Pejuang Berani Mati.

Thursday, June 16, 2011

Ujibakat Solehah (program realiti TVAlhijrah)


Assalamualaikum .

kepada sesiapa wanita diluar sana yang berminat , boleh lah mencuba nasib .dari korang duk join akademi fantasia , mentor , one in a million . apa kata cungkil bakat dalam bidang agama pula . mana tau dapat hidayah dan rahmat dari Allah . hehe .
SOLEHAH merupakan rancangan program realiti tv Alhijrah dimana ia sama dan lebih kurang la mcm program imam muda , namun ia hanya melibatkan kite-kite aje (wanita) .
.

Merujuk kepada sidang akhbar pengumuman program SOLEHAH ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir B, Hj. Baharom dirakamkan berkata,“SOLEHAH merupakan sebuah program realiti yang berusaha mencari pendakwah wanita. Disamping mempunyai ciri keibuan, mereka yang terpilih adalah merupakan seorang pemidato yang baik serta berupaya menyampaikan ilmu di dada dengan berkesan kepada masyarakat.”

Pada setiap sesi uji bakat yang bakal dijalankan, keupayaan peserta akan diukur melalui beberapa aspek. Antara ujian saringan yang bakal ditempuh adalah seperti ujian penguasaan ilmu agama, ujian penguasaan bahasa, ujian bakat serta kebolehan, ujian kepimpinan dan kekeluargaan dan tidak lupa juga penilaian aspek penampilan diri. Ini bertujuan untuk menyenarai pendek 10 peserta terbaik yang akan terpilih sebagai peserta.


Wanita Islam berumur 20-30 tahun
Mempunyai pengetahuan Islam yang baik
Berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan
Berupaya memimpin perbincangan dan mesra kamera
Mempunyai daya tahan fizikal dan mental

Masa dan tempat seperti ketetapan berikut : -
Tarikh : 18 dan 19 Jun 2011
Tempat : Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
(Bersebelahan Masjid Negara)
Masa : 10 pagi – 6 petang

Sila bawa bersama latar belakang keluarga, akademik, pendidikan, pekerjaan serta sekeping gambar bersaiz 4R. Untuk maklumat lanjut hubungi talian 03-22601677 sambungan 206/245/247 atau solehah@tvalhijrah.com.

borang boleh klik sini .

jadi , apa tunggu lagi kepada graduan2 yang tak ada kerja tu dok menunggu bulan jatuh ke riba . baik cuba nasib pegi ujibakat ni . mana tahu Allah pilih korang jd pendakwah yang berfikiran global dan syumul . mana tahu korang boleh jd pelapis Rabiatul Adawiyah , perintis Sumayyah dan pendukung Siti Khadijah R.A? mungkin sama hebat seperti Aisyah R.A?



Let's Spread the words .



P/S : rasa nak join , ustat rase nak beli tiket balik je pegi ujibakat . sebelum tu nak kene pilih tudung mana yg sesuai dulu kan sebelum masuk audition . ok x? :P




Sumber : 1 @ 2 .



2 comments:

bujal X said...

malu ah nak join~haha~~

Niena Muhammad said...

bagus, dri dok join bnda yg leh mndtgkan dosa / xde faedah pd kte,tpi sy xdpt join.kerja sy ni xleh join mna2 program realiti

anda dipilih utk menerima hadiah dri sy sila ke sini
http://www.my-shopping2u.com/2011/06/blog-yang-menerima-hadiah-dari-saya.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...