Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi..atas nikmat kesihatan badan ini..fuh! sangat penat setelah selesai saya menjalani sesi latihan Futsal bagi Sea's youth games akan datang yang akan diadakan di Rabat,Morocco.dimana Malaysia menjadi tuan rumah pada setiap 6 tahun.segala persiapan dan segala persediaan sedang giat dijalankan oleh semua pelajar disini .Malaysia ingin mengekalkan kejuaraan seperti dua tahun lepas setelah merangkul 3 emas mendahului indonesia dan thailand.untuk pengetahuan anda semua,seas games ini hanya disertai oleh tiga buah negara iaitu thailand,indonesia dan malaysia.berikutan kerana hanya 3 negara ini yang dinawarkan bidang dalam pengajian islam dan arab.walaupun begitu,persaingan yang diberikan sangat sengit.saya tidak berpuas hati kerana malaysia masih belum menjuarai emas bagi acara futsal.so,2 hari yang lepas.kami telah menjalani sesi latihan yang padat dengan latihan short pass,free kick,shot and one-two passing.insyaAllah pada minggu hadapan latihan akan diteruskan bagi memantapkan lagi skuad futsal pada tahun ini.
saya harap dengan persediaan ini,malaysia bakal merangkul emas dalam acara futsal.insyaAllah!esok pula saya akan turun padang INPT,Rabat untuk latihan bola tampar pula.iyalah,pelajar disini jumlahnya tak ramai.jadi seorang pelajar boleh mewakili 2,3 acara!hehe.saya insyaAllah akan menyertai 3 atau 4 acara.namun mungkin 3 sahaja kerana mahu 'conserve stamina'.
skuad futsal thailand yang garang
Sukan sea's ini bakal diadakan di Rabat pada 23-26 julai 2011 .walaupun hanya 3 negara asian tenggara yang menyertai,namun malaysia agak sukar untuk merangkul 5 acara yang ditawarkan.pada tahun kita menjuarai dulu kita hanya mendapat emas bola tampar,ping pong beregu dan single sahaja.jadi pada tahun ini , pengarah sukan sea's telah menetapkan tarikh yang lebih sistematik bagi memberi ruang latihan yang jitu untuk para peserta.jadi harap2nya,sepak takraw,futsal dan badminton kita bakal merangkul emas juga!insyaAllah.
Peace . cube cari saya dimana . ni sukan sea 2009.
jadi doakan skuad Harimau Malaysia Berjaya menjadi juara bagi sukan sea's tahun ini.doakan!jadi,kalau sape2 nak like page ini . boleh la . hehe .
P/S:lepas ni kene training lari kt pantai.abisla aku.berlari kejap benti tgok 'dugong2' yang berjemur.kakaka.
2 comments:
waahh...g.luck !!
p/s : amboi...smpat lg nengok dugong berjemur~
wahh gud luck ye ubai..! semoga berjaya :D
Post a Comment