Pejuang Berani Mati.

Tuesday, June 14, 2011

Cinta

Masjid Lala khadeeja .
Berhampiran villa ustat rock .(cantik x?)

CINTA OH CINTA .
.
Seorang lelaki berkawan biasa dengan seorang wanita.
Berlanjutan beberapa lama.
Tiba-tiba perhubungan terputus.
Lalu masing-masing merasakan sesuatu yg tak kena seperti sunyi dan getaran di hati.
ada yang mentafsirkan hal ini sebagai 'CINTA'.
Tapi bagaimana pula kita yg selama ini sering abai dan tinggalkan solat
(tidak berhubung dengan Allah), tapi hati tetap kering tidak pula rindu .
.
.
.

Adakah tiada nilai 'CINTA' ?



Firman Allah s.w.t:
“Dan diantara manusia ada orang-orang yang mengangkat tandingan tandingan selain Allah, mereka mencintaiNya sebagaimana mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.” (QS. Al Baqarah, 165)
Sumber : Alquran .


Thanks to Syeikhuna Azman .
Via Villa Ammu Ahla ,
Kenitra,Morocco .

Monday, June 13, 2011

Valley Of The Wolves Palestine 2011

sumber gambar: disini .


Assalamualaikum semua .

anda masih ingat dengan serangan tentera zionis terhadap pasukan bantuan keamanan Gizza?

yang mendapat liputan seluruh dunia dan menimbulkan kemarahan umat islam ?

dan kita tahu yang tentera israel telah membunuh ramai orang turki yang turut menyertai bantuan keamanan tersebut , dan ini menimbulkan kemarahan seluruh penduduk turki .
ya , dan dari situlah mereka melahirkan rasa tidak puas hati pada tentera zionis laknatullah .
filem ini sangat membangkitkan semangat dan menunjukkan kezaliman sebenar tentera zionis .
sekiranya kita tak tahu bagaimana cara nak membantu rakyat palestin disana . bantulah mereka dgn luangkan waktu menonton filem ini , dan insyaAllah saya yakin hati anda semua akan terbuka dan mendoakan saudara seislam kita dgn ikhlas . agar mereka diberi kekuatan !

.
.
.
firman Allah swt dalam surah Al baqarah :120 .

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُم
"tidak akan redha (senang hati) terhadap kamu (umat islam) orang2 yahudi dan nasrani , sehingga kamu(umat islam) mengikut apa yang mereka sembah(propaganda yahudi)."


Sumber : youtube .


P/S : kita merungut tidak dapat makan apa yang kita nak dan merajuk , sedang kita tak pernah terfikir saudara kita di palestin hari2 berperang untuk mendapatkan secebis roti .kita seronok menikmati hujan dan mandi sehingga pucat wajah sedangkan mereka berduka mengelak hujan peluru dan bom sehingga pucat wajah .kita seronok bermain bunga api membazirkan duit pada hari aidilfitri sedang mereka tidak jumpa aidilfitri mereka dan setiap hari bermain bunga api yahudi .

ya Allah , jadikan kami hambamu yang sentiasa mendoakan saudara kami di palestin .janganlah kau buang perasaan simpati pada mereka , nescaya kami orang2 yang rugi .

:)



ustat rock ,
via Villa Ammu Ahla ,
1615 petang .
Kenitra , Morocco .

kerana sapi susu disalahkan

sumber photo : carian google .


Assalamualaikum..Syukur kehadrat Ilahi kerana tangan dan kaki masih dapat berfungsi..badan dan nyawa masih bersama..infiniti nikmat syukur yang tidak terucap wajib kita hadapkan kepadaNya sebagai tanda membalas cinta sejati dari Al-khaliQ.Alhamdulillah .

Susu dan Sapi

putih bersih susu dapat memberikan sumber kalsium yang tinggi buat sesiapa yang meminumnya dengan izin ALLAH.Dari mana sumber susu itu bukanlah satu persoalan utama dalam menentukan faedah yang didapati daripadanya,namun haruslah berhati-hati kerna ramai ummat kini bersifat kebinatangan puncanya juga daripada susu.apa yang menarik yang saya cuba kaitkan disini bukanlah suatu permainan minda untuk anda,tapi satu kebenaran yang tersembunyi disebalik kejadian.sebagaimana saya katakan ummah kini dibesarkan dengan susu yang bukan dari aliran ibu bernama manusia,akan tetapi dibesarkan ummah kini atas nama ibu bernama haiwan.Anlene,dutch Lady dan Sebagainya antara produk yang terkenal dikalangan para ibu moden berpaksikan alasan itu yang terbaik untuk pembesaran anak-anak,namun pernahkah kita terfikir yang seandainya pembesaran anak2 lahir dari Susu binatang?kalau kita lihat sejarah Nabi Muhammad S.A.W dibesarkan dengan ibu susu yang dimuliakan ALLAH Halimatus Saadiah sedangkan pada ketika itu bapa saudara Nabi merupakan seorang pengembala kambing,kenapa tidak diberikan saja susu kambing kepada Nabi kita?dan mengapa waktu itu ALLAH telah mentakdirkan dan menjadikan pengajaran buat mereka yang berfikir bahwasanya Nabi Muhammad sedaya upaya mesti dan harus disusukan oleh ibu susu yang bernama manusia.persoalannya ditangan anda.walau bagaimanapun aura yang cuba saya ketengahkan disini adalah mengenai simbolik susu itu dengan iman,Sapi dengan perasaan.

Manusia dan Binatang

maka terhasillah teori perbezaan ini , manusia yang lahir bersifat kebinatangan , bukanlah saya mahu katakan semua manusia yg menolak susu dan memilih sapi itu semua adalah binatang , cuma teori saya ini kuat mengatakan bahwa awal2 kelahiran lagi kita sudah di didik oleh robbul izzati memilih corak hidup anak2 mereka melalui sumber yg diberi pilihan tadi , susu kah atau sapi kah? anda yang menentukan . jika baik corakan hati nya , insyaAllah baik juga proses pentarbiyahan nya . dan jangan kita salah kan suami andai anda isteri kalau anak2 anda keras kepala , dan jangan pula anda salahkan isteri sekiranya anda suami seandainya anak2 anda jd bohsia!


Jawapan

mungkin sekarang anda dpt ANTARA jwpn2 kenapa anak2 kini menyembelih bapak nya , membuang bayi hasil zina , memijak alquran ibarat permainan suka-suka . maka , anda setuju kan dengan teori saya ?


segala isi dan fikrah ini ditulis oleh saya sendiri,sebarang percanggahan dengan mana2 pihak tertentu amatlah dipohon dgn sejuta kemaafan , dan menjadi pilihan buat mereka untuk menolak pendapat saya .kerana 'kullu kalam yu'khozu wa yurod , illa al ma3soom'
setiap perkataan,pendapat, boleh diambil dan ditolak,melainkan satu , hadis nabi s.a.w.
wallahua3lam

Sunday, June 12, 2011

Follower - 74 .


seperti biasa .
aku selalu bukak blog Ben Ashaari .
bukan apa .
dia otai . banyak bantu blogger baru .
tadi hati ku tergerak nak komen .
segan jugak .
yela sifu .
aku tekan .
tak berharap pun dia kunjung .
sbb tahu orang femes biasanya sibuk .
tapi ,
aku respek Ben Ashaari .

.
.
sudi juga dia follow blog aku yg tak seberapa ni .
cepat2 aku pegi masjid .
jumpa imam jumpa bilal .
aku mtk kebenaran nak wt pengumuman .
kt speaker masjid .
"malam ni dijemput semua dtg ke rumah saya , untuk kenduri kesyukuran sekian "
aku wt kenduri kesyukuran .
jemput semua orang datang .
ingat nak tumbang 2 ekor lembu lah .
lepas tu nak pasang bunga api .
kasi celebrate sikit kan .
lepas tu ingat nak jemput maher zain wt konsert sekali .
.
.
.
banyak lah aku punya angan .
.
.
apepun , semoga Allah membalas jasa abg Ben kerana byk beri tunjuk ajar , tips dan info buat blog ini . sesungguhnya beliau adalah sifu saya . cikgu saya . bukan kerana beliau femes , tapi kerana imam syafie dah kata . sesiapa yang dah tunjuk ajar kita walau sedikit . wajib kita hormati dia .
.
.

sepertimana kisah ni .
satu hari imam syafie sedang mengajar .
datang seorang badwi (arab kampung) yg comot dan lusuh pakaiannya .
kemudian , imam syafie berhenti dan lantas memeluk lelaki badwi tersebut .
anak murid beliau terpegun dan terkejut .lantas bertanya .
kenapa kau memeluk lelaki tersebut wahai guruku?
imam syafie lantas menceritakan .
lelaki ini adalah guruku .
satu hari aku sedang mengarang kitab fekah . dan aku keliru dan tak tahu tentang bagaimana seekor anjing itu dikatakan matang .
lantas beliau pergi menemui arab badwi kerana mereka lebih mengetahui akan hal2 sebegitu .dan lelaki badwi tersebut pun menceritakan kepadaku .anjing yang matang itu adalah apabila dia kencing ,dia angkat kakinya semasa kencing,manakala anjing yg tidak adalah sebaliknya.
maka dari situ , imam syafie dapat menyiapkan kitabnya .
sebab itu lah aku memeluknya tanda hormatku padanya .
.
.
.
.
.

so , sape2 yg dah beri tunjuk ajar pada aku . aku anggap dia sifu aku .selain abg ben aku juga telah diberi tunjuk ajar oleh Jamal. you are also my sifu .

terima kasih . :)


P/S : sikit lagi kalau aku jumpe diorg berdua nih , abis la depa aku peluk . :P

Paprik Ayam

haritu turn aku masak .
beli ayam .
beli sayur2 .
ingat nak masak paprik .
perut ni menyanyi lagu siti .
dek lama tak merasa lauk paprik .

.
.
aku kt dapur asyik memasak .
potong2 sayur .
hiris2 ayam .
giling2 cili .
seronok memasak ni .
sampai terangkat kain pelikat .
.
.
tumis bawang dan halia .
sekalik ada barang x cukup pulak .
aku tutup api .
cepat2 p sarung seluar tracksuit belang biru .
lantas berlari ke kedai ahmad .
.
.
.
dalam perjalanan .
aku tempuhi pelbagai halangan .
aku tabah . cekal mengelak kereta yang laju .
dalam aku berlari2 itu muncul tentera dari belakang menembak2 .
aku elak peluru satu demi satu .
musuh dari depan baling bom tangan .
aku tepis bom tu . hancur rumah . hancur sekolah .
bukan itu saja , siap ada check point yg aku kene amek sebelum sampai ke kedai .
aku berhenti sekejap kt check point , minum air seteguk .
fuh , penat jugak berangan nih .
.
.
hakikatnya kedai 20 langkah aja .
jalan tutup mata pun sampai .
.
.
aku terlupa beli bawang putih .
paprik kalau tak tumis bawang putih .
ibarat cagu yang tidak berbau .
hendak bayar saja .
aku raba2 duit yg sudah sedia ada pada poket belakang tracksuit ku .
.
.
ah punah .
sejak bila poket belakang ni hilang .
jgn main2 , pakcik ahmad ni dah jeling2 aku sambil reload M16 dia .
aku raba lagi .
belakang kiri tak ada poket .
kanan kiri tak ada poket .
.

aku tarik nafas .
aku turunkan baju ku lebih labuh sampai ke lutut .
poket belakang track suit ku beralih ke belah kanan depan .
.
.
.
.
.
apa sengih2 ? aku tau la ..

.
.
.

seluar aku terbalik ! demmit !



Saturday, June 11, 2011

KFC



Assalamualaikum semua .

apa khabar ?

harap semua sihat alhamdulillah .

kita manusia tidak boleh lari daripada masalah , masing2 ada masalah yang berbeza2 , masalah duit , masalah rumahtangga , masalah anak2 , dan macam2 lagi masalah . namun , didalam islam , setiap permasalah itu telah 'diselesaikan' didalam Alquran dan Assunah oleh ulama2 yang tidak lekang dek hujan,tak luput dek panas mengkaji dan mendalami hukum2,ilmu2,hikmah2 yg ada didalam dua sumber besar ini .

hari ini udy nak share tentang satu konsep akidah yang kita sering lupa dan alpa . bahkan jika sering dilupakan , akidah boleh terpesong dan boleh dikategorikan didalam syirik khafi . syirik yang tersembunyi . syirik ada 2 , syirik jali dn khafi . syirik jali (nyata) seperti murtad,amalan khurafat dll,syirik khafi pula amalan dn perbuatan yg disembunyikan'tidak menerima takdir,menafikan hak Allah dll".
.
orait .

jd utk tu , untuk menyelesaikan segala masalah yang kita tempuhi haruslah bersabar dan mengamalkan konsep ini . bagi udy kita tak boleh lari dari 4 konsep ini dalam menentukan samada permasalahan kita itu selesai atau tidak selesai .

konsep pertama : Ikhtiyar.
Kedua: Ijtihad & doa .
Ketiga : Tawakkal .
Keempat : Redha & syukur .

jadi , apa itu ikhtiyar ? ikhtiyar ni adalah pilihan . sebenarnya penggunaan ikhtiyar yang sering kita gunakan didalam dialog uruf masyarakat malaysia tu salah .

contoh :'sabar la bang , nanti kita ikhtiar camna nak selesaikan masalah kencing malam abang tu'.

ikhtiar ni adalah pilihan , apa yg dimaksudkan pilihan itu adalah apabila kita ditimpa sesuatu masalah , kita diberi oleh Allah akal yang cerdik untuk memilih , samada untuk terus berada dalam masalah itu atau menyelesaikan nya . sebagai contoh paling mudah udy bagi disini .

masalah : lapar perut nak makan kfc .
konsep 1 : pilihan .(nak makan ke taknak)



.
orait .

konsep 2 pula adalah ijtihad dan doa .
ijtihad itu adalah USAHA dan doa itu adalah doa la kan. hehe .setelah selesai memilih , kita haruslah usaha . contoh :

masalah : lapar perut nak makan kfc .
konsep 1 : pilihan . memilih untuk mengenyangkan perut tersebut .
konsep 2: ijtihad . start engine myvi , cari kedai kfc .Doa : berdoa supaya kedai kfc tak tutup .

okeh . faham kan?

udy selalu tengok , kita sering abaikan usaha . ramai antara kita ni hanya berdoa tunggu kfc turun dari langit .tiada hasil tanpa usaha , dalam dunia ni hanya satu je benda yg tak perlu usaha utk kita dapatkan . iaitu rezki yang tidak kita sangka .firman Allah dlm surah attalaaq 1-2 .ayat seribu dinar . 'sesiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan berikannya jalan keluar . dan serta Allah akan curahkan rezeki padanya melalui jalan yang tidak disangka2 (historymiracleofnabikhidir)dan ingatlah sesiapa berserah diri bulat2 pada Allah ,maka Allah cukup baginya (setelah penat berusaha).sesungguhnya Allah telah melakukan perkara yang dikhenedakiNya.'

.
so , itupun setelah kita penat berusaha , sbgai contoh satu malaysia kedai kfc tu tutup,penat dah kita usaha cari dan doa , xjugak jumpa2 . ha waktu nilah baru kita boleh serah bulat2 pada kuasa Allah .

dan ia termasuk pada konsep :

Masalah : perut lapar nak makan kfc.
Konsep 1:pilihan , memilih untuk mengenyangkan perut .
Konsep 2:usaha dan doa , cari kedai kfc seluruh malaysia .
Konsep 3 : tawakkal , andai jumpa Alhamdulillah tp masih belum selesai selagi belum makan .kalau tak jumpa kedai , tawakkal juga , mungkin waktu ni ada hikmahnya .

okeh . faham kan? dah jumpa kedai kfc tdi , dah beli kfc semua . p la duk tepi tingkap tunggu nak makan .jgn terus nak makan je , basuh tgn dlu , baca bismillah dulu .
hehe .

dah selesai makan . pun harus tawakkal dan doa . aik camna pulak tu?
yela dah selesai makan , x semestinya kenyang . kalau kita yakin dgn makan kfc tu kenyang , maka kt cni kita silap , sbb yang maha mengenyangkan adalah Allah . sebab tu kena tawakkal dan doa . serah pada allah dgn makanan ini , aku akan kenyang . dan doa supaya ia adalah rezki yg diberkati dan halal . kalau x kenyang lg , kene la balik pd konsep 2 tdi iaitu usaha . tambah la lagi ayam dua tiga ketul . hehe .

.
diingatkan sini , kalau kita kenyang , dan boleh kata selesailah masalah perut lapar tdi , itu masih tidak cukup jika tiada konsep 4 ini .


Masalah : perut lapar nak makan kfc.
Konsep 1:pilihan , memilih untuk mengenyangkan perut .
Konsep 2:usaha dan doa , cari kedai kfc seluruh malaysia .
Konsep 3 : tawakkal , andai jumpa Alhamdulillah tp masih belum selesai selagi belum makan .kalau tak jumpa kedai , tawakkal juga , mungkin waktu ni ada hikmahnya .
Konsep 4 : Redha dan syukur. redha dgn rezki yg diberi allah . redha jika kfc yg kita makan tu , x capai expectation kita , iaitu sedap . atau redha dgn kfc yg kita dpt tu ,sbb mngkin kita x dpt bahagian peha . hukhuk .

so , Redha ni merupakan pelengkap bagi akidah kita dlm mengatasi masalah tadi .kalau kita dah pilih,dah usaha,dah tawakkal dah berjya capai misi , tpi kita x redha . maka semua yg kita lkukan tdi . sia2 . abis duit minyak myvi je .abis waktu cari kfc, x dpt berkat pun g makan kfc kalau tak redha yg rezki kita utk waktu tu adalah sekian sekian tu . wajib redha ! dan bawah pecahan redha ni mestilah disertakan dgn Syukur . kalau redha je tpi x syukur , maka kita telah dilabel Allah manusia kufur nikmat .
dalil :Albaqarah:192, Alanaam : 53.


jadi , skrg ni korang diberi PILIHAN nak terus jd mukmin yg betul akidah atau tidak . kalau taknak,terus meneruslah pakai hawa nafsu mu dalam menyelesaikan masalah ."bunuh diri,kutuk orang,keji orang,santau orang,sihir orang,memberontak,lari rumah dan mcm2 lg,nauzubillah".
kalau mahu jd mukmin yg tidak mensyirikkan Allah dlm menyelesaikan masalah,korang boleh guna konsep ini .supaya kita tak bersangka buruk dgn Allah , supaya kita tak mudah putus asa dan tidak menduakan Allah . kerana , inna solati wanusuki wa mahyaya wamamati lillahi robbil alamin ..

kita dh janji dlm 5 kali waktu solat , sesungguhnya tuhanku,solatku ,matiku , hidupku ,kerana Allah tuhan sekelian Alam . jadi takkan kita nak nafikan pulak kan?

renung2kan dan selamat beramal .

P/S : start engine beskal membeli ayam utk wat KFC sendiri . ngee .


ustat rock ,
via Villa Ammu Ahla ,
0646 pagi .


segala isi dan fikrah ini ditulis oleh saya sendiri,sebarang percanggahan dengan mana2 pihak tertentu amatlah dipohon dgn sejuta kemaafan , dan menjadi pilihan buat mereka untuk menolak pendapat saya .kerana 'kullu kalam yu'khozu wa yurod , illa al ma3soom'
setiap perkataan,pendapat, boleh diambil dan ditolak,melainkan satu , hadis nabi s.a.w.
wallahua3lam .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...