
usai sayup-sayup suara azan memecah ruang maghrib senja nan biru..sebiji kurma manis kutelan tanda tamatnya fajar menyinsing setelah terbenamnya matahari..nikmat pertama yang kukecapi adalah sama manisnya dengan nikmat kemenangan menahan lapar juga dahaga..angin hangat diselaputi bahang mentari sewaktu terpacaknya matahari di atas ubun-ubun ku..membuatkan tekak kering ini minta dibasahi dengan segenang air.ya...asalkan air yang mengalir..sudah cukup menghilangkan kecaman dahaga yang melilit tekak sepanjang ramadhan..ya..berpuasa di bumi andalusia memerlukan kekuatan daya fizikal dan mental yang jitu..tidak hairanlah lelaki-lelaki gagah sahara tidak mengenal erti lelah apabila memandu unta demi menggalas sesuap roti..syukur yang tidak terinfiniti..sudah 6 hari kusiapkan jiwa dan tubuh menempuhi baris-baris cinta ramadhan..
kekasih tuhan mendidik kita supaya jangan menjamah juadah bertitik paksikan nafsu..kata-kata baginda dalam ayat-ayat indahnya telah diperjelaskan lagi oleh sang ulama agar didahulukan yang wajib daripada yang sunat..yang sunat adalah merasmikan ruang kosong perut berpuasa..namun menunaikan yang wajib itu lebih baik daripada menambah ruang kosong perut tadi dipenuhi terus..solatlah maghrib..kerana itu juga wajib..walau jeritan nafsuku meronta-ronta..namun harus kugari ia sebentar dengan menunaikan solat..kerna melawan nafsu itu juga ibadat..apalah sangat mahu dirisaukan makanan yang sedia terhidang..bukanlah ia mempunyai empat pasang kaki atau dua pasang tangan untuk berlari?bujuk akalku yang berlandas iman..
kadang-kadang..mahu saja ku titiskan air mata berderai membasahi dosa noda..selama ini aku sering abaikan nilai makanan..iyalah..Allah yang maha pengasih memilih aku dengan tidak pernah memutuskan rezeki aku selama ini..sedangkan dikala aku sendawa berlagukan kenyang,saudara kita di palestin,di somalia,di chechnya juga di merata dunia sedang berperang dgn kenyang..bersahabat dengan tujahan peluru miskin..lapar dan dahaga pula menjadi teman karib mereka..allah..benar sungguh kita sering lupa alpa..
sebagai tanda menyokong dan prihatin aku kepada mereka..dua telapak tanganku tadahkan memohon perlindungan daripada tuhan mereka dan tuhan aku juga..agar diberi nikmat yang ku kecapi sama rata dengan mereka..selain itu,menghabiskan segala juadah juga tanda aku prihatin dengan mereka agar aku tidak dilabelnya 'pembazir'.hehe.yalah..kalau tidak abis..dikatakan tidak bersyukur pula..karipap,popia,nasi lemak,air cendong(cendol+bandung) siapa yang mahu menamatkan riwayat hidupnya?akulah jawabnya..:D
baiklah..tuntasnya disini nikmat yang ada..harus disyukuri..insyaAllah..keberkatan akan terus melimpah ruah..
kawan-kawan..sedarkah kita..islam itu indah..cuma kita saja yang tidak perasan..dibulan mulia penuh keberkatan ini..ku minta kawan-kawan ikut baris-baris cinta ramadhan yang bakal ku titipkan di laman sesawang ini..
usai menjamu selera..aku bersiap dan membersihkan diri dengan berwuduk..lantas membuka langkah untuk ke masjid..kuhirup udara segar andalus diikuti dengan selingan gelak tawa anak kecil yang bermain di jalan..ku lihat langit ku mengintai bulan dan bintang..amat indah..seolah2 menyambut ramadhan dengan hati yang girang..baris cinta pertama yang ku temui..aku melihat sepasang suami isteri sedang berjalan bersama sambil sang isteri mendakap bahu suaminya dengan penuh kasih sayang..di tangan suaminya terpegang kemas sejadah..baris cinta ramadhan yang fikir..kasih sayang antara suami isteri didalam islam memberi contoh buat mereka yang melihat islam sebagai pengganas..buktinya?lihat saja sepasang suami isteri tadi yang amat mesra..menuju ke rumah Allah untuk mengucap salam dan syukur bersama..selesai baris cinta pertama.

ku terus melangkahkan kakiku..tiba disuatu penjuru jalan..ku berhentikan badanku kerna ku lihat sebuah kereta dimana didalam perut kereta tersebut..seorang pakcik berusia 30 an mahu melintas..namun,dia tersenyum padaku lantas memberi aku melintas dulu..oh..suatu lagi baris cinta ramadhan ku temui..ku yakin dan percaya..pakcik itu juga mahu ke tempat yang sama..:)
setelah ku melintas..ku menoleh sedikit ke belakang mahu melihat pakcik yang sangat mulia hati mengutamakan pejalan kaki..mahu saja ku ucapkan terima kasih dek tindakan mulianya..namun apa yang ku lihat..kesukaran beliau memarkirkan bentuk tubuh mobilnya mematikan pandanganku seketika..memerhatikan dia..sedang beliau mencuba masuk ke tempat parkir..seorang lelaki muda berjubah putih yang lalu berdekatannya berhenti..lantas memberi isyarat kepada pakcik tersebut..membantu memudahkan pakcik itu menyelesaikan masalahnya..oh subhanAllah..inikah islam yang digembar gemburkan kafir harbi laknatullah itu sebagai agama bertunjangkan pedang?tidakkah baris cinta yang ketiga ini amat menyenangkan hati sesiapa yang melihatnya?.bahkan..selesai keluar sahaja pakcik tersebut..anak muda dan beliau bersalaman dan ber 'busi' (melagakan pipi , adat tatasusila masyarakat arab )..seolah2 mereka sudah kenal sebelum merdekanya bumi andalusia ini..aku terus menyelak langkahku yang terhenti tadi diiringi senyuman bahagia..sambil mulutku kumat kamit memuji tuhan..:)
setibanya aku di masjid..ku dapati perkarangan masjid sudah penuh..sehingga melimpah ruah ke ruang luar..dan ku lihat betapa ramainya umat islam berkumpul..bersatu bersama-sama menyembah tuhan..bersujud kepada pencipta alam ini..dan aku mengambil kawasan sujudku disebelah seorang lelaki tua dan seorang anak kecilnya..senang hatiku melihat kanak-kanak yang dibawa ibubapanya kemasjid..beginilah didikan yang patut diserap oleh ibubapa..bukan hanya menyuap mereka dengan hiburan akademi fantasia..
imam sudah mengangkat tangan takbiratul ihram tanda penyerahan diri kepada Allah yang maha esa..mengalah kepada yang maha kuasa..maha hebat..perdana menteri,pengemis,peniaga,orang korporat,orang hebat,orang kuat,orang bertaubat,orang bermaksiat..semuanya sama..menyerahkan diri mengangkat tangan hanya pada yang satu..
tiba-tiba datang seorang hamba Allah yang agak lewat menyertai jemaah kami..dan kudapati beliau tidak membawa sejadah sujud..dan kuperhatikan dari anak mata..3 orang pakcik melambaikan tangan padanya..mengajak beliau menyertai bersama2..kerana 3 sejadah itu mampu memuatkan 4 orang ..disitulah baris cinta yang keempat kulihat pada satu malam..pada hanya satu hari..maha suci Allah..pengeratan dan persaudaraan yang tidak dapat dirungkaikan dgn paksaan..dengan teori..semua nya ada didalam islam..:)
selesai solat isyak..syahdu merdu suara imam yang mengalunkan ayat-ayat Allah.amat menyentuh hati dan sanubariku diperantauan ini..hampir saja ku luluhkan air mata..mendengar alunan bacaan tersebut sudah dapat membuatkan seluruh umat yang hadir insaf dan kembali pada asal usul kejadian..semangat semakin membara untuk meneruskan solat terawih yang hanya dijumpai sekali setahun..Alhamdulillah..seronok ibadat dapat dirasai..jika kita berfikir dan memahami..setelah selesai terakhir solat terawihku..selesai juga bacaan doa..umat islam saling salam bersalaman..tidak sama dgn dimalaysia..krana salam bersalaman disini diiringi dgn doa..'taqabbalallahu minna wa minkum,Allahumma balighna ramadhan..a'wasyir mabrouka'..dan dijawab dgn 'Allahu akram'..subhanAllah..indah sungguh ramadhan ini..
ku membuka langkah utk pulang ke rumah..sekali lg baris cinta ramadhan ku temui apabila ku dapati seorang pengemis yang buta..menunggu diluar perkarangan masjid..di tangannya ada belon-belon yang mahu dijual kepada anak-anak..lantas datang sepasang suami isteri yang muda..menegur pengemis tersebut..dan bertanyakan harga belon itu...dan suami isteri tersebut membayar harga belon itu lebih dari harga asalnya..namun tidak diberitahu kepadanya..dan belon itu diambil dan ditiupkan untuk isterinya..terharu hatiku..tersentuh dgn tindakan suami isteri tersebut..alangkah indahnya ramadhan ini..jika..baris-baris cinta yang ku titipkan ini..wujud berpanjangan di bulan biasa...fikir-fikirkanlah kawan..
mulai hari ini..tanamkan dalam hati..ayuhlah kita bersama-sama menyahut seruan kebaikan dimana walau sekecil cuma..ia mampu menjadikan dunia ini suatu persinggahan yang menyenangkan..ikhlaskan hati..mulakan langkah pertama anda menulis baris cinta pertama anda..=)
udy7.
villa ammu ahla,
kenitra maamora.
morocco.
P/S:jika mahu dishare..silakan..saya amat alu-alukan..tapi kalau boleh kreditkanlah pada tuan asal blog..

1 comment:
fuhhh..power cerita...bahasa yg indah!
Post a Comment