dibandingkan dgn Hukuman Hudud.iya..main tikam tu x sepatutnya dibuat dibulan ramadhan..ia adalah cara halus org kafir utk menggalakkan org islam di malaysia ni berjudi..nilainya kecik,tp hukumannya tetap sama..kaedahnya tetap sama..

..

azan maghrib saja.aku masih dlm bilik..menangis.merajuk lah konon tak nak berbuka.ayah aku tak bagi mak aku panggil makan.dia suh biarkan duk dlm bilik sorg2.kasi ajar cikit.dah 20 minit azan maghrib.perut aku dah berbunyi2 dah..menyanyi lagu M.Nasir satu hari di hari raya.siap gendang gendut tali kecapi pun ada sekali main .ni takleh jadi ni,kalau aku terus merajuk,lapar aku.aku intai ayah aku dan mak aku kt lubang pintu.diorg tgh solat.jadi,time tulah baru aku kuar bilik.dan terus ke dapur mcm org gila.buka je tudung saji,terus amek nasi makan mcm org kebuluran 40 hari.sampai tersumbat nasi kt dalam hidung.haha.

lepas terawih selesai,mak aku dtg kt aku.pujuk semula dan convince.dia tanye dah makan ke belum?bla bla bla..perbualan yg x menyentuh peristiwa ptg tdi.jadi terubat jugaklah kesedihan hati ni.ayahku mmg tegas bab hukum hakam agama.dan aku sgt bersyukur dpt ayah mcm beliau.dlm pada dia rotan aku tu.dia beli aku kasut baru baju baru time nak dkt raya.byk jugak dpt.hehe.

.

zaman skrg ni,tak tau lah masih ada ayah atau tak ada kredibiliti seorang ayah mcm ayah aku.mungkin ada , ya ada je.ayah anda semua kan?.hargailah ayah anda semua.kdg2,ada perkara yg kita benci di waktu kite kecil ,sebenarnya baik di waktu kita dah dewasa.itulah cara seorang bapa mendidik anaknya.=).

wallahua3lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...