Pejuang Berani Mati.

Sunday, June 19, 2011

Hachiko vs Qitmir


Anjing Hachiko

Haritu aku de tgok citer Hachiko lakonan Richard Gere dan joan Allen dan seekor Anjing yang terlatih yang pandai berlakon . kalau ada anugerah award anjing2 sedunia ,pasti beliau yg juara.
.
cerita ni aku sangat2 bagus dan aku cadang pada korang tengok sbb ia mempunyai moral yang tinggi.ia berdasarkan kisah benar anjing Akita yang berasal dari jepun.dimana pada tahun 1924 Professor Ueno yang mengajar di University Tokyo membela anjing yang bernama hachiko . nickname beliau juga adalah Chuken yang bermaksud Anjing setia .Hachiko selalu menemani beliau sehingga seluruh penduduk disitu mengenali kesetiaannya . Hachiko ni juga menunggu tuannya pulang kerja setiap hari di stesen shibuya , tokyo , Japan .sehingga tibalah satu hari professor ueno mati pada 21 mei 1925 di tempat kerja kerana serangan pendarahan intraserebrum . namun , Hachiko masih menunggu tuannya di Stesen Shibuya selama 10 tahun , setiap hari .dan Hachiko mati pada 8 march 1935 di jalan berdekatan jambatan sungai inari Shibuya kerana sakit paru2 . kemudian ia di awet dan di letakkan pada muzium sains di sana .

moral cerita ni :
  1. Kesetiaan . Ketabahan .
  2. Kebesaran Allah , Binatang menjadi teladan buat manusia .
  3. Kehebatan kuasa Allah mencipta binatang yang menyayangi manusia.
  4. Usaha yang tidak putus asa .
dan korang boleh tambah sendiri moral cerita ni lepas menontonnya .


Anjing Qitmir .
(ataupun dalam Alquran disebut Raqeem)


ini pula kisah Anjing yang menemani 7 orang Ashabul Kahfi yang diceritakan oleh Allah pada kita dalam surah Al kahfi .actually,ia kisah 7 orang pemuda dan anjing .terbalik pula . hehe .

kisah Alquran ini lagi best dari Hachiko sebab mereka tidur selama 300 tahun ditambah 9 tahun hilaliyah (qamariah).berbeza dgn tahun Syamsiah.tak paham?hehe.
Tahun syamsiah adalah tahun biasa yang kita kira . 1 abad bersamaan 100 tahun .
tapi tahun qamariah ni , 1 abad bersamaan 100 tahun + 3 tahun .
ini bermakna kalau mengikut tahun qamariah .
mereka tidur selama 309 tahun !!SubhanAllah!
kita tidur 2 hari pun dah nyanyok .ini kan pula 309 tahun!kuasa Allah.

Ayat 18 Alkahfi yang bermaksud .
"dan kamu mengira mereka itu bangun ,padahal mereka tidur,dan kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri , sedang ANJING mereka mengunjurkan kedua2 lengannya di muka pintu gua.dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka ."

Ulama tafsir seperti Ibnu Kathir telah menyamakan firman yang brbunyi"dan kamu mengira mereka itu bangun,padahal mereka tidur" dengan perilaku serigala kini yang menutup mata kiri dan tutup kanan sebagai salah satu tanda kebesaran Allah .

Moral kisah Qitmir dalam Alquran ni sangat banyak . antaranya :
  1. sebagai senjata yang digunakan untuk menakut2kan musuh yang datang dengan bolak balikkan badan qitmir seolah2 ia terjaga.
  2. tauhid pada Allah .anjing juga taat pada perintah Allah , inikan pula manusia.
  3. jika kita menghadapi masalah , perlu hadapinya dengan jemaah . bukan bersendirian.
  4. menunjukkan bahawa tubuh manusia dan binatang apabila tidur,perlu dibolak balikkan supaya darah mengalir dengan lancar .
  5. Anjing merupakan guard manusia paling baik .
  6. boleh menggunakan binatang dalam menghadapi musuh2 islam .
dan korang leh baca sendiri kisah ashabul kahfi . camne? hehe.ringan2 lah tangan tu buka tafsir alquran .jangan ringan bukak fesbuk je.hehe

xdela,aku gurau je.leh baca kisah ashabul kahfi secara umum disini.
atau video disini .
.
Kisah Ashaabul Kahfi ni jugak dikenali oleh penganut Kristian sebagai Seven Sleepers. Kisah ini mula tersebar ke seluruh wilayah taklukan Kristian apabila Paul the Deacon(720-799) dan Gregory the Tours(538-594) menulis sebuah kisah mengenai keajaiban yang berlaku kepada tujuh orang pemuda berserta seekor anjing. Kisah ini berdasarkan kisah benar yang menjadi kisah turun temurun di Ephesus, Turki. Ajaibnya adalah kisah ini 100% sama seperti kisah Ashaabul Kahfi yang diceritakan daripada ayat 9 hingga ayat 26. sikit lagi , ada la tu omputih wt movie pasal citer ni.

Gua Ephesus.

patutlah kat morocco ni banyak orang bela anjing , sebab mereka pegangan mazhab maliki , kita mazhab syafie sentuh pun dah kene samak.hehe.
akhirnya , harap ini sedikit sebanyak memberi info untuk korang .
wallahua3lam .

SUMBER:Google Images.

P/S : pepatah arab ada mengatakan .
'anjing merupakan teman paling setia bagi manusia'.
lepas ni jangan la korang salahguna p tulis kat followers korang jadi "anjing2 yang setia".
:P




segala isi dan fikrah ini ditulis oleh saya sendiri,sebarang percanggahan dengan mana2 pihak tertentu amatlah dipohon dgn sejuta kemaafan , dan menjadi pilihan buat mereka untuk menolak pendapat saya .kerana 'kullu kalam yu'khozu wa yurod , illa al ma3soom'
setiap perkataan,pendapat, boleh diambil dan ditolak,melainkan satu , hadis nabi s.a.w.
wallahua3lam



1 comment:

Transkripsi Hati said...

baru tgk cter ni minggu lepas..tgk triller baru,dah selak nangis =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...