Pejuang Berani Mati.

Thursday, September 22, 2011

cerita adik



satu hari adik telah merajuk kerana ayah tak beri duit untuk dia beli cekedis.
lepas tu ayah pun datang pujuk adik yg bermuka asam jawa dan berkata

"adik,tak baik tau masam2,senyumlah.."
"tau tak dik,nabi cakap,Senyum itu satu Sedekah"

beberapa saat kemudian adik pun senyum sambil kopiah menutup kopiah ke mukanya yang malu2 kucing.
ternyata pujukan ayah tadi berjaya mencorak satu senyuman buat adik.
kemudian ayah pun mengajak adik utk solat berjemaah di surau.
kata adik

"kalau adik pegi surau,ayah belanje cekedis ye?"

pandai betul adik membodek ayah.
kemudian mereka pun sampai di surau.
selesai sahaja solat berjemaah.
adik duduk disebelah tabung masjid yang penuh dgn duit syiling.

lepas beberapa saat kemudian,selesai jemaah yg hadir balik,
adik tersenyum lebar sambil melihat tabung masjid.
.

adik senyum sambil melihat pak imam dan bilal.
dan balik.

.
keesokannya,
selesai solat berjemaah,adik pun duduk ditabung yg sama.
senyum lebar sampai ke telinga.
sambil menggoncang2kan tabung.
adik terus tersenyum.
.

pak imam dan bilal semakin syak wasangka dgn tindakan adik.
lantas mereka pun datang kat adik.

"adik..kenape senyum2 kt sebelah tabung ni?adik nak wtpe?"
"adik nak curi ke?"

kata bilal.

adik pun jawab.

"ayah kata,nabi cakap,SENYUM ITU SATU SEDEKAH,adik takde duit nak sedekah,
sbb tu adik senyum jer.."

"pak imam xnak senyum sekali ke?"

.
.
.
.
.
.
.

4 comments:

Umie Nadhirah said...

lerr kenapa pak imam tak senyum sekali.. mesti muka ketat..:P keh3..

UniMeOw said...

muahaha aku pulak yang tersenyum!

Mama Amirul said...

mesti pak imam tu terkemam-kemam mulut... macam nak senyum tapi... hahaha...

Udy said...

umie:haha.imam tu malu nak senyum pasai gigi dia tadak..

UnimeOw:hehe..senyum sorg2 ke?ade org nampak x?kang org fikir awak....:P

ain:hahaha..imam tu comel kan?(tetibe)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...