Pejuang Berani Mati.
Friday, September 30, 2011
Korban
untuk mengubati kesakitan itu kita perlu pada satu jalan penyelesaian yang bijak.
dan aku memilih untuk berkorban bagi mengurangkan beban yang tersarat.
walaupun berat untuk hatiku melepaskan,tapi aku perlu teruskan.
aku korbankan ia demi maslahat akan datang.
aku korban engkau bukan kerana benci.
aku korbankan engkau kerana aku mesti.
sesungguhnya betapa banyak memori yang terpahat bersamamu.
sangat sayu mahu melepaskanmu.
tapi aku teruskan jua.
selamat tinggal.jangan pula kau benci diriku bila bersama dia.
jangan pula kau lupa kenangan kita pabila dia menjagamu.
oh Laptop ku..selamat tinggal..
maafkan aku terpaksa menjualmu..
last entry via Laptop Compaq C700...
bye bye..hukhuk..
Wednesday, September 28, 2011
Isi yang bukan isi
isi apa yang bukan isi?sudah tentu ia tidak dinamakan isi.tapi ada isi yang dipanggil isi,tapi hakikatnya bukanlah isi.
kapas didalam bantal.isinya gemok,tapi jisimnya ringan.
belon angin,bentuknya besar dan cantik.warna-warni.tapi isinya angin.
periuk nasi.tidaklah sebesar mana,tapi jika ditanak nasi.kenyangnya seabad.berisi.
lesung batu.bentuk dan jisimnya kecil.tapi beratnya besar.huduh pulak tu.tapi masuk apa saja untuk dilumat,pasti akan padat.
tapi aku tak suka kalau isi yang ada pada kuaci.
dahlah kecil.susah pula untuk dikupas.tidak mengenyangkan satu hal,kulitnya bersepah-sepah.
pilihlah mana satu diri anda.mahu jadi belonkah,lesung batukah,kuacikah.
kalau aku diberi pilihan ini.
aku tetap mahu menjadi aku.
.
Hipokrit
aku terlalu banyak melihat manusia diluar sana yang hipokrit,kadang2 aku sendiri pun melihat diri aku didalam medan hipokrit ini satu ketika dahulu.
kenapa manusia perlukan hipokrit?bagaimana ia boleh terjadi?
manusia akan melakukan sifat hipokrit ini dalam banyak keadaan.
keadaan terpaksa,keadaan tersepit,keadaan gembira,keadaan sedih,keadaan terharu,dan banyak lagi keadaan.
tapi kebiasaannya sifat hipokrit ini akan datang apabila seseorang itu tidak sedar akan hakikat diri dia sendiri dan lahirlah hipokrit bagi menampal apa yang sebenar pada diri manusia itu sendiri.
bagaimana ia terjadi tu sudah tentulah datang dari situasi yang menyebabkan anda tercampak dalam membuat keputusan ini.
sebagai contoh anda sedang terasa hati dengan si A,dan tiba-tiba datang si B yang tidak tahu akan perkara yang berlaku antara anda dan A tadi dengan puji-pujian melangit buat si A.jadi anda terpaksa membuat keputusan dengan mengakui kepujian itu.sedangkan apa yang anda rasa adalah sebaliknya.
contoh yang lain pula,anda baru ada blog,dan anda terpaksa mencari blogger-blogger yang sudah berpengalaman untuk menaikkan prestasi anda ber blogging,jadi disitu ramai yang tidak akan sedar diri mereka akan berubah menjadi seorang yang hipo-hipo-yang-sangat-krit.
mulalah memuji "abang,abang nye blog ni best lah,best tulisan abang".(tangan didada mata keatas)
komen tentang entri biasa pun anda akan komen tinggi melangit.sedangkan content nya hanya cerita pasal kucingnya mati.tapi disebabkan nak kan trafik dan perhatian dari beliau,anda terpaksa menjadi hipo-hipo-yang-sangat-krit.
jadi point aku kat sini.
ciptalah identiti anda sendiri,jadilah seorang yang telus dan jujur,binalah jati diri yang kuat.entry yang power dan superb.buat orang lain gelak dan senyum sorang2 dalam bilik.mampu buat orang amek tisu menangis berjurai-juraian airmata sampai tersedu-sedu.mampu buat orang lain tekan "previous entry" semata-mata untuk mencari entry yang sangat menarik perhatiannya.
ok?
aku pun tak dapat nak buat camtu lagi..
hipokrit ini perlu juga kadang-kadang,tapi biarlah berpada-pada.jangan sampai orang meluat dan geli dgn anda.
chill ya!
_____________________________________________________________________
Tuesday, September 27, 2011
Firefox vs Chrome vs Internet Explorer
Monday, September 26, 2011
saya rindu ...
sumber gambar dikreditkan ke:google images.
Saturday, September 24, 2011
nenek tua yang bertuah.
kelihatan seorang nenek tua yang baru pulang dari pekan.
kelihatan beliau yang sangat lemah dan dhaif membawa barang ditangannya.
beberapa tapak dia berjalan,dia berhenti.
beberapa tapak lagi,dia berhenti.
jelas kelihatan bahawa beliau sangat penat dan tidak larat menampung berat.
berat yang datang dari barang2 yang dibelinya..
.
kebetulan pada ketika itu,Rasulullah s.a.w dalam perjalanan yang sama pulang ke rumah.
dan Baginda yang sangat mulia akhlaknya pun mempelawa nenek tua tersebut bantuan.
maka tanpa mengetahui siapakah lelaki mulia itu,nenek itu pun menerima.
.
dalam perjalanan pulang itu,nenek itu brkata pada Baginda s.a.w.
"kebetulan angpa dah tolong cek angkat suma barang2 ni na,cek nak habaq kt ang ni,cek nak nasihat cikit naa.boleh naa?"
Rasulullah pun senyum tanda terima.
"sat g,kalau angpa jumpa budak nama Muhammad di mana2 ka,ang toksah cayaa la sama dia na.Muhammad tu penipu,mengaku diri dia nabi la kunun..ajaran mana tah dia bawak mai kt kawasan kita ni,tak puaih hati betul cek..dah la penipu....."
blaa bla bla bla bla..yada yada yada....
Baginda s.a.w tersenyum dan meneruskan baki perjalanan sebelum tiba di rumah nenek tersebut.
dalam perjalanan tu,bermacam2 kata2 tohmahan,fitnah dan kutukan benci diluahkan pada baginda s.a.w..
namun,akhlak baginda yg sgt terpuji,baginda tetap meneruskan sehingga tibalah dirumah nenek itu..
dan setibanya di sana..baginda berkata pada nenek tersebut.
"wahai makcikku,seandainya aku adalah Muhammad itu,apa yang akan kau lakukan ?"
makcik itu pun menjawab:
"seandainya engkaulah Muhammad,aku akan mengucap ,aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan ENGKAU pesuruh Allah.."
"tidak ada orang semulia akhlakmu wahai anak muda"
Baginda pun tersenyum.
dan Alhamdulillah.
nenek tua itu bertuah dan memeluk islam walaupun sifatnya yang sangat kerek dan mangkak,tetapi ia menyebabkan beliau dipilih untuk menyaksikan sendiri kehebatan maknawi dakwah nabi .
SubhanAllah..
Nota Tapak Kaki:kalau aku la kene kutuk kat orang yang aku tolong,kompem dah aku santau makcik tu.haha.apepun,begitulah Islam itu yang sebenarnya.bukanlah pada kekuatan kata2 atau hebatnya berbicara.
akan tetapi impaknya yang bermutu tinggi sehingga menggetarkan jiwa2 orang yang kosong.
:)
Friday, September 23, 2011
aku disangka orang albania?
Nota tapak Kaki:dan beza yg lain aku tembam budak albania ni tak tembam...-_-"
.
.
Thursday, September 22, 2011
cerita adik
Tuesday, September 20, 2011
Terasa diri ini memerlukanMU.
Di dalam cahayamu Tuhan
Ku harap petunjukmu
Di dalam sinaran purnama
Ku mohon keampunan
Moga terlerai segala dosa-dosaku
Mogaku jadi hamba yang bersyukur
Tuhan Yang Esa udara yang kuhirup
Terasa nikmatmu yang menggunung
Tidak terhitung harga nilainya
Oh Tuhan Kau Pengasih Maha Penyayang
Oh Tuhan di depan ujian
Terasa diri ini memerlukanmu
Ku harap kau lindungi
Hamba yang lemah ini
Kau Tuhan Maha Kuasa
Maha pengampun
Ku harapkan pintu taubatmu terbuka luas
Untuk hambamu yang sering leka
Dengan rahmatmu dan kasih sayangmu
Kau ampunilah segala dosaku
Moga selamat di dunia dan akhirat
Artis:INTEAM.
Sumber:YOUTUBE@LIRIKNASYID.
Monday, September 19, 2011
perlukah aku membeli ipad 2?
Sunday, September 18, 2011
Real Madrid @ Levante: Match Preview
I am not criticizing, they can play anyway they want, but I am just noting that Real Madrid is probably going to have a bad time scoring their first goal. If we can manage to do that soon, it will be a comfortable game. Cristiano and Kaká are on the list, so I definitely think the Portuguese is starting
Saturday, September 17, 2011
Cetusan Merdeka Semalam.
ya!tidak asing lagi..dan tidak semena-mena darahku yg mengalir didalam tubuh..tiba2 rasa gemuruh,bangga,meremang bulu roma..
bahkan..terusik dan terharu..lagu yg dimainkan oleh seorang wanita maghribi yang dilahirkan di pekan koboi sidi yahya zaer,tamesna rabat ni adalah lagu kumpulan nasyid terkenal di Malaysia..iaitu..RAIHAN..
terdetik hati aku..SubhanaAllah..
"Allahumma rhamna bilquran...wajaalhu lana imamaw..wanuraw...."
wanita tersebut mengikuti setiap bait-bait baris lagu raihan tadi dengan penuh khusyuk..cukup menarik hatinya..dan aku tidak tahu,bagaimana dia dapat lagu itu yg ada didalam komputernya..mungkin seseorang telah memberi padanya dalam bentuk CD,kerana yg ku tahu di kawasan itu tiada internet..mustahil wanita itu nak cari dalam 4shared taip raihan..dan aku sgt bangga..kerana dia hafal..dengan rasa excited dan pecah jerawat mukanya aku pun meloncat2 depan wanita tu dan bgtau kt dia dgn hidung kembang yg takkan kempis.
'ukhti!hadika ughniya..aa laa mashi ughniya..annasyid.naam!hadika annasyid huwa min firqot diyalna..diyal maliziya..smituhu RAIHAN..hooma mashurr ukhti..ehehe'
(kakak!lagu tu kan,aa eh bukan lagu,nasyid lebih tpt..ya!nasyid tu kan asalnya dari kumpulan nasyid negara saya kak!Malaysia..nama kumpulan tu RAIHAN..derang mmg pemes kak..hehe)
Bangga betul aku bercakap dgn akak tu..akak tu pulak senyum dan jawab bisyarafin.bisyarafin..mizyan2..bagus2..dengan kemuliaan2(perkenalan)..
.
dan yg paling aku bangga..dakwah raihan dalam bentuk nasyid telah menembusi ke segenap pelusuk ruang..bebas MERDEKA dakwahnya yg atas niatnya sgt tulus ikhlas kerana Allah..
tidak perlu hantar kad jemputan khas utk meraikannya..bagaikan air..nama RAIHAN ataupun mesej yg Raihan bawakan telah mengalir bagaikan air sungai yg deras..tidak perlu dicurah..tidak perlu ditebing..ia mengalir dengan sendiri..bebas..merdeka..dengan caranya tersendiri..sangat international..sebelum ini aku bukannya tak tahu..dan tak pernah tonton video2 raihan disegenap negara..cuma..kali ini..bukti dan kesan yg disampaikan melalui nasyid dari Raihan ini amat memberi makna bagi aku tentang erti sebenar KEMERDEKAAN..
merdeka itu adalah..apabila segala apa yg kita lakukan dan kerjakan kerana Allah..tidak akan dijajah oleh sebarang anasir luar sebaliknya perkara itu pula yg 'menjajah' yang lain..freedom dont had no language..everyone can feel..what we want to deliver..
------------------------------------------------------
bersambung semula malam sewaktu aku mula menaip ini..
sesungguh di tengah malam ni..masih ada rezeki utk aku..alhamdulillah..makanan yg lebih di majlis tadi,dapat dibawa pulang dimakan pula kat rumah..hehe..syukur..
Selamat Hari Merdeka..
udy7,
Hassan Rabat,
Maghribi.
Wednesday, September 14, 2011
Tuesday, September 13, 2011
Motorsikal Suria Baja Hitam kene Curi?
Hilang Arah.
aku hilang arah.
Monday, September 12, 2011
disihir melalui gambar di facebook.
ni dikatakan okey la lagi sebab yang menyihir tu perempuan.cuba bayangkan kalau yang menyihir tu lelaki.gadis2 yang
so..nasihat aku..
berhati2lah..
manusia skrg tak ramai yg betul2 manusia..
ada yang bertopeng syaitan..
oke..
baca balik la entry aku tu kalau rajin..
!
Basah.
Friday, September 9, 2011
let me alone..
i just wanna left alone..
life..is much difficult with lying ourself..
sometimes..we need to be truth to them..
to give a space for a while..
and i take it..
as i see my self alone..
listen to this song..thank you linkin park..they always awesome!
not afraid to try such new element of music..fresh..
i follow them since i was kid..
yes..this is my favourite band ever..
every songs..i involved myself for curving some memories in em..
thanks again..
for such a great song...
Wednesday, September 7, 2011
Wasiat terakhir aku untuk Facebook

baru2 ini saya dah deactivate akaun facebook..keputusan ini ramai yg tertanya2 kenapa..jadi ini nota yg sy catatkan difacebook buat kali terakhir..harap2 ia membantu mereka yg sudah bosan dgn dunia facebook..bacalah..
assalamualaikum.
sebelum aku berambus dari facebook nih.aku ade beberapa perkara nak pesan kat korang.sebelum tu,aku nak mtk maaf kat sape2 yg penah terasa hati dgn aku.aku mtk maaf byk2.tindakan aku ni tidak dipengaruhi oleh mane2 pihak,mahupun yg masih hidup ataupn yg telah mati.keputusan aku ni juga bukanlah nak kate facebook tu tak bagus,atau kecewa ke ape.tapi keputusan aku buat ni,aku telah kaji banyak sudut setelah 3 tahun berfacebook.dan aku dapati,bagi aku,ia banyak buruk dari baiknya.
ok ni pesan aku.
1.facebook tidak memisahkan kita dari dunia sebenar,walau lah ko kate ia hanya dalam internet.tapi segala percakapan,perbuatan,pemikiran ko kat dalam dunia facebook ni,dosanya tetap sama seperti diluar.sebagai contoh.kalau kt dunia luar,ko tgok perempuan tak pakai tudung,tgok kali kedua tu dah brdosa,haram kan?dalam facebook pun ko kene ingat,ia tetap sama.ko tgok gambar perempuan tak pakai tudung,berapa ramai ? dgn jari je ko tekan,next..next next..semua ko tgok.pempuan pn same,ko tgok laki..next..next..next..pastu selit2 lagi dgn kate2 kt member,eh hensem la mamat ni..eh huduhnye die ni..mengumpat secara automatik.ditambah pulak dgn status yg mengutuk orang,memerli friends lain,mengeji friends lain..puaskan hati yg membara2..hakikatnya.inilah yg dikatakan pepatah melayu.walau xpecah dimulut,tapi pecah dihati..kat luar orang nampk ko baik je,xmarah2,tp hakikatnya?kat dalam fesbuk abis sume ko simbah..naudubillah..
2.facebook ni mengajar korang jd hipokrit,riak,takabur,bangga,ujub.kenape?aku ckp camni sbb byk aku tgok,samada ustaz,ustazah ke.update status kat fesbuk meletop2 mak..tapi niat asal dah lari..mule2 update status bese2 je."Allah maha besar"..pastu de sorg 'like',pastu ko rase.wah de orang like..seronoknye,bangga2..dah x fikir dah maksud sebenar Allah maha besar.sebaliknya fikir,bestnye de org like.isi yg disampaikan dah lari..niat pun dah lari..berapa ramai je yg boleh jujur dgn diri sendiri ikhlas update status ??korang sendiri tau hati korang..jauhkanlah kami dari sifat takabur,ujub dan bangga ya Allah..
3.men'tag' gambar sesuka hati..yg ni paling byk orang x perasan akan kesan buruknya..ok aku bagi contoh..seorang wanita muslimah.dia buat akaun fesbuk..pastu kawan dia pun ada fesbuk..wanita muslimah ni tdi x letak ape2 gmbr die kt facebook.tapi kawan dia y mmg dah gila fesbuk tdi men'upload' gmbr beliau sesuka hati..kemudian men'tag' pulak beliau sesuka mak die..pastu wanita muslimah tdi dgn secara otomatisnya malu..dan x berani nk tegur,sbb member kan..kalau tegur kang,dia ckp kolot lah..jadi nak tanak,pendirian iman terpaksa diketepikan..dan gambar itu kekalkan di facebook beliau dan kawannya..dtg lelaki2 yg jenis xleh nmpk fesbuk pempuan muslimah yg x letak gmbr ni..add la dan cari gmbr2 yg di tag oleh kwn2..last2 dpt jugak tgok muka..dan mulalah berlaku fitnah..bla bla bla..
kemudian yg lelaki pun same kesnye..katekanlah si A ni jenis tak hensem..si B ni pulak femes dan hensem..dua2 jadi kwn dlm fesbuk..si B ni tdi amek lah gmbr bersama ramai2 kt dlm satu majlis makan2..and then si B ni pun dgn tanpa segan silu dan malu..mengupload lah gmbr tdi ke fesbuk..si A tdi pulak mmg tak letak gmbr die kt fesbuk..sbb jenis malu..last2 trpampang di'tag' oleh si B gmbrnya..punyalah malu si A ni..simpan dlm hati perasaan x puas hati..jd ramai lah org tau si A ni x hensem..lantas si A ni pun rasa tersisih..hanya kerana perbuatan si B tdi yg niat xde nak mencela pun..jadi..function tag gmbr ni..byk mengundang masalah..tu yg belum dikira friends of friends yg tgok gmbr..pakai tudung labuh..tp org yg xsape2 tgok..samelah yg mcm sy ckp tdi..anda membiarkan diri anda ditatap umum..walau hanya dlm fesbuk..tp hakikatnya sama di luar..contohnya mcm ni la..gambar anda di tayang di papan tanda dipusat bndar..sambil buat peace..pe perasaan anda?x kan x malu kot?kalau x malu upload la lg gmbr byk2 ye.
4.fenomena fesbuk telah menjadikan rakyat malaysia khususnya banyak melalaikan tanggungjawab kerja di pejabat..seriously aku malas nak lampirkan statistik kat sini ,korang leh cari sendiri statistik yang ramai manusia melayari facebook sewaktu bekerja..adakah ini yang islam ajar?adakah ini yang agam2 lain ajar?mencuri waktu itu satu kesalahan,tidak jujur dalam bekerja itupun satu kesalahan..bygkanlah dgn ketagihan facebook ini anda telah melakukan kesilapan yang akan dihisab oleh Allah dihari kiamat nanti..walau sebesar zarah..akan dihisab..baik..mahupun buruk..
5.yang ni mmg dah ramai yg tahu..dosa facebook yang korang tinggal waktu korang tiba2 dijemput malaikat maut nti..dosa yg akan terus menyumbang saham di akhirat..gmbr2 yg mendedahkan aurat..gmbr2 yg tidak bertudung..walau malaikat maut tidak menjemput sekalipun..ia tetap berdosa..nak2 lagi ia dipublic kan..korang leh cek ayat surah annur ayat 31 Dan janganlah mereka(wanita-wanita) menghentakkan kaki-kaki mereka,agar diketahui barang apa yang tersembunyi daripada perhiasan-perhiasan mereka...dlm facebook..xperlu nak hentak kaki utk tunjuk perhiasan..picit je dah terserlah perhiasan..mudahnya si mark zuckenberg ni wt shortcut utk kite ke neraka..ok?ke tak nampak lagi??pakai spek la kalau x nampak lg..
6.function baru seperti group dan page ni bakal mengundang dosa tanpa disangka ..bayangkanlah..korang buat page..ko jadi adminnye..katekanlah page benci dadah..pada mulanya baik..itu adalah page baik.mengajak kita benci dadah..tp katekanlah dah ramai yg like..and then ko pergi enable kan pulak wall post.pastu mereka2 yg jahil agama ni pegi post bukan2 kt page tu..dosa tanpa disangka akan terus masuk dlm akaun amalan korang..tu belum lg yg mengutuk,membenci..men..dan men men lg lah..tambah2 lg page yg panas mcm contohnya page 'saya benci datuk Razak Najib bin Mansor' ..kompem mereka yg emo,yg jenis memaki hamun ni..mengomen di wall..dan di status korang dgn perkataan yg kesat..dan korang biar je diorg berkecamuk disitu,itu belum page2 gila bola,gila movie,gila lagu..setiap masa dok habiskan di page@group tu je.naudubillah..
7.hati2 dgn segala link,video,gmbr yg dipublic kan..sebagai contoh video yg mengandungi wanita tidak bertudung..lagu2 yg berunsur kelalaian..share pulak gmbr kelakar yg tidak berpakaian dgn sempurna aurat..semua tu boleh menyumbang bonus ke dalam akaun amalan anda..senang2 je interest masuk dlm akaun bank amalan..melainkanlah kalau video,gmbr,link tu ada satu input atau perkongsian yg bermanfaat utk agama..itu boleh lah diterima..kan??
Sayonara.
Udy7.
Rabat,Morocco.
Ku Mohon RedhaMU ya Allah
Di dalam sinaran purnama ku mohon keampunan
Moga terlerailah segala dosa-dosaku
Mogaku jadi hamba yang bersyukur
Tuhan yang Esa udara yang ku hirup
Terasa nikmat-Mu yang menggunung
Tidak tehitung harga nilaiannya
Oh Tuhan, Kau Pengasih, Maha Penyayang
Oh Tuhan di depan ujian
Terasa diri ini memerlukan-Mu
Ku harap Kau lindungi hamba yang lemah ini
Kau Tuhan Maha Kuasa Maha Pengampun
C/O
Ku harapkan pintu taubat-Mu terbuka luas
Untuk hamba-Mu yang sering leka
Dengan rahmat-Mu dan kasih sayang-Mu
Kau ampunkanlah segala dosa-ku
Moga selamat di dunia dan akhirat
Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.















