Pejuang Berani Mati.

Saturday, July 2, 2011

Adab berblogging yang betul




assalamualaikum..
apa khabar semua?harap kita semua sihat dan kuat untuk meneruskan ibadah didunia ini ..tak semestinya ibadah itu solat zakat dan puasa saja..tapi jika kita niat ikhlas kerana Allah melakukan ibadah bekerja,bersukan,tidur,makan,minum,berehat dan lain-lain yang sesuai pun akan dikira ibadah..dengan syarat..ikhlas kerana Allah!..

okey..saya sebenarnya dah lama nak posting adab-adab berblogging yang betul..namun tidak kesampaian kerana mengambil waktu yang sesuai...kerana..nak bercerita tentang adab berblog yang betul ni memerlukan info yang tepat dan jitu..supaya korang semua tak terkejut..apepun..hakikatnya saya yakin dan percaya..ramai yang takkan boleh menerima adab berblogging yang sebenarnye menurut islam..okeh!dah ready??

first of all,saya akan senaraikan adab-adab berblogging yang telah saya kumpul dan kaji.dan saya akan huraikan satu2.so,lets check it out..

1.Sumber dan Maklumat yang di 'post' mestilah mendapat kebenaran blogger2 yang di 'copy'.

sumber dan maklumat yang anda publish mestilah disahihkan sumbernya,kerna sekali anda mengklik butang publish,anda wajib bertanggungjawab atas 'post' tersebut.jika didapati sumber itu anda telah curi dari orang lain,ini adalah salah disisi islam,kerana mencuri maklumat orang lain itu berdosa.sama seperti kita mencuri buku orang,dan mengakui buku itu milik kita.kita wajib meminta kebenaran pemilik asal dan elok juga disebut yang ia 'dipinjam' dari blog sekian-sekian.hal ini sama seperti wajibnya kita meminta izin jiran kita dalam bab ziarah.sepertimana
firman Allah swt.

dalam surah Annur ayat 27.
"wahai orang2 yang beriman,janganlah kamu masuk ke dalam sesebuah rumah yang bukan rumah kamu sehinggalah kamu meminta izin dan memberi salam ke atas ahli keluarga rumah tersebut yang demikian itu adalah lebih baik ,semoga kamu mendapat peringatan".

Blog juga adalah rumah,jika kita menziarahi blogger2 lain,sekiranya diyakini mereka itu islam,maka berilah salam..dan sekiranya ada diantara info2 menarik yang hendak kita kongsi..mestilah meminta izin mereka..kerana Allah hanya mahukan kita semua mendapat peringatan antara satu sama lain..

tak salah nak berkongsi..tapi apabila hak orang lain kita jaja dalam rumah kita..ia akan mencetuskan pergaduhan,musuh,dan menyakiti hati orang lain.dan ini sangat ditegah dalam islam kerana umat islam itu seharusnya bersaudara..jika kita jaga hak orang lain..maka Allah akan jaga hak kita dari dicerobohi..insyaAllah tak perlu lah risau org nak hack blog kita..jika kita jaga hak orang lain..

namun tak salah jika gambar tersebut datang dari google images..sbb once ia disiarkan di google images..bermakna orang yang publish gmbr tersebut bersetuju untuk gambarnya di siarkan google..just kite kene tulis sumber "google images"..


2.Sumber dan Maklumat yang di 'post' juga mestilah di letakkan 'link' asal maklumat tersebut.

hal ini sama seperti yang diatas cuma bezanya,kita mesti meletakkan 'link' asal ke post tersebut..
sebagai contoh la..kalau kita kata solat tu wajib..ape buktinya?
sudah tentu kita kene bacakan ayat alquran,dan tunjuk surah mana pada orang yang bertanya..supaya apa yang kita sampaikan,orang boleh tahu dari mana sumber asalnya..kerana fitrah manusia hendakkan bukti..bahkan dalam mahkamah pun,bukti mulut tak boleh pakai..dalam hukum jenayah islam pun hukum mulut tak leh pakai..sbb tu kalau ada orang melakukan zina..wajib membawa 4 saksi..xleh sewenang2nya menuduh org tu berzina..dan bab video pulak mcm utusan meloya bandingkan ritu pun..dia tak faham..zina dgn rogol berbeza..aish malas lah aku nak komen lebih2..kang panjang plak..hehe..apepun..korang mesti letak link asal sumber tersebut..supaya orang boleh stand..yang kita ni tak cakap kosong..dan satu lagi..orang leh hormat yang kita bercakap berdasarkan dalil..tak kisah lah dalil naqli (alquran dan hadis) ataupun dalil aqli(kata2 ulama dan hukama).

dalam surah annisa yang bermaksud,'jika kamu bertelagah dalam satu perkara,maka rujuklah pada Allah(alquran) dan rasul(hadis sohih nabi) ..."

maknanya kalau kita nak kuatkan hujah kita dalam membincangkan sesuatu..wajiblah rujuk pada alquran dan sunnah..maknanya..kalau kita amek sesuatu info tu , mestilah kene letak dari mana kita amek..kalau alquran,ckp alquran..kalau hadis dari blog lain..letak sekali sumbernye..kalau ia dari fikrah kita sendiri..so biarkan..org tau la itu dari kita..hehe..

.okeh?












3.Komen seperti Anonymous adalah salah dan tidak digalakkan,dan pemilik blog boleh men'delete' komen dari mereka , kerana identiti yang tidak dikenali akan menyusahkan pembaca lain dan pemilik blog .

haa..ni mmg ramai la yang buat..kadang2 kita geram dgn blogger lain,kita p guna nick name anon ni..nampak sgt hati busuk..niat asal tu dah dosa..apatah lagi p dok hasut dan kutuk org lain pulak..kita manusia..ada undang2..kalau tak puas hati..ajak bincang elok2..perkenalkan diri,bgtau anda dari mana,tegur cara yang berhemah..barulah gentleman!ni dok guna anon2..

lagi satu kalau anon yang tak kutuk2 dan kritik sekalipun..ia akan menyusahkan pemilik blog nak balas komen anda..sbgai contoh :
anon 1 tanye kat mana tmpt kjadian.anon 2 tanye bile berlaku kejadian.dah susah pemilik blog nak balas komen2 mereka ni..nak tulis anon 1 lak anon 2 lak..so,seboleh2nya dielakkan lah..


4.Sebarang Gambar,Video yang dipost didalam blog mestilah menutup aurat.

haa...yang bab ni aku paham..tak semua blogger2 kat dunia ni jenis blogger yang islam dan jenis blogger lelaki/wanita berpayungkan kaabah kan?..tapi kot mcm mana pun aku nak bg korang tau gak..nak pakai..amek tak nak pakai..terpulang..yng penting tanggungjawab aku utk sampaikan dah selesai..

so..gambar yang kita amek tu..mestilah menutup aurat ye sahabat2 sekelian..apatah lagi gambar2 anda sendiri yang dipost dalam blog anda..kalau anda jwb sape suruh ko tgok?haa..kalau gitu xyah la wt blog ang tu umum utk semua..kan?hehe..

mcm yg saya ckp tdi..kita bertanggungjawab atas semua yg kita publish kan dalam blog kita..sedangkan sekecil-kecil zarah pun Allah akan nilai..apatah lagi sebesar2 ikan paus..so hati2 ye kawan...kene selalu beringat..tak salah nak niaga..nak suka2,tapi itu tak memberi kita lesen utk melakukan sewenang2nya didalam dunia internet ni..hehe..kalau anda kat luar sana pakai tudung labuh sekalipun.pakai kopiah tinggi dari otak sekalipun..tapi blog anda penuh dgn maksiat..sama je bro..

so,amcam?lu fikirlah sendiri..


5.Tidak boleh memaksa pengunjung Klik iklan anda.

yang ni satu lagi..ramai tol org duk tulis "klik lah ye,tabung masa depan"..
"duit shopping2"..,"duit nak wt kawin"..dan mcm2 lah lagi..walaupun saya tahu tak byk pun korg dpt earn dgn tulis camtu dan mungkin sekadar suka2..tapi kene ingat..
dalam hukum Jual Beli..menurut syariah..Belian dengan paksa adalah batal..yakni haram..kita xleh paksa org lain beli produk kita..samalah mcm klik tdi..kita seolah2 memaksa org utk tolong kita..desperate sgt ke takde duit?byk lagi cara lain nak dptkan duit..bukan duduk goyang kaki tepuk perut sambil sendawa bau durian tunggu org klik iklan korg..

islam ni agama yang adil..kalau senang2 je korg dpt rezeki dgn cara tu..ia tak adil bagi org yg susah2 berputih tulang cari rezeki sesuap nasi..

so,pasni korg tukar lah ayat tu kalau boleh...

wt cam aku.."sedekah klik dapat pahala"..hehe..ni aku tak paksa..tapi aku tukarkan bende yg negatif pada positif..sedekah klik dgn ikhlas..umpama sedekah jugak..yg penting ikhlas ok?..

6.Menjaga akhlak semasa menulis,memberi ulasan,dan memberi pendapat.

bab ni berat sikit aku nak ulas..so aku kene sebut secara umum,sbb aku tau ade blog yg keje die mencari salah org,dan mcm2 lagi sikap yang ditegah dlm islam..

islam melarang kita mengumpat,mengeji,mengutuk dalam firman Allah swt..

Maksudnya : '..dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentu kamu benci memakannya. Takutlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.' (Surah al-Hujurat : 12

dalam surah al-Hujurat ayat 11 .

"wahai orang-orang yang beriman!janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki)mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain.(kerana)kemungkinan puak lelaki yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah2kan puak perempuan lain,(kerana)kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.jaganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil(gelar) antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk.(larangan2 yang tersebut menyebabkan orang yang melakukaannya menjadi fasiq,maka) amatlah buruk gelaran nama fasiq kepada seseorang sesudah dia beriman.(ingatlah)sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya.maka merekalah orang yang zalim!.

so,aku taknak komen panjang2..pandai2 lah buat keputusan..korang sumer kan dah besar..dunia internet ni sama je dgn dunia sebenar..kene jaga akhlak kita..jaga tutur kata..silap langkah..dosa kita kumpul setiap hari..kalau kita kutuk org lain kt dunia luar pun..mgkin dosa tu antara kita dgn Allah je..sbb kite sebut sorg2..tp kalau kt dunia internet ni..kalau kita kutuk2 org..selagi mana org baca..org tgok..dan masih tak delete post2 tu..selagi tulah korg earn dosa-nang tersebut..hehe..

so..apa yang baik itu datang dri Allah..mana yg lemah itu dtg dari diri saya sendiri..hakikatnya dua2 itu dtg dari Allah..bezanya kesilapan sy itu adalah dari kesilapan sy sendiri...wallahua3lam..

sumber gambar : google images .



segala isi dan fikrah ini ditulis oleh saya sendiri,sebarang percanggahan dengan mana2 pihak tertentu amatlah dipohon dgn sejuta kemaafan , dan menjadi pilihan buat mereka untuk menolak pendapat saya .kerana 'kullu kalam yu'khozu wa yurod , illa al ma3soom'
setiap perkataan,pendapat, boleh diambil dan ditolak,melainkan satu , hadis nabi s.a.w.
wallahua3lam

10 comments:

Unknown said...

adab2 yg perlu dipatuhi.. :)

sayonara june holla july http://eleventx.blogspot.com/2011/07/berlabuhlah-tirai-june.html

Niena Muhammad said...

menarik..sgt2 setuju, akak suka sgt entri ni.kekadang ada blogger yg letakkan gambar yg mendedahkan aurat.. sana,sini..sbb tu lah akak lbih suka ltak gmbar katun..sgt takut lau nk letak gmbar yg xmenutup aurat..nmpak rmbut,nmpak lengan,nmpak pusat,jka video,gmbar itu merangsang seseorg,otomatik kte dpt share dosa tu..azab Allah kt sana tu dh menanti.

bab entri,sgt takut jgak klo nk copy paste, klo kt metro on9 tu lain cite,pd pndpt akak la..sbb dia umum. As aluka billah..

igt tak yg kecoh psl video yg mennggairahkn dlu.ada yg kutuk.. backup islam tpi dok letak gak bidio lam tu, psl kesah makcik hajar dlu.. letak gak gmbar lady gagah dok ats kaabah tu.. hurm..mcm2,mmg ada niat nk post entri cmni tpi takut nk post..bgus2.. ustat rock ! hehe

Niena Muhammad said...

http://www.my-shopping2u.com/2011/07/kita-ringan-ringan-je-sayang.html

erm,klo lah akak ada slh silap..mtak ditegur ye

Niena Muhammad said...

templete baru :D
ok.. babaiii
sori nyibuk kt sini

Udy said...

akak Niena : haha . xpe2 . sama2 kite share bende baik . thanks kak .

saizuan : hope so.thanks . :)

Niena Muhammad said...

erm, btul,, tpi yg tu siyes tak copy paste..brckp melalui pengalaman seseorg

Udy said...

niena : oh yeke kak?bagusla..sori..apepun nice entry!

Niena Muhammad said...

sedih tau ckp cmtu :'(

Udy said...
This comment has been removed by the author.
Niena Muhammad said...

yelah,, xde pape pn :D ok je.. tgh gelak golek2 ni. hehe

http://www.my-shopping2u.com/2011/07/ayat-cinta-saya.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...