Pejuang Berani Mati.

Sunday, June 19, 2011

Hachiko vs Qitmir


Anjing Hachiko

Haritu aku de tgok citer Hachiko lakonan Richard Gere dan joan Allen dan seekor Anjing yang terlatih yang pandai berlakon . kalau ada anugerah award anjing2 sedunia ,pasti beliau yg juara.
.
cerita ni aku sangat2 bagus dan aku cadang pada korang tengok sbb ia mempunyai moral yang tinggi.ia berdasarkan kisah benar anjing Akita yang berasal dari jepun.dimana pada tahun 1924 Professor Ueno yang mengajar di University Tokyo membela anjing yang bernama hachiko . nickname beliau juga adalah Chuken yang bermaksud Anjing setia .Hachiko selalu menemani beliau sehingga seluruh penduduk disitu mengenali kesetiaannya . Hachiko ni juga menunggu tuannya pulang kerja setiap hari di stesen shibuya , tokyo , Japan .sehingga tibalah satu hari professor ueno mati pada 21 mei 1925 di tempat kerja kerana serangan pendarahan intraserebrum . namun , Hachiko masih menunggu tuannya di Stesen Shibuya selama 10 tahun , setiap hari .dan Hachiko mati pada 8 march 1935 di jalan berdekatan jambatan sungai inari Shibuya kerana sakit paru2 . kemudian ia di awet dan di letakkan pada muzium sains di sana .

moral cerita ni :
  1. Kesetiaan . Ketabahan .
  2. Kebesaran Allah , Binatang menjadi teladan buat manusia .
  3. Kehebatan kuasa Allah mencipta binatang yang menyayangi manusia.
  4. Usaha yang tidak putus asa .
dan korang boleh tambah sendiri moral cerita ni lepas menontonnya .


Anjing Qitmir .
(ataupun dalam Alquran disebut Raqeem)


ini pula kisah Anjing yang menemani 7 orang Ashabul Kahfi yang diceritakan oleh Allah pada kita dalam surah Al kahfi .actually,ia kisah 7 orang pemuda dan anjing .terbalik pula . hehe .

kisah Alquran ini lagi best dari Hachiko sebab mereka tidur selama 300 tahun ditambah 9 tahun hilaliyah (qamariah).berbeza dgn tahun Syamsiah.tak paham?hehe.
Tahun syamsiah adalah tahun biasa yang kita kira . 1 abad bersamaan 100 tahun .
tapi tahun qamariah ni , 1 abad bersamaan 100 tahun + 3 tahun .
ini bermakna kalau mengikut tahun qamariah .
mereka tidur selama 309 tahun !!SubhanAllah!
kita tidur 2 hari pun dah nyanyok .ini kan pula 309 tahun!kuasa Allah.

Ayat 18 Alkahfi yang bermaksud .
"dan kamu mengira mereka itu bangun ,padahal mereka tidur,dan kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri , sedang ANJING mereka mengunjurkan kedua2 lengannya di muka pintu gua.dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka ."

Ulama tafsir seperti Ibnu Kathir telah menyamakan firman yang brbunyi"dan kamu mengira mereka itu bangun,padahal mereka tidur" dengan perilaku serigala kini yang menutup mata kiri dan tutup kanan sebagai salah satu tanda kebesaran Allah .

Moral kisah Qitmir dalam Alquran ni sangat banyak . antaranya :
  1. sebagai senjata yang digunakan untuk menakut2kan musuh yang datang dengan bolak balikkan badan qitmir seolah2 ia terjaga.
  2. tauhid pada Allah .anjing juga taat pada perintah Allah , inikan pula manusia.
  3. jika kita menghadapi masalah , perlu hadapinya dengan jemaah . bukan bersendirian.
  4. menunjukkan bahawa tubuh manusia dan binatang apabila tidur,perlu dibolak balikkan supaya darah mengalir dengan lancar .
  5. Anjing merupakan guard manusia paling baik .
  6. boleh menggunakan binatang dalam menghadapi musuh2 islam .
dan korang leh baca sendiri kisah ashabul kahfi . camne? hehe.ringan2 lah tangan tu buka tafsir alquran .jangan ringan bukak fesbuk je.hehe

xdela,aku gurau je.leh baca kisah ashabul kahfi secara umum disini.
atau video disini .
.
Kisah Ashaabul Kahfi ni jugak dikenali oleh penganut Kristian sebagai Seven Sleepers. Kisah ini mula tersebar ke seluruh wilayah taklukan Kristian apabila Paul the Deacon(720-799) dan Gregory the Tours(538-594) menulis sebuah kisah mengenai keajaiban yang berlaku kepada tujuh orang pemuda berserta seekor anjing. Kisah ini berdasarkan kisah benar yang menjadi kisah turun temurun di Ephesus, Turki. Ajaibnya adalah kisah ini 100% sama seperti kisah Ashaabul Kahfi yang diceritakan daripada ayat 9 hingga ayat 26. sikit lagi , ada la tu omputih wt movie pasal citer ni.

Gua Ephesus.

patutlah kat morocco ni banyak orang bela anjing , sebab mereka pegangan mazhab maliki , kita mazhab syafie sentuh pun dah kene samak.hehe.
akhirnya , harap ini sedikit sebanyak memberi info untuk korang .
wallahua3lam .

SUMBER:Google Images.

P/S : pepatah arab ada mengatakan .
'anjing merupakan teman paling setia bagi manusia'.
lepas ni jangan la korang salahguna p tulis kat followers korang jadi "anjing2 yang setia".
:P




segala isi dan fikrah ini ditulis oleh saya sendiri,sebarang percanggahan dengan mana2 pihak tertentu amatlah dipohon dgn sejuta kemaafan , dan menjadi pilihan buat mereka untuk menolak pendapat saya .kerana 'kullu kalam yu'khozu wa yurod , illa al ma3soom'
setiap perkataan,pendapat, boleh diambil dan ditolak,melainkan satu , hadis nabi s.a.w.
wallahua3lam



Saturday, June 18, 2011

Sekor ayam makan sorang?


semalam rasa malas betul nak masak .
respek buat ibu2 dan suri rumah yang tak pernah bosan mengadap dapur .
semoga Allah memberi mereka pahala berlipat ganda .
sebab tu lah dalam islam kata wanitalah yang paling senang masuk syurga .
kerana mereka tabah .
bak kata pepatah tu .
"tangan kiri menghayun buaian , tangan kanan mengegar dunia."
aku tambah ,kaki kiri sepak suami yang malas cari nafkah .
.
.
.
.
hidup di obersea ni mmg memerlukan kesabaran kerana semuanya perlu dilakukan sendiri .
basuh baju sendiri .

masak sendiri .

kemas katil sendiri .

repair paip sendiri .

tapi satu je takleh sendiri .

kencing berdiri .

tak beradab .
.
okeh .

bila tiba satu masa , kami persatuan bujang-bujang sedunia ni akan rasa malas sgt nak masak .

.
biasalah , kdg2 kelas pack , sampai nak solat pun bentang sejadah dalam dewan kelas .

.
jadi , bila dah penat . makanan paling sedap adalah order dan bayar .

.
semalam ustat lapar tahap ultraman taro .

ustat pilih 'dajaj kamil' (ayam bakar sempurna)nih . beli kat Label Vie .

nih rupa bentuk beliau . comel kam?

.

tabur sos tomato .
kat sini takde sos cili .
tomato pun tomato lah .
..
.
.
.
.
.
.
.
selepas 5 minit .


|
|
V


makan lagi dan makan lagi .

selepas 15 minit .


|
|
|
V




ya ! tak percaya ?

.
ustat pun tak tahulah ustat ni manusia ke jin .
mcm bela jin pulak selera nya. huhu .

.

.

Beginilah dugaan pelajar .
letih rohani(akal) lebih berat dari letih jasmani(badan) .

Sekian .

.

=_=

P/S : syukur kehadrat Allah kerana nikmat dan rezeki masih diberi .
'Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..All praises to Allah..All praises to Allah...'
(cam suara maher zain x?)

Malware Menyerang!!!!

sape la yg dengki dgn ustat nih .
kenapa ada malware ..
.
.
T_T

sape2 yg ada pengalaman nak sepak malware dlm blog ni tulung ustat please...

.

termurah zaman ini !



zaman kini .
semua benda mahal meninggi .
semua benda naik .
hujan je yg turun .
semua benda mahal .
namun , ada yang terus menerus menjadi murah .
.
.
.
.

darah manusia menjadi murah .
dibunuh sesuka hati .
eksiden sana sini .
.
.
bayi suci menjadi murah .
dibuang sana sini .
tiada belas simpati .
.
.
Iman manusia menjadi murah .
jual agama sana sini .
persenda hukum jadi hobi .
.
.

maruah wanita menjadi murah .
jual body demi sesuap nasi .
maruah nya bagai tiada rugi .
.
.
Oh Parah !
Oh , Parah !
.
.
.
Tuhan , selamatkan kami dari azab api neraka .
selamatkan kami dari siksa di Dunia dan Akhirat .
Ameen .
.
.
.


Label Vie


semalam turn aku masak .
ku kuatkan kaki melangkah ke LabelVie .
sebuah pasaraya yang agak dekat dari rumah ku .
.
.
5 minit berjalan , sampai suda .
orang lelaki kalau shopping , itu yang dia fikir ,
itu lah yang dibeli .bila dah membeli terus belah . kene bayar dulu la .
.
.
aku nak cepat .
so , aku amek bawang setengah kilo .
prun hitam sikit , kismis sikit .
ingat malam ni nak masak tagine .
dah selesai beli lauk .
aku beli brg2 yg perlu utk aku .
.
.
.
aku amek sabun basuh .baju dah menggunung everest.
amek klorox .
cukup .
.
.
pergi kat kaunter aku bayar dan bungkus .(tupun nak citer ke.hehe)
kat morocco ni , bile dah beli , kita bayar ,
kita yang bungkus sendirik barang2 tu dalam plastik .
ingat tangan kita mcm tangan patung budha ke ape?
syukur malaysia semuanya terbaek.
.
.
.

sampai kt rumah .
aku landing jap .
sgt panas .
musim panas sudah tiba .
ni kalau kat pantai .
memang banyak dugong2 berjemur .
.

.
selesai memasak .
aku angkut kain baju nak basuh .
tiba2 , ah sudah .
mana pulak perginya sabun dgn klorox tadi?.
takkan tertinggal kot .
aku cari kat lemari tak jumpa .
cari dan cari .
akhirnya..
.
.
.
.
DALAM PETI AIS !
punah aku .
seb baik cpt .
kang tak pasal2 masuk sotkaba assobah morocco.
'7 orang pelajar malaysia ,
mati tertelan klorox' .




.
.
.


-_-'

Friday, June 17, 2011

solat jemahat

'ahhhh,aku tetap akan kalahkan kau spiderman!'
'ini KL gua yg pegang,bukan lo!'
jerit aku .
aksi kejar mengejar berlaku .
aku back flip bangunan tabung haji , melompat mengejar spiderman yang lari ke arah KLCC .
kemudian aku mengelak helikopter tengku mahkota johor dan terus menerpa spiderman yang sudah kehabisan topup sarang labah2 beliau .
.
.
'aku dah cakap berapa kali hah?kau ni tak paham bahasa kan?'
'kesian pekeje DBKL nak bersihkan sawang2 labah2 kt bengunan2 nih.'
debush! kedegak! tebaboo! mioww!. bunyi aksi tumbuk menumbuk .

.
.
.
tiba2 , pang!

'woi! bangun!'
'solat jemahat!'
.
.ha?
punah.
.
.
.
spiderman tadi terlepas dan ketawa jahat pada aku .
.
.
.

moral of the story .
.
jangan tido lepas subuh .

-_-'


P/S : kejadian ni berlaku suatu masa dahulu . waktu itu siti nurhaliza masih lagi menjual kuih sambil berlari2 menyanyi lagu .'kuih siti sana sini '.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...