Pejuang Berani Mati.

Showing posts with label celoteh. Show all posts
Showing posts with label celoteh. Show all posts

Sunday, December 4, 2011

Beku

aku melemparkan sisi pandangan kepada dua ekor lalat .

 mereka asyik berbual sesama sendiri berbincang isu politik kaum lalat sebarang dua .

tahap kekerasan udara semakin kuat menerjah corong-corong hidung . seakan-akan menghukum aku .

mungkinkah udara percuma ini berubah harga nilai ? aku tidak pasti .

 yang lintas cuma terdetik di saat ini , kalau lah tuhan datang bertandang , melebar tangan mengutip hutang .

aku pasti serta merta tubuhku kekejangan . iyalah , tiada harta mampu aku cagarkan untuk menebus nilai udara percuma 24 tahun yang lepas .

Allah . hanya syukur layakku tadahkan ke langit menerima nikmat yang kau terbit .

Alhamdulillah .

Alhamdulillah ...


______________________________________________________________




sejak ,

dua menjak ,

tiga menjak ,

empat menjak ,

lima menjak ,

dan enam menjak ini saya sangat sibuk dengan kehidupan di sini .

maaf kawan-kawan saya jarang update .

insyaAllah selepas ni saya cuba curahkan kasih sayang pada blog inih .

i lap you All .


...

Saturday, November 12, 2011

sibuk tahap dewa tangan lapan belas

dah dekat berape purnama aku tak jenguk blog aku ni.apatah lagi nak meng 'naik tarikh' (up date) terokbenorterjemah.

byk lah kau punya alasan kan.ckp ajelah kau dah xde laptop.muahahaha.

ok lah , aku akui , sejak laptop aku jual ni , aku rindu nak manje2 dgn blog ni. kalau dulu aku selalu kutil2 dia sampai dia geli . skrg usik pun jarang . kesian kat ko ye blog . kalau blog ni perempuan . dah lama dia mintak cerai kat aku kan ? miahaha.

pertama dan keduanya .

Selamat Hari Raya AidilAdha.

sila bukak kitab sendiri ye kalau nak dengar ceramah2 pasal Korban,sebab aku pun dah begitu terkorban dengan limpahan daging-daging korban dalam perut aku nih.

MasyaAllah.kadang2 rasa nak korek balik perut ni , keluarkan daging2 tu , simpan balik buat stok letak dalam peti ais . kan........hehe..

anyway,kami kat morocco ni , beraya lambat sehari . ini bermakna senin baru kami beraya . jauh benor gamoknye negara nih ..tp tak mengape sebab daging korban x putus2 dapat sampai aku rasa nak sumbat daging dalam tv sebab peti ais x muat . apepun minggu ni saje memang saving duit rumah . hari-hari daging !

sampaikan aku rasa nak buat teh perisa daging pun ade . tapi ade ke orang boleh minum ? kah kah kah .


anyway ikuti perbualan ini . (tiba-tiba tukar topik )

encik R : eh , ko tak ingat ke lagu ape tu yang ...ala...


Aku       hah ! lagu mende ? (sambil kemut2 lubang hidung )


encik R : ala..ade lagu higher tu..siapa ek nyanyi..


Aku      :  higher ? lagu ke selipar tu? (memang tak tahu tahap bangang).


encik R :  lagu la ..haha..ha yes..aku ingat ..ni penyanyi dia . Taio Cruz-Higher Feat.Kylie Minogue.


Aku      :  oh lagu ni ke?(buat2 tahu la kunun,terpaksa layan jaga hati member)

suasana dipenuhi bunyi dentam dentum muzik .(mcm dlm karangan upsr pulak)bagi nak menyambung perbualan,aku cuba mengisi perbualan.

Aku      : best kan lagu nih..(masih xnak mengalah buat2 tahu,tiba2 keluar seorang perempuan gedik2 menari)
            : oh..perghh...lawa jugak kan taio cruz ni..cun sey..

encik R: .................................memandang muka aku dgn pandangan hina..

encik R menutup lagu tersebut lantas berlari-lari ke tandas..beberapa minit kemudian ketawa terbahak-bahak sampai muntah daging bertaburan..

..



.






YELA SALAH AKU SEMUA NI ! KULIT KYLIE MINOGUE TAK TERBAKAR MCM TU !




.




.

Thursday, November 3, 2011

Jawapan tag cayangmeowmeow

yeah..terima kasih la buat pemilik belog adik cayangmeowmeow yang comel..(adik ke?)

terima kasih tag saya dalam belog . katanya wajib jawab 11 soalan darinya , wah wah , saya ni kalau bab menjawab soalan ni memang gagal sikit . huhu . apeun saya cuba ye dik .. jom kita tengok apa soalan-soalannya..

1-SUKA KUCING TAK?

 Udy : sangat suka . tapi malu nak bela . ngeh3x .

2-NYATAKAN KENAPA,(suka kucing)

Udy : sebab dia kucing . kalau dia anjing x suka . hehe .

3-BILA 1ST TIME JATUH CINTA?

Udy : malu la nak jawab..hihihik..(lari kat tiang lampu).

4-BENDA APA PALING SAYA SAYANG?

Udy : benda yang paling saya sayang...kasut bola dan hadiah harijadi..muahaha..

5-MANA LAGI SAKIT,TEPUK SEBELAH TANGAN ATAU GF CURANG?

Udy : dua2 tak sakit . sebab dua2 tak pernah berlaku . ngee.

6-SHAMPOO APA YANG UDY GUNA?

Udy : perlu jawab ke? hihi . udy gune Clear For Men .

7-SUNNAH NABI YANG SENTIASA UDY AMALKAN?

Udy :                  :)

8-MANA LAGI BEST,HIDUP KAT BANDAR ATAU DI KAMPUNG?

Udy : kampung..sebab udy asal dari kampung..x suka bising2 ..hehe.

9-KALAU KAWAN TAK TEPATI JANJI.UDY MARAH X? KE COOL ?

Udy : kawan-kawan udy semua tepati janji...insyaAllah..kan korang?

10-PERNAH TAK SUKA KAT SESEORANG,TAPI TAK BGTAU KT DIA?

Udy : tak pernah...sebab..kebanyakkannya diorg yg suka kt udy ..ngeh3x ..

11-Kritik sikit blog cayangmeow..

Udy : Comel !

terima kasih buat adik cayangmeow...jadi udy dah jawab segala soalan adik..so..thanks sekali lagi sbb tag saya..

bye !

Tragedi 1.11.11

Assalamualaikum .

pagi itu aku bangun agak lewat kerana malamnya aku dapat melelapkan kelopak mata ini hanya pada jam 3 pagi . dan dengan cuaca yang agak sejuk dengan agakan aku mungkin serendah 14 celcius membuatkan tubuhku begitu meronta-ronta diselimutkan kembali , namun demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim , aku paksa supaya kelak tidak menambahkan tanda merah pada buku dosa yang sedia ada .

langkahku longlai , mata ku mamai , sambil memegang berus gigi , aku masuk ke dalam tandas . aku cuba berpaut pada pemegang pintu dengan harapan pintu tandas boleh ditutup supaya manusia lain tidak dapat menceroboh aktiviti-aktiviti rahsia aku didalam tandas . namun sekali aku tarik , gagal . dua kali tarik , gagal juga pintu itu aku kunci . dengan keadaan yang tidak dapat berfikir dengan waras . apakah sebab nya pintu itu tersekat dan melawan kudratku , aku menariknya buat kali ketiga dan ' gedegang ! tercabut pemegang pintu dan tubuhku tergelincir kebelakang .

zuupppp..tangan kanan ku cepat-cepat menyambar apa saja yang ada demi menyelamatkan diri tersembam . dan mujur ada singki , sempat jua aku berpaut . beberapa saat kemudian aku dapat rasakan sesuatu di jari manis aku . rasa yang tidak pernah aku rasa . rasa hangat . dan pedih .

rupa-rupanya sewaktu aku hendak berpaut tadi , jari manis aku telah terhiris oleh cermin tandas yang ditampal didinding , namun ia ada kesan pecah sedikit menyebabkan ia agak tajam . 

berjujuran darah mengalir dari jariku .

mengalir dan terus mengalir .aku cuba menenangkan diri kerana niatku mahu berwuduk .namun darah itu enggan berhenti seolah-olah dijariku ada satu paip besar yang di taja Indah Water untuk mengalir . Arghh , aku benci situasi ini . 

darah terus mengalr dan mengalir . aku kaget dan cuak . aku keluar tandas dan aku memanggil syahiddmilikku yang sedang memanaskan air di dapur . 'syidan..syidan..tolong aku..'

syidan pun bergegas mendapatkan aku . ku lihat di wajahnya pun begitu kaget kerana darah melimpah-limpah di lantai rumah . 'ya Allah..jap..aku carik kopi..'

dalam hati aku 'aih..org tgh berdarah2 ni dia boleh lagi nak cari kopi buat air,desas desus hatiku yang mengharap bantuan'.

dia pun keluar ke kedai kerana stok kopi di rumah kami sudah habis . aku pula mencari tisu supaya aku dapat menahan darah tadi dari terus mengalir (macam teruk sgt je luka aku nih ! ). 


beberapa minit kemudian syidan pun balik dari kedai , katanya kopi dapat berhentikan aliran darah . aku ikut saja .asalkan rasa pedih ni dapat ku kurangkan .

                                   agak dalam juga kan lukanya?nampak juga lah isi nya . pedih woi . 

hasil bedah siasat .



Mujur la encik syahiddan ni dulu ahli persatuan bulan sabit merah , pandai jugak dia merawat luka aku . terima kasih !

Alhamdulillah . akhirnya luka berjaya di rawat . pada awalnya mahu ke klinik berdekatan ,tapi memandangkan kos rawatan di morocco ni mahal mcm jual senapang patah . lebih baik aku guna sumber yang ada . bayangkan lah kos rawat saja hampir 90 ringgit malaysia . itu tak diberi ubat tu .  ubat kena beli kat farmasi pulak . doktor akan senarai kan ubat apa yang sesuai , bawak senarai tu pergi farmasi beli pula di farmasi . kos ubat pula tidak lari dari 90 ringgit malaysia . haram kan ? jadi kalau sesiapa yang tinggal di Malaysia ni yang masih tidak bersyukur dengan kemudahan yang ada , korang bungkus dia dalam beg bagasi , hantar beg tu kat alamat rumah aku . biar aku cederakan dia . muahaha .

jadi waktu aku menulis entry ini , aku terpaksa taip gaya tangan usop wilcha(weelchair) hantu kak limah kerana jari manis tak dapat menyentuh keyboard . bahkan , aku hampir di fitnah gay di salah sebuah restoren kerana aku pegang cawan air guna tiga jari manakala jari manis melentik-lentik gitu . cait !

walaubagaimanapun aku sangat bersyukur di beri musibah ini kerana aku dapat menghapuskan dosa-dosa aku yang terdahulu seperti hadis nabi didalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri R.A,dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda :

"tidaklah menimpa sesuatu musibah kepada seorang muslim seperti lelah,kesakitan,kegelisahan,dukacita,gangguan dan keluh kesah sehinggakan duri yang menusuknya,melainkan adalah Allah menjadikan (musibah tersebut) sebagai penebus dari segala kesalahannya".  

Hadis Riwayat Al-Bukhari,Muslim,At-tirmidzi dan Ahmad .

jadi dapatlah aku simpulkan disini , jangan mudah salahkan musibah yang menimpa diri kita itu sebagai kecelakaan yang membawa duka cita , baru luka sikit , cuba bayangkan wanita2 dan ibu2 yang lukanya lagi besar sewaktu melahirkan anak . bahkan wanita2 yang setiap bulan mengeluarkan darah yang tidak diperlukan dari badan .betapa kuatnya mereka . syukurlah kalau anda kehilangan jari , anda masih ada tangan.

kalau anda hilang tangan kiri , bersyukurlah masih ada tangan kanan . kalau anda hilang kedua2nya sekalipun . bersyukurlah anda masih ada kaki . kalau anda hilang kedua2 kaki anda sekalipun . bersyukurlah anda masih ada mata telinga dan mulut . sungguhpun anda tiada semuanya itu ataupun telah mati . bersyukurlah juga kerana dengan mati itu dapat mempercepatkan anda bertemu Ilahi . itu pun dengan syarat , iman dan hati mestilah bertaqwa tinggi .

:)

wallahu a3 lam .


P/S: ' waktu kecik-kecik dulu , aku duk berangan yang darah aku kaler hijau , sebab terpengaruh tengok cerita HULK , tapi rupa2nya meroh menyale..haha.."

Sunday, October 30, 2011

waktu.

Assalamualaikum semua..

waktu berlalu sangat pantas..

sehinggakan setahun umpama sebulan..

sebulan umpama seminggu..

seminggu umpama sehari.

sehari umpama sejam..

sejam umpama seminit..

seminit umpama sesaat..

sesaat umpama sedetik..

sedetik lebih pun kita tak mampu kembalikan..

yang berlalu tetap kan berlalu..

yang berlalu takkan kembali..

hanya yang akan datang sedia menanti..

maafkan daku..

kerana...

sudah seminggu aku tak hapdet !

haha .

Wednesday, October 12, 2011

Warkah Berlagu Pilu Cover By Udy



Assalamualaikum semua...


tadi lepas lepak2 dengan member,baru balik dari universiti,so udy cube2 lah search lagu warkah berlagu pilu ni utk cuba nyanyi..so secara x sengaja nya udy pun try lah lagu ni..

so harap korang enjoy lah nyanyian tak seberapa nih..ngeh3x..


Pssst:udy nyanyi sambil duduk bertowel dan makan coklat..ngeeeee....

lirik disini.

jom nyanyi sama2!


Felix Af3-Warkah berlagu pilu.

Padamu ku utuskan kalimah penuh perasaan
Untuk ku menyatakan apa yang tersirat di hatiku
Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari hidupmu


Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan


Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar
Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan


Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka


Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari hidupmu


Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan


Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar


Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan


Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka


sumber : http://www.ilirik.com/felix_--_warkah_berlagu_pilu.html

Sunday, October 9, 2011

Sempurna Cover By Udy




dah lama saya tak melalak..so,ni antara cover yg sy buat sambil lewa makan goreng pisang..jd byk yg sumbang mambangnya..apepun,enjoy...nyanyi sambil duduk mmg semput bobot..




nantikan Karaoke seterusnya ..DALAM MIHROBBB CINTA...

Tuesday, October 4, 2011

Ego.

Plastik.

Hipokrit.

Kasar.

Degil.

Kuat.

Keras.

Kental.

Lemah.

Kalah.

Menang.

Silap.

Benci.

Marah.

anda tentukan sendiri ego anda dimana.

.



_________________________________________________________

sangat-sangat kecewa.
.

Sunday, October 2, 2011

Salah Faham.

pagi tu,aku bersiap macam hari-hari biasaku untuk bekerja..hari yang biasa seperti hari yang lain..awan-awan yang comel membentuk bulat-bulatan yang kalau dilihat dengan mata,mahu saja aku kunyah seperti mengunyah gula-gula kapas..tergoda juga nafsu makanku pagi-pagi ni hanya dengan melihat awan di langit,oh my goodness,ini sangat membimbangkan..

beburung yang baru mengasah sayap untuk berlepas ke udara mencari rezeki,menguap-nguapkan mulut seolah-olah tidak mahu melepaskan sangkar brjenama dreamland yang terletak di celah tiang pokok-pokok.adakalanya aku dapati kucing jalanan menggeliat panjang melebarkan dua kaki didepan sambil menolak badannya kebelakang seolah-olah senaman tekan tubi.kadang-kadang aku seakan mendengar kucing-kucing itu merungut kat manusia yang memandu kenderaan tanpa menggunakan akal dengan sumpahan-sumpahan berbahasa kucing,sesekali itu juga misai dan mulutnya kumat-kamit menyumpah manusia yang lambat pergi kerja.

aku lebarkan tapak kaki menuju ke pintu seusai melihat gelagat-gelagat kehidupan yang ada di bandar rabat ini.cuaca yang agak sejuk membuatkan mata aku meronta-ronta minta dilelapkan..tapi demi tanggungjawab dan komitmen yang jitu didalam dada,aku gagahkan hati dan perut..sebelum pergi cik H mengirimkan Al-Quran bersaiz buku 555,katanya Al-Quran itu milik Opismet kami..dengan tanpa memikirkan apa-apa,aku membawa Al-Quran itu tanpa ada niat mahu bangga yang aku pekerja berwibawa dan soleh..

setibanya kereta milik syarikat yang ku pandu di perkarangan opis..aku pun keluar dari perut kereta dengan langkah berlemak..hari itu hari yang agak suram buatku, kerana sarapan pagi tidak dapat aku sediakan..kesian encik perut yang tidak dapat menjamah apa-apa pagi ini..nescaya dan yakin bahawa beliau sangat bernafsu minta diisikan..ergh..tak ape lah..bisik hatiku..nanti kanku siram gua perut ini dengan susu yang ku beli tadi..

wah,semakin melalut apa yang aku tulis disini,okeylah..sedang aku kemas-kemas meja ku,aku letakkan alquran yang perlu aku pulangkan kepada opismet diatas meja..dan datanglah seorang pekerja yang sentiasa memanggil aku ostat..katanya akhlak orang malaysia disini sangat baik..bagus..terpuji..bermutu tinggi..manis-manis dan disukai ramai..(dah macam susu Dutch Lady pulak)..

secara KESALAH FAHAMAN dia melihat alquran yang baru ku labuhkan dimeja tadi,lantas dia meluahkan dengan penuh semangat kesukanan,memuji aku sambil mengangkat ibu jari ke atas...

"SubhanaAllah..engkau memang bagus..baca Al-Quran,bawa alquran,bagus2,giler ah bangga aku dengan korang nih.."

.......

aku yang terpinga-pinga,membiarkan saja diriku ditaburi dengan baja -baja pujian bunga tahi ayam..ku rasakan diri aku ini telah diangkat ke tahap yang tidak sepatutnya aku berada..adeh...

bisik hatiku..

"makan dalam betul bila orang dah pandang kita ni dengan pandangan tinggi..alamatnya susah lah aku nak buat salah.."


Moralnya..jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...


-_-'


.
.

Wednesday, September 28, 2011

Hipokrit

sejak dua tiga menjak ini,
aku terlalu banyak melihat manusia diluar sana yang hipokrit,kadang2 aku sendiri pun melihat diri aku didalam medan hipokrit ini satu ketika dahulu.

kenapa manusia perlukan hipokrit?bagaimana ia boleh terjadi?

manusia akan melakukan sifat hipokrit ini dalam banyak keadaan.

keadaan terpaksa,keadaan tersepit,keadaan gembira,keadaan sedih,keadaan terharu,dan banyak lagi keadaan.

tapi kebiasaannya sifat hipokrit ini akan datang apabila seseorang itu tidak sedar akan hakikat diri dia sendiri dan lahirlah hipokrit bagi menampal apa yang sebenar pada diri manusia itu sendiri.

bagaimana ia terjadi tu sudah tentulah datang dari situasi yang menyebabkan anda tercampak dalam membuat keputusan ini.

sebagai contoh anda sedang terasa hati dengan si A,dan tiba-tiba datang si B yang tidak tahu akan perkara yang berlaku antara anda dan A tadi dengan puji-pujian melangit buat si A.jadi anda terpaksa membuat keputusan dengan mengakui kepujian itu.sedangkan apa yang anda rasa adalah sebaliknya.

contoh yang lain pula,anda baru ada blog,dan anda terpaksa mencari blogger-blogger yang sudah berpengalaman untuk menaikkan prestasi anda ber blogging,jadi disitu ramai yang tidak akan sedar diri mereka akan berubah menjadi seorang yang hipo-hipo-yang-sangat-krit.

mulalah memuji "abang,abang nye blog ni best lah,best tulisan abang".(tangan didada mata keatas)

komen tentang entri biasa pun anda akan komen tinggi melangit.sedangkan content nya hanya cerita pasal kucingnya mati.tapi disebabkan nak kan trafik dan perhatian dari beliau,anda terpaksa menjadi hipo-hipo-yang-sangat-krit.dlu aku pun mcm tu jugak,argghhh. betul x?

jadi point aku kat sini.

ciptalah identiti anda sendiri,jadilah seorang yang telus dan jujur,binalah jati diri yang kuat.entry yang power dan superb.buat orang lain gelak dan senyum sorang2 dalam bilik.mampu buat orang amek tisu menangis berjurai-juraian airmata sampai tersedu-sedu.mampu buat orang lain tekan "previous entry" semata-mata untuk mencari entry yang sangat menarik perhatiannya.

ok?

aku pun tak dapat nak buat camtu lagi..

hipokrit ini perlu juga kadang-kadang,tapi biarlah berpada-pada.jangan sampai orang meluat dan geli dgn anda.

chill ya!
_____________________________________________________________________



ANYWAY,


khas untuk abang telordibasuh.

aku suke blog die.

your blog is awesome!



Tuesday, September 27, 2011

Kucing Seksi.




Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...............

Firefox vs Chrome vs Internet Explorer



sila letak dialog anda tersendiri .

Firefox : kepala hotak ko chrome! mati la die kalau makan getah tu byk2!!

Chrome : Fox! sabar ! die tgh frust tu biarkan die!

Internet Explorer : nyum2x,rase durian..nyum nyum nyum..





.
.
.

awek cun!




Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

*PENGSAN.

Monday, September 26, 2011

saya rindu ...





terbelenggu didalam dunia kerja amat mencekik leher saya untuk bebas bernafas melihat dunia . ya , setiap hari rutin yang sama memaksa saya mengeluarkan hormon bosan di celah-celah kulit . dan hormon bosan yang busuk ini saya rasa perlu saya bersih dan lap kan dengan idea-idea penghilang kebosanan .

saya rindu banyak perkara masa lampau yang boleh saya ulangi masa datang .

antara perkara yang paling menggamit hati muda saya adalah kenangan-kenangan sewaktu zaman kanak-kanak saya.

saya karangkan pada anda kerinduan yang mampu mengubat kebosanan saya ketika ini .

saya rindu untuk terjun ke dalam sungai bersama-sama rakan sambil menarik seluar masing-masing semasa didalam air .

.
saya rindu waktu hujan di tengahari yang menyebabkan mendung dan kakak saya menggoreng cekodok dicicah sos cili sambil menonton filem hindustan hari sabtu tengahari di tv3.

saya rindu bermain seladang(permainan india) bersama kawan-kawan di jalan raya kampung saya.

juga rindu dengan permainan konda-kondi,gasing,guli,congkak buah getah,layang-layang buatan tangan.dimana setiap permainan ini akan berganti musim setiap bulan.


saya rindu berendam didalam longkang bentuk 'V' yang airnya deras sewaktu hujan lebat dan diwaktu itu kawan-kawan saya juga bebas berlari-lari didalam hujan lebat.memijak lecak air,menyanyi ramai-ramai didalam hujan,dan baring ditengah jalan raya sambil biarkan hujan menjunam dibadan saya.oh,itu sangat manis!

saya rindu untuk pergi mengaji muqaddam dan alquran di surau ramai-ramai dengan kawan.dan sewaktu mengambil wuduk,masing2 bermain air sehingga baju basah kuyup.juga memanjat pokok rambutan gading yang ditanam disurau sebelum tiba waktu azan.

sewaktu mengaji pula,saya rindu untuk mengajar budak2 yang lain sambil merotan mreka sebagaimana tok guru saya pun merotan saya.
yang paling best,saya suka menyimpan penunjuk ngaji(lidi,bulu landak,bulu itik,bulu merpati) mcm2 koleksi yang disimpan sebagai penunjuk mengaji.
selain itu,saya juga suka simpan daun (saya tak ingat daun apa) daun tu kalau disimpan didalam alquran,ia akan bercambah dan melahirkan daun lain.oh itu sangat memori!

saya rindu untuk makan burger selepas balik daripada mengaji,dan menolong makcik tu menggoreng burger.
dan kalau dulu2,burger hanya RM 1 saja,sudah cukup mengenyangkan perut.

kalau burger tak ada.saya suka mintak duit kat ayah untuk beli ayam goreng rangka di rumah cik man .bawak balik rumah panas-panas makan depan tv .

saya rindu nak dengar iklan-iklan dulu seperti salem,dunhill dan darlidoff..
saya rindu nak habiskan masa dengan kawan menangkap ikan di kebun.disungai dikebun.menimba,memancing ikan di air keruh,mencari umpan cacing besar-besar.juga rindu untuk memasang  jerat burung wak-wak,jaring burung merpati dan merbuk yang akhirnya keesokan hari hanya kelawar saja yang sangkut.argh! sangat memori!

saya rindu juga untuk sarapan pagi dengan ayah sebelum ke kebun,dan waktu tu ayah semestinya takkan pernah miss order air kesukaannya teh susu panas dengan roti canai.wah!saya suka nasi lemak ayam dengan milo ais.(pagi2 lagi dah teguk ais!)

saya suka curi-curi tidur dalam kereta sorong apabila penat angkat buah sawit seberat 50 kilo sekali angkat.sambil tu jeling-jeling kiri kanan takut2 ayah saya ada berdekatan.dan akhirnya,kerja terpaksa tangguh esok.haha.

saya suka kampung saya!

saya rindu kawan-kawan saya.

saya rindu zaman sekolah saya,dengan permainan pemadam,permainan jentik jari,teka-teki,makan RMT kawan saya,minum susu percuma yang akhirnya didalam susu ada ulat.uwek!

saya rindu baca komik dragon ball,wira sakti,mastika,ujang,lanun,kamen rider,flash man,transformer,cyber cop,power rangers,doraemon.oh sgt memori!

dan..

yang paling saya rindu..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

adalah arwah ibu saya..

hanya dia pengubat rindu,bosan,sedih saya..

(;






sumber gambar dikreditkan ke:google images.

Friday, September 23, 2011

aku disangka orang albania?

assalamualaikum..

tadi kitorg cari kedai fotostat berkaler di pekan temara..

sebuah pekan yg terletak di sebelah bandar rabat..

dan ia agak sibuk dgn kepadatan penduduknya..

setibanya disana..

ofismate kitorang yg berurusan dgn pekedai tersebut..

memandangkan beliau org morocco,so biarlah dia yg berurusan..

lepas tu kitorg pun borak pasal kemalangan,hujan,dan mcm2 lagi..

melihatkan pada raut wajah pekedai tersebut yg agak kepelikan dgn kehadiran kami..

mungkin juga tertnya2 dari manakah kami dan dari negara mana.

aku pun memulakan perbualan dalam bahasa arab bagi memudahkan pekedai tersebut berkomunikasi..

kemudian dgn perasaan 'WTF?(what the facebook?)" di raut wajahnya yg terkejut dgn kebolehan berbahasa arab.

pekedai tersebut pun beranikan diri bertanya padaku.

"ko ni dari mana?"

"asal mana?"

aku pun tak terus menjawab.akan tetapi cuba memberi beliau segmen teka teki macam rancangan tom tom bak pak nil.

"ko rase?"

"kalau ko tgok aku,ko rase aku dari mana?"
(sambil mengangkat2kan kening  mcm the rock)

pekedai tersebut pun dgn spontannya meletakkan tgn didagunya sambil mata ke atas berfikir.

"kalau ko(sambil menenyeh2kan jari ke Mr.Haris,bos aku),aku rase ko chinois(orang cine)"

"dan...kalau ko pulak..(sambil tersenyum2 bodek) ko aku yakin ko orang albania kan?"

perghhh..gelak guling2 aku kt situ..

adakah raut wajah aku mcm orang albania?

"aku orang malaysia la,dia tu pun orang malaysia.."

.
pekedai tu pun tersipu2 malu sambil menyorok dibelakang ofismate aku tdi.

.

Cet!.

camne ek muke orang albania?
ce tgok kt bawah ni.sumber google images.



aku rase mungkin part kening aku dan part hidung kot..korang rasa??



Nota tapak Kaki:dan beza yg lain aku tembam budak albania ni tak tembam...-_-"



.
.

Thursday, September 22, 2011

cerita adik



satu hari adik telah merajuk kerana ayah tak beri duit untuk dia beli cekedis.
lepas tu ayah pun datang pujuk adik yg bermuka asam jawa dan berkata

"adik,tak baik tau masam2,senyumlah.."
"tau tak dik,nabi cakap,Senyum itu satu Sedekah"

beberapa saat kemudian adik pun senyum sambil kopiah menutup kopiah ke mukanya yang malu2 kucing.
ternyata pujukan ayah tadi berjaya mencorak satu senyuman buat adik.
kemudian ayah pun mengajak adik utk solat berjemaah di surau.
kata adik

"kalau adik pegi surau,ayah belanje cekedis ye?"

pandai betul adik membodek ayah.
kemudian mereka pun sampai di surau.
selesai sahaja solat berjemaah.
adik duduk disebelah tabung masjid yang penuh dgn duit syiling.

lepas beberapa saat kemudian,selesai jemaah yg hadir balik,
adik tersenyum lebar sambil melihat tabung masjid.
.

adik senyum sambil melihat pak imam dan bilal.
dan balik.

.
keesokannya,
selesai solat berjemaah,adik pun duduk ditabung yg sama.
senyum lebar sampai ke telinga.
sambil menggoncang2kan tabung.
adik terus tersenyum.
.

pak imam dan bilal semakin syak wasangka dgn tindakan adik.
lantas mereka pun datang kat adik.

"adik..kenape senyum2 kt sebelah tabung ni?adik nak wtpe?"
"adik nak curi ke?"

kata bilal.

adik pun jawab.

"ayah kata,nabi cakap,SENYUM ITU SATU SEDEKAH,adik takde duit nak sedekah,
sbb tu adik senyum jer.."

"pak imam xnak senyum sekali ke?"

.
.
.
.
.
.
.

Saturday, September 17, 2011

Cetusan Merdeka Semalam.

lepas solat jumaat tadi,
aku dibelanja idriss seorang sahabatku yang berusia lingkungan 50-an,
seorang lelaki yang soleh,baikhati dan "degordee"(lelaki akhlak bagus dlm loghat morocco),
pada awalnya aku agak segan kerana aku mmg saving sikit bab duit nih,
yela,walaupun keje,tak bermakna aku ade duit!
apapun,kenyang dan syukur dibelanja ayam golek dgn roti.

----------------------------------------------------------




---------------------------------------------------------

MERDEKA SEBENAR BAGIKU

utk hari ni.satu peristiwa yg cukup memberi makna merdeka sebenar bagi aku.
jom kita lihat apa yg berlaku diwaktu pagi aku hari ni.usai tengahari bawa ke malam .
akan ku ceritakan erti merdeka sebenar bagiku.
ya bagiku.

Idris mengajakku utk men'fotostat' fail2 yg penting berikutan ofis aku hari ni masih dalam pembaik pulihan elektrik,jadi malangnya printer fax scan or photocopy machine can't be used.so,kami(aku dan idris) pun merayau-rayau mcm semut mencari kedai fotostat.
setibanya aku disana,idris disalah sebuah kedai di pekan koboi di dalam kawasan tamesna,rabat yg diberi nama pekan sidi yahya zaer.disitu merupakan tmpt yg agak koboi,sebuah pekan yg tidak ada kemudahan mcm pekan seremban,mcm pekan bangi,juga dgn jalan tanah yg masih berbatu2 tidak ada tar,sgt dhaif dan sgt buat aku bersyukur yg malaysia sudah jauh maju dri mereka.dan aku yakin,mereka tidak akan kenal aku orang apa,dari mana,siapa,dan aku yakini mereka akan memanggil ku 'chinois' ejaannya shinwa yg bermaksud org china.kerana bagi mereka,semua org asia yg ada di morocco,akan terus dpt cop free kt kepala shinwa,sampaikan kawan aku yg hidung mancung kulit yg tak berapa nak terang mcm buntut kuali tu pun di cop nya shinwa,susah betul.
so back to the story.aku pun turun la dri kereta,dan teman la idris tu di kedai fotostat tu..sesaat dua saat lepas tu,aku terdengar satu lagu yg dimainkan kakak yg berusia lingkungan 20-an pemilik kedai fotostat tersebut..dan lagu itu sangat biasa aku nikmati sejak kecil..aku dekatkan puding telinga aku sedikit..dan SAH!
ya!tidak asing lagi..dan tidak semena-mena darahku yg mengalir didalam tubuh..tiba2 rasa gemuruh,bangga,meremang bulu roma..

bahkan..terusik dan terharu..lagu yg dimainkan oleh seorang wanita maghribi yang dilahirkan di pekan koboi sidi yahya zaer,tamesna rabat ni adalah lagu kumpulan nasyid terkenal di Malaysia..iaitu..RAIHAN..

terdetik hati aku..SubhanaAllah..

"Allahumma rhamna bilquran...wajaalhu lana imamaw..wanuraw...."

wanita tersebut mengikuti setiap bait-bait baris lagu raihan tadi dengan penuh khusyuk..cukup menarik hatinya..dan aku tidak tahu,bagaimana dia dapat lagu itu yg ada didalam komputernya..mungkin seseorang telah memberi padanya dalam bentuk CD,kerana yg ku tahu di kawasan itu tiada internet..mustahil wanita itu nak cari dalam 4shared taip raihan..dan aku sgt bangga..kerana dia hafal..dengan rasa excited dan pecah jerawat mukanya aku pun meloncat2 depan wanita tu dan bgtau kt dia dgn hidung kembang yg takkan kempis.

'ukhti!hadika ughniya..aa laa mashi ughniya..annasyid.naam!hadika annasyid huwa min firqot diyalna..diyal maliziya..smituhu RAIHAN..hooma mashurr ukhti..ehehe'
(kakak!lagu tu kan,aa eh bukan lagu,nasyid lebih tpt..ya!nasyid tu kan asalnya dari kumpulan nasyid negara saya kak!Malaysia..nama kumpulan tu RAIHAN..derang mmg pemes kak..hehe)


Bangga betul aku bercakap dgn akak tu..akak tu pulak senyum dan jawab bisyarafin.bisyarafin..mizyan2..bagus2..dengan kemuliaan2(perkenalan)..


.

dan yg paling aku bangga..dakwah raihan dalam bentuk nasyid telah menembusi ke segenap pelusuk ruang..bebas MERDEKA dakwahnya yg atas niatnya sgt tulus ikhlas kerana Allah..

tidak perlu hantar kad jemputan khas utk meraikannya..bagaikan air..nama RAIHAN ataupun mesej yg Raihan bawakan telah mengalir bagaikan air sungai yg deras..tidak perlu dicurah..tidak perlu ditebing..ia mengalir dengan sendiri..bebas..merdeka..dengan caranya tersendiri..sangat international..sebelum ini aku bukannya tak tahu..dan tak pernah tonton video2 raihan disegenap negara..cuma..kali ini..bukti dan kesan yg disampaikan melalui nasyid dari Raihan ini amat memberi makna bagi aku tentang erti sebenar KEMERDEKAAN..

merdeka itu adalah..apabila segala apa yg kita lakukan dan kerjakan kerana Allah..tidak akan dijajah oleh sebarang anasir luar sebaliknya perkara itu pula yg 'menjajah' yang lain..freedom dont had no language..everyone can feel..what we want to deliver..

------------------------------------------------------

bersambung semula malam sewaktu aku mula menaip ini..
sesungguh di tengah malam ni..masih ada rezeki utk aku..alhamdulillah..makanan yg lebih di majlis tadi,dapat dibawa pulang dimakan pula kat rumah..hehe..syukur..


Selamat Hari Merdeka..




udy7,
Hassan Rabat,
Maghribi.



Monday, September 12, 2011

disihir melalui gambar di facebook.

awal-awal lagi aku dah buat satu entry berkenaan keburukan facebook nih.korang leh baca kt sini. bukanlah aku nak membenci atau anti akan kebaikan facebook ni.tak dinafikan dengan facebook,banyak ilmu yang kita dapat.banyak perkara kita dapat belajar,tapi kalau dek terlampau taksub dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga,nilah akibatnya.

ni dikatakan okey la lagi sebab yang menyihir tu perempuan.cuba bayangkan kalau yang menyihir tu lelaki.gadis2 yang bajet comel dan posing gedik2 dalam facebook tu hati2 lah.dpt kat lelaki yang kurang didikan agama ni dia print gambar tu kat kedai,disihir supaya jatuh cinta kat dia.ni lagi parah..bukan tu aje..kalau ade gmbr2 yg agak cam seksi tu.di photoshop dan diugut utk dapatkan duit segera pun boleh jadi..

so..nasihat aku..

berhati2lah..

manusia skrg tak ramai yg betul2 manusia..

ada yang bertopeng syaitan..

oke..

baca balik la entry aku tu kalau rajin..

!

Basah.


bila teringat masih tak solat.
aku bergegas bangun ke tandas.
jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi.
waktu imsak sudah berlalu.
tambahan pula subuh kini semakin awal.
cemburu dgn tidurku barangkali.

bukak pintu bilik air.
ku buka lampu.sambil mata masih kuyu2 puyu sungai.
aku menggapai berus gigi.
kupicitkan colgate miswak.
aku gosok gigi dan berkumur.
cuaca sekarang agak sejuk di pagi2 hari.
mungkin musim panas sudah melabuhkan tirai.
tiba pula musim luruh.

dengan otak masih melayang2 dalam mimpi.
aku menggapai paip shower.
(yang mcm dlm gmbr tu)
aku pun buka.
splash!

basah.

arghhhh!

kenapa paip shower pulak yang kluar air nih!

aku tutup cepat2.

mimpi yang ku cuba sambung tadi terus hilang.terkejut dengan panahan air sejuk.
siot betul.mengigil aku.
kemudian aku buka sekali lagi paip.
dengan harapan air akan keluar di paip bawah.bukan diatas.
aku taknak mandi lagi.
mahu berwuduk je.
sekali lagi.

splash!

basah.

argghhhhhhhh!!

semakin kuyup.

dua kali.

nilah akibatnya terlupa tukar pada paip biasa.

Friday, September 9, 2011

let me alone..

today im not feeling so good..


i just wanna left alone..


life..is much difficult with lying ourself..


sometimes..we need to be truth to them..


to give a space for a while..


and i take it..


as i see my self alone..


listen to this song..thank you linkin park..they always awesome!
not afraid to try such new element of music..fresh..
i follow them since i was kid..
yes..this is my favourite band ever..
every songs..i involved myself for curving some memories in em..
thanks again..
for such a great song...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...