bila teringat masih tak solat.
aku bergegas bangun ke tandas.
jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi.
waktu imsak sudah berlalu.
tambahan pula subuh kini semakin awal.
cemburu dgn tidurku barangkali.
bukak pintu bilik air.
ku buka lampu.sambil mata masih kuyu2 puyu sungai.
aku menggapai berus gigi.
kupicitkan colgate miswak.
aku gosok gigi dan berkumur.
cuaca sekarang agak sejuk di pagi2 hari.
mungkin musim panas sudah melabuhkan tirai.
tiba pula musim luruh.
dengan otak masih melayang2 dalam mimpi.
aku menggapai paip shower.
(yang mcm dlm gmbr tu)
aku pun buka.
splash!
basah.
arghhhh!
kenapa paip shower pulak yang kluar air nih!
aku tutup cepat2.
mimpi yang ku cuba sambung tadi terus hilang.terkejut dengan panahan air sejuk.
siot betul.mengigil aku.
kemudian aku buka sekali lagi paip.
dengan harapan air akan keluar di paip bawah.bukan diatas.
aku taknak mandi lagi.
mahu berwuduk je.
sekali lagi.
splash!
basah.
argghhhhhhhh!!
semakin kuyup.
dua kali.
nilah akibatnya terlupa tukar pada paip biasa.


No comments:
Post a Comment