Pejuang Berani Mati.

Monday, October 10, 2011

Padamu Ku Bersujud Cover By Udy

Assalamualaikum.

seperti yg saya janjikan,hari ini saya akan upload lagi Cover song yg dinyanyikan saya sendiri.kalau semalam saya janji nak buat lagu DALAM MIHRAB CINTA kan?tapi saya nak mintak maaf byk2 sbb lagu tu saya x jumpa covernye..so,terimalah cover yang tak seberapa..dari afgan..Padamu Ku Bersujud..jom nyanyi same2 adik2..haha..







'ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
 esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

repeat *, reff
repeat reff

pada-MU'

Source lirik: http://liriklaguindonesia.net/a/afgan/afgan-padamu-kubersujud/#ixzz1aKzHRhw9


sekian...mtk maaf kalau tak sedappp...nti saya upload lagi lagu lain..

Sunday, October 9, 2011

Sempurna Cover By Udy




dah lama saya tak melalak..so,ni antara cover yg sy buat sambil lewa makan goreng pisang..jd byk yg sumbang mambangnya..apepun,enjoy...nyanyi sambil duduk mmg semput bobot..




nantikan Karaoke seterusnya ..DALAM MIHROBBB CINTA...

Akhirnya.

maaf lame tinggalkan blog ini bersawang dan berhabuk.
biaselah,laptop dah dijual,mcm nilah,sibuk dgn urusan lain.
untuk tatapan anda semua.saya akhirnya berjaya memasak kuskus...
boleh lah...sedappp...



aduih...blogger buat hal balikk pulak dah..




serabut betui...layan jelaaa...

Tuesday, October 4, 2011

Ego.

Plastik.

Hipokrit.

Kasar.

Degil.

Kuat.

Keras.

Kental.

Lemah.

Kalah.

Menang.

Silap.

Benci.

Marah.

anda tentukan sendiri ego anda dimana.

.



_________________________________________________________

sangat-sangat kecewa.
.

Sunday, October 2, 2011

Salah Faham.

pagi tu,aku bersiap macam hari-hari biasaku untuk bekerja..hari yang biasa seperti hari yang lain..awan-awan yang comel membentuk bulat-bulatan yang kalau dilihat dengan mata,mahu saja aku kunyah seperti mengunyah gula-gula kapas..tergoda juga nafsu makanku pagi-pagi ni hanya dengan melihat awan di langit,oh my goodness,ini sangat membimbangkan..

beburung yang baru mengasah sayap untuk berlepas ke udara mencari rezeki,menguap-nguapkan mulut seolah-olah tidak mahu melepaskan sangkar brjenama dreamland yang terletak di celah tiang pokok-pokok.adakalanya aku dapati kucing jalanan menggeliat panjang melebarkan dua kaki didepan sambil menolak badannya kebelakang seolah-olah senaman tekan tubi.kadang-kadang aku seakan mendengar kucing-kucing itu merungut kat manusia yang memandu kenderaan tanpa menggunakan akal dengan sumpahan-sumpahan berbahasa kucing,sesekali itu juga misai dan mulutnya kumat-kamit menyumpah manusia yang lambat pergi kerja.

aku lebarkan tapak kaki menuju ke pintu seusai melihat gelagat-gelagat kehidupan yang ada di bandar rabat ini.cuaca yang agak sejuk membuatkan mata aku meronta-ronta minta dilelapkan..tapi demi tanggungjawab dan komitmen yang jitu didalam dada,aku gagahkan hati dan perut..sebelum pergi cik H mengirimkan Al-Quran bersaiz buku 555,katanya Al-Quran itu milik Opismet kami..dengan tanpa memikirkan apa-apa,aku membawa Al-Quran itu tanpa ada niat mahu bangga yang aku pekerja berwibawa dan soleh..

setibanya kereta milik syarikat yang ku pandu di perkarangan opis..aku pun keluar dari perut kereta dengan langkah berlemak..hari itu hari yang agak suram buatku, kerana sarapan pagi tidak dapat aku sediakan..kesian encik perut yang tidak dapat menjamah apa-apa pagi ini..nescaya dan yakin bahawa beliau sangat bernafsu minta diisikan..ergh..tak ape lah..bisik hatiku..nanti kanku siram gua perut ini dengan susu yang ku beli tadi..

wah,semakin melalut apa yang aku tulis disini,okeylah..sedang aku kemas-kemas meja ku,aku letakkan alquran yang perlu aku pulangkan kepada opismet diatas meja..dan datanglah seorang pekerja yang sentiasa memanggil aku ostat..katanya akhlak orang malaysia disini sangat baik..bagus..terpuji..bermutu tinggi..manis-manis dan disukai ramai..(dah macam susu Dutch Lady pulak)..

secara KESALAH FAHAMAN dia melihat alquran yang baru ku labuhkan dimeja tadi,lantas dia meluahkan dengan penuh semangat kesukanan,memuji aku sambil mengangkat ibu jari ke atas...

"SubhanaAllah..engkau memang bagus..baca Al-Quran,bawa alquran,bagus2,giler ah bangga aku dengan korang nih.."

.......

aku yang terpinga-pinga,membiarkan saja diriku ditaburi dengan baja -baja pujian bunga tahi ayam..ku rasakan diri aku ini telah diangkat ke tahap yang tidak sepatutnya aku berada..adeh...

bisik hatiku..

"makan dalam betul bila orang dah pandang kita ni dengan pandangan tinggi..alamatnya susah lah aku nak buat salah.."


Moralnya..jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...


-_-'


.
.

Friday, September 30, 2011

Korban

hidup ini kadangkala menyakitkan.
untuk mengubati kesakitan itu kita perlu pada satu jalan penyelesaian yang bijak.
dan aku memilih untuk berkorban bagi mengurangkan beban yang tersarat.

walaupun berat untuk hatiku melepaskan,tapi aku perlu teruskan.
aku korbankan ia demi maslahat akan datang.
aku korban engkau bukan kerana benci.
aku korbankan engkau kerana aku mesti.

sesungguhnya betapa banyak memori yang terpahat bersamamu.
sangat sayu mahu melepaskanmu.
tapi aku teruskan jua.
selamat tinggal.jangan pula kau benci diriku bila bersama dia.
jangan pula kau lupa kenangan kita pabila dia menjagamu.

oh Laptop ku..selamat tinggal..
maafkan aku terpaksa menjualmu..


last entry via Laptop Compaq C700...
bye bye..hukhuk..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...