Pejuang Berani Mati.

Thursday, July 28, 2011

Damba Kasih


ingatlah Allah tak pernah sia-siakan hambaNya..namun,kita yang mensia-siakan peluang kita dengan Allah..

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..


Melodi: Manis Helma (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment) & Manis Helma (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Kembali Merepot! #part 1.

Alhamdulillah,sukan seas di rabat 2011 telah pun menutup tirainya semalam.Malaysia telah menjadi Juara Keseluruhan dengan memungut sebanyak 4 emas,4 perak dan 3 gangsa.aku telah berjaya menyumbang emas bagi acara bola tampar dengan Final bertemu Thailand.manakala Pingat Perak acara Badminton beregu menentang Indonesia.fuh..abis sakit-sakit badan.tapi mujur ada Bende alah ni..hehe.ubat KETUM..mengurangkan sakit..tp bukan diperbuat dripada KEtum tau..ni dri bahasa perancis..bese la morocco ni kan byk produk dri perancis..hehehe..untuk repot pertama aku ni,pendek jela..guna gear 1 je..bese la kete lame x hidup..kene la panaskan dlu..dan xleh terus gune gear 5 kan?.nti rosakla..hehe..

penyokong yang hadir..tu perlawanan final badminton beregu..aku terlindung disebalik lelaki berbaju putih..kecik kan aku?kekeke..
so,part 2 nti aku akan citer..hangat-hangat al kisah sukan seas yg berlangsung selama 6 hari.okeh cao cin cao!

Friday, July 22, 2011

Busy time



sukan sea sedang berlangsung.akan tamat selepas 6 hari.sibuk menjadi atlet mewakili malaysia.so blog ini akan sunyi sehingga selasa .doakan malaysia menggondol kesemua emas!

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday#4

Zahratul Marwa Binti Mohamad Faisal.

Tahniah Daun Kuchai .Mabrouk Alaikum jami3an .Allahu yu3tikum Frah wa essa3ieda .

Monday, July 18, 2011

shuffle

situasi 1.

tadi aku masak kt dapur .
sedang asyik menunggu ayam garing .
aku pasang lagu papa americano .
tiba-tiba aku rasa nak shuffle .
.
.
.
wat running man .
wat melbourne shuffle .
badanku hilang imbangan .
aku cuba menstabilkan diri .
namun gagal lalu jatuh .
mujurnya aku sempat menggapai sesuatu untuk berpaut .
.
.
.
.
situasi 2.

razak (bukan nama sebenar) baru pulang dari kelas .
cuaca yang panas menyebabkan beliau sangat haus .
kemudian bergegas mencampakkan kasut yang ditanggalkan .
kasut itu menjerit meminta pertolongan kerana dicampak dengan kezaliman.
.
.
razak berlari ke dapur .
dan seluarnya telah dipaut oleh seseorang .
kehausan razak tertutup .
kemaluan beliau terbuka .
.
.
.
.


-_-'










Saturday, July 16, 2011

adat muda


adat muda menanggung pilu ,
tercarik baju menanggung malu ,
berdarah lutut tersepak batu ,
dada semput dihiris semalu .

adat muda menelan peria ,
pahit di dalam di luar biasa ,
menunggu manis tak kunjung tiba ,
kerna muda mentah ku telan jua .

adat muda..
adat muda gerhana jiwa ,
mendung siang malam berdurja ,
bila ? bila masanya hujan kan membaja .
tanah jiwa ketandusan suka .

adat muda..
adat muda berdiri sendiri ,
dari setapak hingga berlari ,
apa diendah jalan berduri ,
asalkan lelah kan berpenghuni .

adat muda ku kirim tua ,
persetankan semua ..tiada makna ,
mana mungkin mustahil perkara ,
muda sia-sia kembali berusia .




Udy7
Villa Kenitra ,
0934 a.m .

watch Liverpool vs Malaysia live


KLIK DISINI .

Friday, July 15, 2011

Hijjaz Rintihan .


Biar berlinangan airmata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya
Walau menitis airmata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya
Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya...


Salam jumaat semua..

Thursday, July 14, 2011

Akak Angkat 1.0

ini cerita aku waktu aku bersekolah di kelantan .



.
.
.
waktu aku kecik-kecik , umur 11 tahun .ayah aku menggatal nak kawin lain . lepas arwah mak meninggal,ayah aku mula memasang pukat cinta dalam sungai janda-dara,memang waktu tu,agak kerap jugak aku balik kampung halaman di pasir puteh,kelantan.

daripada hulu ke hilir .
daripada satu cerok lain ke lubang lain .
akhirnya ayahku mendapat ikan yang dikatakan lemayan .aku labelkan mama aku tu ikan toman afrika .sebab mama aku merupakan anak dara tua tok guru di salah sebuah kampung di bachok .
sudah 9 pinangan di tolaknya dan ayahku merupakan pinangan ke 10.aku rasa mama aku pun dah x larat nak cari Mr.Right dah , sebab umur dia pun dah meningkat .
.
.
.
sekelip mata aku mendapat mama baru dan sepupu sepapat yang baru . bertambah pula bilangan mak sedare dan pak sedare yg ramai juga .perasaan aku?

.
asalkan ayah aku bahagia sudah..
asalkan ada orang tolong jaga makan minum dia .
tolong basuhkan baju2 dia .
nak harapkan aku waktu tu memang tak la .
basuh kaki amek wuduk pun tak sempurna lagi .apatah lagi nak basuh baju aku .
.
.
so ketung ketang ketung ketang alexander..abislah 2 tahun ..
ayah aku nak sekolahkan aku kat kelantan .
hadoi .
so sebagai anak lelaki yang kacak dan taat pada perintah ibu bapa .
aku pun pindah lah ke kelantan .
duduk dengan keluarga belah mama aku . sebab senang nak pegi sekolah .
.
.
Bulan pertama .
memang tak reti langsung la cakap kelantan .
kadang2 tu terpaksa la sepupu aku translate kat aku perkataan2 yang aku tak paham .ya bahasa kelantan memang susah sikit .kalau setakat yang basic mungkin korang leh paham.tapi kalau duduk sekali dgn orang2 kampung,banyak lagi vocabulary yang korang tak pernah dengar.
ada sekali tu nenek tiri aku suruh aku pegi kedai .
dia suruh aku belikan susu .aku tanye la kat mane kedai tu?.nenek aku jawab . "denuh la,alik ulu tembok".
parah.
dekat sejam aku tak jumpa kedai .
rupa2nya ."tembok tu jalanraya besar . ulu pula utara ."..makna kata kedai tu dekat utara jalanraya besar.senang je . aku je bengap x paham.hehe.

Bulan kedua .
aku dah mula berjinak2 dengan penduduk kampung .ramai jugak lah orang kenal aku .kire aku ni mcm femes jugaklah .yela anak menantu tok guru haji ya .bapak aku pula ada van,duduk pula kat n9.so waktu tu penduduk kampung anggap aku mcm orang bandor la gamoknye.ahaks.
apabila populariti aku makin tinggi kat kampung tu.ramai budak2 nak kawan dengan aku.pastu ramai jugak gadis-gadis kampung tu admire aku.yela.tak dinafikan aku antara lelaki yang hensem dan putih .pastu jaga pribadi dan akhlak terpuji pulak.so memang pemes la kan.haha.(perasan).
.
pastu ada la sorang awek ni ,anak ketua kampung kat situ . anak2 dia memang semua cun-cun la.dan aku kasik nama dia maisara lah yek..bukan nama sebenar,kang dia baca blog aku ni kang malu plak dia .

muka dia ada la iras2 fida gadis melayu kat atas ni.memang cun la.pastu dijadikan citer nye , dia lebih tua dari aku setahun .dan kebetulan dia pun mengaji alquran di tempat sama aku mengaji setiap malam.so , memang dikatakan hari-hari gak la berjumpa.

ada satu malam tu ,sepupu aku alex (bukan nama sebenar) bagi aku sepucuk surat .dia cakap maisara bagi .

salam hai awok..
boleh berkenalan?
awok ni cutelah.
hihi..

maisara.

perghh..dugaan pertama aku .haha .sejujurnya memang seronok jugak la bila ada orang sedar kewujudan kita nih..yela nak nak pula dia tu cantik.tapi aku dengan sifat yang gagah dan macho .tak terus balas surat tu.

setiap hari dia akan hantar surat .tanye kat aku kenapa aku tak balas surat dia.hari-hari aku kat tempat mengaji seolah2 aku pergi berperang,yelah demi menjaga keimanan didada ini.harus aku menjaga pandanganku dari melihat si maisara tuh.kang kurus pahala baca quran aku.hehe.

awok ni bisu ke?
setiap kali saya anta surat awok dok balah.
benci ke sayo ke?.
ke awok tak reti nulih.
tulum balah surat nih.kalu tidok!

yang benar,
maisara.

ah sudah,dia ni dah pandai main ugut2 pulak.so aku pn amek la sehelai kertas dan pen.demi nak mengelakkan dia terasa.aku pn membalas suratnya.

terima kasih .
saya segan kalau saya balas .
takut nanti .
ayah awak halau saya keluar dari kampung ni.
hehe.

yang pemalu,
udy.


tak lama lepas maisara dapat surat tu . dia beranikan diri dia tegur aku.
dan agak kerap jugak dia datang kedai makan mak sedara aku . sebab kat situ aku biase lepak2 dengan sepupu sepapat . tolong jaga kedai ,maisara datang nampak aku terus dia tersenyum .lalu memulakan langkah membuka bicara.

"awok berehi ko make nasi dage ni?,panda make do ko?".

"eh , saye minat je nasi dagang ni.kalau ayah saya asal kelantan,anak nye mesti la ade darah kelantan jugak.:)"

maisara tergelak dan membalas ."awok ni meme comey lah .jadi adik angkat sara la deh?"

wah2..sedap2 je dia nak angkat aku jadi adik dia . larat ke nak angkat ?hehe .sejak dari tu secara tak rasminya dia jadi akak angkat aku . kononnya nak wt jadi pakwe ,tapi sebab dia sedar kot umur dia lagi tua dari aku .so dia amek jadi adik angkat jela.
.
.
masuk bulan seterus dan seterusnya .maisara selalu tolong aku dalam banyak hal.segi pelajaran,dari segi pengalaman,dan kdg2 selalu beri aku hadiah .dan hadiah pertama aku dapat dari seorang wanita adalah music box .aku ingat lagi waktu tu hujan lebat .maisara datang berpayung ke rumah aku semata-mata nak kasi aku music box lagu beethoven .dia sayang sangat kat aku sebab katanya dia tak ada adik lelaki . memang ya pun.family dia semua perempuan.dan begitulah kenangan yang terpatri antara dia dan aku . dan lepas aku pindah semula ke n9.
aku tak tahu dah samada dia masih hidup ataupun mati . dan aku doakan dia beroleh suami yang soleh.ameen ya robbal alamin.





P/S:music box tu dah hancur tah kemana ,aku syak akak aku bakar semua tu.sbab surat2 aku yang de dua guni pun dia bakor.cait!












Mimpi 4.0


kedengaran bunyi nyamuk-nyamuk aedes yang sedang mengasah muncung amat mengilukan gigiku.ada yang tambah spoiler depan kasi tonggek , ada nyamuk yang tambah jarum bagi menajamkan lagi hisapan .
kedengaran ketua dari kumpulan nyamuk-nyamuk tersebut berkata "malam ini misi kita misi mustahak ,ada 3 mangsa yang tidur diruang tamu , makan besar kiteerrr!nak nak yang berat 90 kilo tu mesti kenyal darah dia".
jawab salah seorang dari nyamuk pula :"betul tu tuan , saya ingat sebelum saya parking baek muncung tirus saya ni,saya nak letak perisa epal la kat dalam darah tu,kasi taste sikit".

.
amboi2 , bukan main berlagak kumpulan nyamuk ni berbincang . aku panas betul dengan nyamuk-nyamuk nih , derang ingat aku tak dengar hape plan kantoi diorg tuh.dengan sekali libasan siam aku kasik,dah melempeng kau nanti .bisik ku yang tak boleh tidur malam tu .

.
aku tarik selimut member sebelah , agak sejuk pulak malam tu .aku raba jam di kaki ,waktu dah meninggi . pukul 2 pagi . caih . susah pulak urat mata aku nak lelap malam nih .
.
.
20 minit kendian .
aku tukar posisi tidur .

.
meniarap .

.
tak menjadi .

.
telentang .

.
tak menjadi .

.
menonggek .

.
tak senonoh .

lantas aku mengambil henset nokia 3310 yang sudah uzur tahap cipan .aku memecet-mecet button . henset nih mmg problem cikit . almaklumlah dah uzur .
kalau henset ni boleh bersuara .
dah lama dia menjerit suruh tekan pelan sikit .
takpun dah lama dia gigit jari aku .
supaya aku tak asyik main game ular .
tet tot tet tot .tit tit tit tit .
best jugak layan gem ular nih .tapi kalau game ni bawak kat dunia sebenar .kompem aku taknak main .
.
.
hehe.
.
.
tiba-tiba .

..
salah seorang junior aku mengigau .
.
"abang abang , dengar citer michael schumacher nak datang esok kan ?"
.
eh budak ni . tegur aku ke ?

aku pun seraya membalas ."eh yeke dtg esok?bukan minggu depan ?"

dia balas balik :"esok datang nya . dah beli tiket semalam ."

aku layan lagi :"oh yeke , ".aku diam jap .

(dalam hati ku , nak test la budak nih )

aku tanye :"kaif halak?enta bikher?"

dia balas :"ana bikher . fin ghodi?"..

aku balas :"nombor ekor esok bape?".
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
terus dia terdiam . tak mengigau dah .
.
aku syak mimpi dia .

mimpi untuk orang-orang beriman .
.
.
.
.

Wednesday, July 13, 2011

Mimpi 3.0

...
..
.........
....
......
.
.
.
.
.
.
.
.
..
..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
fuh..tidur mati rupenye..hehe..

.
.
.
.

Mimpi 2.0


sepoi-sepoi angin melempang manja pipi ku ,
memberi satu hirupan nyaman usai mentekedarah durian ,
bau-bauan harum yang ditiup ke arah angin ,
menyebabkan unggas-unggas menyepit jari dihidung ,
kicauan beburung riang yang sedang mengumpat menambah lagi ketenangan petang itu ,
ku lihat ke bawah ,
rendah sangat terbangan ku .

.

lantas aku menambahkan tenaga di dua pasang tanganku ,
memberikan aku terbangan melepasi tiang telekom ,
aku terbang lagi tinggi .
helang disebelah ku memandang sinis .
aku sergah beliau menyebabkan beliau hilang pertimbangan dalam kibasan sayap .
aku ketawa puas .
helang tadi mati di tiang elektrik .
..

aku terbang tanpa arah tujuan ,
seronok terbang ni , lantas aku mencuba skill kuak lentang indonesia .
tiba-tiba aku tak perasan ada awan yang lalu .
gedebok! macam jatuh atas tilam lembutnya melanggar awan .
basah-basah kuyup sikit rasanya .
mungkin perut awan itu berisi air
yang di serap melalui proses fotosintesis (yeke?) .
.
.
aku terbang lagi .
oh ya , baru aku teringat .
hari tu mak jah ada jemput untuk datang kenduri di rumah nya .
aku beri signal kekanan pada burung-burung ,
lantas membuat drift selekoh di jalan langit .
aku pandang ke bawah ,
mengira-ngira longitud ke rumah mak jah .
rumah beliau bersebelahan surau usang .

.
.
.
setibanya aku disana ,
mamat nampak aku .
dia jerit kat aku .
wei! turun . dah la lambat datang .
dia mengambil paip yang dibuka untuk membasuh pinggan kotor barangkali .
lantas menyembur tepat ke arah aku yang sedang terapung-apung tadi .
kurang asam punya mamat .
kot ye pun nak suruh aku turun .
jangan lah pakai paip penyembur .
malu aku depan gadis-gadis JKKK surau yang sedang berzanji .
cait!

.
.
.
.
.
.
pagi tu tersedar , aku bernekad mahu memakai baju kalis air pada mimpi akan datang .
supaya mamat anak mak jah . tak dapat fire aku lagi .
sekian .









mimpi terbang sangat best .
tapi setiap kali nak terbang , aku kene tahan nafas baru boleh terbang .
.
.
.
.
.
sumber photo :google images .

Tuesday, July 12, 2011

mimpi 1.0

mimpi sedang berlatih bola dengan cristiano ronaldo dan kaka .
sebelum tu saya datang lambat ke stadium bernabeu .
lambat sebab tiket bas ke Madrid abis . lantas saya naik van tumpang sorang makcik .
sampai-sampai saja di stadium , penonton sudah penuh .
dalam hati saya , matilah , kena marah dek Jose Mourinho .
.
.
.
masuk Gate A , saya nampak sorang jaga buat muka ketat .
dia tak bagi saya masuk , mintak kad pelajar .
saya pun bagi kad pelajar saya .
masuk je stadium , saya tak jumpa jalan ke padang .
parah , makin marah mourinho dalam hati saya .
kemudian saya pusing atas , turun bawah .
bertembung dengan Kaka .
rupa-rupanya dia pun lambat macam saya .
kaka bawak saya ke padang .
.
.
tiba di padang , jersey saya pulak tak ada .
basuh tertinggal kat rumah .
jadi mourinho suruh saya pinjam jersey penonton .
mulanya dia marah sebab saya lewat .
tapi lepas tu dia cool .
.

.
tak sangka pula dia pilih saya untuk main 11 eleven .
menggantikan Karim benzema .
Cristiano Ronaldo tepuk bahu saya .
dan bercakap dalam bahasa melayu .
kumat-kamit "kau boleh punye".
.
.
diatas padang sebelum sepak mula .
pengadil melantik saya untuk membacakan doa .
saya pun angkat tangan tinggi-tinggi .
baca doa dan satu stadium mengaminkan .
kemudian , selesai bacaan doa .
semua pemain duduk bersila lantas membuat halaqah (bulatan).
macam dalam majlis tahlil kenduri arwah orang melayu kita .
rupa-rupanya .
menunggu hidangan tiba .
tak sangka semua pemain Real Madrid sudah masuk Islam .
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
MIMPI..
dua tiga belas menjak nih,mencabar betul mimpi saya .
demam Sukan Sea's dan Copa America agaknya .
nanti saya cerita lagi .


Sumber Photo:Google Images.

Monday, July 11, 2011

kompiden

usai penat bertungkus lumus mengelak biji-biji kereta yang merangkak diperut jalanraya dipetang yang ekstremis panasnya,sampailah kami dirumah 3 tingkat yang menyiksakan urat-urat saya nak mendaki.
timbul persoalan di benak fikiran saya punyalah besar bumi morocco ni,kenapa rumah bertingkat-tingkat juga dibinanya.aduih!keluh saya.dahlah cabaran mengelak kereta-kereta yang tak kenal erti sabar amat memeritkan pundak perut saya,ni cabaran mendaki tangga pula untuk menuju ke destinasi yang nyaman atas tujuan merehatkan punggung yang lenguh.

sampai saja,terus memetik kipas tanpa tapak yang dibeli dengan harga 40 ringgit,nikmat angin yang bertiup amat berjaya mengeringkan peluh-peluh yang berkeliaran di liang roma badan.sangat gatal,macam semut-semut api yang merayap merogol kulit gebu saya.saya lemparkan baju yang basah.kemudian bermula perbualan ini.


Manusia X:fuh..panas betul arinih..basah ketiak aku.
Udy:itu ler..rase nak mandi dalam tab berisi ais jer..
Manusia X:sape plak dalam tandas nih..*terpicit shower yg dipegang lantas terpancut ke siku beliau*..alamak..terpicit plak..abis basah lutut aku..
Udy:(dengan kompidennye)ape plak lutut!!tumit!!
Manusia X dan Udy:hahahahahaha..(sambil memicit shower tadi sampai abis)..


faktor cuaca mampu membengapkan otak untuk berfikir.




.

Sunday, July 10, 2011

Youth Sea's Games 2011 Rabat

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi..atas nikmat kesihatan badan ini..fuh! sangat penat setelah selesai saya menjalani sesi latihan Futsal bagi Sea's youth games akan datang yang akan diadakan di Rabat,Morocco.dimana Malaysia menjadi tuan rumah pada setiap 6 tahun.segala persiapan dan segala persediaan sedang giat dijalankan oleh semua pelajar disini .

Malaysia ingin mengekalkan kejuaraan seperti dua tahun lepas setelah merangkul 3 emas mendahului indonesia dan thailand.untuk pengetahuan anda semua,seas games ini hanya disertai oleh tiga buah negara iaitu thailand,indonesia dan malaysia.berikutan kerana hanya 3 negara ini yang dinawarkan bidang dalam pengajian islam dan arab.walaupun begitu,persaingan yang diberikan sangat sengit.saya tidak berpuas hati kerana malaysia masih belum menjuarai emas bagi acara futsal.so,2 hari yang lepas.kami telah menjalani sesi latihan yang padat dengan latihan short pass,free kick,shot and one-two passing.insyaAllah pada minggu hadapan latihan akan diteruskan bagi memantapkan lagi skuad futsal pada tahun ini.

saya harap dengan persediaan ini,malaysia bakal merangkul emas dalam acara futsal.insyaAllah!esok pula saya akan turun padang INPT,Rabat untuk latihan bola tampar pula.iyalah,pelajar disini jumlahnya tak ramai.jadi seorang pelajar boleh mewakili 2,3 acara!hehe.saya insyaAllah akan menyertai 3 atau 4 acara.namun mungkin 3 sahaja kerana mahu 'conserve stamina'.



skuad futsal thailand yang garang

Sukan sea's ini bakal diadakan di Rabat pada 23-26 julai 2011 .walaupun hanya 3 negara asian tenggara yang menyertai,namun malaysia agak sukar untuk merangkul 5 acara yang ditawarkan.pada tahun kita menjuarai dulu kita hanya mendapat emas bola tampar,ping pong beregu dan single sahaja.jadi pada tahun ini , pengarah sukan sea's telah menetapkan tarikh yang lebih sistematik bagi memberi ruang latihan yang jitu untuk para peserta.jadi harap2nya,sepak takraw,futsal dan badminton kita bakal merangkul emas juga!insyaAllah.


Peace . cube cari saya dimana . ni sukan sea 2009.

jadi doakan skuad Harimau Malaysia Berjaya menjadi juara bagi sukan sea's tahun ini.doakan!jadi,kalau sape2 nak like page ini . boleh la . hehe .

P/S:lepas ni kene training lari kt pantai.abisla aku.berlari kejap benti tgok 'dugong2' yang berjemur.kakaka.


Friday, July 8, 2011

Duit Baki?

Usai solat jumaat berjemaah di Masjid Lala Khadeeja saya melipat sejadah .
lantas menyarung selipar untuk pulang .
solat jumaat di maghribi memang meriah .
penuh .
sampai ke rumput luar mereka bersolat .
saya ?
di kaki lima masjid .
hanya kerna saya lewat 5 minit khutbah .
.
.
.
pulang saja , adalah seorang hamba ni .
niat mahu sedekah .
pada peminta sedekah yang memang bersatu padu .
setiap kali jumaat . mereka berkumpul ramai2 .
seolah2 mereka ada persatuan .
ya , Maghribi masih dhaif .
yang kaya tetap kaya .
yang miskin terus miskin .
.
.
syukur Malaysia masih punya banyak punca rezeki .
peminta sedekah di Malaysia kalau tidak melakukan apa2 khidmat .
sebagai contoh hanya menadah saya yakin akan dipandang serong .
setakat pengalaman saya peminta sedekah di malaysia masing2
ada inisiatif tersendiri .
ada yang menyanyi .
ada yang menjual tisu .
dan macam2 alternatif lain .
walaupun mereka OKU , mereka masih mampu .
.

disini tidak . menadah tangan adalah cara paling senang .
kadang-kadang , lelaki berbadan sihat tegap pun menghulur tangan .
sungguh dhaif kerajaan maghribi .
patutlah mesir , libya dan negara arab lain berdemonstrasi .
saya puji BERSIH kerana mahu menuntut kerajaan yang lebih Adil .
agar negara kita tak sedhaif negara arab lain .
sudah tentu anda tak sanggup melihat ibu anda meminta sedekah bukan?
abang anda ? adik anda ? tiada pekerjaan ? jalan mudah meminta sedekah .
begitu lah gambaran mereka disini .
.
.
okes .
berbalik seorang hamba Allah tadi .
dia mahu menyedekah duit sebanyak 10 dirham .
di tangannya ada 20 dirham kertas .
dia pun sedekahkan pada seorang dari peminta sedekah .
pada awalnya dia mahu sedekah semua .
tapi dia bertanya .
"ada duit baki tak ? "

.
.
ironinya .
makcik tu pun bukak dompetnya .
dan beri baki 10 dirham .
sedekahnya 10 dirham saja .
.
.
erk .


pelik tapi benar .
.

Sangka Buruk

kita sering menyalahkan Allah dalam banyak perkara.dan memang menjadi kebiasaan kita jika sesuatu musibah buruk melanda,kita mesti taknak nak mencari 1juta alasan.lihatlah contoh ini:-

1-"Allah tak beri dia Hidayah lagi tu.doakanla.(mula2 salahkan Allah,pastu mtk tolong Allah pula)
2-"Kenapa Allah takdirkan hidup aku mcm ni?"(salahkan Allah pula,Usahalah Ubah!)
3-"Rezeki (Allah)takde,nak wat camne,redho jela"(sapa ckp rezeki Allah tu xde?cari la!)

sebenarnya semua itu karut!kenapa kita perlu bersangka buruk pada Allah s.w.t sedangkan kita mempunyai pilihan yang telah diberikanNYA.?
1-Hidayah Allah itu sentiasa ada,hanya ego kita yang tidak menerima.
2-Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,melainkan kaum itu yang mengubah nasib yang ada padanya.Ar-ra3du :11.
3-...berterbaranlah kamu di muka bumi,dan carilah Rezeki Allah.Al-jumuah:10.

kesimpulannya,kadang2 kita rasa apa yang kita tuturkan itu sudah betul dan tepat bagi situasi kita,namun,terlupakah kita bahawa adab2 kita dengan Allah juga harus dijaga,ya benar Allah itu tidak mempunyai hati utk terasa dgn kata2 kita,bahkan Allah tidak memerlukan langsung belas kasihan kita kerana kita ni makhluknya,benda yg Dia cipta.so xkan la benda yg dicipta diperlukan oleh pencipta?bersangka baiklah dengan Allah.nescaya Allah akan mempermudahkan jalan2 syurga dan jalan2 kejayaan untuk anda semua.peace!wallahua3lam..

Wednesday, July 6, 2011

KL gangster .


seorang tukang gunting rambut di KL berkata : " wa tak kesah , Lu Abanglong ka , Lu ayahanda ka , Rambut Lu panjang , Kepala Lu ni Gua pegang ! " .

POLIS kata: " wa tala kesah , lu abanglong ka , lu ayahanda ka , ini Malaysia Najib Pegang , bukan rakyat pegang ."

BERSIH kata : " wa tala kesah , lu abanglong ka , lu ayahanda ka , lu paku tiga ka , Malaysia lu pegang ka , TAPI ini DUNIA Allah pegang , pemimpin zalim kita Tumbangkan . "


Tuesday, July 5, 2011

Restaurant Aux Delices

saya rasa sudah dekat 4 bulan saya tak makan kat luar . iyalah , sebagai pelajar , kena pandai2 berjimat . tak boleh la nak makan kat luar je kan ?

so , semalam , saya dengan syahiddmilikku mencari lokasi restoren untuk kami terjah! yes . kami jumpa restoren nih . Aux Delices . let's check it out .

klik untuk tumbesaran gambar .

Menu . Klasik kan ?



Sebelum order makanan . lihat lah di meja kami . ada moutard (masam) , mayonis . Garam . dan bekas tisu yang dah abis .




almari yang menyimpan buah-buahan segar . terliur den .



ada tv tu..up to date berita al jazeera . negara tanpa sekatan . camni la sepatutnya malaysia .



ruang dalaman restoren yang cozy and classic .



pekerja@waiter BERSIH






spaghetti bolognaise .


Lasagne Pecheur .


pinggan yang cantik .


Teh Morocco . Sangat kick . kelat-kelat sikit rasanya . saya tak minum banyak sebab saya nak drive . (kekeke)


"terima kasih kerana sudi datang"

.

.
.

Adrenalin Laju

Qatar Airways terpampang di bucu sayap.

pada tahun 2008 , bulan julai , saya pulang ke malaysia untuk pertama kalinya . dalam keadaan yang tidak mampu untuk pulang , saya tetap tekad mengumpul duit bahkan meminjam semata-mata nak balik ke malaysia menziarahi keluarga . ya , saya ada misi yang sangat besar . misi mustahak yang mustahil untuk saya selesaikan .walaupun hanya sebagai anak lelaki bongsu dari 4 orang abang , saya harus ikhtiar dan usaha untuk pulang . dengan harapan sedikit sebanyak bakal meringankan masalah dalaman keluarga saya .

**********

pada waktu itu tiket kapal terbang dua hala menuju ke malaysia harganya agak mahal . kerna pada waktu itu khutut ( airlines ) yang menghubungkan morocco ke malaysia , alternatifnya sedikit . pada waktu itu hanya ada Qatar Airways dan Ettihad Airways . saya memilih Qatar Airways dua hala yang berharga 12 ribu dirham morocco . bersamaan lebih kurang 5 ribu ringgit malaysia . mahal kan ? waktu tu saya terpaksa berhutang dengan kawan . mujurlah ada insan yang memahami masalah saya waktu itu , dan agak malu dan terhutang budi pada beliau kerana dapat membantu saya mengurangkan ketebalan inci muka yang malu kerana lewat membayar hutang dengan senior yang membantu saya belikan tiket pada waktu itu . apepun Alhamdulillah .

***********

tibanya jasad dan roh saya di Malaysia , saya sudah meletakkan nilai beratnya tanggungjawab saya terhadap keluarga . tak dapat saya bayangkan bagaimana mahu memujuk ayah saya telah merajuk dan menyebabkan mereka anak beranak dengan isteri baru mencipta satu persekitaran yang dingin antara adik beradik . sungguh berat benar hati yang kecil ini mahu mencelah dalam permasalah yang terjadi . harapan saya hanya mahu mereka aman dan selamat . supaya mahu hilai tawa dan gelak suka kembali mengisi ruang rumah keluarga kami . itu sahaja . dan saya percaya bukan saya sahaja yang mendambakan suasana itu , anda , mereka dan dia juga mahukan memori indah itu benar ?

************


dipendekkan ceritanya , alhamdulillah tangan dan air liur yang saya curahkan dalam menyelesaikan masalah dalaman keluarga saya , akhirnya berbuah penyelesaian . sujud dan syukur saya hanya padaNya kerana tanpa izinNya mana mungkin untuk saya kecapi hijau damai keharmonian keluarga saya . Alhamdulillah tuhan . dan insyaAllah jika diberi ruang saya ceritakan tentang liku-liku dan duri-duri dalam menyelesaikan permasalahan ini , akan saya rakamkan di blog ini . namun apa yang mahu saya sampaikan berkaitan dengan tajuk di atas adalah salah satu prelude atau babak yang ada yang bermula disini . dimana ia adalah kenangan yang indah di akhir-akhir hitungan hari saya di malaysia .

**************

Ayah saya .


baiklah , begini ceritanya . seingat saya , tarikh kepulangan saya ke Malaysia pada waktu itu adalah sekitar 26 julai 2008 - 29 oktober 2008 . bermakna lebih kurang 3 bulan cuti musim panas yang saya tuntut pada tahun itu . tiket yang saya beli adalah two ways , bermakna ia adalah tiket yang perlu saya jaga dengan baik . jadi , setibanya saya di malaysia waktu itu , terus saya menyerahkan segala dokumen , passport dan tiket kepada ibu tiri saya agar beliau mampu memegang amanah untuk disimpan dgn rapi , iyalah , saya ni kadang-kadang culas dalam hal-hal yang sebegini . kadang-kadang sahaja , bukan selalu . hehe .


jadi 2 , 3 hari sebelum saya kembali semula ke negara kedua saya iaitu morocco tercinta . saya memaklumkan kepada adik-beradik saya berkenaan tarikh pulang yang saya lihat sekali imbas iaitu 29 oktober 2008 jam 3 petang . hampir 90 peratus adik beradik tidak membalas permintaan saya agar dapat menghantar saya ke KLIA . bahkan kakak2 saya semua meletakkan status pending pada tarikh tersebut kerna katanya ia adalah waktu bekerja , dan pelbagai alasan yang membantutkan kehadiran mereka . kata hati saya , tak mengapalah . bukannya saya ke bulan pun mahu mereka semua hadir . hanya jarak jauh 23 jam dalam flight ke morocco . tak jauh kan ?

**************

jadi tibalah 28 oktober . sehari saja lagi tinggal , monolog saya dalam diri . malam itu saya siapkan dahulu barang-barang yang mahu di bawa pulang . banyak juga bahan yang tidak di kemas lagi . mempelam muda tak petik lagi . budu , belacan dan lain-lain bahan yang ghorib di morocco . pagi itu ibu tiri saya mahu membeli sotong kerana janjinya mahu membekalkan nasi goreng sotong kesukaan saya waktu di KLIA nanti . lepas maghrib malam itu saya ke gerai burger di kawasan rumah saya . dengan hajat mahu menikmati burger 'terakhir' saya malam itu.tiba-tiba , saya mendapat panggilan dari iskandar , seorang sahabat saya yang juga pulang ke malaysia tahun itu . dan beliau kembali ke morocco ,lewat sedikit dari saya .


di dataran Putrajaya .

Udy : Assalamualaikum syeikh . pokaba ? .
Iskandar : waalaikumsalam . sihat . wei ko kat mane ?
Udy : aku kat kedai burger ha , lamo tak makan burger . napo ?
Iskandar : wei , ko tak nak balik morocco ke? dah kol 9 malam budak2 ni sumer dah tunggu sane.
Udy : kau mimpi ko apo ? flight den esok la .kol 3 potang . kau bergurau agak2 la .
Iskandar : wei den takdo nak gurau dgn kau nih . bdk2 ni sumo tanyo den kau kek mano.seb baik den ado no tepon kau .ni yg den kaba an kek kau ni .
Udy : kau bia boto is . apo lak malam ni lak flight den .
Iskandar : yo la . kau tak tgok boto2 ko nye tarikh tu . 0300 kan ? tu pukul 3 pagi la .bukan 3 potang !
Udy : Gulp !


****************
bergambar dgn iskandar dkt dgn pokok Mapple(pokok sonata musim salju)

saya cepat2 melunaskan harga burger tadi dan membungkus semula burger yang telah digigit sebanyak 3/4 tadi . saya hidupkan enjin dan memulas infiniti motor jenama yamaha kapchai pulang ke rumah segera . sampai sahaja di rumah , ayah saya mahu bersiap2 untuk masuk ke bilik tidur . dengan rasa malu dan ketakutan , saya memberitahu beliau . agak terkjut jugak dia waktu itu . lantas menyuruh saya bergegas meminta bantuan abang Nan jiran sebelah , kerana ayah saya sudah agak letih untuk Drive malam itu .

Jam 2145 : saya bersiap2 , mencampak baju2 yang entah baju siapa saya pun tak tahu . sehinggakan seluar sekolah adik tiri saya pun termasuk sekali .

Jam 2200 : menyiapkan tiket dan dokumen2 . peluh masih di ketiak . tak cukup tangan .

Jam 2245 : bertolak dari Jelebu ke KLIA . salam adik adik tiri dan ibu tiri saya seperti salam mahu pergi ke sekolah . tak sempat nak taching2 .

Jam 2300 : gelabah men 'sms' adik beradik mengatakan kesilapan melihat jam di tiket . dan meminta maaf kerana tak dapat singgah ke Seremban sebelum berlepas .

Jam 0020 : baru tiba di Seremban . sangat Phobia . sempat kah saya ? kentut saya makan burger tadi kemut-kemut takut nak keluar .

Jam 0055 : tiba di KLIA . Alhamdulillah masih sempat . kesian ayahanda saya .penat barangkali , meminta mahu berhenti untuk pekena teh tarik kesukaannya .

Jam 0100 : bergegas untuk check in . mencari-cari sahabat lain , adakah masih ada di ruang legar pelepasan . alhamdulillah masih ada .

Jam 0130 : check in beg2 . berat kilo yang diberi adalah 35 kilo . namun sayangnya saya punya beg hanya 25 kilo ! argh ! rugi sangat !

Jam 0145 : Adrenalin saya semakin laju . otak saya berfikir kuat ! membuatkan saya mampu menyelesaikan masalah over Drugs yang dihadapi pelajar perempuan . mereka merupakan exco kebajikan persatuan , dimana mereka membawa pulang kuantiti ubat yang sangat banyak . dan itu menyebabkan mereka disekat kerana membawa muatan drug yang lebih . nak tahu bagaimana adrenalin saya menyelesaikan? pelajar perempuan dan lelaki yang pulang ke morocco pada malam itu seramai 9 orang tak silap saya . lantas saya memanggil semua pelajar menjauhkkan sedikit dari kaunter check-in . lantas saya membahagi-bahagikan ubat-ubatan tadi kepada 9 orang termasuk saya . maka selesailah masalah itu . dan di morocco nanti ubat-ubatan itu akan dikumpul . kerana syaratnya , seorang individu hanya boleh membawa ubat seberat lebih kurang 100 gram kalau tak silap saya . jadi setel !

Adrenalin Laju masih tidak berhenti !

*************

tiba-tiba setelah selesai check-in , saya dikejutkan lagi dengan kejutan oleh adik beradik saya . kakak-kakak saya yang katanya tidak dapat hadir ke KLIA ,tiba-tiba sebahagian dari mereka muncul dan memeluk saya . arghhh ! surprise !

mereka semua membawa kek dan makanan kesukaan saya . wah , sangat terharu .ironinya pula , mereka masing-masing pakat memakai tudung maghribi yang saya hadiahkan . barisan wanita-wanita yang mencairkan hati saya ialah mereka .haha . rupa2nya kata mereka , mereka mahu membuat kejutan dengan berpakat adik beradik untuk datang pada jam 3 petang esok seperti saya memberitahu mereka . sedangkan waktu itu adalah silap , ia adalah jam 3 pagi . mendengar saja yang saya tersilap melihat waktu flight , mereka yang berada di seremban sahaja dapat hadir . kakak saya yang di Melaka menangis tak dapat hadir kerana tak sempat . katanya dia dah buat 2 kek untuk saya malam tu . dan esok pula mahu masak lagi untuk saya . abang-abang saya yang berada di Pahang juga sudah mengambil cuti untuk menemani saya esoknya . namun cutinya itu sia-sia dek kesilapan saya!

kata mereka , bukan mereka yang buat kejutan untuk saya .
tapi saya yang buat kejutan untuk mereka! (itupun atas kesilapan saya ) haha .

namun Adrenalin laju itu tidak lah membuahkan kekecewaan , kerana dengan itulah saya dapat mencipta kenangan yang indah sehingga kini . bahkan , kadang-kadang , terbawa-bawa aplikasi fobia ini ke dalam mimpi saya . melalui kisah ketinggalan flight , mimpi saya memanipulasikan memori itu dalam bentuk yang berbeza2 ditambah rasa panik! sangat sadis mimpi2 yang datang!haha .

***********
bergambar di kipas kapal terbang,mujur tak disedutnya saya .


Malam itu , setelah memeluk adik beradik , dan yang paling penting ayah saya . saya tidak menyesal berhutang dan pulang ke malaysia . walaupun saya tahu , keadaan ekonomi saya tidak mengizinkan , namun demi tanggungjawab sebagai anak , saya redah . dan Alhamdulillah sedikit sebanyak . keharmonian keluarga saya dapat saya ukir diraut wajah mereka . syukur tuhan . saya sedar saya hanya anak bongsu . yang tidak tahu liku-liku , yang tidak tahu masin mana garam yang saya telan . kerana banyak lagi masin garam abang-abang saya .namun semua itu bukan penghalang perspektif mereka-mereka yang melabel anak bongsu itu adalah manja !

kerana Adrenalin saya Laju !

Sekian .

dari saya untuk anda .

************

anak buah saya yang comel , Husnaa dan Hudaa .

Cerita ini adalah berdasarkan pengalaman saya . dan ia adalah kisah benar . sebarang percanggahan dengan mana-mana pihak adalah kebetulan .

Monday, July 4, 2011

pengemis ilmu

aku pengemis..
maruahku bukan pada besar tadahan .
bukan pula pada dhaif badan .
aku cuma pengemis .
yang dahaga dan lapar ihsan .
sungguh berat apa yang disebak .
menahan setia termanggu di pinggiran .

pengemis seperti ku tidak malu .
ilmu yang tiada sering diragu .
mendidik jiwa mengajar sabar .
dasar pengemis bertuhankan kasihan .
ya aku ghairah sedekah .
namun aku juga manusia .
seperti engkau , dia dan mereka .
mengapa harus api kau padamkan .


pengemis sepertiku tidak berbaju .
compang camping menuntut ilmu .
berguru sedih setiap saat .
menanggung beban yang kian sarat .
mengapa engkau ketawa?.
ringan benarkah roh emosimu?.
tertawakan pengemis seperti aku .

benar aku perlu usaha .
demi menambah isi di dada .
menampung lapar apatah lagi dahaga .
namun aku dan engkau sedar .
aku hanya pengemis ilmu .
pengemis kini masa dahulu .






P/S:catatan ini sukar difahami ,jangan paksa minda anda .





Secebis renungan buatmu


assalamualaikum.
ptg tdi berborak dgn kwn,tetibe terbukak citer pasal sister in islam.pastu teroka2 sampai la pasal pemimpin wanita,amina wadud,artis mesia hina siti khadijah dan mcm2 lg.tergerak hati sy nak coret sedikit pendapat berkenaan ini.geram juga sbb cemburu dgn kaum wanita ni.diorg x tau ke yg islam dah meletakkan pelbagai keistimewaan kt wanita,buktinya?dlm alquran mana ada surah arrijal(lelaki) tetapi ada surah annisa(wanita).so kenapa la masih wujud wanita2 yg nak sgt menyama taraf dgn kehebatan lelaki.katanya kenapa wanita xleh memerintah?xleh jd imam dn sbgainya?korg ni jgnlah pandang dri satu aspek yg sempit,korg tau x yg darjat korg tu dah tinggi,apsal nak pegi turunkan darjat korg sama dgn lelaki plak?
ingatlah yang korang sgt istimewa.x mcm lelaki k.peace.

Sunday, July 3, 2011

pesan buat adik


adik .
adik ingat tak masa adik kecil ,
apa yang adik nak semua ibu beri ?
adik mahu itu ini , ibu ketepikan makan petang kami .
agar adik tak menangis lagi .

adik .
kenapa adik degil sangat?
ibu kejut taknak bangun solat ,
adik buat apa sampai penat ?
sedangkan makanan yang kita dapat ,
ibu tak ada masa nak rehat .

adik .
selama kami hidup didunia ,
sepatah 'ah' pun ibu tak terima ,
tapi kenapa kini hari-hari ibu bermasam durja ,
dek kata-kata adik yang tak ada batasnya .

adik .
adik tahu tak pinggang adik pinggang siapa?
buah pinggang itu akak yang punya ,
siang malam ibu menangis berdarah air mata ,
mencari siapa sudi menderma .


adik .
hanya satu yang akak mahu ,
jangan sesekali sia-siakan ibu ,
ubahlah akhlak tuntutlah ilmu ,
kerna kakak mahu bertemu ayah dahulu .

Udy7
Villa Ammu Ahla
Kenitra,Maroc

Saturday, July 2, 2011

BERSIH 2.0

Makluman awal: Tulisan ini adalah daripada fathifawwaz@yahoo.com yang saya kongsikan buat anda sekalian di Blog saya ini.


Seorang Professor daripada sebuah universiti memberi amaran dengan katanya: “Sebelum anda menyertai Himpunan Bersih, lihat terlebih dahulu siapa ketuanya. Ketuanya adalah seorang Hindu, sudahlah Hindu, dia juga merupakan penyokong kuat kepada ideologi kesamarataan agama”.

Itu dia amaran daripada seorang professor. Tak sangka ramai juga rupanya profesor-profesor kangkung di Malaysia.

Saya ingin menjelaskan dengan tegas di sini bahawa, andainya ditakdirkan Abu Jahal yang digelar sebagai Firaun Umat Nabi Muhammad sekalipun mengetuai Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah kepada orang Islam untuk menyertainya.

Ya, saya ulangi, andainya Abu Jahal sekalipun yang memimpin Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah untuk disertai.
Ada baca cerita dengan Hilful Fudhul?

Zaman Jahiliyyah dulu sebelum Nabi diutuskan, berlaku Hilful Fudhul, satu himpunan kaum untuk menyatakan kata sepakat menuntut semua kaum untuk menjaga kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah. Tiada kezaliman boleh dilakukan terhadap mana-mana individu yang datang menziarahi kaabah. Mana-mana kaum yang buat kacau maka kaum itu layak diambil tindakan oleh kaum lain.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada zaman mudanya menyertai himpunan tersebut. Setelah diutuskan sebagai seorang rasul, Nabi dengan banggannya mengatakan:

شَهِدْتُ حِلْفَ بَنِي هَاشِمٍ ، وَزَهْرَةَ ، وَتَيْمٍ ، فَمَا يَسُرُّنِي أَنِّي نَقَضْتُهُ وَلِيَ حُمْرُ النَّعَمِ ، وَلَوْ دُعِيتُ بِهِ الْيَوْمَ لأَجَبْتُ عَلَى أَنْ نَأْمُرَ بِالْمَعْرُوفِ ، وَنَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ وَنَأْخُذَ لِلْمَظْلُومِ مِنَ الظَّالِمِ

Maknanya: Kalau Nabi diajak menyertai himpunan tersebut setelah Islam datang pun Nabi akan pergi.

Soalnya, siapa yang ada dalam himpunan di Mekkah tersebut??? Mereka yang ada di Mekkah menyertai himpunan tersebut termasuklah Abu Jahal, Abu Lahab, dan segala bangsawan Quraish yang berada di Mekkah yang menentang Islam kemudiannya.

Nabi sanggup pergi? Ya Nabi sanggup walau dalam himpunan tersebut ada Abu Jahal dan segala kepala-kepala puak Quraish yang lain.

Takder hal langsung bro. Nabi pandai membezakan keadaan. Letakkan sesuatu isu di tempatnya. Ketika berhadapan dengan isu yang menjejaskan Islam, mereka adalah musuh. Tetapi ketika berhadapan dengan isu kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah, maka mereka adalah rakan.

Lihat bagaimana Nabi seorang yang cerdik dapat membezakan sesuatu perkara mengikut tajuk dan isu mengikut tempat. Bukan semberono bermusuhan tanpa tahu tajuk dan tempat.

Itu beza antara orang yang jahil dengan orang yang cerdik.

Orang jahil ni, dia melihat semua perkara sama. Dia tak mampu membezakan masalah mengikut tajuk. Pendek kata tak profesional langsung.

Orang cerdik pula, dia melihat sesuatu perkara itu mengikut keadaan dan tempat. Tidak semua sama. Dan dia mampu membezakan perkara mengikut tajuk. Pendek kata dia profesional.

Tapi sayangnya di Malaysia, status dah tahap profesor, tapi gagal membezakan masalah mengikut tajuk.

Apa sebenarnya isu dalam soal himpunan bersih ini??? Isunya adalah tuntutan berkenaan pilihan raya. Yang pergi campur aduk pasal islam dengan kafirlah, pasal orang melayu berpecahlah, pasal komunislah apa kejadahnya???

Soalnya adalah pilihan raya. Tajuk yang perlu dibincangkan adalah tajuk tentang pilihan raya. Sejauh mana bersihnya sistem pilihan raya di Malaysia?

Ada orang berkata pilihan raya dah bersih dah pun, pembangkang dah menang 5 buah negeri lagi pilihan raya umum lepas.

Soalnya, kalau anda yakin pilihan raya dah bersih sekalipun, kenapa anda begitu takut dengan himpunan dan tuntutan yang dibuat tersebut? Sampai baju kuning pun nak diharamkan apa kes?

Orang yang tak bersalah, biasanya tak takut, orang yang bersalah jer biasa yang gabra. Ni siapa yang bersalah dan siapa yang tak bersalah ni?
MASALAH SERATUS PERATUS

Berkata pula seorang ustaz: “Saya tidak menyokong dan tidak akan menyertai Himpunan Bersih sebab himpunan tersebut melibatkan perkara-perkara mungkar. Perempuan tak tutup aurat pun ikut perhimpunan tu, orang yang tak sembahyang pun ikut, bla bla bla”.

Katanya lagi “Kalau himpunan itu 100 peratus bersih daripada perkara mungkar, dijamin tiada huru-hara, dijamin tiada itu dan ini…ba bla bla, barulah saya akan sokong dan ikut”.

Ada jugak rupanya ustaz yang buat poyo. Ustaz-ustaz macam ni elok dinasihatkan hidup di hutan belantara jer lah senang.

Yalah, tak nak terpalit walau satu dosa pun kan, Pergi duduk kat hutan sorang-soranglah.

Ni adalah contoh masalah mentaliti mereka yang nak jadi malaikat, bukan nak jadi manusia yang baik.

Maslahah yang besar, lebih diutamakan daripada maslahah yang kecil. Mana besar antara maslahah untuk umat dan negara dengan maslahah untuk diri sendiri?

Sedangkan dalam muamalat pun, ulama mengharuskan apa yang dipanggil sebagai “gharar yasir” atau kalau diterjemahkan sebagai penipuan yang sedikit yang berlaku dalam jual beli yang susah nak dielakkan.

Contoh 1:
Anda beli buah-buahan seperti durian mengikut kilo, anda beli kulit atau beli isi? Tentunya anda membeli isi yang boleh dimakan, tapi anda membayar harga termasuk harga kulit yang langsung tidak anda makan?

Bukankah itu satu penipuan??? Bukankah jual beli yang sah adalah jual beli tanpa penipuan??? Ya jual beli yang sah adalah jual beli yang tiada penipuan, tapi penipuan yang sedikit sebegitu dimaafkan.

Contoh 2:
Anda masuk Hammam dengan membayar 10 Dirham. Anda mempunyai hak untuk mandi menggunakan sebanyak mana liter air sekalipun, untuk berada beberapa jam sekalipun dalam Hammam tersebut. Orang lain yang hanya mandi beberapa ketika dan terus keluar pun turut membayar harga yang sama seperti anda.

Tidakkah ini satu ketidak adilan dan penipuan dalam urus niaga? Bolehkah seorang berkata kepada anda bahawa ini tidak adil dan merugikan tuan punya Hammam. Tidak, ulama mengharuskan hal tersebut.

Contoh 3:
Anda menaiki bas ke bandar dan membayar tambang sebanyak 4 dirham. Jarak rumah anda ke bandar adalah 20 km. Mereka yang menaiki bas tersebut dari jarak 30 km pun turut membayar 4 dirham, juga mereka yang menaikinya dari jarak 5 km sekalipun.

Tidakkah ini merupakan satu penipuan dan ketidak adilan dalam urus niaga? Tetapi hal sebegini dimaafkan oleh ulama kerana termasuk dalam bab Al-gharar Alyasir.

Justeru, kalau ada ustaz yang berkata: “Saya takkan berurus niaga kecuali urus niaga itu 100 peratus bersih daripada sebarang penipuan”, maka saya anggap ustaz begitu hanya memalukan title ustaz yang dipegangnya. “Ek’eleh buat poyo pulak mamat ni” bak kata budak-budak muda.

Saya teringat kepada Abdullah Bin Umar yang menjawab seorang lelaki daripada Iraq yang datang bertanyakan hukum darah nyamuk. Abdullah Bin Umar dengan penuh sindiran terhadanya berkata:

“Kamu sibuk bertanya soal hukum darah nyamuk, tapi darah cucu Nabi yang dibunuh di Iraq tidak pula kamu mahu tanyakan hukum”.

Perumpamaan mudah lainnya adalah orang lain sibuk membincangkan soal kahwin dan bagaimana perkahwinan itu mendatangkan manfaat kepada pemuda dan pemudi, menggalakkan pemuda supaya berkahwin dan sebagainya, tetapi dia sibuk membincangkan soal perkahwinan itu bakal dicampuri kemungkaran seperti bersanding bla bla bla…

“Ana nasihatkan enta jangan kahwin sebab akan ada kemungkaran dalam majlis kahwin nanti, sepupu perempuan enta yang tak pakai tudung tu mesti datang, budak-budak muda kampung yang tak sembahyang pun confirm datang jugak, banyak kemungkaran tu, enta bersubahat sekali. Jadi janganlah kahwin, kalau nak kahwin pun buat senyap-senyap jerlah ataupun kahwin lari”.

Kah kah kah…alangkah tempangnya pemikiran ustaz-ustaz hingusan ini.
AKHIRNYA…

Banyak lagi sebenarnya yang mahu saya ulas setelah membaca dan mengumpul hujah-hujah dangkal yang keluar di dada-dada akhbar, tetapi lain kali sajalah apabila terasa rajin.

Renungkanlah kata-kata Serikandi Islam ini kepada pemuda-pemuda Islam:

قَالَتِ الشِّفَاءُ ابْنَةُ عَبْدِ اللَّهِ، وَرَأَتْ فِتْيَانًا يَقْصِدُونَ فِي الْمَشْي وَيَتَكَلَّمُونَ رُوَيْدًا، فَقَالَتْ: مَا هَذَا؟ فَقَالُوا: نُسَّاكٌ، فَقَالَتْ : كَانَ وَاللَّهِ عُمَرُ "إِذَا تَكَلَّمَ أَسْمَعَ، وَإِذَا مَشَى أَسْرَعَ، وَإِذَا ضَرَبَ أَوْجَعَ، وَهُوَ النَّاسِكُ حَقًّا".

Berkata Syifa’ Binti Abdullah setelah dia melihat pemuda yang berjalan secara lemah dan bercakap secara perlahan dengan katanya siapa mereka ini? Mereka berkata : Kami adalah golongan ahli ibadah.
Lalu Syifa’ berkata: “Umar Al-Khattab demi Allah merupakan seorang yang, apabila dia bercakap, tajam sekali ucapannya. Apabila dia berjalan, laju sekali langkahnya, Apabila dia memukul, perit sekali pukulannya, tetapi dialah yang paling hebat ibadahnya berbanding kalian”.

Itu teguran daripada seorang serikandi Islam pada zaman tersebut kepada pemuda-pemuda Islam yang lembik longlai. Buat malu kaum jer.
Buat mereka yang menentang mana-mana himpunan aman yang ingin diadakan oleh mana-mana rakyat Malaysia walau siapapun mereka, maka saya katakan kepada mereka…….

Do or Die,
You’ll never make me,
Because the world will never take my heart,
Go and try,
You’ll never break me,
We want it All,
We want to play this part,
I won’t explain, or say I’m sorry,
I’m unashamed, I’m gonna show my scars
Give a cheer for all the broken,
Listen here, because it’s who we are.
I’m just a man, I’m not a hero,
Just a boy, whose meant to sing this song.
I DON’T CARE!!!!

Sekian, wassalam.

Ahmad Fathi Bin Muhammad
Jumaat, 29 Rajab 1432 bersamaan 1 Julai 2011
Marrakech, Maghribi.


P/s: Maaf kerana tidak dapat menyatakan sumber ilmiyyah secara terperinci. Hal ini kerana tulisan ini tercetus ketika sedang santai bersahaja di petang jumaat yang berkat ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...