pagi tu,aku bersiap macam hari-hari biasaku untuk bekerja..hari yang biasa seperti hari yang lain..awan-awan yang comel membentuk bulat-bulatan yang kalau dilihat dengan mata,mahu saja aku kunyah seperti mengunyah gula-gula kapas..tergoda juga nafsu makanku pagi-pagi ni hanya dengan melihat awan di langit,oh my goodness,ini sangat membimbangkan..
beburung yang baru mengasah sayap untuk berlepas ke udara mencari rezeki,menguap-nguapkan mulut seolah-olah tidak mahu melepaskan sangkar brjenama dreamland yang terletak di celah tiang pokok-pokok.adakalanya aku dapati kucing jalanan menggeliat panjang melebarkan dua kaki didepan sambil menolak badannya kebelakang seolah-olah senaman tekan tubi.kadang-kadang aku seakan mendengar kucing-kucing itu merungut kat manusia yang memandu kenderaan tanpa menggunakan akal dengan sumpahan-sumpahan berbahasa kucing,sesekali itu juga misai dan mulutnya kumat-kamit menyumpah manusia yang lambat pergi kerja.
aku lebarkan tapak kaki menuju ke pintu seusai melihat gelagat-gelagat kehidupan yang ada di bandar rabat ini.cuaca yang agak sejuk membuatkan mata aku meronta-ronta minta dilelapkan..tapi demi tanggungjawab dan komitmen yang jitu didalam dada,aku gagahkan hati dan perut..sebelum pergi cik H mengirimkan Al-Quran bersaiz buku 555,katanya Al-Quran itu milik Opismet kami..dengan tanpa memikirkan apa-apa,aku membawa Al-Quran itu tanpa ada niat mahu bangga yang aku pekerja berwibawa dan soleh..
setibanya kereta milik syarikat yang ku pandu di perkarangan opis..aku pun keluar dari perut kereta dengan langkah berlemak..hari itu hari yang agak suram buatku, kerana sarapan pagi tidak dapat aku sediakan..kesian encik perut yang tidak dapat menjamah apa-apa pagi ini..nescaya dan yakin bahawa beliau sangat bernafsu minta diisikan..ergh..tak ape lah..bisik hatiku..nanti kanku siram gua perut ini dengan susu yang ku beli tadi..
wah,semakin melalut apa yang aku tulis disini,okeylah..sedang aku kemas-kemas meja ku,aku letakkan alquran yang perlu aku pulangkan kepada opismet diatas meja..dan datanglah seorang pekerja yang sentiasa memanggil aku ostat..katanya akhlak orang malaysia disini sangat baik..bagus..terpuji..bermutu tinggi..manis-manis dan disukai ramai..(dah macam susu Dutch Lady pulak)..
secara KESALAH FAHAMAN dia melihat alquran yang baru ku labuhkan dimeja tadi,lantas dia meluahkan dengan penuh semangat kesukanan,memuji aku sambil mengangkat ibu jari ke atas...
"SubhanaAllah..engkau memang bagus..baca Al-Quran,bawa alquran,bagus2,giler ah bangga aku dengan korang nih.."
.......
aku yang terpinga-pinga,membiarkan saja diriku ditaburi dengan baja -baja pujian bunga tahi ayam..ku rasakan diri aku ini telah diangkat ke tahap yang tidak sepatutnya aku berada..adeh...
bisik hatiku..
"makan dalam betul bila orang dah pandang kita ni dengan pandangan tinggi..alamatnya susah lah aku nak buat salah.."
Moralnya..jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...
-_-'
.
.
2 comments:
hehe.
kemahen sedap aku baca n3 nih..
ko dah makin pandai menulis.
aku suka.
:)
.
hahaha... memang misteri
Post a Comment