Pejuang Berani Mati.

Saturday, June 11, 2011

KFC



Assalamualaikum semua .

apa khabar ?

harap semua sihat alhamdulillah .

kita manusia tidak boleh lari daripada masalah , masing2 ada masalah yang berbeza2 , masalah duit , masalah rumahtangga , masalah anak2 , dan macam2 lagi masalah . namun , didalam islam , setiap permasalah itu telah 'diselesaikan' didalam Alquran dan Assunah oleh ulama2 yang tidak lekang dek hujan,tak luput dek panas mengkaji dan mendalami hukum2,ilmu2,hikmah2 yg ada didalam dua sumber besar ini .

hari ini udy nak share tentang satu konsep akidah yang kita sering lupa dan alpa . bahkan jika sering dilupakan , akidah boleh terpesong dan boleh dikategorikan didalam syirik khafi . syirik yang tersembunyi . syirik ada 2 , syirik jali dn khafi . syirik jali (nyata) seperti murtad,amalan khurafat dll,syirik khafi pula amalan dn perbuatan yg disembunyikan'tidak menerima takdir,menafikan hak Allah dll".
.
orait .

jd utk tu , untuk menyelesaikan segala masalah yang kita tempuhi haruslah bersabar dan mengamalkan konsep ini . bagi udy kita tak boleh lari dari 4 konsep ini dalam menentukan samada permasalahan kita itu selesai atau tidak selesai .

konsep pertama : Ikhtiyar.
Kedua: Ijtihad & doa .
Ketiga : Tawakkal .
Keempat : Redha & syukur .

jadi , apa itu ikhtiyar ? ikhtiyar ni adalah pilihan . sebenarnya penggunaan ikhtiyar yang sering kita gunakan didalam dialog uruf masyarakat malaysia tu salah .

contoh :'sabar la bang , nanti kita ikhtiar camna nak selesaikan masalah kencing malam abang tu'.

ikhtiar ni adalah pilihan , apa yg dimaksudkan pilihan itu adalah apabila kita ditimpa sesuatu masalah , kita diberi oleh Allah akal yang cerdik untuk memilih , samada untuk terus berada dalam masalah itu atau menyelesaikan nya . sebagai contoh paling mudah udy bagi disini .

masalah : lapar perut nak makan kfc .
konsep 1 : pilihan .(nak makan ke taknak)



.
orait .

konsep 2 pula adalah ijtihad dan doa .
ijtihad itu adalah USAHA dan doa itu adalah doa la kan. hehe .setelah selesai memilih , kita haruslah usaha . contoh :

masalah : lapar perut nak makan kfc .
konsep 1 : pilihan . memilih untuk mengenyangkan perut tersebut .
konsep 2: ijtihad . start engine myvi , cari kedai kfc .Doa : berdoa supaya kedai kfc tak tutup .

okeh . faham kan?

udy selalu tengok , kita sering abaikan usaha . ramai antara kita ni hanya berdoa tunggu kfc turun dari langit .tiada hasil tanpa usaha , dalam dunia ni hanya satu je benda yg tak perlu usaha utk kita dapatkan . iaitu rezki yang tidak kita sangka .firman Allah dlm surah attalaaq 1-2 .ayat seribu dinar . 'sesiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan berikannya jalan keluar . dan serta Allah akan curahkan rezeki padanya melalui jalan yang tidak disangka2 (historymiracleofnabikhidir)dan ingatlah sesiapa berserah diri bulat2 pada Allah ,maka Allah cukup baginya (setelah penat berusaha).sesungguhnya Allah telah melakukan perkara yang dikhenedakiNya.'

.
so , itupun setelah kita penat berusaha , sbgai contoh satu malaysia kedai kfc tu tutup,penat dah kita usaha cari dan doa , xjugak jumpa2 . ha waktu nilah baru kita boleh serah bulat2 pada kuasa Allah .

dan ia termasuk pada konsep :

Masalah : perut lapar nak makan kfc.
Konsep 1:pilihan , memilih untuk mengenyangkan perut .
Konsep 2:usaha dan doa , cari kedai kfc seluruh malaysia .
Konsep 3 : tawakkal , andai jumpa Alhamdulillah tp masih belum selesai selagi belum makan .kalau tak jumpa kedai , tawakkal juga , mungkin waktu ni ada hikmahnya .

okeh . faham kan? dah jumpa kedai kfc tdi , dah beli kfc semua . p la duk tepi tingkap tunggu nak makan .jgn terus nak makan je , basuh tgn dlu , baca bismillah dulu .
hehe .

dah selesai makan . pun harus tawakkal dan doa . aik camna pulak tu?
yela dah selesai makan , x semestinya kenyang . kalau kita yakin dgn makan kfc tu kenyang , maka kt cni kita silap , sbb yang maha mengenyangkan adalah Allah . sebab tu kena tawakkal dan doa . serah pada allah dgn makanan ini , aku akan kenyang . dan doa supaya ia adalah rezki yg diberkati dan halal . kalau x kenyang lg , kene la balik pd konsep 2 tdi iaitu usaha . tambah la lagi ayam dua tiga ketul . hehe .

.
diingatkan sini , kalau kita kenyang , dan boleh kata selesailah masalah perut lapar tdi , itu masih tidak cukup jika tiada konsep 4 ini .


Masalah : perut lapar nak makan kfc.
Konsep 1:pilihan , memilih untuk mengenyangkan perut .
Konsep 2:usaha dan doa , cari kedai kfc seluruh malaysia .
Konsep 3 : tawakkal , andai jumpa Alhamdulillah tp masih belum selesai selagi belum makan .kalau tak jumpa kedai , tawakkal juga , mungkin waktu ni ada hikmahnya .
Konsep 4 : Redha dan syukur. redha dgn rezki yg diberi allah . redha jika kfc yg kita makan tu , x capai expectation kita , iaitu sedap . atau redha dgn kfc yg kita dpt tu ,sbb mngkin kita x dpt bahagian peha . hukhuk .

so , Redha ni merupakan pelengkap bagi akidah kita dlm mengatasi masalah tadi .kalau kita dah pilih,dah usaha,dah tawakkal dah berjya capai misi , tpi kita x redha . maka semua yg kita lkukan tdi . sia2 . abis duit minyak myvi je .abis waktu cari kfc, x dpt berkat pun g makan kfc kalau tak redha yg rezki kita utk waktu tu adalah sekian sekian tu . wajib redha ! dan bawah pecahan redha ni mestilah disertakan dgn Syukur . kalau redha je tpi x syukur , maka kita telah dilabel Allah manusia kufur nikmat .
dalil :Albaqarah:192, Alanaam : 53.


jadi , skrg ni korang diberi PILIHAN nak terus jd mukmin yg betul akidah atau tidak . kalau taknak,terus meneruslah pakai hawa nafsu mu dalam menyelesaikan masalah ."bunuh diri,kutuk orang,keji orang,santau orang,sihir orang,memberontak,lari rumah dan mcm2 lg,nauzubillah".
kalau mahu jd mukmin yg tidak mensyirikkan Allah dlm menyelesaikan masalah,korang boleh guna konsep ini .supaya kita tak bersangka buruk dgn Allah , supaya kita tak mudah putus asa dan tidak menduakan Allah . kerana , inna solati wanusuki wa mahyaya wamamati lillahi robbil alamin ..

kita dh janji dlm 5 kali waktu solat , sesungguhnya tuhanku,solatku ,matiku , hidupku ,kerana Allah tuhan sekelian Alam . jadi takkan kita nak nafikan pulak kan?

renung2kan dan selamat beramal .

P/S : start engine beskal membeli ayam utk wat KFC sendiri . ngee .


ustat rock ,
via Villa Ammu Ahla ,
0646 pagi .


segala isi dan fikrah ini ditulis oleh saya sendiri,sebarang percanggahan dengan mana2 pihak tertentu amatlah dipohon dgn sejuta kemaafan , dan menjadi pilihan buat mereka untuk menolak pendapat saya .kerana 'kullu kalam yu'khozu wa yurod , illa al ma3soom'
setiap perkataan,pendapat, boleh diambil dan ditolak,melainkan satu , hadis nabi s.a.w.
wallahua3lam .

5 comments:

Anisa Hang Tuah said...

semuanya dilakukan dgn ikhlas,,,

Udy said...

ANisah : thanks tambah . betul tu . ikhlas amat penting .

Ir. Jamal said...

Alhamdulillah..nice entry dari Udy..jamal nak tanye nie..dulu Udy ngaji mana?

Udy said...

Jamaluddin : udy dulu blaja kt Maahad Ahmadi Gemencheh , Negeri Sembilan . hehe Jamal?

Ir. Jamal said...

Alhamdulillah...Jamal blaja secara tak formal la udy...ikut kuliah syeikhuna di surau dan masjid. Kadang-kadang belajar di rumah syekhuna.

Dulu blaja di JB, sekarang nie dah kerja di KL. Ikut pengajian masyaikh di KL la pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...