Pejuang Berani Mati.

Showing posts with label sifu. Show all posts
Showing posts with label sifu. Show all posts

Monday, August 1, 2011

Ranum Ramadhan.


Fajar harum, bermula salam dalam udara
yang mengkhusyukkan. Semuanya tiba
terhampar dalam sepi bermusim sabar:
Hati dan budi didakap tulus oleh solat,
dalam gementar yang sentiasa syahdu.
Dalam nafas jerih bulan paling jernih.

Amalan puasa mencabar dan mengajar.
Terlimpah sepadat makna yang perih;
kita belajar dari derita yang pedih;
dan dalam bulan ujian terlalu garang
kita masih boleh mengutip kesejahteraan.
Dongak ke angkasa rahsia mengkhayali

lapisan sfera, ke kalbu tersentuhnya
kita, digundahi kekaguman luar biasa:
Bumi anugerah Allah dan terpilih kita
khalifahnya, datang yang dianugerahi,
boleh memberi, boleh juga memungkiri,
terpulang santun memilih atau menafi.

Bulan ini memangnya saat bertafakur,
bersedia memurni diri jika bersyukur,
kerana puasa yang menguji, menjelang
Idulfitri, nafas kudus menghening diri,
terbimbing ke batin lebih berhemah.
Terima kasih kita sepadu syahdu arah

yang memang datang seiring anugerah;
kerana manusianya kita, dan kerdilnya
di hadapan Allah, wajar bersyukurlah
setiap saat, sepurnama, penuh mekar
dalam debar, membaca setiap iktibar.
Kita beransur ranum dalam bulan mulia.

A.Samad Said.

Thursday, June 30, 2011

Jom Reka Dialog

time bosan xde idea nk post ni..aku nak try lah segmen jom reka dialog..sape nak join klik sini.

DIALOG 1:

Suami : Eleh,ingat mulut awak je ke yang besar?aaaaaa....tengok mulut saya ni..

Isteri : eii..tolong sket..mulut sy lagi besar tau!!sekali dgn tangan2 naik nih..ha ..engok..aa...esa an..

Suami : aaaa... usyuk ee ulut awakk iii..aaaa..aaachom!






DIALOG 2.

Suami : eh , dah2 la tu gadoh2 pasal bende ni..cpt2 ready..de org nak snap gmbr..

Isteri : eh , aah la bang..cam budak2 kite gadoh..ok2..ready ..

Suami : senyum yang!

Isteri : ok ayang senyum...ayu tak ..hehe..


Sekian .

Hidup Suami Isteri bagai isi dengan kuku..jika kuku tercabut..isi turut sama sakit..bahkan menyakitkan jari2 yang lain utk melakukan kerja...jika isi pula diketuk atau kemalangan..kuku turut bengkak meninggalkan lebam biru yang meninggalkan darah beku berwarna hitam..jika sembuh sekalipun..pasti bekasnya terpahat...
wallahua3lam..


Gambar harus di edit kerana melanggar etika-etika berblogging menurut syariah .


Sunday, June 12, 2011

Follower - 74 .


seperti biasa .
aku selalu bukak blog Ben Ashaari .
bukan apa .
dia otai . banyak bantu blogger baru .
tadi hati ku tergerak nak komen .
segan jugak .
yela sifu .
aku tekan .
tak berharap pun dia kunjung .
sbb tahu orang femes biasanya sibuk .
tapi ,
aku respek Ben Ashaari .

.
.
sudi juga dia follow blog aku yg tak seberapa ni .
cepat2 aku pegi masjid .
jumpa imam jumpa bilal .
aku mtk kebenaran nak wt pengumuman .
kt speaker masjid .
"malam ni dijemput semua dtg ke rumah saya , untuk kenduri kesyukuran sekian "
aku wt kenduri kesyukuran .
jemput semua orang datang .
ingat nak tumbang 2 ekor lembu lah .
lepas tu nak pasang bunga api .
kasi celebrate sikit kan .
lepas tu ingat nak jemput maher zain wt konsert sekali .
.
.
.
banyak lah aku punya angan .
.
.
apepun , semoga Allah membalas jasa abg Ben kerana byk beri tunjuk ajar , tips dan info buat blog ini . sesungguhnya beliau adalah sifu saya . cikgu saya . bukan kerana beliau femes , tapi kerana imam syafie dah kata . sesiapa yang dah tunjuk ajar kita walau sedikit . wajib kita hormati dia .
.
.

sepertimana kisah ni .
satu hari imam syafie sedang mengajar .
datang seorang badwi (arab kampung) yg comot dan lusuh pakaiannya .
kemudian , imam syafie berhenti dan lantas memeluk lelaki badwi tersebut .
anak murid beliau terpegun dan terkejut .lantas bertanya .
kenapa kau memeluk lelaki tersebut wahai guruku?
imam syafie lantas menceritakan .
lelaki ini adalah guruku .
satu hari aku sedang mengarang kitab fekah . dan aku keliru dan tak tahu tentang bagaimana seekor anjing itu dikatakan matang .
lantas beliau pergi menemui arab badwi kerana mereka lebih mengetahui akan hal2 sebegitu .dan lelaki badwi tersebut pun menceritakan kepadaku .anjing yang matang itu adalah apabila dia kencing ,dia angkat kakinya semasa kencing,manakala anjing yg tidak adalah sebaliknya.
maka dari situ , imam syafie dapat menyiapkan kitabnya .
sebab itu lah aku memeluknya tanda hormatku padanya .
.
.
.
.
.

so , sape2 yg dah beri tunjuk ajar pada aku . aku anggap dia sifu aku .selain abg ben aku juga telah diberi tunjuk ajar oleh Jamal. you are also my sifu .

terima kasih . :)


P/S : sikit lagi kalau aku jumpe diorg berdua nih , abis la depa aku peluk . :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...