Pejuang Berani Mati.

Tuesday, January 10, 2012

Ciri-Ciri Lelaki Soleh




























Lelaki Soleh Idaman Wanita..

Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah 



aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold susahnyenakejer?" dan seumpamanya.

Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :

1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?

2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?

3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?

4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?

5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?

7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?

8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?

9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?

10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?

11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?

12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?

13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?

14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?

15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?

16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas positif belaka , maka kemungkinan besar



 anda adalah termasuk dalam golongan lelaki soleh . 


memang mcm saya . kahkahkah .tak adalah , saya jauh lagi dari ciri-ciri diatas . :)




Sumber : Jom Berdakwah FB.

1 comment:

Areyoudys said...

as salam..
tapi kadangkala terasa terlalu kerdil..kadangakala pula terasa takut berasa bangga dengan 'hati' kita. sangat takut wujud/timbul munafik dalam diri walaupun tidak disedari...

kata-kata hati walaupun untuk menaikkan semangat agar taat kepada Allah juga, perlu kita ambil perhatian. jika syaitan gagal menjumpai point untuk kita melakukan kemungkaran nyata, depa akan mendatangkan kemungkaran dalam hati kita secara halus yang tidak kita sedari..

mungkin...memahami setiap apa yang kita perkatakan samada secara jelas, secara zahirnya, atau sekurang-kurangnya secara batiniah (dalam hati) membantu kita sedikit sebanyak memelihara lidah kita..

lidah...oh lidah..hm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...