Pejuang Berani Mati.

Saturday, April 7, 2012

update

sesungguhnya..nak istiqomah itu susah..


...
.....




YEAY! balik malaysia!! seronooooookkkkkknyaaaa....ALhamdulillah dah grad...:D

Saturday, January 14, 2012

Nilai klasik yang semakin dilupakan


Arwah ibu saya gemar mendodoi anak-anaknya dengan zikir dan menyanyikan lagu kanak-kanak klasik Melayu yang penuh dengan mesej dan aksi. Kini, saya rindu dengan alunan merdu suara arwah ibu.

arwah ibu kerap menyanyi µcak cekur udang gamit, minta cekur bagi kunyit¶. Lagu ini dinyanyikan apabila saya sudah boleh membuka dan menutup tangan pada sekitar usia tujuh bulan. Saya diajar untuk membuka dan menutup tangan mengikut lagu yang dinyanyikan.sehinggakan,sampai sekarang juga,seandainya disaat saya jatuh,saya sering mengalunkan bait-bait lagu cekur dan gamit sambil menggenggam tangan saya.rindu itu membuahkan inspirasi hebat buat insan kerdil seperti saya.disamping itu,banyak juga faedah yang kita dapat sebenarnya dari lagu ini,ia membantu menguatkan otot-otot jari dan tangan anak-anak yang masih kecil,ia juga adalah kegiatan yang menggembirakan dan meningkatkan keyakinan diri.seronok bila tengok anak-anak buah saya pun melalui proses ini.

kemudian,apabila saya pandai menggunakan jari telunjuk sekitar usia sembilan bulan, arwah ibu  suka menyanyikan lagu ni ":Tun-tun nukut,Nukut dalam cupak, Mana tikus mondok, Menyorok bawah ketiak."Lagu ini digayakan oleh ibu dengan mengetuk-ngetuk satu jari telunjuk ke tapak tangan yang satu lagi. Apabila habis lagu dinyanyikan, ibu akan menggeletek bawah ketiak saya supaya berasa geli dan ketawa. Pada peringkat ini saya juga diajar menepuk tangan dengan lagu Tepuk Amai-Amai.Apabila saya bertatih belajar berjalan lagu berikut dinyanyikan:"Tak teh kayu api,Sudah letih jalan lagi".

Antara agu lain yang dinyanyikan oleh arwah ibu, termasuklah 'Buai Laju-Laju,Rasa Sayang,Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam, Enjit-Enjit Semut, Lompat Si Katak Lompat dan Tebang Tebu'.Lagu kanak-kanak Melayu klasik ni memanag mengandungi mesej berserta aksi atau pergerakan kreatif, ia yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh dan pembentukan sahsiah generasi kita sejak turun-temurun. Lagu ini juga banyak membawa mesej positif dalam diri anak iaitu mesej Islam,taat kepada Allah, nasihat, nilai moral tinggi, taat kepada ibu bapa, menyemai rasa kasih sayang dan mencintai keindahan alam. Doa dan harapan ibu bapa terhadap anak banyak diselitkan dalam lagu ini.Malangnya, lagu ini semakin dipinggirkan. Kanak-kanak dan lagu memang tidak boleh dipisahkan. Ia adalah asas untuk mereka melihat, mendengar, bertutur, bergembira dan meneroka anggota badan serta alam sekeliling melalui seni, muzik, pergerakan dan kreativiti. Dari sini,keyakinan diri mereka akan terbentuk.

Mereka seterusnya, akan menjadi anak yang riang, mudah bergaul dan belajar.Lagu yang sesuai untuk kanak-kanak peringkat awal adalah lagu beraksi, permainan berlagu, lagu yang menggunakan perkataan yang mudah dan selalu diulang.Zikir dan lagu klasik Melayu menepati ciri-ciri itu. Ia juga membolehkan kanak-kanak mengenali dan menghargai budaya agama dan bangsa kita. Lagu dan pergerakan kreatif juga penting dalam menyampaikan sesuatu maksud kepada perkataan atau arahan yang diberi kepada anak. Setiap arahan perlu tepat, jelas dan disertakan dengan aksi yang menyerlahkan maksud perkataan supaya mesejnya sampai. Contohnya, permainan berlagu seperti Lompat Si Katak Lompat dapat mengajar anak pergerakan yang dikaitkan dengan perkataan melompat. Aksi melompat dengan tinggi, menggalakkan perkembangan fizikal dan membantu anak mengenali konsep rendah dan tinggi.Perkembangan akal kanak-kanak ditingkatkan melalui permainan berlagu, terutama lagu yang menggunakan gerak tangan.Saya sangat suka lagu Air Pasang Dalam yang banyak menggunakan pergerakan tangan menyilang yang sangat baik untuk meningkatkan potensi otak kanan dan kiri. Aksi lagu ini juga dimainkan dua berkumpulan. Ia baik untuk perkembangan emosi dan sosial anak.Banyak juga lagu yang berunsur teka-teki, mengenal abjad dan matematik yang baik untuk minda anak.

Permainan berlagu Mak-Mak Pergi Pasar, contohnya, mengasah kemampuan anak untuk mengenal dan mengeja warna.Kegiatan nyanyian beraksi dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak.Anak kecil yang aktif menunjukkan bahawa dia akan membesar menjadi anak cergas. Ia seperti sabda Rasulullah saw bermaksud:'Keaktifan anak pada masa kecil akan menambah kecerdasannya ketika dewasa.´
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Bagi ibu bapa, anda haruslah memahami bahawa kanak-kanak gemarkan nyanyian dan pergerakan. Mereka banyak belajar melalui nyanyian dan permainan. Ada ibu bapa yang agak malu untuk menyanyi dan melakukan aksi lagu bersama anak-anak. Sikap ini mesti dikikis dan digantikan dengan sikap memupuk minat berkreatif melalui zikir, nasyid dan nyanyian.Setiap aksi mesti dimulakan oleh ibu bapa kerana anak suka meniru. Ia adalah antara kegiatan masa berkualiti yang harus dilakukan setiap hari bersama anak-anak supaya mereka gembira dihargai dan disayangi .

selain lagu-lagu klasik dan permainan klasik di atas , arwah ibu saya juga sering membawa saya kemajlis berzanji , marhaban dan nasyid . dalam pada masa yang sama sebenarnya arwah ibu telah mendedahkan kepada saya akan pentingnya hidup berjemaah dan galakan ke surau dan masjid . iyalah , hampir semua program diatas semuanya berlangsung di surau dan masjid-masjid di kampung , zaman dahulu manalah ada dewan atau pentas sebagainya . cuba anda bayangkan perbezaannya dengan zaman sekarang . nilai-nilai klasik ini semakin pupus dikalangan kanak-kanak.masing-masing didedahkan dengan 'facebook,youtube,ps3' dan sebagainya dimana tidak melibatkan aktiviti dua hala .

saya cukup bimbang dengan revolusi ini.permainan konda-kondi , layang-layang , gasing , guli , teng-teng semakin sukar kita lihat wujud dikalangan kanak-kanak .tapi begitulah lumrah dunia , yang lama diganti baru , yang baru meneraju untuk maju . mungkin , dari sudut positifnya , pasti ada kebaikan yang tersirat dari peralihan nilai kontemporari ini didalam jiwa anak-anak nanti .

mungkin akan datang siapa tahu semuanya ini akan kembali semula kepada fitrah yang lebih baik ? mungkin nilai kontemporari ini hanya satu proses yang perlu dilalui anak-anak bagi menempuh proses belajar mereka untuk masa akan datang ? bukan ?

apa-apa sekali pun , saya amat berbangga dengan zaman saya.walaupun dulu menekan butang 'on' komputer pun terkapai-kapai . tapi saya tahu menekan butang baju melayu saya .

Akhir kalam , jangan terus matikan apa yang anda alami dizaman dahulu dek beredarnya zaman tapi hidupkanlah ia melalui medium yang lebih mudah untuk generasi akan datang ..diibaratkan Al-Quran . walau beratus-ratus tahun sudah turunnya ia , tapi nilai-nilai yang ada didalamnya seiring sehaluan zaman ke zaman..janganlah jadi seperti pepatah melayu yang masyhur "ibarat kacang lupakan kulit" .

wallahua3lam .



p/s:rindu pada arwah ibunda.al-fatihah.

Wednesday, January 11, 2012

Rabu tiada Suara

kalau sesiapa tak kenal lagi pisang kaki.inilah dia pisang kaki.tak mcm pisang kan?

Tuesday, January 10, 2012

Ciri-Ciri Lelaki Soleh




























Lelaki Soleh Idaman Wanita..

Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah 



aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold susahnyenakejer?" dan seumpamanya.

Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :

1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?

2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?

3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?

4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?

5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?

7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?

8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?

9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?

10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?

11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?

12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?

13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?

14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?

15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?

16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas positif belaka , maka kemungkinan besar



 anda adalah termasuk dalam golongan lelaki soleh . 


memang mcm saya . kahkahkah .tak adalah , saya jauh lagi dari ciri-ciri diatas . :)




Sumber : Jom Berdakwah FB.

Sunday, December 4, 2011

Beku

aku melemparkan sisi pandangan kepada dua ekor lalat .

 mereka asyik berbual sesama sendiri berbincang isu politik kaum lalat sebarang dua .

tahap kekerasan udara semakin kuat menerjah corong-corong hidung . seakan-akan menghukum aku .

mungkinkah udara percuma ini berubah harga nilai ? aku tidak pasti .

 yang lintas cuma terdetik di saat ini , kalau lah tuhan datang bertandang , melebar tangan mengutip hutang .

aku pasti serta merta tubuhku kekejangan . iyalah , tiada harta mampu aku cagarkan untuk menebus nilai udara percuma 24 tahun yang lepas .

Allah . hanya syukur layakku tadahkan ke langit menerima nikmat yang kau terbit .

Alhamdulillah .

Alhamdulillah ...


______________________________________________________________




sejak ,

dua menjak ,

tiga menjak ,

empat menjak ,

lima menjak ,

dan enam menjak ini saya sangat sibuk dengan kehidupan di sini .

maaf kawan-kawan saya jarang update .

insyaAllah selepas ni saya cuba curahkan kasih sayang pada blog inih .

i lap you All .


...

Thursday, November 17, 2011

Cerpen : Nurul Iman .

'Ya Allah ya tuhanku , Kurniakan lah aku seorang teman (suami) yang airmatanya menangis keranaMu .Ameen ya Robbal Alamin ...''-Nurul Iman Binti Abdullah.

petang itu cuaca agak suram , suhu yang agak dingin dek udara air-cond yang di pasang sedikit sebanyak menghempap sebuah keletihan pada tubuh mungil seorang pemuda .pemuda itu yang bekerja  sejak awal pagi sedikit sebanyak membuatkan beliau keletihan yang amat . bisik hatinya , kalau tekaknya yang kering itu disirami jus oren tidak kurang nikmatnya . lantas , tanpa berfikir panjang , beliau melangkah perlahan ke dapur yang ada di pejabatnya . dituangkan jus oren yang disimpan didalam peti sejuk ke dalam sebuah cawan . lalu di teguk perlahan-lahan dengan melemparkan sebuah pandangan lemah ke dalam air yang berbaki .

jauh di sudut hatinya , dia menanggung banyak kisah duka . bahkan dia merasakan dirinya begitu jauh dengan Allah . tambah-tambah pula pekerjaannya juga menjauhkan dirinya dari melakukan kesibukan beribadah .sudah banyak kejayaan dikecapinya dalam syarikat miliknya . namun satu pun tidak pernah menjadi pengubat hatinya .tiba-tiba kenangan silam menyerpa jiwa, mengusik jiwa meratah emosi . dia teringat dosa yang pernah dilakukan dahulu , satu dosa yang begitu besar disisiNya . walaupun ia dilakukan secara tidak sengaja , namun ia tetap dosa yang harus di kira .


kelihatan di sudut wajahnya suatu gambaran muram yang berbaur penyesalan . dia bertanya pada dirinya , mengapa sering kali bertaubat , seringkali itu juga dia mengulangi . terkadang juga sentiasa lupa . adakah taubatnya dulu tidak diterima ? hatinya semakin berat . semakin sayu . terbayang di minda ibu nya . terbayang di hati ayahnya .


'ibu..abang perlukan ibu..kenapa ibu pergi dahulu ..' .. 'ayah..kenapa ayah biarkan abang ..apa dosa salah abang '.hatinya terus menyanyi lagu syahdu . lagu rindu yang bercampur dengan iringan tangisan airmata yang menderu-deru.. dia berasa dirinya begitu lemah dan hina . bercampur dengan rasa malu padaNya . dugaan hidup yang dirasa bagaikan sebuah gunung yang menhempas tubuh kecil , semakin tidak memberi ruang untuk dia bergerak maupun berkata . kalau diceritakan pada manusia , dugaan hidupnya amat perit . sedari kecil hidupnya sudah keseorangan . menempuh segala susah payah bersendiri . dicaci , dihina , ditindas , dipulau . seolah-olah dia adalah seorang manusia malang yang disumpah .hatinya sentiasa sedih . semua kenangan ini mengusik jiwanya yang masih berdendam dengan apa yang dilakukan dunia padanya . dek sebab dendam pada dunia lah dia bekerja bersunguh-sungguh sehingga berjaya mencipta nama di persada dunia , namun namanya di persada akhirat semakin luput kerana kelalaianNya . dia sedar hidup keseorangan tidak mampu memberi kebahagiaan walau harta bertimbun timbun .



beberapa minit dirinya merayu dan menangis . bermonolo sendirian ditmbah rasa malu pada Allah . tiada tempat untuk dia mengadu . takut didalam dirinya semakin menebal . seakan-akan mahu saja dia tamatkan hidupnya disitu .tapi , mungkin dek iman yang berbaki , dia berdoa .

 'ya Allah , tunjukkanlah aku jalanMu..aku lemah '.

itulah kata-kata yang diucapkan dan secara tiba-tiba muncul teman sepejabatnya . Nurul Iman . Nurul Iman menegur beliau .

 'awak tak apa-apa ?' . dia menjawab 'oh iman ,saya baik-baik saja , bawang ni pedih lah '. sambil mengesat-ngesat airmatanya .

Nurul Iman hanya tersenyum . Nurul Iman tahu apa yang dia sedang tanggung dan harung . Nurul Iman merupakan seorang gadis baik dan solehah . walaupun beliau hanyalah seorang tukang sapu di pejabatnya . tapi peribadi dan personaliti nya sebagai seorang muslimah sejati tidak diabaikan . terdetik dihati Nurul Iman bahawa dia sedang kelemasan didalam arus kehidupan , dan dia memerlukan bantuan . lantas , Nurul Iman menarik kerusi keluar dari meja dan membuka luas-luas pintu dapur pejabat . bimbang sekiranya fitnah datang menjengah .

kemudian Nurul Iman mula berbicara . tanpa memandang walau sedikit ke wajah dia , Nurul Iman tersenyum memulakan bicara .

"awak..saya tak tahu apa yang awak alami . apa yang awak tanggung . apa yang awak rasa ."


"tapi apa yang saya tahu dan sehingga sekarang saya yakin , Allah takkan sia-siakan HambaNya"


"Segala dugaan yang Allah bagi pada kita di Dunia ni , semuanya kerana Allah mahu kita rasa kasih sayangNya , mahu kita berfikir yang Dia mahu kita dekat denganNya ."


"cuma , apa yang perlu kita terus dan terus lakukan adalah KEMBALI padaNya . jangan sesekali putus asa dengan tali Allah . Allah dah kata :dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah , jangan lah kamu berpecah belah dan menyekutukanNya dengan sesuatu .."


"awak tahu tak , Allah sangat suka rintihan hamba-hambaNya . sebab Allah ciptakan kita sebagai Hamba . bukan sebagai Khadim . Beza Hamba dengan Khadim atau orang Gaji , Orang gaji apabila dia lakukan kerja , dia dibayar upah atas pekerjaannya , kalau tidak dibayar , dia berhak keatas dirinya , berhak lari dari majikannya ."


"tapi Allah jadikan kita sebagai Hamba , Lebih Hina dari Khadim , itu hakikat kita . Hamba tidak dibayar gaji ,tidak berhak keatas hak dirinya  semua nya adalah milik pemilik hamba . cuma apa yang istimewa kita sebagai Hamba Allah . Hamba Allah sekiranya mentaati Allah , akan diberi sakinah diberi kesenangan dunia dan akhirat . tidak seperti Hamba Manusia ."


"kalau awak pernah melakukan dosa , jangan lah malu dan takut dengan apa yang kita pernah lakukan , semua manusia melakukan dosa , kerana Allah ciptakan kita memang fitrahnya akan melakukan kesalahan , bahkan perkataan Manusia itu pun asalnya dari 'NASAYA' iaitu dalam bahasa arabnya Lupa ."


"sebab itulah Allah menyuruh kita bertaubatlah pada Allah dengan taubat nasuha . kalau kita ulang lagi juga , janganlah kecewa jangan malu . kerana Allah nak kita dekat padaNya . awak tau tak ada kisah islam yang ada dalam sejarah ?"


"kisah seorang Abid yang berdoa pada Allah , Abid itu berdoa supaya dirinya dihindari dari melakukan dosa dan kesalahan , kerana Abid itu takut akan Murka Allah . namun , Allah berkata padanya , KALAU AKU JADIKAN KAU KOSONG DARI KESALAHAN , NAH PADA SIAPA MAHU AKU HAMPARKAN MAGHFIRAH DAN KEAMPUNANKU?PADA SIAPA AKU NAK CURAHKAN KASIH SAYANGKU? apakah engkau taat padaKu kerana takut akan MurkaKu ? sesungguhnya kasih sayang dan rahmatKu lebih besar dari KemurkaanKu ."

tidak sempat Nurul Iman menghabiskan ceritanya , dia memalingkan wajahnya lalu bangun menuju ke tingkap .

berderaian airmata lelaki itu . semakin kuat tangisan yang dibendung . semakin laju airmata yang dicurahkan .
seolah-olah merasakan betapa hinanya dirinya bersangka buruk pada Allah . dia mengadu pada Allah .

"ya Allah..ampunkan dosa-dosaku ya Allah ..Amat besar Kasih dan Rahmat SayangMU padaku..Alhamdulillah...Alhamdulillah.."

"Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah..ya Allah..syukur padaMU.."

Nurul Iman tersenyum melihat lelaki itu . lantas Nurul Iman berkata :

"awak ..waktu kerja saya dah habis , sudah semua sampah-sampah saya sapu , perlu ke saya 'sapu' airmata awak ?"

Lelaki itu tertawa kecil .

dan terlihat ukiran senyuman dan cahaya harapan di wajahnya . betapa dia lupa selama ini Allah amat menyayanginya..betapa dia buruk sangka pada Allah ..

Lantas Lelaki itu pun berkata pada Nurul Iman .

"boleh .tapi dengan syarat .syaratnya awak kena berhenti kerja ! "

Nurul Iman tersentap . Masya Allah . salahkah apa yang aku sudah ceritakan padanya tadi . Allah .

Wajah Mulus dan cantik Nurul Iman terus Muram terkejut . walaupun kain purdahnya itu menghalang dia dari diketahui akan kejutan tadi , matanya tidak dapat menipu . matanya mula merah merah . jangan kau tumpahkan air mata ini . bisik hati nya pada Allah .

Dia sambung lagi dengan senyuman dibibirnya .

"eh awak , Maksud saya . Boleh saja dengan syarat awak berhenti kerja jadi tukang sapu dipejabat ini , dan jadi Isteri saya ! Sudikah awak ? "

Nurul Iman terkejut sekali lagi dan beberapa saat kemudian senyuman terukir .

"Eh taknak lah ! amek kain ni . awak lap lah sendiri airmata awak ! "

Dia tersenyum bahagia melihat telatah Nurul Iman yang sangat obvious malu .

Dia pun membelek-belek kain itu , dan mahu menyapu airmatanya . tiba tiba tertera sesuatu di kain itu .


"Nurul Iman Binti Haji Abdullah . 
No 333 , Taman purnama indah ,
Jalan titiwangsa 9 Seremban .
No Tel : 066996879"










 Alhamdulillah.Terima Kasih ya Allah pertemukan aku jodoh . bisik hati nya .
















sekian .
Cerpen ini Hasil Nukilan Karya .
Muhammad Nur Ubaidillah Bin Abdul Ghani.
Udy7.
Kenitra,Maghribi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...