ape kabar sume?harap sume sihat wal afiat..pose tak?hehe.
aku baru je join contest 'SAYA DALAM BAJU RAYA SAYA' kat fb page 3kupang media..senang je nak join..korang hanya perlu like page tersebut..and then ikut langkah2 ni..sebelum tu..nak mtk korang like la dulu gambar penyertaan aku..klik sini .
Kontes : "Saya dalam baju raya saya"
Kategori : 1 - Single 2 - Couple 3 - Group (family, kawan2, adik-beradik, etc) 4 - Blogger
untuk kategori SINGLE,COUPLE,GROUP sahaja Cara menyertai : 1- Buka 'wall' / dinding 3Kupang Media di Facebook. 2- Muat naik(upload) gambar anda di wall 3Kupang Media 3- Atau send ke order@3kupang.com 4-tunggu gambar anda dimasukkan dlm album PESERTA KONTES "SAYA DLM BAJU RAYA SY" terlebih dahulu 5.ajak rakan like gambar anda
untuk kategori BLOGGER sahaja cara menyertai : 1.para blogger harus buat entry berkenaan 3kupang media...xkisah la nk cerita pasai gambar kami..group kami...atau nk cerita pasai kontes nii..janji berkenaan dgn 3kupang media 2.blogger boleh letak gambar2 kami di blog anda 3.jika anda memerlukan info tentang group kami...anda boleh tnya atau pm kami bertiga AIMAN HAKIM, SALIHIN HAJI ISMAIL, ANAS 'CEYM' FIRDAUS 4.copy link entry blog anda dan paste kt wall 3kupang media
Cara pemilihan pemenang : 1- Hanya 1 peserta dari setiap kategori akan diangkat sebagai pemenang. 2.kami akan menilai dari segi kreativiti anda mempromote page kami(utk kategori blogger sahaja) 3-kami akan menggunakan sistem khas application java utk memilih pemenang(utk kategori blogger sahaja)
HADIAH MENARIK 1sesi photoshoot bersama 3kupang media *1printed photoinclude frame *gambar dlm bentuk soft copy(DVD)
Terma & Syarat Penerimaan hadiah :
1- Pemenang dikira melalui sistem like.paling bnyak like dikira sbg pemenang 2- Sesi fotografi akan dijalankan di kawasan, Kedah/Selangor/ KL. 3- Gambar secara print dan softcopy dvd akan dihantar melalui post.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN LIKE2 PADA 30SYAWAL 1432H..
ok?..jom like ramai2..dan tolong sebarkan pada kawan2 lain..hehe..nak wt 10 akaun fesbuk semata2 nak like gmbr aku pun bagos..ngeee..
time bosan xde idea nk post ni..aku nak try lah segmen jom reka dialog..sape nak join klik sini.
DIALOG 1:
Suami :Eleh,ingat mulut awak je ke yang besar?aaaaaa....tengok mulut saya ni..
Isteri :eii..tolong sket..mulut sy lagi besar tau!!sekali dgn tangan2 naik nih..ha ..engok..aa...esa an..
Suami :aaaa... usyuk ee ulut awakk iii..aaaa..aaachom!
DIALOG 2.
Suami :eh , dah2 la tu gadoh2 pasal bende ni..cpt2 ready..de org nak snap gmbr..
Isteri :eh , aah la bang..cam budak2 kite gadoh..ok2..ready ..
Suami :senyum yang!
Isteri : ok ayang senyum...ayu tak ..hehe..
Sekian .
Hidup Suami Isteri bagai isi dengan kuku..jika kuku tercabut..isi turut sama sakit..bahkan menyakitkan jari2 yang lain utk melakukan kerja...jika isi pula diketuk atau kemalangan..kuku turut bengkak meninggalkan lebam biru yang meninggalkan darah beku berwarna hitam..jika sembuh sekalipun..pasti bekasnya terpahat...
wallahua3lam..
Gambar harus di edit kerana melanggar etika-etika berblogging menurut syariah .
pertamanya syukur Alhamdulillah dengan seinfiniti kesyukuran terhadap tuhan robbul izzati kerana masih diberi nikmat iman dan islam . masih diberi peluang menghirup udara , melihat langit nan tinggi , mendengar kicauan burung2 . Alhamdulillah .
.
.
sebagai blogger baru , udy tertarik nak join segmen abang Ben yang mmg selalu rajin buat segmen menarik . jadi untuk mereka yang nak kenalkan blog mereka , boleh lah join di sini .
.
.
Apa yang menarik pasal blog udy nih? ha okeh . jom dengar . hehe .
.
1- 100% mudah difahami dalam bahasa Melayu .
2-tiada unsur penipuan atau kutukan terhadap individu tertentu .
3-mendapat jaminan ISO 9002 dari Blogger.com . :D
4-mudah dibawa kemana2 saja . malah ada dimana2 selagi anda mampu mengakses internet .
5-update terkini bola sepak .
6-berkongsi tips,resepi , dan pengalaman hidup .
7-nasihat2 untuk diri sendiri dan orang lain dalam cara yang tersendiri .
8-dan yang paling best , udy suka berkawan dgn mereka yang sudi berkawan !dan merupakan seorang pendengar yang baik . :)
dan sesiapa yang nak saya letak link dia . boleh tinggalkan link blog anda , dan saya akan masukkan link blog anda terus ke backline sy . mekasih buat Jamal yang sudi menegur kesilapan sy .seterusnya saya akan follow dan balas komen anda,insyaAllah . saya akan update dari masa ke semasa . jawapan saya kepada mereka yang berminat adalah 'saya pun berminat!' . so , jgn risau . saya akan masukkan link blog anda pada bloglist saya .
hari ni udy nak share wt blogger-blogger hijau mcm udy ni untuk banyak join kontes promosi blog kat blog2 femes . so , korang leh join tanpa rasa segan sepit sbb ia terbuka untuk mereka yang rajin.
oke! ni langkah-langkau untuk menyertainya pun akan dienyer .(ayat jozan acai)
1-Buat entry ringkas tentang segmen ini di blog anda dengan tajuk "Segmen : Promosi Blog Di Kizmyself ".
2-Follow atau tak follow terpulang anda.Tapi wajib sertakan header dan link blog ini di entry anda.
entry lepas x sempat di publish oleh abg ben sbb lewat,haha,kesiam utk oram cam aku yg duk jauh ni.huhu. . . .so skrg kt cni pukul 1413 bersamaan kt mesia kol 2113.so maknanya sempat lagi aku join.hehehehe.
. . . mekasih utk ben ashaari kerana beri peluang sekali lg utk bloggers baru join sesi taaruf nih. let check it out!
syaratnya kene lengkapkan ayat nih. ahah aku bab2 lengkapkan ayat ni mmg sgt suka sbb kt sekolah dlu tatabahasa aku dpt A-. aku serius . :D
Dunia Blog bermakna bagi saya kerana dapat mengisi masa lapang dari terbuang dengan2 kerja2 yang tak berpekdah seperti artis yang duk mengutuk golongan bloggers. haha .
jadi hari ni,tergerak hati saya nak tulis satu surat untuk ayah saya.maaf kalau agak jiwang.
Ayah ...
adik tau ayah tak reti membaca dan mungkin ayah tak tahu apa yang adik tulis . tapi adik yakin ayah tahu adik kat sini selalu rindukan ayah . doa untuk ayah selalu adik kirim dari jauh .
Ayah...
hampir 12 tahun kan mak pergi meninggalkan kita semua .dan hampir 12 tahun juga ayah memulakan kehidupan bersama keluarga baru . namun jelas pada raut wajah ayah , ayah masih rindukan mak .adik tahu sebab ayah selalu sebut pasal mak sewaktu kita bersama-sama ke kebun dalam lori usang untuk memetik sawit . ayah cerita yang kalau tiada arwah, masakan ada kebun ini , masakan ada lori ini , masakan ada van buruk yang telah ayah jual itu , masakan ada anak2 seramai 9 orang yang berjaya ini ,walau 2 darinya juga menemani mak di syurga sana.
sambil tangan uzur ayah memegang sabit sawit itu juga ayah ketawa cerita kerenah mak yang minta itu ini , namun di hujung nada ayah jelas terlihat kata senyum yang mengakhiri bicara mak lakukan itu semua demi kebaikan keluarga .
Ayah...
4 bulan sebelum mak pergi ,adik masih ingat situasi yang sentiasa terpahat dilubuk hati adik . sampai kini jika ia timbul dipermukaan hati ,ia pasti menggamit emosi .
pada waktu itu adik baru berusia 10 tahun ,yang masih nakal dan manja dengan dunia kanak2 .kakyang , kakak , semuanya di asrama bersekolah dan waktu itu adalah waktu yang amat berkesan untuk adik merakam memori yang berlaku pada waktu ketika itu .kerana hanya kita bertiga di rumah .adik tak tahu , sungguh tak tahu pada waktu itu , ayah sedang menanggung rahsia mak menghidapi penyakit kanser . penyakit yang sama menjadi sebab musabbab dia tersenyum di syurga hari ini .
tiba satu hari ,pulang saja dari sekolah , macam biasa pasti adik akan mendapatkan mak untuk bermanja .namun , adik tak nampak kelibat mak .getus di hati adik , mungkin mak keluar melakukan aktiviti mulia yang selalu dilakukan saban waktu iaitu mengikuti kelas tajwid bersama ibu-ibu felda .
petang tiba , masih tiada kelibat mak . senja tiba mak masih tidak muncul . suasana di rumah waktu itu sangat sunyi . senja itu hanya adik di rumah .sejuk .adik duduk disudut dapur . menanti mak dan ayah pulang , namun hampa .
dalam beberapa minit selepas itu bunyi van masuk di pagar rumah jelas kedengaran di telinga adik . cepat2 adik bergegas ke luar . namun , hanya ayah di pintu rumah sambil membawa pulang dua bungkus nasi yang mungkin ayah beli dari kedai makan .kelihatan pada waktu itu wajah ayah sangat suram , bermasam durja .seolah2 ada sesuatu yang sedang disembunyikan dari kanak2 kecil ini . 'dalam hati adik , ah, mungkin ayah penat bekerja barangkali.'.hanya itu yang mampu adik fikirkan pada usia semuda itu .
isyak sudah berlalu , namun suara mak masih tidak berkumandang . selalunya pada waktu itu mak dah panggil kami itu menikmati hidangan makan malam . namun kosong . hanya adik dan ayah di rumah . ayah beritahu kalau lapar , makan lah nasi yang dia bungkus tadi . adik pun apa lagi , memang feveret nasi ayam adik ayah belikan . adik ajak ayah makan sama namun hanya senyuman yang dilontarkan . ayah ke ruang tamu memicit remote control seolah2 ingin mengisi kekosongan yang ada . akhirnya , ayah terlelap di kusyen ..
Ayah ...
masuk hari kedua , mak masih tiada , adik buntu , mula timbul di hati rasa sayu , rasa syahdu . rasa rindu . kemana mak . ayah ..apa yang ayah dah buat sampai mak tak ada ? adik rindu mak ayah ..kenapa ayah tak jawab soalan adik mak kemana .
Ayah...
adik masih ingat..
hari ketiga mak masih tiada di rumah . adik sudah muak dengan ajinomoto kedai makan dalam masakan yang dibungkus .ah,adik tak boleh macam ni , nak jugak nasi dan lauk yang mak masakkan .tak hadam rasanya makanan bertapau ni .adik tekad ,budak berumur 10 tahun ini cuba menunjukkan bakat . menyelongkar lauk yang ada didalam peti sejuk .oh ya , ada ikan kembung . adik ambil lesung batu mengetuk ais yang tebal pada ikan utk dikeluarkan .bagus berjaya . adik ambil minyak dan menggoreng ikan yang terlebih warna kuning kunyit untuk dijadikan makan malam bersama mak dan ayah ,dengan harapnya mak ada .
nasi dan lauk sudah adik hidangkan .adik tunggu ayah pulang kerana sejak dua tiga hari ni ayah sering keluar pagi balik malam , mungkin mencari mak barangkali , hati kecil adik berkata membuat keputusan bahawa mak sudah lari dari rumah ni . setengah jam telah adik bunuh waktu dengan usaha menghidangkan apa yang adik cuba masakkan . namun hampa jua , hanya wajah muram ayah yang kembali .adik ajak ayah makan sekali ikan goreng , ada nasi . marilah , dah lama adik tak makan sama2 ayah .ayah melihat adik sambil tersenyum , adik makan lah ya . ayah dah kenyang . jelas sekali ayah menipu , jelas juga bayangan di wajah ayah yang ayah sedang merisaukan sesuatu . sehingga menyekat selera makannya . ya , adik yakin . adik jelas kasih sayang dan cinta ayah pada mak . adik juga tahu ayah sedang rindu pada mak .
Ayah ..
adik masih ingat.
pagi itu ayah kejutkan adik , katakan padaku hari ini adik tak perlu ke sekolah , jom ikut ayah getusnya . aku bersiap2 solat subuh dan memakai pakaian yang cantik . mungkin hari ini ayah mahu bawa aku jumpa emak . harap aku dalam hati . ayah kata mahu ke kuala pilah , sebelum itu kami singgah di kedai makan untuk bersarapan . macam biasa ,ayah suka teh susu .itu yang di order nya , kerna mungkin sudah lama tidak minum teh susu mak buat . adik pula ayah suruh makan kenyang2 .di saat itu adik dapat rasakan masa yang adik kongsi bersama ayah amat berharga .walau hanya bisu pembual bicara antara kami . namun setiap detik detik waktu yang ku habiskan , amat jelas dalam ingatan .
Ayah...
tiba saja di kuala pilah ayah menuju ke hospital kuala pilah .eh nak buat apa di hospital ini fikirku . tiba di hospital di wad wanita , aku lihat di hujung katil sebujur tubuh yang sering ku dakapi setiap malam sedang terlantar di katil wad . mak......
rupa2nya selama mak hilang , mak ke hospital sendirian , merajuk dek sakit kanser yang ditanggung . tidak menceritakan pada ayah pada sesiapa .hari yang ke tiga baru ayah tahu yang mak sedang menginap di wad di hospital kuala pilah hasil instict seorang suami yang kasihkan isteri .dan sampai kini adik tak tahu mcm mana ayah jumpa mak.
adik peluk mak , menangis , dan bertanya kemana mak pergi?napa tinggalkan adik kat rumah sorg2 , adik ingat mak marah adik . mak hanya tersenyum sambil menjawab ."mak kan ada ni...."
Ayah..
adik tahu ayah sayangkan mak sangat2 , sebab bermula dari tahu mak perlukan kos rawatan yang tinggi untuk bedah . ayah sangat berusaha bekerja keras tanpa mak disisi dan hanya kami sahaja , kadang2 saja kakak2 dan abang2 pulang menemani kami berdua .
Ayah...
kini adik tahu,bermula pada detik2 sukar kita menerima berita mak mengidap kanser . dari situlah adik nampak betapa ayah berusaha untuk menyembuh dan mengembalikan kesihatan mak sehingga berjaya,bermacam2 usaha ayah lakukan,dari hospital kuala pilah sehingga ke hospital kuala lumpur . berhari2 adik temankan ayah berulang alik menggunakan van biru buruk yang ayah telah jual itu .dan selama itulah jualah hari2 adik temankan ayah , baru kini adik tahu betapa kuatnya cinta dan kasih ayah pada mak .dan sampai sekarang juga adik tahu memori inilah yang menjadi tali antara kita yang tidak akan terputus selama2 nya .
Ayah..
adik sayangkan ayah ..
salam rindu dari kejauhan ..
P/S:maaf tak dapat cerita panjang lebar ,sebab biarlah kenangan yang tidak diceritakan itu menjadi kenangan berharga buat saya , mak dan ayah .marilah sama2 kita berdoa pada kedua ibubapa kita .
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu)Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)