kadang-kadang,kita manusia ni sering merasa kita boleh menyelesaikan semua masalah,walau besar mana pun masalah tu,kita rasa kita boleh selesaikan,tapi,pernahkah kita terfikir kadang2 ada masalah yang kita tak dapat nak selesaikan dan harus percaya yang ia memerlukan tali harapan dari Ilahi yang maha memahami,maha mengetahui,maha menguasai.bahkan yang paling tidak diingini bila kita mampu selesaikan satu masalah,kita lupa yang maha menyelesaikan adalah Allah,bukan diri kita.Pejuang Berani Mati.
Monday, April 25, 2011
Bila kita percaya .
kadang-kadang,kita manusia ni sering merasa kita boleh menyelesaikan semua masalah,walau besar mana pun masalah tu,kita rasa kita boleh selesaikan,tapi,pernahkah kita terfikir kadang2 ada masalah yang kita tak dapat nak selesaikan dan harus percaya yang ia memerlukan tali harapan dari Ilahi yang maha memahami,maha mengetahui,maha menguasai.bahkan yang paling tidak diingini bila kita mampu selesaikan satu masalah,kita lupa yang maha menyelesaikan adalah Allah,bukan diri kita.Sunday, April 24, 2011
Limau oh Limau
ku masih ingati kenangan ku bersama dgn limau2 maghribi pada mula2 ku dtg cni.well,every first meet,it all has sweet.berbalik pd citer aku balik,morocco ni mmg satu negara yang cantik dan agak bersih la berbanding dgn negara2 liga arab lain,tp still xleh lawan malaysia yang mmg majlis perbandaran tidak kenal bau tengik peluh bekerja keras menjaga kebersihan sekitar.dan satu kepelikan bermain Monday, April 18, 2011
Kelibat

hanya baru pagi tadi aku telah dikejutkan oleh satu kelibat berbentuk seperti anak kucing,berwarna hitam melompat keluar dari lubang jamban sewaktu aku mahu hendak masuk tandas.ini merupakan kali yang ke tiga sepanjang aku berada disini mengalami peristiwa ini,apepun alhamdulillah.taklah sampai aku pengsan tgok benda alah tu.
Saturday, April 16, 2011
Bintang Bola Sepak : time diorg kecik Part 2 .












Thursday, April 14, 2011
Bintang Bola Sepak : time diorg kecik Part 1 .
Monday, April 11, 2011
7 perkara aku benci korang

1.Korang yang tegur aku pastu tunjuk jari kt pergelangan tangan tanya pasal masa .aku dah tau aku pakai jam ,jam ko hilang ke?abistu kalau contoh aku nak tanya tandas kt mana,takkan la aku nak tunjuk kat *****..
Tanggungjawab Besar

"Hanis pulang lewat hari ini sebab ada banyak kerja di pejabat. Hanis minta maaf sebab terpaksa pulang lewat dan lambat sediakan makan malam buat abang." Suara ikhlas si isteri meredakan suasana tatkala si suami juga penat bekerja menanti kepulangan permaisuri ke pangkuan.
"Hanis buatlah kerja. Itu amanah Hanis dengan Allah SWT. Amanah Hanis dengan majikan. Lagipun abang dah biasa macam ni masa bujang dulu." Si suami pula menyapa lembut lantas mendamaikan petang yang seakan-akan kelam.
***
Bebanan kian terasa tatkala pernikahan baru mencecah usia tiga bulan. Inai di jari juga masih merah . Dia juga tahu amanah mahupun tanggungjawab itu harus dipikul, bukan dilepaskan atau dibiarkan. Setiap orang akan tahu betapa beratnya bebanan sebagai pasangan suami isteri apabila mereka sudah berada di alam tersebut.
Dulu memang tiada perancangan langsung di dalam buku catatan sebelum berkahwin. Hanya yang ada jumlah hantaran, bajet kenduri, kad jemputan, lokasi perkahwinan, mak andam, sewa kanopi, rahsia malam pertama dan lain-lain lagi tanpa tersentuh apatah lagi menyentuh soal tanggungjawab sedangkan perkahwinan itu amanah. Katanya cukup kursus pra-perkahwinan.
"Mulut memang mudah menutur namun apakah akan sepersis perilaku?"
Kita mudah memahami nota-nota cinta di dalam drama bersiri, telenovela, di helaian novel atau cerpen. Sesungguhnya, adakala memang benar juga apabila sampai kepada babak rumahtangga mithali, rumahtangga kecoh, rumahtangga hancur. Namun, ia berlalu bagaikan air dan tidak ada muhasabah. Air mata bercucuran kerana terlalu emosi menonton drama kegemaran tetapi kita lupa bahawa kita mungkin akan menghadapi keadaan yang sama kelak.
Kita berjiwa hamba. Jiwa kecil kita ini mudah tersentuh apabila perasaan tidak serasi dengan fitrah. Fitrah manusia normal senang hanyut sekiranya tiada iman sebagai pendinding. Kebal kita bukan kerana kuat atau sihat tubuh badan tetapi kuat iman menahan asakan bak jarum menusuk halus di setiap penjuru. Kadangkala apabila pernikahan terbina bukan kerana cinta kepada Ilahi maka tumbuhlah tunas-tunas lalang menghalang cahaya cinta Ilahi daripada terus menerjah ke sumur hati.
Mulalah timbul bibit-bibit di hati mahu berpisah atau baik hidup membujang. Kita juga lupa apabila sudah berkahwin tiada lagi wangian melekat di badan seperti seawal bercinta dahulu. Kini yang tinggal hanya bau yang tidak menyenangkan lantaran penat bekerja. Kini barulah kita tahu tembelang sebenar pasangan. Si suami bangun lewat tatkala waktu Subuh dan si isteri pulang lewat malam tanpa keizinan.
Memang susah mencari seorang Adam yang terfikir untuk berkahwin supaya mempunyai seorang Hawa yang halal baginya itu mengarah jalan menuju ke Syurga. Kita cuma terfikir kehidupan di dunia sahaja. Apabila timbul soal perkahwinan ia hanya berupa material luaran sahaja. Tiada lagi pertimbangan rohani dan tiada lagi soal kebahagiaan si dia, kebebasan si dia atau mengerti tentang si dia. Isteri pula hanya sekadar alat untuk melepaskan tempias nafsu semata-mata.
Kita bukan sahaja hipokrit dengan pasangan malah bersikap munafiq dengan Allah S.W.T.. Kita mengharapkan si dia sempurna tetapi adakah kita sedar pasangan kita juga menagih kebaikan dan tanggungjawab kita kepada institusi perkahwinan seperti yang kita ikrarkan dulu.
Benar qadha' dan qadar adalah ketentuan daripada Maha Esa. Kita merancang tetapi Allah S.W.T. yang menentukan soal jodoh, maut, dan rezeki kita. Tidak penting di mana kita bermula tetapi ke mana kita berakhir. Perkahwinan memerlukan komitmen yang tinggi. Ia umpama mengemudi sebuah kapal yang penuh dengan barangan dagangan untuk dilayari di tengah-tengah lautan, ia adalah tanggungjawab. Ingat! Laut pula tidak pernah sunyi dari ombak dan pelayaran tetap diteruskan. Hanya yang tinggal adalah kebijaksanaan komunikasi antara nakhoda dan kelasinya.
Rimbun Keampunan

http://www.youtube.com/watch?v=ItAFxaA0O5s
Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan
Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda
Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan
Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan..










