Pejuang Berani Mati.
Saturday, January 14, 2012
Nilai klasik yang semakin dilupakan
Arwah ibu saya gemar mendodoi anak-anaknya dengan zikir dan menyanyikan lagu kanak-kanak klasik Melayu yang penuh dengan mesej dan aksi. Kini, saya rindu dengan alunan merdu suara arwah ibu.
arwah ibu kerap menyanyi µcak cekur udang gamit, minta cekur bagi kunyit¶. Lagu ini dinyanyikan apabila saya sudah boleh membuka dan menutup tangan pada sekitar usia tujuh bulan. Saya diajar untuk membuka dan menutup tangan mengikut lagu yang dinyanyikan.sehinggakan,sampai sekarang juga,seandainya disaat saya jatuh,saya sering mengalunkan bait-bait lagu cekur dan gamit sambil menggenggam tangan saya.rindu itu membuahkan inspirasi hebat buat insan kerdil seperti saya.disamping itu,banyak juga faedah yang kita dapat sebenarnya dari lagu ini,ia membantu menguatkan otot-otot jari dan tangan anak-anak yang masih kecil,ia juga adalah kegiatan yang menggembirakan dan meningkatkan keyakinan diri.seronok bila tengok anak-anak buah saya pun melalui proses ini.
kemudian,apabila saya pandai menggunakan jari telunjuk sekitar usia sembilan bulan, arwah ibu suka menyanyikan lagu ni ":Tun-tun nukut,Nukut dalam cupak, Mana tikus mondok, Menyorok bawah ketiak."Lagu ini digayakan oleh ibu dengan mengetuk-ngetuk satu jari telunjuk ke tapak tangan yang satu lagi. Apabila habis lagu dinyanyikan, ibu akan menggeletek bawah ketiak saya supaya berasa geli dan ketawa. Pada peringkat ini saya juga diajar menepuk tangan dengan lagu Tepuk Amai-Amai.Apabila saya bertatih belajar berjalan lagu berikut dinyanyikan:"Tak teh kayu api,Sudah letih jalan lagi".
Antara agu lain yang dinyanyikan oleh arwah ibu, termasuklah 'Buai Laju-Laju,Rasa Sayang,Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam, Enjit-Enjit Semut, Lompat Si Katak Lompat dan Tebang Tebu'.Lagu kanak-kanak Melayu klasik ni memanag mengandungi mesej berserta aksi atau pergerakan kreatif, ia yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh dan pembentukan sahsiah generasi kita sejak turun-temurun. Lagu ini juga banyak membawa mesej positif dalam diri anak iaitu mesej Islam,taat kepada Allah, nasihat, nilai moral tinggi, taat kepada ibu bapa, menyemai rasa kasih sayang dan mencintai keindahan alam. Doa dan harapan ibu bapa terhadap anak banyak diselitkan dalam lagu ini.Malangnya, lagu ini semakin dipinggirkan. Kanak-kanak dan lagu memang tidak boleh dipisahkan. Ia adalah asas untuk mereka melihat, mendengar, bertutur, bergembira dan meneroka anggota badan serta alam sekeliling melalui seni, muzik, pergerakan dan kreativiti. Dari sini,keyakinan diri mereka akan terbentuk.
Mereka seterusnya, akan menjadi anak yang riang, mudah bergaul dan belajar.Lagu yang sesuai untuk kanak-kanak peringkat awal adalah lagu beraksi, permainan berlagu, lagu yang menggunakan perkataan yang mudah dan selalu diulang.Zikir dan lagu klasik Melayu menepati ciri-ciri itu. Ia juga membolehkan kanak-kanak mengenali dan menghargai budaya agama dan bangsa kita. Lagu dan pergerakan kreatif juga penting dalam menyampaikan sesuatu maksud kepada perkataan atau arahan yang diberi kepada anak. Setiap arahan perlu tepat, jelas dan disertakan dengan aksi yang menyerlahkan maksud perkataan supaya mesejnya sampai. Contohnya, permainan berlagu seperti Lompat Si Katak Lompat dapat mengajar anak pergerakan yang dikaitkan dengan perkataan melompat. Aksi melompat dengan tinggi, menggalakkan perkembangan fizikal dan membantu anak mengenali konsep rendah dan tinggi.Perkembangan akal kanak-kanak ditingkatkan melalui permainan berlagu, terutama lagu yang menggunakan gerak tangan.Saya sangat suka lagu Air Pasang Dalam yang banyak menggunakan pergerakan tangan menyilang yang sangat baik untuk meningkatkan potensi otak kanan dan kiri. Aksi lagu ini juga dimainkan dua berkumpulan. Ia baik untuk perkembangan emosi dan sosial anak.Banyak juga lagu yang berunsur teka-teki, mengenal abjad dan matematik yang baik untuk minda anak.
Permainan berlagu Mak-Mak Pergi Pasar, contohnya, mengasah kemampuan anak untuk mengenal dan mengeja warna.Kegiatan nyanyian beraksi dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak.Anak kecil yang aktif menunjukkan bahawa dia akan membesar menjadi anak cergas. Ia seperti sabda Rasulullah saw bermaksud:'Keaktifan anak pada masa kecil akan menambah kecerdasannya ketika dewasa.´
(Hadis riwayat at-Tirmizi)
Bagi ibu bapa, anda haruslah memahami bahawa kanak-kanak gemarkan nyanyian dan pergerakan. Mereka banyak belajar melalui nyanyian dan permainan. Ada ibu bapa yang agak malu untuk menyanyi dan melakukan aksi lagu bersama anak-anak. Sikap ini mesti dikikis dan digantikan dengan sikap memupuk minat berkreatif melalui zikir, nasyid dan nyanyian.Setiap aksi mesti dimulakan oleh ibu bapa kerana anak suka meniru. Ia adalah antara kegiatan masa berkualiti yang harus dilakukan setiap hari bersama anak-anak supaya mereka gembira dihargai dan disayangi .
selain lagu-lagu klasik dan permainan klasik di atas , arwah ibu saya juga sering membawa saya kemajlis berzanji , marhaban dan nasyid . dalam pada masa yang sama sebenarnya arwah ibu telah mendedahkan kepada saya akan pentingnya hidup berjemaah dan galakan ke surau dan masjid . iyalah , hampir semua program diatas semuanya berlangsung di surau dan masjid-masjid di kampung , zaman dahulu manalah ada dewan atau pentas sebagainya . cuba anda bayangkan perbezaannya dengan zaman sekarang . nilai-nilai klasik ini semakin pupus dikalangan kanak-kanak.masing-masing didedahkan dengan 'facebook,youtube,ps3' dan sebagainya dimana tidak melibatkan aktiviti dua hala .
saya cukup bimbang dengan revolusi ini.permainan konda-kondi , layang-layang , gasing , guli , teng-teng semakin sukar kita lihat wujud dikalangan kanak-kanak .tapi begitulah lumrah dunia , yang lama diganti baru , yang baru meneraju untuk maju . mungkin , dari sudut positifnya , pasti ada kebaikan yang tersirat dari peralihan nilai kontemporari ini didalam jiwa anak-anak nanti .
mungkin akan datang siapa tahu semuanya ini akan kembali semula kepada fitrah yang lebih baik ? mungkin nilai kontemporari ini hanya satu proses yang perlu dilalui anak-anak bagi menempuh proses belajar mereka untuk masa akan datang ? bukan ?
apa-apa sekali pun , saya amat berbangga dengan zaman saya.walaupun dulu menekan butang 'on' komputer pun terkapai-kapai . tapi saya tahu menekan butang baju melayu saya .
Akhir kalam , jangan terus matikan apa yang anda alami dizaman dahulu dek beredarnya zaman tapi hidupkanlah ia melalui medium yang lebih mudah untuk generasi akan datang ..diibaratkan Al-Quran . walau beratus-ratus tahun sudah turunnya ia , tapi nilai-nilai yang ada didalamnya seiring sehaluan zaman ke zaman..janganlah jadi seperti pepatah melayu yang masyhur "ibarat kacang lupakan kulit" .
wallahua3lam .
p/s:rindu pada arwah ibunda.al-fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
mama uni lak suke maen
cok cok pinnn,,pin dalam gantang..
mana tikus bunting,,lari masuk lubang..
haha pastu kena geletek ketiak...
sampai skg uni wat kat budak2...
suka tgk budak2 gelak..hik3..;p
Post a Comment