saya rindu banyak perkara masa lampau yang boleh saya ulangi masa datang .
antara perkara yang paling menggamit hati muda saya adalah kenangan-kenangan sewaktu zaman kanak-kanak saya.
saya karangkan pada anda kerinduan yang mampu mengubat kebosanan saya ketika ini .
saya rindu untuk terjun ke dalam sungai bersama-sama rakan sambil menarik seluar masing-masing semasa didalam air .
.
saya rindu waktu hujan di tengahari yang menyebabkan mendung dan kakak saya menggoreng cekodok dicicah sos cili sambil menonton filem hindustan hari sabtu tengahari di tv3.
saya rindu bermain seladang(permainan india) bersama kawan-kawan di jalan raya kampung saya.
juga rindu dengan permainan konda-kondi,gasing,guli,congkak buah getah,layang-layang buatan tangan.dimana setiap permainan ini akan berganti musim setiap bulan.
saya rindu berendam didalam longkang bentuk 'V' yang airnya deras sewaktu hujan lebat dan diwaktu itu kawan-kawan saya juga bebas berlari-lari didalam hujan lebat.memijak lecak air,menyanyi ramai-ramai didalam hujan,dan baring ditengah jalan raya sambil biarkan hujan menjunam dibadan saya.oh,itu sangat manis!
saya rindu untuk pergi mengaji muqaddam dan alquran di surau ramai-ramai dengan kawan.dan sewaktu mengambil wuduk,masing2 bermain air sehingga baju basah kuyup.juga memanjat pokok rambutan gading yang ditanam disurau sebelum tiba waktu azan.
sewaktu mengaji pula,saya rindu untuk mengajar budak2 yang lain sambil merotan mreka sebagaimana tok guru saya pun merotan saya.
yang paling best,saya suka menyimpan penunjuk ngaji(lidi,bulu landak,bulu itik,bulu merpati) mcm2 koleksi yang disimpan sebagai penunjuk mengaji.
selain itu,saya juga suka simpan daun (saya tak ingat daun apa) daun tu kalau disimpan didalam alquran,ia akan bercambah dan melahirkan daun lain.oh itu sangat memori!
saya rindu untuk makan burger selepas balik daripada mengaji,dan menolong makcik tu menggoreng burger.
dan kalau dulu2,burger hanya RM 1 saja,sudah cukup mengenyangkan perut.
kalau burger tak ada.saya suka mintak duit kat ayah untuk beli ayam goreng rangka di rumah cik man .bawak balik rumah panas-panas makan depan tv .
saya rindu nak dengar iklan-iklan dulu seperti salem,dunhill dan darlidoff..
saya rindu nak habiskan masa dengan kawan menangkap ikan di kebun.disungai dikebun.menimba,memancing ikan di air keruh,mencari umpan cacing besar-besar.juga rindu untuk memasang jerat burung wak-wak,jaring burung merpati dan merbuk yang akhirnya keesokan hari hanya kelawar saja yang sangkut.argh! sangat memori!
saya rindu juga untuk sarapan pagi dengan ayah sebelum ke kebun,dan waktu tu ayah semestinya takkan pernah miss order air kesukaannya teh susu panas dengan roti canai.wah!saya suka nasi lemak ayam dengan milo ais.(pagi2 lagi dah teguk ais!)
saya suka curi-curi tidur dalam kereta sorong apabila penat angkat buah sawit seberat 50 kilo sekali angkat.sambil tu jeling-jeling kiri kanan takut2 ayah saya ada berdekatan.dan akhirnya,kerja terpaksa tangguh esok.haha.
saya suka kampung saya!
saya rindu kawan-kawan saya.
saya rindu zaman sekolah saya,dengan permainan pemadam,permainan jentik jari,teka-teki,makan RMT kawan saya,minum susu percuma yang akhirnya didalam susu ada ulat.uwek!
saya rindu baca komik dragon ball,wira sakti,mastika,ujang,lanun,kamen rider,flash man,transformer,cyber cop,power rangers,doraemon.oh sgt memori!
dan..
yang paling saya rindu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
adalah arwah ibu saya..
hanya dia pengubat rindu,bosan,sedih saya..
(;
sumber gambar dikreditkan ke:google images.
sumber gambar dikreditkan ke:google images.


3 comments:
alfatihah.
utk mak udy.. alfatihah..
utk udy.. tahniah kerana de kenangan cmtu.. xramai budak2 skrg sempat merasainya..
Banyakkan bersabar dan berdoa untuk ibu di sana. Al-fatihah
Post a Comment