Pejuang Berani Mati.

Monday, June 13, 2011

kerana sapi susu disalahkan

sumber photo : carian google .


Assalamualaikum..Syukur kehadrat Ilahi kerana tangan dan kaki masih dapat berfungsi..badan dan nyawa masih bersama..infiniti nikmat syukur yang tidak terucap wajib kita hadapkan kepadaNya sebagai tanda membalas cinta sejati dari Al-khaliQ.Alhamdulillah .

Susu dan Sapi

putih bersih susu dapat memberikan sumber kalsium yang tinggi buat sesiapa yang meminumnya dengan izin ALLAH.Dari mana sumber susu itu bukanlah satu persoalan utama dalam menentukan faedah yang didapati daripadanya,namun haruslah berhati-hati kerna ramai ummat kini bersifat kebinatangan puncanya juga daripada susu.apa yang menarik yang saya cuba kaitkan disini bukanlah suatu permainan minda untuk anda,tapi satu kebenaran yang tersembunyi disebalik kejadian.sebagaimana saya katakan ummah kini dibesarkan dengan susu yang bukan dari aliran ibu bernama manusia,akan tetapi dibesarkan ummah kini atas nama ibu bernama haiwan.Anlene,dutch Lady dan Sebagainya antara produk yang terkenal dikalangan para ibu moden berpaksikan alasan itu yang terbaik untuk pembesaran anak-anak,namun pernahkah kita terfikir yang seandainya pembesaran anak2 lahir dari Susu binatang?kalau kita lihat sejarah Nabi Muhammad S.A.W dibesarkan dengan ibu susu yang dimuliakan ALLAH Halimatus Saadiah sedangkan pada ketika itu bapa saudara Nabi merupakan seorang pengembala kambing,kenapa tidak diberikan saja susu kambing kepada Nabi kita?dan mengapa waktu itu ALLAH telah mentakdirkan dan menjadikan pengajaran buat mereka yang berfikir bahwasanya Nabi Muhammad sedaya upaya mesti dan harus disusukan oleh ibu susu yang bernama manusia.persoalannya ditangan anda.walau bagaimanapun aura yang cuba saya ketengahkan disini adalah mengenai simbolik susu itu dengan iman,Sapi dengan perasaan.

Manusia dan Binatang

maka terhasillah teori perbezaan ini , manusia yang lahir bersifat kebinatangan , bukanlah saya mahu katakan semua manusia yg menolak susu dan memilih sapi itu semua adalah binatang , cuma teori saya ini kuat mengatakan bahwa awal2 kelahiran lagi kita sudah di didik oleh robbul izzati memilih corak hidup anak2 mereka melalui sumber yg diberi pilihan tadi , susu kah atau sapi kah? anda yang menentukan . jika baik corakan hati nya , insyaAllah baik juga proses pentarbiyahan nya . dan jangan kita salah kan suami andai anda isteri kalau anak2 anda keras kepala , dan jangan pula anda salahkan isteri sekiranya anda suami seandainya anak2 anda jd bohsia!


Jawapan

mungkin sekarang anda dpt ANTARA jwpn2 kenapa anak2 kini menyembelih bapak nya , membuang bayi hasil zina , memijak alquran ibarat permainan suka-suka . maka , anda setuju kan dengan teori saya ?


segala isi dan fikrah ini ditulis oleh saya sendiri,sebarang percanggahan dengan mana2 pihak tertentu amatlah dipohon dgn sejuta kemaafan , dan menjadi pilihan buat mereka untuk menolak pendapat saya .kerana 'kullu kalam yu'khozu wa yurod , illa al ma3soom'
setiap perkataan,pendapat, boleh diambil dan ditolak,melainkan satu , hadis nabi s.a.w.
wallahua3lam

Sunday, June 12, 2011

Follower - 74 .


seperti biasa .
aku selalu bukak blog Ben Ashaari .
bukan apa .
dia otai . banyak bantu blogger baru .
tadi hati ku tergerak nak komen .
segan jugak .
yela sifu .
aku tekan .
tak berharap pun dia kunjung .
sbb tahu orang femes biasanya sibuk .
tapi ,
aku respek Ben Ashaari .

.
.
sudi juga dia follow blog aku yg tak seberapa ni .
cepat2 aku pegi masjid .
jumpa imam jumpa bilal .
aku mtk kebenaran nak wt pengumuman .
kt speaker masjid .
"malam ni dijemput semua dtg ke rumah saya , untuk kenduri kesyukuran sekian "
aku wt kenduri kesyukuran .
jemput semua orang datang .
ingat nak tumbang 2 ekor lembu lah .
lepas tu nak pasang bunga api .
kasi celebrate sikit kan .
lepas tu ingat nak jemput maher zain wt konsert sekali .
.
.
.
banyak lah aku punya angan .
.
.
apepun , semoga Allah membalas jasa abg Ben kerana byk beri tunjuk ajar , tips dan info buat blog ini . sesungguhnya beliau adalah sifu saya . cikgu saya . bukan kerana beliau femes , tapi kerana imam syafie dah kata . sesiapa yang dah tunjuk ajar kita walau sedikit . wajib kita hormati dia .
.
.

sepertimana kisah ni .
satu hari imam syafie sedang mengajar .
datang seorang badwi (arab kampung) yg comot dan lusuh pakaiannya .
kemudian , imam syafie berhenti dan lantas memeluk lelaki badwi tersebut .
anak murid beliau terpegun dan terkejut .lantas bertanya .
kenapa kau memeluk lelaki tersebut wahai guruku?
imam syafie lantas menceritakan .
lelaki ini adalah guruku .
satu hari aku sedang mengarang kitab fekah . dan aku keliru dan tak tahu tentang bagaimana seekor anjing itu dikatakan matang .
lantas beliau pergi menemui arab badwi kerana mereka lebih mengetahui akan hal2 sebegitu .dan lelaki badwi tersebut pun menceritakan kepadaku .anjing yang matang itu adalah apabila dia kencing ,dia angkat kakinya semasa kencing,manakala anjing yg tidak adalah sebaliknya.
maka dari situ , imam syafie dapat menyiapkan kitabnya .
sebab itu lah aku memeluknya tanda hormatku padanya .
.
.
.
.
.

so , sape2 yg dah beri tunjuk ajar pada aku . aku anggap dia sifu aku .selain abg ben aku juga telah diberi tunjuk ajar oleh Jamal. you are also my sifu .

terima kasih . :)


P/S : sikit lagi kalau aku jumpe diorg berdua nih , abis la depa aku peluk . :P

Paprik Ayam

haritu turn aku masak .
beli ayam .
beli sayur2 .
ingat nak masak paprik .
perut ni menyanyi lagu siti .
dek lama tak merasa lauk paprik .

.
.
aku kt dapur asyik memasak .
potong2 sayur .
hiris2 ayam .
giling2 cili .
seronok memasak ni .
sampai terangkat kain pelikat .
.
.
tumis bawang dan halia .
sekalik ada barang x cukup pulak .
aku tutup api .
cepat2 p sarung seluar tracksuit belang biru .
lantas berlari ke kedai ahmad .
.
.
.
dalam perjalanan .
aku tempuhi pelbagai halangan .
aku tabah . cekal mengelak kereta yang laju .
dalam aku berlari2 itu muncul tentera dari belakang menembak2 .
aku elak peluru satu demi satu .
musuh dari depan baling bom tangan .
aku tepis bom tu . hancur rumah . hancur sekolah .
bukan itu saja , siap ada check point yg aku kene amek sebelum sampai ke kedai .
aku berhenti sekejap kt check point , minum air seteguk .
fuh , penat jugak berangan nih .
.
.
hakikatnya kedai 20 langkah aja .
jalan tutup mata pun sampai .
.
.
aku terlupa beli bawang putih .
paprik kalau tak tumis bawang putih .
ibarat cagu yang tidak berbau .
hendak bayar saja .
aku raba2 duit yg sudah sedia ada pada poket belakang tracksuit ku .
.
.
ah punah .
sejak bila poket belakang ni hilang .
jgn main2 , pakcik ahmad ni dah jeling2 aku sambil reload M16 dia .
aku raba lagi .
belakang kiri tak ada poket .
kanan kiri tak ada poket .
.

aku tarik nafas .
aku turunkan baju ku lebih labuh sampai ke lutut .
poket belakang track suit ku beralih ke belah kanan depan .
.
.
.
.
.
apa sengih2 ? aku tau la ..

.
.
.

seluar aku terbalik ! demmit !



Saturday, June 11, 2011

KFC



Assalamualaikum semua .

apa khabar ?

harap semua sihat alhamdulillah .

kita manusia tidak boleh lari daripada masalah , masing2 ada masalah yang berbeza2 , masalah duit , masalah rumahtangga , masalah anak2 , dan macam2 lagi masalah . namun , didalam islam , setiap permasalah itu telah 'diselesaikan' didalam Alquran dan Assunah oleh ulama2 yang tidak lekang dek hujan,tak luput dek panas mengkaji dan mendalami hukum2,ilmu2,hikmah2 yg ada didalam dua sumber besar ini .

hari ini udy nak share tentang satu konsep akidah yang kita sering lupa dan alpa . bahkan jika sering dilupakan , akidah boleh terpesong dan boleh dikategorikan didalam syirik khafi . syirik yang tersembunyi . syirik ada 2 , syirik jali dn khafi . syirik jali (nyata) seperti murtad,amalan khurafat dll,syirik khafi pula amalan dn perbuatan yg disembunyikan'tidak menerima takdir,menafikan hak Allah dll".
.
orait .

jd utk tu , untuk menyelesaikan segala masalah yang kita tempuhi haruslah bersabar dan mengamalkan konsep ini . bagi udy kita tak boleh lari dari 4 konsep ini dalam menentukan samada permasalahan kita itu selesai atau tidak selesai .

konsep pertama : Ikhtiyar.
Kedua: Ijtihad & doa .
Ketiga : Tawakkal .
Keempat : Redha & syukur .

jadi , apa itu ikhtiyar ? ikhtiyar ni adalah pilihan . sebenarnya penggunaan ikhtiyar yang sering kita gunakan didalam dialog uruf masyarakat malaysia tu salah .

contoh :'sabar la bang , nanti kita ikhtiar camna nak selesaikan masalah kencing malam abang tu'.

ikhtiar ni adalah pilihan , apa yg dimaksudkan pilihan itu adalah apabila kita ditimpa sesuatu masalah , kita diberi oleh Allah akal yang cerdik untuk memilih , samada untuk terus berada dalam masalah itu atau menyelesaikan nya . sebagai contoh paling mudah udy bagi disini .

masalah : lapar perut nak makan kfc .
konsep 1 : pilihan .(nak makan ke taknak)



.
orait .

konsep 2 pula adalah ijtihad dan doa .
ijtihad itu adalah USAHA dan doa itu adalah doa la kan. hehe .setelah selesai memilih , kita haruslah usaha . contoh :

masalah : lapar perut nak makan kfc .
konsep 1 : pilihan . memilih untuk mengenyangkan perut tersebut .
konsep 2: ijtihad . start engine myvi , cari kedai kfc .Doa : berdoa supaya kedai kfc tak tutup .

okeh . faham kan?

udy selalu tengok , kita sering abaikan usaha . ramai antara kita ni hanya berdoa tunggu kfc turun dari langit .tiada hasil tanpa usaha , dalam dunia ni hanya satu je benda yg tak perlu usaha utk kita dapatkan . iaitu rezki yang tidak kita sangka .firman Allah dlm surah attalaaq 1-2 .ayat seribu dinar . 'sesiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan berikannya jalan keluar . dan serta Allah akan curahkan rezeki padanya melalui jalan yang tidak disangka2 (historymiracleofnabikhidir)dan ingatlah sesiapa berserah diri bulat2 pada Allah ,maka Allah cukup baginya (setelah penat berusaha).sesungguhnya Allah telah melakukan perkara yang dikhenedakiNya.'

.
so , itupun setelah kita penat berusaha , sbgai contoh satu malaysia kedai kfc tu tutup,penat dah kita usaha cari dan doa , xjugak jumpa2 . ha waktu nilah baru kita boleh serah bulat2 pada kuasa Allah .

dan ia termasuk pada konsep :

Masalah : perut lapar nak makan kfc.
Konsep 1:pilihan , memilih untuk mengenyangkan perut .
Konsep 2:usaha dan doa , cari kedai kfc seluruh malaysia .
Konsep 3 : tawakkal , andai jumpa Alhamdulillah tp masih belum selesai selagi belum makan .kalau tak jumpa kedai , tawakkal juga , mungkin waktu ni ada hikmahnya .

okeh . faham kan? dah jumpa kedai kfc tdi , dah beli kfc semua . p la duk tepi tingkap tunggu nak makan .jgn terus nak makan je , basuh tgn dlu , baca bismillah dulu .
hehe .

dah selesai makan . pun harus tawakkal dan doa . aik camna pulak tu?
yela dah selesai makan , x semestinya kenyang . kalau kita yakin dgn makan kfc tu kenyang , maka kt cni kita silap , sbb yang maha mengenyangkan adalah Allah . sebab tu kena tawakkal dan doa . serah pada allah dgn makanan ini , aku akan kenyang . dan doa supaya ia adalah rezki yg diberkati dan halal . kalau x kenyang lg , kene la balik pd konsep 2 tdi iaitu usaha . tambah la lagi ayam dua tiga ketul . hehe .

.
diingatkan sini , kalau kita kenyang , dan boleh kata selesailah masalah perut lapar tdi , itu masih tidak cukup jika tiada konsep 4 ini .


Masalah : perut lapar nak makan kfc.
Konsep 1:pilihan , memilih untuk mengenyangkan perut .
Konsep 2:usaha dan doa , cari kedai kfc seluruh malaysia .
Konsep 3 : tawakkal , andai jumpa Alhamdulillah tp masih belum selesai selagi belum makan .kalau tak jumpa kedai , tawakkal juga , mungkin waktu ni ada hikmahnya .
Konsep 4 : Redha dan syukur. redha dgn rezki yg diberi allah . redha jika kfc yg kita makan tu , x capai expectation kita , iaitu sedap . atau redha dgn kfc yg kita dpt tu ,sbb mngkin kita x dpt bahagian peha . hukhuk .

so , Redha ni merupakan pelengkap bagi akidah kita dlm mengatasi masalah tadi .kalau kita dah pilih,dah usaha,dah tawakkal dah berjya capai misi , tpi kita x redha . maka semua yg kita lkukan tdi . sia2 . abis duit minyak myvi je .abis waktu cari kfc, x dpt berkat pun g makan kfc kalau tak redha yg rezki kita utk waktu tu adalah sekian sekian tu . wajib redha ! dan bawah pecahan redha ni mestilah disertakan dgn Syukur . kalau redha je tpi x syukur , maka kita telah dilabel Allah manusia kufur nikmat .
dalil :Albaqarah:192, Alanaam : 53.


jadi , skrg ni korang diberi PILIHAN nak terus jd mukmin yg betul akidah atau tidak . kalau taknak,terus meneruslah pakai hawa nafsu mu dalam menyelesaikan masalah ."bunuh diri,kutuk orang,keji orang,santau orang,sihir orang,memberontak,lari rumah dan mcm2 lg,nauzubillah".
kalau mahu jd mukmin yg tidak mensyirikkan Allah dlm menyelesaikan masalah,korang boleh guna konsep ini .supaya kita tak bersangka buruk dgn Allah , supaya kita tak mudah putus asa dan tidak menduakan Allah . kerana , inna solati wanusuki wa mahyaya wamamati lillahi robbil alamin ..

kita dh janji dlm 5 kali waktu solat , sesungguhnya tuhanku,solatku ,matiku , hidupku ,kerana Allah tuhan sekelian Alam . jadi takkan kita nak nafikan pulak kan?

renung2kan dan selamat beramal .

P/S : start engine beskal membeli ayam utk wat KFC sendiri . ngee .


ustat rock ,
via Villa Ammu Ahla ,
0646 pagi .


segala isi dan fikrah ini ditulis oleh saya sendiri,sebarang percanggahan dengan mana2 pihak tertentu amatlah dipohon dgn sejuta kemaafan , dan menjadi pilihan buat mereka untuk menolak pendapat saya .kerana 'kullu kalam yu'khozu wa yurod , illa al ma3soom'
setiap perkataan,pendapat, boleh diambil dan ditolak,melainkan satu , hadis nabi s.a.w.
wallahua3lam .

JOM KENAL BLOG SAYA


Assalamualaikum semua ..
pertamanya syukur Alhamdulillah dengan seinfiniti kesyukuran terhadap tuhan robbul izzati kerana masih diberi nikmat iman dan islam . masih diberi peluang menghirup udara , melihat langit nan tinggi , mendengar kicauan burung2 . Alhamdulillah .

.
.
sebagai blogger baru , udy tertarik nak join segmen abang Ben yang mmg selalu rajin buat segmen menarik . jadi untuk mereka yang nak kenalkan blog mereka , boleh lah join di sini .

.
.

Apa yang menarik pasal blog udy nih? ha okeh . jom dengar . hehe .

.
1- 100% mudah difahami dalam bahasa Melayu .

2-tiada unsur penipuan atau kutukan terhadap individu tertentu .

3-mendapat jaminan ISO 9002 dari Blogger.com . :D

4-mudah dibawa kemana2 saja . malah ada dimana2 selagi anda mampu mengakses internet .

5-update terkini bola sepak .

6-berkongsi tips,resepi , dan pengalaman hidup .

7-nasihat2 untuk diri sendiri dan orang lain dalam cara yang tersendiri .

8-dan yang paling best , udy suka berkawan dgn mereka yang sudi berkawan !dan merupakan seorang pendengar yang baik . :)

sekian . kalau dah follow , udy follow korang balik .

merci pour votre visite .

.

wassalammmmm....

Friday, June 10, 2011

Bohsia Dan Cikaro


Assalamualaikum semua .

selamat tengahari dan selamat beramal !
hari ini hari penghulu segala hari . Allahu yu3tikum jumu3a baraka .
(kt morocco baru selesai solat jumaat)
.
.
tdi aku bukak fesbuk , ade ternampak satu komen yg menarik perhatian aku nak kupas kat sini .
korang leh tengok kt bawah ni .

ok , kita mesti da biase dgn perkataan2 yg sebgini . namun kita trlupa apa kesan dan hukumnya perkataan kita tu . sbgai contoh dialog diatas ni .

"wei,cikaro yg x pakai tudung tu mai mana?"

atau apabila kita melihat gadis yg tergedik2 jalan depan kita , nampak bentuk tubuh badan lain sikit je ade la yg akan ckp

"poit , ce ko ushar karo tu , ***** lain semacam je , dah 'main' la tu.hahaha"

ataupun kita sering melabel gadis2 diluar sana dgn
"ah , kau bohsia!"
"anak haram betul!"

ataupun kite sering bergurau bermain2 dgn

"mak kau lah , main dgn bapak orang lain"
"ayah kau pun same , r**en dgn janda tijah"

.
korang tau x perkataan2 yg korg biasa duk selalu mainkan dibibir tebu korang tu boleh menyebabkan korang berdosa besar?dan wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan?

.
terkejut kan?

korang tau tak semua perkataan tu sekiranya disertakan dgn niat yg gadis itu sama taraf seperti pelacur,dan korg bermaksud yg dia sering meniduri mana2 lelaki yg bersamanya,maka ia adalah Qazaf(melemparkan tuduhan zina) ,bahkan ironinya hatta pelacur sekalipun,selagi kita tak ada saksi mengatakan dia berzina maka tak boelh sewenang2nya mengatakan dia tu pelacur,manakala qazaf juga bermaksud (menafikan keturunan ibunya yang bernikah secara halal)juga adalah Qazaf :contoh anak haram tdi.
sumber:bab alqazaf:kitab bidayah mujtahid wa nihayah muqtasid MS:224.

kenapa aku cakap dengan melabel2 gadis2 tu adalah qazaf,apa buktinya?

ok , sekarang ni seperti yg kite sudah sedia maklum maksud 'cikaro,bohsia' tu ape?

cikaro:gadis2 yg hot kt luar yg boleh dikatakan sering bersosial dan memerlukan ayat yg power utk mendapatkannya .

bohsia:gadis taruhan mat-mat rempit dlm perlumbaan merempit dan akhirnya diakhiri dgn aksi 3gp.

sumber: sini .

jd , Allah dah berfirman . dalam Al-Quran surah An-Nur ayat 4-5,

"Dan orang-orang yang menuduh perempuan suci (baik) dengan tuduhan berzina, kemudian mereka tiada mengemukakan empat orang saksi maka deralah oleh kamu akan orang-orang itu dengan lapan puluh kali sebatan. Janganlah kamu terima penyaksian mereka selama-lamanya. Kerana mereka itu orang-orang yang fasik (4) Kecuali orang-orang yang telah bertaubat sesudah itu dan menjadi baik, Maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang " (5) . benarlah kata2 Allah yg maha agung.
sumber:alquran tafsir resam uthmani . cetakan terbaru .

jadi dapatlah kite simpulkan disini .

Qazaf:Qozaf ialah menuduh seseorang dengan tuduhan zina, iaitu dengan cara tuduhan kepada individu tertentu dengan melakukkan zina .

Sesiapa yang menuduh seseorang melakukan zina tanpa dapat membawa 4 orang saksi untuk mengukuhkan tuduhan itu, maka AL Quran menetapkan sebatan 80 kali sebat.jika tak dapat bawak saksi maka orang yang menuduh tadi pula kena 80 kali sebat!

Tujuan utama hukuman ini adalah menjaga kemurnian masyarakat daripada tuduh menuduh dengan kelakuan zina yang ini akan menjatuhkan maruah seseorang yang di tuduh itu.

jadi sekiranya dgn lafaz perkataan kita tu menyebabkan orang yang mendengar ucapan perkataan kita , orang sekeliling kita mendengar bahawa almaqzuf (orang yg dituduh) itu adalah yg dimaksudkan dgn perlakuan zina . maka bukan saja kita mendapat satu dosa , malah 4 dosa sekaligus .

pertama : melemparkan tuduhan zina kepada tertuduh .
kedua : dosa menyebarkan fitnah kepada orang lain .
ketiga : dosa menyebabkan maruah tertuduh tercalar .
keempat : dosa menyebabkan orang lain berburuk sangka dan menaruh hasrat untuk melakukan zina dgn tertuduh .

masya Allah .
.
memang benar , hukuman hudud tidak ada di malaysia namun janji Allah itu pasti . jika kita tidak bertaubat nasuha . dan meminta maaf kepada orang yang kita tidak tahu dia tu benar2 "cikaro,bohsia,anak haram,dll". maka baiklah korang pegi mintak maaf kt orang tersebut dan cpt2 lah bertaubat .
xtau cara taubat?amek lah wuduk , wt solat taubat dua rakaat .


dan akhirnya,
Allah amat menggalakkan kita berkata2 yang baik . memanggil saudara2 kita dengan perkataan yang baik seperti yg kita dgr "bro,akhi,sayang,hubby,panggilan nama penuh kawan,ukhti, dan lain2 yg disenangi hati".

Allah berfirman yang bermaksud"dan ucapkanlah kata-kata yang baik (kepada manusia)". Al Baqarah :83 .


.

P/S : jangan menganggap orang yg tidak jalankan syariat agama seperti bertudung itu semuanya perempuan jalang , akan tetapi jalankan tanggungjawab kita dengan mendoakan mereka supaya mereka bertaubat dan berubah .

.

setiap manusia yang melakukan dosa , masih ada masa depan untuk mereka , setiap manusia yang taat pada agama , pasti ada sejarah hitam yang tercipta .


ustat rock ,
via Villa Ammu Ahla ,
14:52 tghari jumaat .
Kenitra,Morocco .


segala isi dan fikrah ini ditulis oleh saya sendiri,sebarang percanggahan dengan mana2 pihak tertentu amatlah dipohon dgn sejuta kemaafan , dan menjadi pilihan buat mereka untuk menolak pendapat saya .kerana 'kullu kalam yu'khozu wa yurod , illa al ma3soom'
setiap perkataan,pendapat, boleh diambil dan ditolak,melainkan satu , hadis nabi s.a.w.
wallahua3lam .

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...