Pejuang Berani Mati.

Monday, October 10, 2011

Sekadar Sokongan Sipi-3S.



sekadar sokongan sipi..
saya ingin melancarkan kempen 3S utk dilakukan oleh saya sendiri dengan menyokong dan mendoakan perjuangan mereka-mereka yang menuntut hak di Palestin terutamanya.mereka adalah saudara kita,yang bukanlah dikatakan tidak bernasib baik,bahkan lebih baik nasibnya daripada kita,kerana mereka dipilih Allah untuk menempuh dugaan ini didunia,lantas menyelamatkan mereka daripada fitnah isi dunia.mereka berjuang demi agama,setiap saat setiap ketika.kita pula berjuang demi sesuapan nasi cuma,yang apabila ditelan,lupa.

kempen ini saya lakukan selalu,dengan memakai baju ini.ramai arab maghribi disini bertanya,kamu orang islam ke?ya saya jawab.dan ini saudara saya,darah mereka darah saya.

jadi kawan2,saya sangat suka jika anda juga menunjukkan tanda sokong anda.bukan hanya sekadar menyokong apabila disuruh.tapi menyokong dan bersama2 mereka setiap masa.paling kurang pun dgn doa.
ya,walaupun hanya sekadar doa,terus menerus lah sisipkannya.

saya ingin menyeru kepada anda semua,doakanlah perjuangan penduduk mesir dikala ini sepertimana dikhabarkan sahabat2 saya disana,rusuhan kembali tegang,kalau kita fikir apa tujuan mereka merusuh?demi membebaskan ikatan yang selama ini telah lama diikat ditali leher mereka seperti anjing.apabila sudah berjaya,mereka juga akan membantu sahabat2 dan saudara2 kita di Gazza,palestine.
doakan perjuangan mereka kawan2,dalam suka kita selitkan lah doa.
dalam gembira kita selitkan lah harapan untuk mereka.

paling kurang pun,carilah sesuatu sebagai tanda anda rakyat demokrasi,tampal stiker palestine dikereta,ataupun memakai selendang palestine,itu trpulang pada kreativiti masing2.
apa yang pasti,kalau kita tolong agama Allah,Allah akan tolong kita..


yahfazillahu yahfazak..

ingat,tolong agama Allah bukanlah bermakna Allah itu lemah.tapi bermakna siapa yang nakkan pertolongan,kembalilah pada tuannya,iaitu Allah.

insyaAllah..semuanya akan dipermudahkan untuk saudara kita di palestin,di Mesir,Di Syria,di Jordan,diLibya,juga di Maghribi.

walaupun di sini hanya sekumpulan kecil saja,saya tetap doakan perjuangan mereka.

sekadar sokongan sipi..

salam 3S untuk semua..

:)


1 comment:

Niena Muhammad said...

palestine will be free :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...