Pejuang Berani Mati.

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Restaurant Aux Delices

saya rasa sudah dekat 4 bulan saya tak makan kat luar . iyalah , sebagai pelajar , kena pandai2 berjimat . tak boleh la nak makan kat luar je kan ?

so , semalam , saya dengan syahiddmilikku mencari lokasi restoren untuk kami terjah! yes . kami jumpa restoren nih . Aux Delices . let's check it out .

klik untuk tumbesaran gambar .

Menu . Klasik kan ?



Sebelum order makanan . lihat lah di meja kami . ada moutard (masam) , mayonis . Garam . dan bekas tisu yang dah abis .




almari yang menyimpan buah-buahan segar . terliur den .



ada tv tu..up to date berita al jazeera . negara tanpa sekatan . camni la sepatutnya malaysia .



ruang dalaman restoren yang cozy and classic .



pekerja@waiter BERSIH






spaghetti bolognaise .


Lasagne Pecheur .


pinggan yang cantik .


Teh Morocco . Sangat kick . kelat-kelat sikit rasanya . saya tak minum banyak sebab saya nak drive . (kekeke)


"terima kasih kerana sudi datang"

.

.
.

Monday, May 30, 2011

kuskus

jumaat 12.30 tenghari : dek terlalu penat tahap power rangers merah , aku terpaksa tidur lepas berhempas pulas tak tidur lepas subuh .
masyarakat morocco memang terkenal dengan menatang nih : kuskus .(tetibe xde kene mengene)
diorg makan menatang nih lepas jumaat dan kitorg pelajar malaysia mmg bertuah sbb ade pakcik tu sudi bagi kitorg kuskus ni setiap ahad tghari .
.
.
.
.
"bang,bang! abang!! (melayang periuk kt kepala aku) adeh! . agak2 la wei nak kejut aku pakai periuk dapur ni . ceh . rupa2nya aku mimpi .

'ha ye , nape ?' jwb aku dgn nada jamal abdillah .'makan kuskus bangun la da tenghari ni .' 'HA!!???biar betik!?'
'punah aku kali ni '. getus aku . 5 darab 2 =10 . 5 waktu ada 17 rakaat . 17 x 2 = 34 rakaat beb aku kene qadha .
.
.
.
perlahan2 aku tolak selimut aku ketepi . aku pandang siling . lama gila aku tidur . koma ke ape aku ni .
dalam keadaan mamai aku basuh muka 'wei asal korg x kejut aku dua hari lepas?'kejam la korg .
......................

.
.
.
.
'semua tergelak,wei jumaat pn belum lagi . ko mimpi ke ape?.ni ha tuan rumah kita bagi kuskus ari ni . '
.............................
sekali lagi aku terkedu sambil mulut aku menyuap . sedap jugak mende alah ni . rasa dia adala mcm dedak itik belakang umah aku .
....

Thursday, May 19, 2011

Spaghetti


lama dah saya tak update blog , kali ni saya update blog khas untuk berkongsi resepi untuk anda semua , satu resepi yang selalu saya buat . nyum2 , lets check it out .!

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang


Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...