Pejuang Berani Mati.

Saturday, July 2, 2011

Adab berblogging yang betul




assalamualaikum..
apa khabar semua?harap kita semua sihat dan kuat untuk meneruskan ibadah didunia ini ..tak semestinya ibadah itu solat zakat dan puasa saja..tapi jika kita niat ikhlas kerana Allah melakukan ibadah bekerja,bersukan,tidur,makan,minum,berehat dan lain-lain yang sesuai pun akan dikira ibadah..dengan syarat..ikhlas kerana Allah!..

okey..saya sebenarnya dah lama nak posting adab-adab berblogging yang betul..namun tidak kesampaian kerana mengambil waktu yang sesuai...kerana..nak bercerita tentang adab berblog yang betul ni memerlukan info yang tepat dan jitu..supaya korang semua tak terkejut..apepun..hakikatnya saya yakin dan percaya..ramai yang takkan boleh menerima adab berblogging yang sebenarnye menurut islam..okeh!dah ready??

first of all,saya akan senaraikan adab-adab berblogging yang telah saya kumpul dan kaji.dan saya akan huraikan satu2.so,lets check it out..

1.Sumber dan Maklumat yang di 'post' mestilah mendapat kebenaran blogger2 yang di 'copy'.

sumber dan maklumat yang anda publish mestilah disahihkan sumbernya,kerna sekali anda mengklik butang publish,anda wajib bertanggungjawab atas 'post' tersebut.jika didapati sumber itu anda telah curi dari orang lain,ini adalah salah disisi islam,kerana mencuri maklumat orang lain itu berdosa.sama seperti kita mencuri buku orang,dan mengakui buku itu milik kita.kita wajib meminta kebenaran pemilik asal dan elok juga disebut yang ia 'dipinjam' dari blog sekian-sekian.hal ini sama seperti wajibnya kita meminta izin jiran kita dalam bab ziarah.sepertimana
firman Allah swt.

dalam surah Annur ayat 27.
"wahai orang2 yang beriman,janganlah kamu masuk ke dalam sesebuah rumah yang bukan rumah kamu sehinggalah kamu meminta izin dan memberi salam ke atas ahli keluarga rumah tersebut yang demikian itu adalah lebih baik ,semoga kamu mendapat peringatan".

Blog juga adalah rumah,jika kita menziarahi blogger2 lain,sekiranya diyakini mereka itu islam,maka berilah salam..dan sekiranya ada diantara info2 menarik yang hendak kita kongsi..mestilah meminta izin mereka..kerana Allah hanya mahukan kita semua mendapat peringatan antara satu sama lain..

tak salah nak berkongsi..tapi apabila hak orang lain kita jaja dalam rumah kita..ia akan mencetuskan pergaduhan,musuh,dan menyakiti hati orang lain.dan ini sangat ditegah dalam islam kerana umat islam itu seharusnya bersaudara..jika kita jaga hak orang lain..maka Allah akan jaga hak kita dari dicerobohi..insyaAllah tak perlu lah risau org nak hack blog kita..jika kita jaga hak orang lain..

namun tak salah jika gambar tersebut datang dari google images..sbb once ia disiarkan di google images..bermakna orang yang publish gmbr tersebut bersetuju untuk gambarnya di siarkan google..just kite kene tulis sumber "google images"..


2.Sumber dan Maklumat yang di 'post' juga mestilah di letakkan 'link' asal maklumat tersebut.

hal ini sama seperti yang diatas cuma bezanya,kita mesti meletakkan 'link' asal ke post tersebut..
sebagai contoh la..kalau kita kata solat tu wajib..ape buktinya?
sudah tentu kita kene bacakan ayat alquran,dan tunjuk surah mana pada orang yang bertanya..supaya apa yang kita sampaikan,orang boleh tahu dari mana sumber asalnya..kerana fitrah manusia hendakkan bukti..bahkan dalam mahkamah pun,bukti mulut tak boleh pakai..dalam hukum jenayah islam pun hukum mulut tak leh pakai..sbb tu kalau ada orang melakukan zina..wajib membawa 4 saksi..xleh sewenang2nya menuduh org tu berzina..dan bab video pulak mcm utusan meloya bandingkan ritu pun..dia tak faham..zina dgn rogol berbeza..aish malas lah aku nak komen lebih2..kang panjang plak..hehe..apepun..korang mesti letak link asal sumber tersebut..supaya orang boleh stand..yang kita ni tak cakap kosong..dan satu lagi..orang leh hormat yang kita bercakap berdasarkan dalil..tak kisah lah dalil naqli (alquran dan hadis) ataupun dalil aqli(kata2 ulama dan hukama).

dalam surah annisa yang bermaksud,'jika kamu bertelagah dalam satu perkara,maka rujuklah pada Allah(alquran) dan rasul(hadis sohih nabi) ..."

maknanya kalau kita nak kuatkan hujah kita dalam membincangkan sesuatu..wajiblah rujuk pada alquran dan sunnah..maknanya..kalau kita amek sesuatu info tu , mestilah kene letak dari mana kita amek..kalau alquran,ckp alquran..kalau hadis dari blog lain..letak sekali sumbernye..kalau ia dari fikrah kita sendiri..so biarkan..org tau la itu dari kita..hehe..

.okeh?












3.Komen seperti Anonymous adalah salah dan tidak digalakkan,dan pemilik blog boleh men'delete' komen dari mereka , kerana identiti yang tidak dikenali akan menyusahkan pembaca lain dan pemilik blog .

haa..ni mmg ramai la yang buat..kadang2 kita geram dgn blogger lain,kita p guna nick name anon ni..nampak sgt hati busuk..niat asal tu dah dosa..apatah lagi p dok hasut dan kutuk org lain pulak..kita manusia..ada undang2..kalau tak puas hati..ajak bincang elok2..perkenalkan diri,bgtau anda dari mana,tegur cara yang berhemah..barulah gentleman!ni dok guna anon2..

lagi satu kalau anon yang tak kutuk2 dan kritik sekalipun..ia akan menyusahkan pemilik blog nak balas komen anda..sbgai contoh :
anon 1 tanye kat mana tmpt kjadian.anon 2 tanye bile berlaku kejadian.dah susah pemilik blog nak balas komen2 mereka ni..nak tulis anon 1 lak anon 2 lak..so,seboleh2nya dielakkan lah..


4.Sebarang Gambar,Video yang dipost didalam blog mestilah menutup aurat.

haa...yang bab ni aku paham..tak semua blogger2 kat dunia ni jenis blogger yang islam dan jenis blogger lelaki/wanita berpayungkan kaabah kan?..tapi kot mcm mana pun aku nak bg korang tau gak..nak pakai..amek tak nak pakai..terpulang..yng penting tanggungjawab aku utk sampaikan dah selesai..

so..gambar yang kita amek tu..mestilah menutup aurat ye sahabat2 sekelian..apatah lagi gambar2 anda sendiri yang dipost dalam blog anda..kalau anda jwb sape suruh ko tgok?haa..kalau gitu xyah la wt blog ang tu umum utk semua..kan?hehe..

mcm yg saya ckp tdi..kita bertanggungjawab atas semua yg kita publish kan dalam blog kita..sedangkan sekecil-kecil zarah pun Allah akan nilai..apatah lagi sebesar2 ikan paus..so hati2 ye kawan...kene selalu beringat..tak salah nak niaga..nak suka2,tapi itu tak memberi kita lesen utk melakukan sewenang2nya didalam dunia internet ni..hehe..kalau anda kat luar sana pakai tudung labuh sekalipun.pakai kopiah tinggi dari otak sekalipun..tapi blog anda penuh dgn maksiat..sama je bro..

so,amcam?lu fikirlah sendiri..


5.Tidak boleh memaksa pengunjung Klik iklan anda.

yang ni satu lagi..ramai tol org duk tulis "klik lah ye,tabung masa depan"..
"duit shopping2"..,"duit nak wt kawin"..dan mcm2 lah lagi..walaupun saya tahu tak byk pun korg dpt earn dgn tulis camtu dan mungkin sekadar suka2..tapi kene ingat..
dalam hukum Jual Beli..menurut syariah..Belian dengan paksa adalah batal..yakni haram..kita xleh paksa org lain beli produk kita..samalah mcm klik tdi..kita seolah2 memaksa org utk tolong kita..desperate sgt ke takde duit?byk lagi cara lain nak dptkan duit..bukan duduk goyang kaki tepuk perut sambil sendawa bau durian tunggu org klik iklan korg..

islam ni agama yang adil..kalau senang2 je korg dpt rezeki dgn cara tu..ia tak adil bagi org yg susah2 berputih tulang cari rezeki sesuap nasi..

so,pasni korg tukar lah ayat tu kalau boleh...

wt cam aku.."sedekah klik dapat pahala"..hehe..ni aku tak paksa..tapi aku tukarkan bende yg negatif pada positif..sedekah klik dgn ikhlas..umpama sedekah jugak..yg penting ikhlas ok?..

6.Menjaga akhlak semasa menulis,memberi ulasan,dan memberi pendapat.

bab ni berat sikit aku nak ulas..so aku kene sebut secara umum,sbb aku tau ade blog yg keje die mencari salah org,dan mcm2 lagi sikap yang ditegah dlm islam..

islam melarang kita mengumpat,mengeji,mengutuk dalam firman Allah swt..

Maksudnya : '..dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentu kamu benci memakannya. Takutlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.' (Surah al-Hujurat : 12

dalam surah al-Hujurat ayat 11 .

"wahai orang-orang yang beriman!janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki)mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain.(kerana)kemungkinan puak lelaki yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah2kan puak perempuan lain,(kerana)kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.jaganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil(gelar) antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk.(larangan2 yang tersebut menyebabkan orang yang melakukaannya menjadi fasiq,maka) amatlah buruk gelaran nama fasiq kepada seseorang sesudah dia beriman.(ingatlah)sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya.maka merekalah orang yang zalim!.

so,aku taknak komen panjang2..pandai2 lah buat keputusan..korang sumer kan dah besar..dunia internet ni sama je dgn dunia sebenar..kene jaga akhlak kita..jaga tutur kata..silap langkah..dosa kita kumpul setiap hari..kalau kita kutuk org lain kt dunia luar pun..mgkin dosa tu antara kita dgn Allah je..sbb kite sebut sorg2..tp kalau kt dunia internet ni..kalau kita kutuk2 org..selagi mana org baca..org tgok..dan masih tak delete post2 tu..selagi tulah korg earn dosa-nang tersebut..hehe..

so..apa yang baik itu datang dri Allah..mana yg lemah itu dtg dari diri saya sendiri..hakikatnya dua2 itu dtg dari Allah..bezanya kesilapan sy itu adalah dari kesilapan sy sendiri...wallahua3lam..

sumber gambar : google images .



segala isi dan fikrah ini ditulis oleh saya sendiri,sebarang percanggahan dengan mana2 pihak tertentu amatlah dipohon dgn sejuta kemaafan , dan menjadi pilihan buat mereka untuk menolak pendapat saya .kerana 'kullu kalam yu'khozu wa yurod , illa al ma3soom'
setiap perkataan,pendapat, boleh diambil dan ditolak,melainkan satu , hadis nabi s.a.w.
wallahua3lam

saya jatuh hati .

kredit gambar disini .




saya sudah jatuh hati .
pada rambut Brandon Routh .
ye .
pelakon Superman Returns tu .

.
.
mampukah saya mendapatkannya?
dapatkan hairstyle rambut macam dia?
.
.
.
.
.
mampu..



.

.

kot .


.

.


.

.

tapi .




.
.






.
.



..
.
.
.
.
dalam mimpi jela ! !.
.
.
.
.



P/S : tak main la rambut korea2 ni..sampah..
.







Antara Dua Cinta

Kredit gambar disini .


apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman

dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana
di padang pasir

panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cintaMu ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh..









Friday, July 1, 2011

Tazkirah Jumaat





Nu'man bin Basyir Berkata, "saya mendengar Rasulullah S.A.W berkata,'sesungguhnya seksaan yang paling ringan bagi ahli neraka adalah seorang yang diletakkan dua bara api dibawah kedua-dua kakinya . Dengan cara ini , mendidihlah otaknya . Orang itu sendiri tidak yakin ada lagikah orang lain yang mendapat siksaan lebih pedih daripadanya . Sedangkan siksaan yang diterimanya itu adalah yang paling ringan berbanding dengan siksaan yang lain . "

Direkodkan Oleh Bukhari dan Muslim .

sungguh..
neraka itu dasyat..
azab yang berat..
mengaum menelan ummat..
yang sarat dengan maksiat..
.
.
sungguh..
neraka itu ganas..
siksaan api yang terpanas..
tiada siapa kan terlepas..
apa pula bernafas..
.
.
renung2kan..
.
wallahua3lam..








Thursday, June 30, 2011

Itu Hobi saya!

selamat pagi semua..
yeah..akhirnya...
.
bertukar lagi templates blog nih!haha .

.
maaflah yek kawan2 sekalian..saya ada satu hobi yang pelik sikit..iaitu cepat berubah2..tapi hati saya tak macam tu ye..insyaAllah..iman dan akidah saya pun tak mcm tu..

.
cepat berubah2 camne tu?

.
saya suka.....

ubah2 templates blog saya..

itu hobi saya..sbb saya sukakan kelainan setiap masa..sori yek kwn2..pening kan?haha.
.
.
profile picture facebook..

pun sama gak..saya suka ubah2 ..biasanya mengikut tempoh waktu..purata saya akan ubah dalam sebulan sekali..
.
.
.
susun atur dalam bilik..

ni pun saya suka..kadang2 saya suka ubah warna cadar saya..tukar sarung bantal..tukar lokasi katil,meja dan almari saya mengikut mood saya..ya itu hobi saya!sebab dengan hobi saya ni..saya rasa sentiasa fresh!..
.
.
.
suka ubah gaya rambut..

yang ni pun hobi saya gak..skrg ni saya suka rambut panjang..so mmg tgh simpan rambut panjang..nanti tiba satu masa..saya akan ubah pada rambut pendek..saya penah botak..penah wt spike..penah belah tengah..dan mcm2 style lagi..rambut pontianak je tak penah lagi..hehe..
.
.
Suka ubah resepi masakan..

selalunya ada orang suka pada satu masakan je..tapi saya tak..kalau hari ni saya makan nasi lemak..esok lusa saya akan ubah selera saya..cuba masak mee goreng ..bukan mee goreng biasa..tp cuba sesuatu yang baru..cam mee goreng mamak basah ke..atau create resepi mee goreng sendiri ke..kadang2 saya suka exploitasi makanan asal..sampai kadang2 jadi masin!argh!haha..


jadi itulah antara perkara yang saya suka ubah-ubah..ya ,itu hobi saya!..

tapi ingat..akidah,iman,cinta,sayang,setia saya tak pernah berubah..insyaAllah..



wallahua3lam..


P/S : psst psstt..saya ni seorang yang setia tau..hehe..(akak saya bgtau tau,bukan saya cakap).

usaha tu dah ada,tapi...

bulan julai dah nak masuk..so mcm biase kami akan topup barang2 dapur setiap awal bulan demi melicinkan tugas2 memasak..so ptg tdi kuar dgn incik shahidan untuk membeli brg2 dapur..wah dah mcm ibu2 yang bekerjaya pulak..
ni aswak assalam..pasaraya paling besar la tu kt cni..kalau kt mesia..besar giant pekan jer..utk pengetahuan korang..kt morocco ni xde shopping mall tingkat2 mcm kt mesia..paling besar yg penah saya jumpa ada kt rabat..nama die Megamall..nama je Mega..tp saiz ciput je..3 tingkat je..besar lg mydin kot..tp kt ctulah tmpt diorg lepak2..dgn gaya mcm org eropah..habis bergaye dah tu.slack satu je,datang megamall naik teksi....hehe..




dah abis beli brg dapur semua..kami pun siap sedia la nak membayor nye..time ni paling leceh..bukan ape..kt sini kalau dah bayor..kene bungkus sendirik brg2..hadoi..nak nak pulak kene tunggu belakang family arab yg beli brg setimbun gunung..sambil bungkus sambil tu la dia siap boleh borak2 lg ..kita kt belakang tunggu dah panas tapak kaki dah..so..setel membungkus..jalan nak balik tu saya nampak sorang budak arab lingkungan umur 16 tahun sedang menimbang berat badan beliau sambil di tangannya menjilat aiskirim sampai meleleh2!!
FAILED!

sumber gambar : google images .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...