Pejuang Berani Mati.

Tuesday, July 5, 2011

Restaurant Aux Delices

saya rasa sudah dekat 4 bulan saya tak makan kat luar . iyalah , sebagai pelajar , kena pandai2 berjimat . tak boleh la nak makan kat luar je kan ?

so , semalam , saya dengan syahiddmilikku mencari lokasi restoren untuk kami terjah! yes . kami jumpa restoren nih . Aux Delices . let's check it out .

klik untuk tumbesaran gambar .

Menu . Klasik kan ?



Sebelum order makanan . lihat lah di meja kami . ada moutard (masam) , mayonis . Garam . dan bekas tisu yang dah abis .




almari yang menyimpan buah-buahan segar . terliur den .



ada tv tu..up to date berita al jazeera . negara tanpa sekatan . camni la sepatutnya malaysia .



ruang dalaman restoren yang cozy and classic .



pekerja@waiter BERSIH






spaghetti bolognaise .


Lasagne Pecheur .


pinggan yang cantik .


Teh Morocco . Sangat kick . kelat-kelat sikit rasanya . saya tak minum banyak sebab saya nak drive . (kekeke)


"terima kasih kerana sudi datang"

.

.
.

Adrenalin Laju

Qatar Airways terpampang di bucu sayap.

pada tahun 2008 , bulan julai , saya pulang ke malaysia untuk pertama kalinya . dalam keadaan yang tidak mampu untuk pulang , saya tetap tekad mengumpul duit bahkan meminjam semata-mata nak balik ke malaysia menziarahi keluarga . ya , saya ada misi yang sangat besar . misi mustahak yang mustahil untuk saya selesaikan .walaupun hanya sebagai anak lelaki bongsu dari 4 orang abang , saya harus ikhtiar dan usaha untuk pulang . dengan harapan sedikit sebanyak bakal meringankan masalah dalaman keluarga saya .

**********

pada waktu itu tiket kapal terbang dua hala menuju ke malaysia harganya agak mahal . kerna pada waktu itu khutut ( airlines ) yang menghubungkan morocco ke malaysia , alternatifnya sedikit . pada waktu itu hanya ada Qatar Airways dan Ettihad Airways . saya memilih Qatar Airways dua hala yang berharga 12 ribu dirham morocco . bersamaan lebih kurang 5 ribu ringgit malaysia . mahal kan ? waktu tu saya terpaksa berhutang dengan kawan . mujurlah ada insan yang memahami masalah saya waktu itu , dan agak malu dan terhutang budi pada beliau kerana dapat membantu saya mengurangkan ketebalan inci muka yang malu kerana lewat membayar hutang dengan senior yang membantu saya belikan tiket pada waktu itu . apepun Alhamdulillah .

***********

tibanya jasad dan roh saya di Malaysia , saya sudah meletakkan nilai beratnya tanggungjawab saya terhadap keluarga . tak dapat saya bayangkan bagaimana mahu memujuk ayah saya telah merajuk dan menyebabkan mereka anak beranak dengan isteri baru mencipta satu persekitaran yang dingin antara adik beradik . sungguh berat benar hati yang kecil ini mahu mencelah dalam permasalah yang terjadi . harapan saya hanya mahu mereka aman dan selamat . supaya mahu hilai tawa dan gelak suka kembali mengisi ruang rumah keluarga kami . itu sahaja . dan saya percaya bukan saya sahaja yang mendambakan suasana itu , anda , mereka dan dia juga mahukan memori indah itu benar ?

************


dipendekkan ceritanya , alhamdulillah tangan dan air liur yang saya curahkan dalam menyelesaikan masalah dalaman keluarga saya , akhirnya berbuah penyelesaian . sujud dan syukur saya hanya padaNya kerana tanpa izinNya mana mungkin untuk saya kecapi hijau damai keharmonian keluarga saya . Alhamdulillah tuhan . dan insyaAllah jika diberi ruang saya ceritakan tentang liku-liku dan duri-duri dalam menyelesaikan permasalahan ini , akan saya rakamkan di blog ini . namun apa yang mahu saya sampaikan berkaitan dengan tajuk di atas adalah salah satu prelude atau babak yang ada yang bermula disini . dimana ia adalah kenangan yang indah di akhir-akhir hitungan hari saya di malaysia .

**************

Ayah saya .


baiklah , begini ceritanya . seingat saya , tarikh kepulangan saya ke Malaysia pada waktu itu adalah sekitar 26 julai 2008 - 29 oktober 2008 . bermakna lebih kurang 3 bulan cuti musim panas yang saya tuntut pada tahun itu . tiket yang saya beli adalah two ways , bermakna ia adalah tiket yang perlu saya jaga dengan baik . jadi , setibanya saya di malaysia waktu itu , terus saya menyerahkan segala dokumen , passport dan tiket kepada ibu tiri saya agar beliau mampu memegang amanah untuk disimpan dgn rapi , iyalah , saya ni kadang-kadang culas dalam hal-hal yang sebegini . kadang-kadang sahaja , bukan selalu . hehe .


jadi 2 , 3 hari sebelum saya kembali semula ke negara kedua saya iaitu morocco tercinta . saya memaklumkan kepada adik-beradik saya berkenaan tarikh pulang yang saya lihat sekali imbas iaitu 29 oktober 2008 jam 3 petang . hampir 90 peratus adik beradik tidak membalas permintaan saya agar dapat menghantar saya ke KLIA . bahkan kakak2 saya semua meletakkan status pending pada tarikh tersebut kerna katanya ia adalah waktu bekerja , dan pelbagai alasan yang membantutkan kehadiran mereka . kata hati saya , tak mengapalah . bukannya saya ke bulan pun mahu mereka semua hadir . hanya jarak jauh 23 jam dalam flight ke morocco . tak jauh kan ?

**************

jadi tibalah 28 oktober . sehari saja lagi tinggal , monolog saya dalam diri . malam itu saya siapkan dahulu barang-barang yang mahu di bawa pulang . banyak juga bahan yang tidak di kemas lagi . mempelam muda tak petik lagi . budu , belacan dan lain-lain bahan yang ghorib di morocco . pagi itu ibu tiri saya mahu membeli sotong kerana janjinya mahu membekalkan nasi goreng sotong kesukaan saya waktu di KLIA nanti . lepas maghrib malam itu saya ke gerai burger di kawasan rumah saya . dengan hajat mahu menikmati burger 'terakhir' saya malam itu.tiba-tiba , saya mendapat panggilan dari iskandar , seorang sahabat saya yang juga pulang ke malaysia tahun itu . dan beliau kembali ke morocco ,lewat sedikit dari saya .


di dataran Putrajaya .

Udy : Assalamualaikum syeikh . pokaba ? .
Iskandar : waalaikumsalam . sihat . wei ko kat mane ?
Udy : aku kat kedai burger ha , lamo tak makan burger . napo ?
Iskandar : wei , ko tak nak balik morocco ke? dah kol 9 malam budak2 ni sumer dah tunggu sane.
Udy : kau mimpi ko apo ? flight den esok la .kol 3 potang . kau bergurau agak2 la .
Iskandar : wei den takdo nak gurau dgn kau nih . bdk2 ni sumo tanyo den kau kek mano.seb baik den ado no tepon kau .ni yg den kaba an kek kau ni .
Udy : kau bia boto is . apo lak malam ni lak flight den .
Iskandar : yo la . kau tak tgok boto2 ko nye tarikh tu . 0300 kan ? tu pukul 3 pagi la .bukan 3 potang !
Udy : Gulp !


****************
bergambar dgn iskandar dkt dgn pokok Mapple(pokok sonata musim salju)

saya cepat2 melunaskan harga burger tadi dan membungkus semula burger yang telah digigit sebanyak 3/4 tadi . saya hidupkan enjin dan memulas infiniti motor jenama yamaha kapchai pulang ke rumah segera . sampai sahaja di rumah , ayah saya mahu bersiap2 untuk masuk ke bilik tidur . dengan rasa malu dan ketakutan , saya memberitahu beliau . agak terkjut jugak dia waktu itu . lantas menyuruh saya bergegas meminta bantuan abang Nan jiran sebelah , kerana ayah saya sudah agak letih untuk Drive malam itu .

Jam 2145 : saya bersiap2 , mencampak baju2 yang entah baju siapa saya pun tak tahu . sehinggakan seluar sekolah adik tiri saya pun termasuk sekali .

Jam 2200 : menyiapkan tiket dan dokumen2 . peluh masih di ketiak . tak cukup tangan .

Jam 2245 : bertolak dari Jelebu ke KLIA . salam adik adik tiri dan ibu tiri saya seperti salam mahu pergi ke sekolah . tak sempat nak taching2 .

Jam 2300 : gelabah men 'sms' adik beradik mengatakan kesilapan melihat jam di tiket . dan meminta maaf kerana tak dapat singgah ke Seremban sebelum berlepas .

Jam 0020 : baru tiba di Seremban . sangat Phobia . sempat kah saya ? kentut saya makan burger tadi kemut-kemut takut nak keluar .

Jam 0055 : tiba di KLIA . Alhamdulillah masih sempat . kesian ayahanda saya .penat barangkali , meminta mahu berhenti untuk pekena teh tarik kesukaannya .

Jam 0100 : bergegas untuk check in . mencari-cari sahabat lain , adakah masih ada di ruang legar pelepasan . alhamdulillah masih ada .

Jam 0130 : check in beg2 . berat kilo yang diberi adalah 35 kilo . namun sayangnya saya punya beg hanya 25 kilo ! argh ! rugi sangat !

Jam 0145 : Adrenalin saya semakin laju . otak saya berfikir kuat ! membuatkan saya mampu menyelesaikan masalah over Drugs yang dihadapi pelajar perempuan . mereka merupakan exco kebajikan persatuan , dimana mereka membawa pulang kuantiti ubat yang sangat banyak . dan itu menyebabkan mereka disekat kerana membawa muatan drug yang lebih . nak tahu bagaimana adrenalin saya menyelesaikan? pelajar perempuan dan lelaki yang pulang ke morocco pada malam itu seramai 9 orang tak silap saya . lantas saya memanggil semua pelajar menjauhkkan sedikit dari kaunter check-in . lantas saya membahagi-bahagikan ubat-ubatan tadi kepada 9 orang termasuk saya . maka selesailah masalah itu . dan di morocco nanti ubat-ubatan itu akan dikumpul . kerana syaratnya , seorang individu hanya boleh membawa ubat seberat lebih kurang 100 gram kalau tak silap saya . jadi setel !

Adrenalin Laju masih tidak berhenti !

*************

tiba-tiba setelah selesai check-in , saya dikejutkan lagi dengan kejutan oleh adik beradik saya . kakak-kakak saya yang katanya tidak dapat hadir ke KLIA ,tiba-tiba sebahagian dari mereka muncul dan memeluk saya . arghhh ! surprise !

mereka semua membawa kek dan makanan kesukaan saya . wah , sangat terharu .ironinya pula , mereka masing-masing pakat memakai tudung maghribi yang saya hadiahkan . barisan wanita-wanita yang mencairkan hati saya ialah mereka .haha . rupa2nya kata mereka , mereka mahu membuat kejutan dengan berpakat adik beradik untuk datang pada jam 3 petang esok seperti saya memberitahu mereka . sedangkan waktu itu adalah silap , ia adalah jam 3 pagi . mendengar saja yang saya tersilap melihat waktu flight , mereka yang berada di seremban sahaja dapat hadir . kakak saya yang di Melaka menangis tak dapat hadir kerana tak sempat . katanya dia dah buat 2 kek untuk saya malam tu . dan esok pula mahu masak lagi untuk saya . abang-abang saya yang berada di Pahang juga sudah mengambil cuti untuk menemani saya esoknya . namun cutinya itu sia-sia dek kesilapan saya!

kata mereka , bukan mereka yang buat kejutan untuk saya .
tapi saya yang buat kejutan untuk mereka! (itupun atas kesilapan saya ) haha .

namun Adrenalin laju itu tidak lah membuahkan kekecewaan , kerana dengan itulah saya dapat mencipta kenangan yang indah sehingga kini . bahkan , kadang-kadang , terbawa-bawa aplikasi fobia ini ke dalam mimpi saya . melalui kisah ketinggalan flight , mimpi saya memanipulasikan memori itu dalam bentuk yang berbeza2 ditambah rasa panik! sangat sadis mimpi2 yang datang!haha .

***********
bergambar di kipas kapal terbang,mujur tak disedutnya saya .


Malam itu , setelah memeluk adik beradik , dan yang paling penting ayah saya . saya tidak menyesal berhutang dan pulang ke malaysia . walaupun saya tahu , keadaan ekonomi saya tidak mengizinkan , namun demi tanggungjawab sebagai anak , saya redah . dan Alhamdulillah sedikit sebanyak . keharmonian keluarga saya dapat saya ukir diraut wajah mereka . syukur tuhan . saya sedar saya hanya anak bongsu . yang tidak tahu liku-liku , yang tidak tahu masin mana garam yang saya telan . kerana banyak lagi masin garam abang-abang saya .namun semua itu bukan penghalang perspektif mereka-mereka yang melabel anak bongsu itu adalah manja !

kerana Adrenalin saya Laju !

Sekian .

dari saya untuk anda .

************

anak buah saya yang comel , Husnaa dan Hudaa .

Cerita ini adalah berdasarkan pengalaman saya . dan ia adalah kisah benar . sebarang percanggahan dengan mana-mana pihak adalah kebetulan .

Monday, July 4, 2011

pengemis ilmu

aku pengemis..
maruahku bukan pada besar tadahan .
bukan pula pada dhaif badan .
aku cuma pengemis .
yang dahaga dan lapar ihsan .
sungguh berat apa yang disebak .
menahan setia termanggu di pinggiran .

pengemis seperti ku tidak malu .
ilmu yang tiada sering diragu .
mendidik jiwa mengajar sabar .
dasar pengemis bertuhankan kasihan .
ya aku ghairah sedekah .
namun aku juga manusia .
seperti engkau , dia dan mereka .
mengapa harus api kau padamkan .


pengemis sepertiku tidak berbaju .
compang camping menuntut ilmu .
berguru sedih setiap saat .
menanggung beban yang kian sarat .
mengapa engkau ketawa?.
ringan benarkah roh emosimu?.
tertawakan pengemis seperti aku .

benar aku perlu usaha .
demi menambah isi di dada .
menampung lapar apatah lagi dahaga .
namun aku dan engkau sedar .
aku hanya pengemis ilmu .
pengemis kini masa dahulu .






P/S:catatan ini sukar difahami ,jangan paksa minda anda .





Secebis renungan buatmu


assalamualaikum.
ptg tdi berborak dgn kwn,tetibe terbukak citer pasal sister in islam.pastu teroka2 sampai la pasal pemimpin wanita,amina wadud,artis mesia hina siti khadijah dan mcm2 lg.tergerak hati sy nak coret sedikit pendapat berkenaan ini.geram juga sbb cemburu dgn kaum wanita ni.diorg x tau ke yg islam dah meletakkan pelbagai keistimewaan kt wanita,buktinya?dlm alquran mana ada surah arrijal(lelaki) tetapi ada surah annisa(wanita).so kenapa la masih wujud wanita2 yg nak sgt menyama taraf dgn kehebatan lelaki.katanya kenapa wanita xleh memerintah?xleh jd imam dn sbgainya?korg ni jgnlah pandang dri satu aspek yg sempit,korg tau x yg darjat korg tu dah tinggi,apsal nak pegi turunkan darjat korg sama dgn lelaki plak?
ingatlah yang korang sgt istimewa.x mcm lelaki k.peace.

Sunday, July 3, 2011

pesan buat adik


adik .
adik ingat tak masa adik kecil ,
apa yang adik nak semua ibu beri ?
adik mahu itu ini , ibu ketepikan makan petang kami .
agar adik tak menangis lagi .

adik .
kenapa adik degil sangat?
ibu kejut taknak bangun solat ,
adik buat apa sampai penat ?
sedangkan makanan yang kita dapat ,
ibu tak ada masa nak rehat .

adik .
selama kami hidup didunia ,
sepatah 'ah' pun ibu tak terima ,
tapi kenapa kini hari-hari ibu bermasam durja ,
dek kata-kata adik yang tak ada batasnya .

adik .
adik tahu tak pinggang adik pinggang siapa?
buah pinggang itu akak yang punya ,
siang malam ibu menangis berdarah air mata ,
mencari siapa sudi menderma .


adik .
hanya satu yang akak mahu ,
jangan sesekali sia-siakan ibu ,
ubahlah akhlak tuntutlah ilmu ,
kerna kakak mahu bertemu ayah dahulu .

Udy7
Villa Ammu Ahla
Kenitra,Maroc

Saturday, July 2, 2011

BERSIH 2.0

Makluman awal: Tulisan ini adalah daripada fathifawwaz@yahoo.com yang saya kongsikan buat anda sekalian di Blog saya ini.


Seorang Professor daripada sebuah universiti memberi amaran dengan katanya: “Sebelum anda menyertai Himpunan Bersih, lihat terlebih dahulu siapa ketuanya. Ketuanya adalah seorang Hindu, sudahlah Hindu, dia juga merupakan penyokong kuat kepada ideologi kesamarataan agama”.

Itu dia amaran daripada seorang professor. Tak sangka ramai juga rupanya profesor-profesor kangkung di Malaysia.

Saya ingin menjelaskan dengan tegas di sini bahawa, andainya ditakdirkan Abu Jahal yang digelar sebagai Firaun Umat Nabi Muhammad sekalipun mengetuai Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah kepada orang Islam untuk menyertainya.

Ya, saya ulangi, andainya Abu Jahal sekalipun yang memimpin Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah untuk disertai.
Ada baca cerita dengan Hilful Fudhul?

Zaman Jahiliyyah dulu sebelum Nabi diutuskan, berlaku Hilful Fudhul, satu himpunan kaum untuk menyatakan kata sepakat menuntut semua kaum untuk menjaga kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah. Tiada kezaliman boleh dilakukan terhadap mana-mana individu yang datang menziarahi kaabah. Mana-mana kaum yang buat kacau maka kaum itu layak diambil tindakan oleh kaum lain.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada zaman mudanya menyertai himpunan tersebut. Setelah diutuskan sebagai seorang rasul, Nabi dengan banggannya mengatakan:

شَهِدْتُ حِلْفَ بَنِي هَاشِمٍ ، وَزَهْرَةَ ، وَتَيْمٍ ، فَمَا يَسُرُّنِي أَنِّي نَقَضْتُهُ وَلِيَ حُمْرُ النَّعَمِ ، وَلَوْ دُعِيتُ بِهِ الْيَوْمَ لأَجَبْتُ عَلَى أَنْ نَأْمُرَ بِالْمَعْرُوفِ ، وَنَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ وَنَأْخُذَ لِلْمَظْلُومِ مِنَ الظَّالِمِ

Maknanya: Kalau Nabi diajak menyertai himpunan tersebut setelah Islam datang pun Nabi akan pergi.

Soalnya, siapa yang ada dalam himpunan di Mekkah tersebut??? Mereka yang ada di Mekkah menyertai himpunan tersebut termasuklah Abu Jahal, Abu Lahab, dan segala bangsawan Quraish yang berada di Mekkah yang menentang Islam kemudiannya.

Nabi sanggup pergi? Ya Nabi sanggup walau dalam himpunan tersebut ada Abu Jahal dan segala kepala-kepala puak Quraish yang lain.

Takder hal langsung bro. Nabi pandai membezakan keadaan. Letakkan sesuatu isu di tempatnya. Ketika berhadapan dengan isu yang menjejaskan Islam, mereka adalah musuh. Tetapi ketika berhadapan dengan isu kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah, maka mereka adalah rakan.

Lihat bagaimana Nabi seorang yang cerdik dapat membezakan sesuatu perkara mengikut tajuk dan isu mengikut tempat. Bukan semberono bermusuhan tanpa tahu tajuk dan tempat.

Itu beza antara orang yang jahil dengan orang yang cerdik.

Orang jahil ni, dia melihat semua perkara sama. Dia tak mampu membezakan masalah mengikut tajuk. Pendek kata tak profesional langsung.

Orang cerdik pula, dia melihat sesuatu perkara itu mengikut keadaan dan tempat. Tidak semua sama. Dan dia mampu membezakan perkara mengikut tajuk. Pendek kata dia profesional.

Tapi sayangnya di Malaysia, status dah tahap profesor, tapi gagal membezakan masalah mengikut tajuk.

Apa sebenarnya isu dalam soal himpunan bersih ini??? Isunya adalah tuntutan berkenaan pilihan raya. Yang pergi campur aduk pasal islam dengan kafirlah, pasal orang melayu berpecahlah, pasal komunislah apa kejadahnya???

Soalnya adalah pilihan raya. Tajuk yang perlu dibincangkan adalah tajuk tentang pilihan raya. Sejauh mana bersihnya sistem pilihan raya di Malaysia?

Ada orang berkata pilihan raya dah bersih dah pun, pembangkang dah menang 5 buah negeri lagi pilihan raya umum lepas.

Soalnya, kalau anda yakin pilihan raya dah bersih sekalipun, kenapa anda begitu takut dengan himpunan dan tuntutan yang dibuat tersebut? Sampai baju kuning pun nak diharamkan apa kes?

Orang yang tak bersalah, biasanya tak takut, orang yang bersalah jer biasa yang gabra. Ni siapa yang bersalah dan siapa yang tak bersalah ni?
MASALAH SERATUS PERATUS

Berkata pula seorang ustaz: “Saya tidak menyokong dan tidak akan menyertai Himpunan Bersih sebab himpunan tersebut melibatkan perkara-perkara mungkar. Perempuan tak tutup aurat pun ikut perhimpunan tu, orang yang tak sembahyang pun ikut, bla bla bla”.

Katanya lagi “Kalau himpunan itu 100 peratus bersih daripada perkara mungkar, dijamin tiada huru-hara, dijamin tiada itu dan ini…ba bla bla, barulah saya akan sokong dan ikut”.

Ada jugak rupanya ustaz yang buat poyo. Ustaz-ustaz macam ni elok dinasihatkan hidup di hutan belantara jer lah senang.

Yalah, tak nak terpalit walau satu dosa pun kan, Pergi duduk kat hutan sorang-soranglah.

Ni adalah contoh masalah mentaliti mereka yang nak jadi malaikat, bukan nak jadi manusia yang baik.

Maslahah yang besar, lebih diutamakan daripada maslahah yang kecil. Mana besar antara maslahah untuk umat dan negara dengan maslahah untuk diri sendiri?

Sedangkan dalam muamalat pun, ulama mengharuskan apa yang dipanggil sebagai “gharar yasir” atau kalau diterjemahkan sebagai penipuan yang sedikit yang berlaku dalam jual beli yang susah nak dielakkan.

Contoh 1:
Anda beli buah-buahan seperti durian mengikut kilo, anda beli kulit atau beli isi? Tentunya anda membeli isi yang boleh dimakan, tapi anda membayar harga termasuk harga kulit yang langsung tidak anda makan?

Bukankah itu satu penipuan??? Bukankah jual beli yang sah adalah jual beli tanpa penipuan??? Ya jual beli yang sah adalah jual beli yang tiada penipuan, tapi penipuan yang sedikit sebegitu dimaafkan.

Contoh 2:
Anda masuk Hammam dengan membayar 10 Dirham. Anda mempunyai hak untuk mandi menggunakan sebanyak mana liter air sekalipun, untuk berada beberapa jam sekalipun dalam Hammam tersebut. Orang lain yang hanya mandi beberapa ketika dan terus keluar pun turut membayar harga yang sama seperti anda.

Tidakkah ini satu ketidak adilan dan penipuan dalam urus niaga? Bolehkah seorang berkata kepada anda bahawa ini tidak adil dan merugikan tuan punya Hammam. Tidak, ulama mengharuskan hal tersebut.

Contoh 3:
Anda menaiki bas ke bandar dan membayar tambang sebanyak 4 dirham. Jarak rumah anda ke bandar adalah 20 km. Mereka yang menaiki bas tersebut dari jarak 30 km pun turut membayar 4 dirham, juga mereka yang menaikinya dari jarak 5 km sekalipun.

Tidakkah ini merupakan satu penipuan dan ketidak adilan dalam urus niaga? Tetapi hal sebegini dimaafkan oleh ulama kerana termasuk dalam bab Al-gharar Alyasir.

Justeru, kalau ada ustaz yang berkata: “Saya takkan berurus niaga kecuali urus niaga itu 100 peratus bersih daripada sebarang penipuan”, maka saya anggap ustaz begitu hanya memalukan title ustaz yang dipegangnya. “Ek’eleh buat poyo pulak mamat ni” bak kata budak-budak muda.

Saya teringat kepada Abdullah Bin Umar yang menjawab seorang lelaki daripada Iraq yang datang bertanyakan hukum darah nyamuk. Abdullah Bin Umar dengan penuh sindiran terhadanya berkata:

“Kamu sibuk bertanya soal hukum darah nyamuk, tapi darah cucu Nabi yang dibunuh di Iraq tidak pula kamu mahu tanyakan hukum”.

Perumpamaan mudah lainnya adalah orang lain sibuk membincangkan soal kahwin dan bagaimana perkahwinan itu mendatangkan manfaat kepada pemuda dan pemudi, menggalakkan pemuda supaya berkahwin dan sebagainya, tetapi dia sibuk membincangkan soal perkahwinan itu bakal dicampuri kemungkaran seperti bersanding bla bla bla…

“Ana nasihatkan enta jangan kahwin sebab akan ada kemungkaran dalam majlis kahwin nanti, sepupu perempuan enta yang tak pakai tudung tu mesti datang, budak-budak muda kampung yang tak sembahyang pun confirm datang jugak, banyak kemungkaran tu, enta bersubahat sekali. Jadi janganlah kahwin, kalau nak kahwin pun buat senyap-senyap jerlah ataupun kahwin lari”.

Kah kah kah…alangkah tempangnya pemikiran ustaz-ustaz hingusan ini.
AKHIRNYA…

Banyak lagi sebenarnya yang mahu saya ulas setelah membaca dan mengumpul hujah-hujah dangkal yang keluar di dada-dada akhbar, tetapi lain kali sajalah apabila terasa rajin.

Renungkanlah kata-kata Serikandi Islam ini kepada pemuda-pemuda Islam:

قَالَتِ الشِّفَاءُ ابْنَةُ عَبْدِ اللَّهِ، وَرَأَتْ فِتْيَانًا يَقْصِدُونَ فِي الْمَشْي وَيَتَكَلَّمُونَ رُوَيْدًا، فَقَالَتْ: مَا هَذَا؟ فَقَالُوا: نُسَّاكٌ، فَقَالَتْ : كَانَ وَاللَّهِ عُمَرُ "إِذَا تَكَلَّمَ أَسْمَعَ، وَإِذَا مَشَى أَسْرَعَ، وَإِذَا ضَرَبَ أَوْجَعَ، وَهُوَ النَّاسِكُ حَقًّا".

Berkata Syifa’ Binti Abdullah setelah dia melihat pemuda yang berjalan secara lemah dan bercakap secara perlahan dengan katanya siapa mereka ini? Mereka berkata : Kami adalah golongan ahli ibadah.
Lalu Syifa’ berkata: “Umar Al-Khattab demi Allah merupakan seorang yang, apabila dia bercakap, tajam sekali ucapannya. Apabila dia berjalan, laju sekali langkahnya, Apabila dia memukul, perit sekali pukulannya, tetapi dialah yang paling hebat ibadahnya berbanding kalian”.

Itu teguran daripada seorang serikandi Islam pada zaman tersebut kepada pemuda-pemuda Islam yang lembik longlai. Buat malu kaum jer.
Buat mereka yang menentang mana-mana himpunan aman yang ingin diadakan oleh mana-mana rakyat Malaysia walau siapapun mereka, maka saya katakan kepada mereka…….

Do or Die,
You’ll never make me,
Because the world will never take my heart,
Go and try,
You’ll never break me,
We want it All,
We want to play this part,
I won’t explain, or say I’m sorry,
I’m unashamed, I’m gonna show my scars
Give a cheer for all the broken,
Listen here, because it’s who we are.
I’m just a man, I’m not a hero,
Just a boy, whose meant to sing this song.
I DON’T CARE!!!!

Sekian, wassalam.

Ahmad Fathi Bin Muhammad
Jumaat, 29 Rajab 1432 bersamaan 1 Julai 2011
Marrakech, Maghribi.


P/s: Maaf kerana tidak dapat menyatakan sumber ilmiyyah secara terperinci. Hal ini kerana tulisan ini tercetus ketika sedang santai bersahaja di petang jumaat yang berkat ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...