P/S:dengar lagu ni sewaktu membaca syok jugak kot.hehe
Tak tahan .
waktu kecik2 dlu,mak sy dah wajibkan utk anak2nya berpuasa seawal umur 6 tahun.selepas tarbiyah solat 5 waktu semasa umur 5 tahun,tahun selepasnya kompem wajib pose 30 hari penuh.kalau sape tak penuh,mak kate xnak belikan baju raye.well,sbgai kanak2 yg belum baligh,memahami erti ikhlas dlm puasa sudah tentu tidak sekali,demi mendapatkan kasut raye baru yg dulu femes dgn kasut power rangers yang ada lampu kelip2 kat bawah,menjadikan sy sgt bersemangat menempuhi ibadah puase.(padahal raya pertama je lampu tu dah rosak,sebab asyik pijak nak tunjuk kat kawan).
setiap pagi,mak tak pernah lupa nak kejut sy bangun sahur,bermula dgn amaran kejutan pertama dari akak2,dtg pula amaran kedua dari mak,kalau liat jugak nak bangun,amaran ketiga yg terakhir dtg dri ayah bawak air dlm gayung.tak cakap banyak terus simbah.waktu dlu2 sy sgt bengang sbb ia menggangu waktu jelajah mimpi saya.dan tak faham kenapa la family sy nak sgt sy bgun sahur.bila dah besar2 mcm ni,dah blajau agame,barulah sy faham,pd sahur tu bukan sahaja menampung lapar dahaga,malah padanya ada barokah,padanya ada hikmah,dan yg paling penting,bgun sebelum makan itu memberi peluang utk kaum muslimin melakukan ibadah tahajud,tilawah,dan zikir.(namun ia sgt2 dipraktikkan kita).bukan tu saja,bila sy diperantauan sebegini,barulah sy tahu,sahur itu mengumpul silaturrahim keluarga di awal pagi.islam itu indah sgt,ramadhan itu berkat sgt,anak2 yg jarang bersarapan dgn ibubapa yg kesibukkan,dpt merasai kemanisan bersahur bersama2.kdg2 diselangi dgn gurau senda dri si ayah dan ibu . subhanallah cantik kan?.sy kat sini sahur sorg2 aje.bgun sendiri,masak sendiri.dats why tahu akan hikmah sahur.olrite,jauh sudah sy sesat menyimpang.
adalah satu pagi tu,saya bangun 15 saat sebelum azan barangkali.baru usai meneguk minuman.azan sudah berkumandang,bersembur air dari mulut mulus sy.cepat2 saya kumur2 agar parasit rasa manis tidak menjamah deria lidah saya.ah,penangan bangun lewat sebegini sememangnya malang.dengan seusia sekecil itu,perkataan 'letih' sudah bermain melayang di kotak fikiran saya.niat di hati,arini tak sahur,nak mtk 'M.C' kt mak lah.hehe.
seperti biasa,bulan ramadhan ni sy bukan seperti kanak2 lain.pasif dan lembab seolah2 menanggung 1 tan bebanan di bahu.saya tak kira,main tetap main,bukit dan semak tetap saya redah.lubang2 ular dan lubang2 tenggiling saya teroka.saya yakin kaum2 ular dan tenggiling sudah melabel sehelai kertas notis amaran kepada kawan2 beliau,muka saya ni 'WANTED' sbgai makhluk perosak.barangkali binatang-binatang lain seperti tikus,itik,ayam,kucing juga berkumpul melakukan mesyuarat tergempar demi mengelakkan keganasan saya.yela,prinsip sy waktu kecik,Allah cipta bumi ni luas.jadi apa salahnya kalau sy kaji isi perut bumi ni satu2 kan?sampaikan pokok jambu belakang rumah saya,abis diubahsuai menjadi pondok tmpt sy membuang lelah.
awal pagi tenaga sy memang rancak .tapi ceritanya disini,masuk tengahari saja,mulalah tangki tenaga saya sudah kering.pegang lastik pun dah tak larat.dengan harapan dan azam yang tinggi.saya dengan comotnya datang pada emak sy yg sedang leka memasak kuih raya.sambil mengelip2kan kelopak mata,diikuti menongkak dagu dihadapan emak,saya bersuara
saya:"mak,sedapnya kerepek tu,mak nak adik tolong rasa?mana tau x cukup garam..boleh kan kan?".
mak:"boleh,nak rasa ke?tapi tak dapatla kasut power rangers kelip2 tu..(sambil memandang sinis)".
saya:"(aish,tak boleh jadi ni,mak bermain psikologi).ala mak..tdi x sahur..letih la..mak..tolong picit pale leh?pening la.."
mak:"(terus memicit si anak yg berpura2,naluri ibu tidak pernah lelah menyayangi anaknya)".
saya:"mak jap2,tak tahan..(berlari ke singki).."
mak:"memandang dengan senyuman."
saya:"mengelak pandangan mak sambil menjolok tekak dengan harapan muntah keluar.dan berjaya".
saya:"mak..adik muntah ni..cane?.terus berlari ke bekas kerepek..dan tanpa segan silu dan inesen mengunyah kerepek pisang"
mak:"tersenyum lagi dan terus menggoreng"
saya:mak..sedap la kerepek ni..kalau tambah garam lg sedap kot..mak nak buh lam bekas eyh?(berlalu tanpa rasa bersalah)".
mak:"hanya mampu tersenyum dan membalas : petang ni orang yang tak pose,takleh makan sama2 . dia kene duk depan tv bagi isyarat kt org pose dh azan ke belum.ok?'
saya:"laa..(menyesal)".
begitulah taktik kotor saya..huhu..bila dikenang kembali..geli sendiri urat ketawa saya..tapi apabila fikiran dan memori ini menerawang jauh..mahu saja diraung dan dititiskan luhuran air mata..emak saya sudah menetapkan janji bertemu sang pencipta seawal saya berumur 11 tahun..sesungguhnya..saya amat merindui suapan sahur emak diwaktu saya pada mula2 saya belajar puasa..mak..Salam Ramadhan buatmu sang penghuni syurga..
:)

2 comments:
jolok tekak nak suruh muntah yang tak tahan tuuu, hehehe
jemput ke blog usahawan muda. http://biznesshoppe.blogspot.com/
Post a Comment