Pejuang Berani Mati.

Thursday, November 3, 2011

Tragedi 1.11.11

Assalamualaikum .

pagi itu aku bangun agak lewat kerana malamnya aku dapat melelapkan kelopak mata ini hanya pada jam 3 pagi . dan dengan cuaca yang agak sejuk dengan agakan aku mungkin serendah 14 celcius membuatkan tubuhku begitu meronta-ronta diselimutkan kembali , namun demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim , aku paksa supaya kelak tidak menambahkan tanda merah pada buku dosa yang sedia ada .

langkahku longlai , mata ku mamai , sambil memegang berus gigi , aku masuk ke dalam tandas . aku cuba berpaut pada pemegang pintu dengan harapan pintu tandas boleh ditutup supaya manusia lain tidak dapat menceroboh aktiviti-aktiviti rahsia aku didalam tandas . namun sekali aku tarik , gagal . dua kali tarik , gagal juga pintu itu aku kunci . dengan keadaan yang tidak dapat berfikir dengan waras . apakah sebab nya pintu itu tersekat dan melawan kudratku , aku menariknya buat kali ketiga dan ' gedegang ! tercabut pemegang pintu dan tubuhku tergelincir kebelakang .

zuupppp..tangan kanan ku cepat-cepat menyambar apa saja yang ada demi menyelamatkan diri tersembam . dan mujur ada singki , sempat jua aku berpaut . beberapa saat kemudian aku dapat rasakan sesuatu di jari manis aku . rasa yang tidak pernah aku rasa . rasa hangat . dan pedih .

rupa-rupanya sewaktu aku hendak berpaut tadi , jari manis aku telah terhiris oleh cermin tandas yang ditampal didinding , namun ia ada kesan pecah sedikit menyebabkan ia agak tajam . 

berjujuran darah mengalir dari jariku .

mengalir dan terus mengalir .aku cuba menenangkan diri kerana niatku mahu berwuduk .namun darah itu enggan berhenti seolah-olah dijariku ada satu paip besar yang di taja Indah Water untuk mengalir . Arghh , aku benci situasi ini . 

darah terus mengalr dan mengalir . aku kaget dan cuak . aku keluar tandas dan aku memanggil syahiddmilikku yang sedang memanaskan air di dapur . 'syidan..syidan..tolong aku..'

syidan pun bergegas mendapatkan aku . ku lihat di wajahnya pun begitu kaget kerana darah melimpah-limpah di lantai rumah . 'ya Allah..jap..aku carik kopi..'

dalam hati aku 'aih..org tgh berdarah2 ni dia boleh lagi nak cari kopi buat air,desas desus hatiku yang mengharap bantuan'.

dia pun keluar ke kedai kerana stok kopi di rumah kami sudah habis . aku pula mencari tisu supaya aku dapat menahan darah tadi dari terus mengalir (macam teruk sgt je luka aku nih ! ). 


beberapa minit kemudian syidan pun balik dari kedai , katanya kopi dapat berhentikan aliran darah . aku ikut saja .asalkan rasa pedih ni dapat ku kurangkan .

                                   agak dalam juga kan lukanya?nampak juga lah isi nya . pedih woi . 

hasil bedah siasat .



Mujur la encik syahiddan ni dulu ahli persatuan bulan sabit merah , pandai jugak dia merawat luka aku . terima kasih !

Alhamdulillah . akhirnya luka berjaya di rawat . pada awalnya mahu ke klinik berdekatan ,tapi memandangkan kos rawatan di morocco ni mahal mcm jual senapang patah . lebih baik aku guna sumber yang ada . bayangkan lah kos rawat saja hampir 90 ringgit malaysia . itu tak diberi ubat tu .  ubat kena beli kat farmasi pulak . doktor akan senarai kan ubat apa yang sesuai , bawak senarai tu pergi farmasi beli pula di farmasi . kos ubat pula tidak lari dari 90 ringgit malaysia . haram kan ? jadi kalau sesiapa yang tinggal di Malaysia ni yang masih tidak bersyukur dengan kemudahan yang ada , korang bungkus dia dalam beg bagasi , hantar beg tu kat alamat rumah aku . biar aku cederakan dia . muahaha .

jadi waktu aku menulis entry ini , aku terpaksa taip gaya tangan usop wilcha(weelchair) hantu kak limah kerana jari manis tak dapat menyentuh keyboard . bahkan , aku hampir di fitnah gay di salah sebuah restoren kerana aku pegang cawan air guna tiga jari manakala jari manis melentik-lentik gitu . cait !

walaubagaimanapun aku sangat bersyukur di beri musibah ini kerana aku dapat menghapuskan dosa-dosa aku yang terdahulu seperti hadis nabi didalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri R.A,dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda :

"tidaklah menimpa sesuatu musibah kepada seorang muslim seperti lelah,kesakitan,kegelisahan,dukacita,gangguan dan keluh kesah sehinggakan duri yang menusuknya,melainkan adalah Allah menjadikan (musibah tersebut) sebagai penebus dari segala kesalahannya".  

Hadis Riwayat Al-Bukhari,Muslim,At-tirmidzi dan Ahmad .

jadi dapatlah aku simpulkan disini , jangan mudah salahkan musibah yang menimpa diri kita itu sebagai kecelakaan yang membawa duka cita , baru luka sikit , cuba bayangkan wanita2 dan ibu2 yang lukanya lagi besar sewaktu melahirkan anak . bahkan wanita2 yang setiap bulan mengeluarkan darah yang tidak diperlukan dari badan .betapa kuatnya mereka . syukurlah kalau anda kehilangan jari , anda masih ada tangan.

kalau anda hilang tangan kiri , bersyukurlah masih ada tangan kanan . kalau anda hilang kedua2nya sekalipun . bersyukurlah anda masih ada kaki . kalau anda hilang kedua2 kaki anda sekalipun . bersyukurlah anda masih ada mata telinga dan mulut . sungguhpun anda tiada semuanya itu ataupun telah mati . bersyukurlah juga kerana dengan mati itu dapat mempercepatkan anda bertemu Ilahi . itu pun dengan syarat , iman dan hati mestilah bertaqwa tinggi .

:)

wallahu a3 lam .


P/S: ' waktu kecik-kecik dulu , aku duk berangan yang darah aku kaler hijau , sebab terpengaruh tengok cerita HULK , tapi rupa2nya meroh menyale..haha.."

Sunday, October 30, 2011

waktu.

Assalamualaikum semua..

waktu berlalu sangat pantas..

sehinggakan setahun umpama sebulan..

sebulan umpama seminggu..

seminggu umpama sehari.

sehari umpama sejam..

sejam umpama seminit..

seminit umpama sesaat..

sesaat umpama sedetik..

sedetik lebih pun kita tak mampu kembalikan..

yang berlalu tetap kan berlalu..

yang berlalu takkan kembali..

hanya yang akan datang sedia menanti..

maafkan daku..

kerana...

sudah seminggu aku tak hapdet !

haha .

Friday, October 21, 2011

xyah letak tajuk.(speechless)



arab malay zainab punmi!!

layann..


maaf sbb blog ni lama sgt tak berhapdet..so..utk mengisi jumaat korang..terimalaaahh...


datok siti nurhalijah boleh cari job lain pasni.

Sunday, October 16, 2011

Albert Einstein

Suka saya memetik kata-kata daripada Albert Einstein-

"sesungguhnya,tempat tinggal yang paling bahaya bukanlah 

didalamnya terdapat ramai orang-orang melakukan 

kejahatan,tetapi tempat tinggal yang paling bahaya adalah 

terdapat ramai orang-orang baik,namun,tidak melakukan 

kebaikan."



Wednesday, October 12, 2011

Warkah Berlagu Pilu Cover By Udy



Assalamualaikum semua...


tadi lepas lepak2 dengan member,baru balik dari universiti,so udy cube2 lah search lagu warkah berlagu pilu ni utk cuba nyanyi..so secara x sengaja nya udy pun try lah lagu ni..

so harap korang enjoy lah nyanyian tak seberapa nih..ngeh3x..


Pssst:udy nyanyi sambil duduk bertowel dan makan coklat..ngeeeee....

lirik disini.

jom nyanyi sama2!


Felix Af3-Warkah berlagu pilu.

Padamu ku utuskan kalimah penuh perasaan
Untuk ku menyatakan apa yang tersirat di hatiku
Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari hidupmu


Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan


Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar
Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan


Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka


Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari hidupmu


Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan


Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar


Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan


Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka


sumber : http://www.ilirik.com/felix_--_warkah_berlagu_pilu.html

Monday, October 10, 2011

Mahar Cinta Cover By Udy




Kita sering terlupa dan leka dengan penangan cinta.namun kita tidak terlambat untuk menyedari dan menginsafi akan maksud sebenar cinta..

bercintalah anda kerana cinta itu datang dariNya..

namun,harus pastikan cinta yang disusuri,sentiada dibawah payungan redha Ilahi..


jadi terimalah cover seterusnya dari Udy..

Mahar cinta .Nyanyian asal dari kumpulan Devotees.

:)

Lirik di sini.

Mahar Cinta
Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap


Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu


Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran


Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap


Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..



Udy.
Kenitra,
Morocco.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...