Pejuang Berani Mati.
Sunday, October 16, 2011
Albert Einstein
Monday, October 10, 2011
Mahar Cinta Cover By Udy
Kita sering terlupa dan leka dengan penangan cinta.namun kita tidak terlambat untuk menyedari dan menginsafi akan maksud sebenar cinta..
bercintalah anda kerana cinta itu datang dariNya..
namun,harus pastikan cinta yang disusuri,sentiada dibawah payungan redha Ilahi..
jadi terimalah cover seterusnya dari Udy..
Mahar cinta .Nyanyian asal dari kumpulan Devotees.
:)
Lirik di sini.
Mahar Cinta
Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..
Udy.
Kenitra,
Morocco.
Sekadar Sokongan Sipi-3S.
Wednesday, September 28, 2011
Isi yang bukan isi
isi apa yang bukan isi?sudah tentu ia tidak dinamakan isi.tapi ada isi yang dipanggil isi,tapi hakikatnya bukanlah isi.
kapas didalam bantal.isinya gemok,tapi jisimnya ringan.
belon angin,bentuknya besar dan cantik.warna-warni.tapi isinya angin.
periuk nasi.tidaklah sebesar mana,tapi jika ditanak nasi.kenyangnya seabad.berisi.
lesung batu.bentuk dan jisimnya kecil.tapi beratnya besar.huduh pulak tu.tapi masuk apa saja untuk dilumat,pasti akan padat.
tapi aku tak suka kalau isi yang ada pada kuaci.
dahlah kecil.susah pula untuk dikupas.tidak mengenyangkan satu hal,kulitnya bersepah-sepah.
pilihlah mana satu diri anda.mahu jadi belonkah,lesung batukah,kuacikah.
kalau aku diberi pilihan ini.
aku tetap mahu menjadi aku.
.
Saturday, September 24, 2011
nenek tua yang bertuah.
kelihatan seorang nenek tua yang baru pulang dari pekan.
kelihatan beliau yang sangat lemah dan dhaif membawa barang ditangannya.
beberapa tapak dia berjalan,dia berhenti.
beberapa tapak lagi,dia berhenti.
jelas kelihatan bahawa beliau sangat penat dan tidak larat menampung berat.
berat yang datang dari barang2 yang dibelinya..
.
kebetulan pada ketika itu,Rasulullah s.a.w dalam perjalanan yang sama pulang ke rumah.
dan Baginda yang sangat mulia akhlaknya pun mempelawa nenek tua tersebut bantuan.
maka tanpa mengetahui siapakah lelaki mulia itu,nenek itu pun menerima.
.
dalam perjalanan pulang itu,nenek itu brkata pada Baginda s.a.w.
"kebetulan angpa dah tolong cek angkat suma barang2 ni na,cek nak habaq kt ang ni,cek nak nasihat cikit naa.boleh naa?"
Rasulullah pun senyum tanda terima.
"sat g,kalau angpa jumpa budak nama Muhammad di mana2 ka,ang toksah cayaa la sama dia na.Muhammad tu penipu,mengaku diri dia nabi la kunun..ajaran mana tah dia bawak mai kt kawasan kita ni,tak puaih hati betul cek..dah la penipu....."
blaa bla bla bla bla..yada yada yada....
Baginda s.a.w tersenyum dan meneruskan baki perjalanan sebelum tiba di rumah nenek tersebut.
dalam perjalanan tu,bermacam2 kata2 tohmahan,fitnah dan kutukan benci diluahkan pada baginda s.a.w..
namun,akhlak baginda yg sgt terpuji,baginda tetap meneruskan sehingga tibalah dirumah nenek itu..
dan setibanya di sana..baginda berkata pada nenek tersebut.
"wahai makcikku,seandainya aku adalah Muhammad itu,apa yang akan kau lakukan ?"
makcik itu pun menjawab:
"seandainya engkaulah Muhammad,aku akan mengucap ,aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan ENGKAU pesuruh Allah.."
"tidak ada orang semulia akhlakmu wahai anak muda"
Baginda pun tersenyum.
dan Alhamdulillah.
nenek tua itu bertuah dan memeluk islam walaupun sifatnya yang sangat kerek dan mangkak,tetapi ia menyebabkan beliau dipilih untuk menyaksikan sendiri kehebatan maknawi dakwah nabi .
SubhanAllah..
Nota Tapak Kaki:kalau aku la kene kutuk kat orang yang aku tolong,kompem dah aku santau makcik tu.haha.apepun,begitulah Islam itu yang sebenarnya.bukanlah pada kekuatan kata2 atau hebatnya berbicara.
akan tetapi impaknya yang bermutu tinggi sehingga menggetarkan jiwa2 orang yang kosong.
:)
Tuesday, September 13, 2011
Hilang Arah.
aku hilang arah.
Wednesday, September 7, 2011
Ku Mohon RedhaMU ya Allah
Di dalam sinaran purnama ku mohon keampunan
Moga terlerailah segala dosa-dosaku
Mogaku jadi hamba yang bersyukur
Tuhan yang Esa udara yang ku hirup
Terasa nikmat-Mu yang menggunung
Tidak tehitung harga nilaiannya
Oh Tuhan, Kau Pengasih, Maha Penyayang
Oh Tuhan di depan ujian
Terasa diri ini memerlukan-Mu
Ku harap Kau lindungi hamba yang lemah ini
Kau Tuhan Maha Kuasa Maha Pengampun
C/O
Ku harapkan pintu taubat-Mu terbuka luas
Untuk hamba-Mu yang sering leka
Dengan rahmat-Mu dan kasih sayang-Mu
Kau ampunkanlah segala dosa-ku
Moga selamat di dunia dan akhirat
Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.
Tuesday, September 6, 2011
kawan di akhir zaman
Monday, September 5, 2011
tamparan manja untukmu

tawaran terhebat untuk wanita!
Friday, August 26, 2011
Jangan Putus Asa!!







Tuesday, August 23, 2011
Iklan rempit terbaik
Monday, August 22, 2011
dengarkan 'ustaz' dato' sri liow tiong lai .
Pemakanan sihat ketika berbuka mampu hindari penyakit kronik
Berita Harian, Ogos 10
RAKAN Islam kita mula menjalankan ibadah puasa pada Ramadan lebih seminggu lalu. Sejak beberapa tahun, saya berkesempatan menyertai mereka pada majlis berbuka puasa dan berasa amat kagum dengan keimanan dan sikap berdisiplin dalam menunaikan ibadah ini.
Saya ingin berkongsi cerita mengenai seorang kawan Muslim saya, yang mengajar saya mengenai erti sebenar Ramadan. Dia sentiasa berbuka puasa di rumah bersama keluarganya dan akan terus pergi ke masjid selepas itu untuk menunaikan Tarawih.
Walaupun dia sering mendapat jemputan untuk berbuka puasa oleh rakan sekerja, dia menolak jemputan itu secara lembut dengan alasan lebih baik baginya untuk berbuka di rumah. Pada suatu hari saya bertanya kepadanya mengapa dia berbuat demikian. Menurutnya, Ramadan bukan soal menjamu selera dengan pelbagai hidangan dan juadah, sebaliknya ia bulan untuk dapatkan ketenangan diri, di samping membersihkan diri dan fikiran.
Kawan saya itu sentiasa sihat dan cergas dan adalah jelas bahawa dia mengamalkan prinsip serba kesederhanaan dalam semua aspek kehidupannya sepanjang tahun, bukan saja ketika Ramadan. Kita semua harus mengambil iktibar daripadanya dan falsafah kesederhanaannya itu.
Kita hidup dalam sebuah negara yang mana makanan adalah sebahagian daripada kemeriahan budaya kita. Bagi rakyat Malaysia, jamuan adalah peluang terbaik untuk keluarga dan rakan berkumpul serta mengeratkan silaturahim. Apatah lagi pada musim sebelum perayaan apabila ada begitu banyak promosi makanan dan sering digunakan sebagai alasan untuk keluar bersama sanak-saudara, kawan dan rakan sekerja.
Secara peribadi, saya seronok berkunjung ke bazar Ramadan untuk menikmati pelbagai juadah, yang kebanyakannya hanya boleh didapati pada musim ini. Memang seronok melihat rakyat beragama Islam dan bukan Islam bergaul bersama-sama di gerai makanan, berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar tip mengenai cara untuk memasak pelbagai jenis juadah yang berbeza.
Bagaimanapun, kita harus membuat pilihan bijak apabila berkunjung ke bazar ini. Jika mengikut nafsu, memang semua juadah yang dijual itu mahu dibeli, tetapi cara ini pasti akan meningkatkan pengambilan kalori anda jauh berlebihan daripada keperluan harian kita.
Ketika berkunjung ke bazar Ramadan, fikir dulu mengenai apa yang anda beli. Pastikan pilihan dibuat berpandukan prinsip amalan pemakanan sihat. Kurangkan jenis makanan bergoreng, berminyak dan manis.
Pastikan anda mempunyai pilihan pelbagai jenis makanan daripada semua kumpulan untuk berbuka puasa dan bersahur. Perbanyakkan sayur-sayuran, buah-buahan, legum, kekacang dan bijirin penuh untuk hidangan berbuka puasa dan bersahur.
Apabila berbuka puasa, makan perlahan-lahan bagi meredakan kelaparan dan kehausan. Mulakan dengan makan kurma atau buah-buahan dan segelas air, biarkan ia hadam dan seelok-eloknya tunaikan sembahyang Maghrib sebelum menikmati hidangan utama. Pastikan anda minum banyak air bagi mengelakkan kekurangan air.
Ada kawan saya bergurau mengatakan berat badan mereka bertambah pada bulan puasa. Perkara ini mungkin berlaku sekiranya jumlah makanan yang anda makan ketika berbuka dan bersahur jauh melebihi daripada apa yang biasa anda makan ketika bukan bulan puasa.
Saya bersetuju dengan kawan Muslim saya yang memberitahu bahawa berpuasa boleh menjadikan seseorang itu lebih peka. Selepas beberapa hari berpuasa, paras endorphin (bahan kimia pada otak yang membuatkan seseorang ceria) muncul dalam darah, lantas memperbaiki kesejahteraan mental kita secara keseluruhannya.
Ramadan juga masa untuk merenung mengenai kesengsaraan yang dialami oleh golongan kurang bernasib baik. Sesungguhnya, jika kita semua – sama ada umat Islam dan bukan Islam – sama-sama mengamal dan mematuhi prinsip ini, kita semua akan muncul sebagai masyarakat yang lebih sihat dan lebih bahagia. Kepada semua rakan Muslim saya, selamat menjalankan ibadah puasa pada Ramadan ini.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai ialah Menteri Kesihatan Malaysia. Dalam kolum ini, beliau berkongsi perspektif peribadinya mengenai kesihatan dan pembangunan rawatan kesihatan di Malaysia. Ikuti beliau melalui blognya (www.liowtionglai.com/blog), atau Twitter (@liowtionglai)
sumber : disini .
Sunday, August 7, 2011
Baris Cinta Ramadhan

usai sayup-sayup suara azan memecah ruang maghrib senja nan biru..sebiji kurma manis kutelan tanda tamatnya fajar menyinsing setelah terbenamnya matahari..nikmat pertama yang kukecapi adalah sama manisnya dengan nikmat kemenangan menahan lapar juga dahaga..angin hangat diselaputi bahang mentari sewaktu terpacaknya matahari di atas ubun-ubun ku..membuatkan tekak kering ini minta dibasahi dengan segenang air.ya...asalkan air yang mengalir..sudah cukup menghilangkan kecaman dahaga yang melilit tekak sepanjang ramadhan..ya..berpuasa di bumi andalusia memerlukan kekuatan daya fizikal dan mental yang jitu..tidak hairanlah lelaki-lelaki gagah sahara tidak mengenal erti lelah apabila memandu unta demi menggalas sesuap roti..syukur yang tidak terinfiniti..sudah 6 hari kusiapkan jiwa dan tubuh menempuhi baris-baris cinta ramadhan..

Friday, July 15, 2011
Hijjaz Rintihan .
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka
Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya
Walau menitis airmata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya
Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya...
Friday, July 8, 2011
Sangka Buruk
1-"Allah tak beri dia Hidayah lagi tu.doakanla.(mula2 salahkan Allah,pastu mtk tolong Allah pula)
2-"Kenapa Allah takdirkan hidup aku mcm ni?"(salahkan Allah pula,Usahalah Ubah!)
3-"Rezeki (Allah)takde,nak wat camne,redho jela"(sapa ckp rezeki Allah tu xde?cari la!)
2-Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,melainkan kaum itu yang mengubah nasib yang ada padanya.Ar-ra3du :11.
Monday, July 4, 2011
Secebis renungan buatmu





