
Assalamualaikum semua .
rasanya semua dah kecoh pasal perihal pelukis jahil , penerbit jahil dan syarikat jahil ni duk menghina islam . aku tak nak komen lebih2 sebab aku rasa ramai dah blog2 lain menjelas dan membidas akan perihal ni .
.
namun , sebagai tanggungjawab sebagai seorang muslim yang mencintai islam dan agama Allah , hal2 sebegini tidak boleh gurau2 atau main2 , ini melibatkan hubungan dengan Al-kholiq , bukan hubungan manusia . dan ini juga merupakan ujian untuk kita semua , ingat , apabila kita digemparkan dengan kes-kes sebegini , jangan mudah kita menghukum . maksud saya jangan mudah kita melenting berlebih-lebihan sehingga mengeluarkan kata-kata yang kesat , walaupun kes ini menyentuh sensitiviti agama , ia tidak menghalalkan kita untuk melakukan dosa mengumpat , mengkeji , mengutuk dan membabi-babi orang .
.
.
kita harus berbalik kepada konsep sabar . merujuk kembali kepada pakar-pakar agama , menunggu golongan ulama mengeluarkan pendapat . ya memang benar PUM sudah mengeluarkan pendapat supaya editor dihadapkan ke mahkamah . dan jika ia benar , amat lah beruntung kerana agama yang kita sayangi ini dipelihara . namun , sebagai orang islam , kita harus beradab dengan pesalah . maksud saya disini bukan mahu mengatakan beliau tidak bersalah , sudah jelas ia mempersendakan hukum agama . namun , disinilah saya katakan ujian buat kita untuk meng'handle' situasi seperti ini . perlu kah kita terus 'menembak?' pesalah atau perlukah kita berbalik kepada apa yang diajarkan oleh nabi kepada kita . ingat kawan2 , bukan kita seorang saja yang faham bahasa melayu , bukan orang islam sahaja yang melihat kes ini , harus ingat pada orang bukan islam , muallaf , musuh islam , umno ,semuanya sedang memerhatikan setiap komen2 dan pendapat yang dikeluarkan oleh ulama2 besar di Malaysia . terutamanya golongan yang berpengaruh .mereka inilah yang akan menjadikan kita orang yng berilmu , jadi hilang pedoman apabila dicuit isu ini .be proffesional .syaitan itu takkan pernah mengaku kalah selagi tak membuat umat islam itu berpecah belah .dalam situasi beginilah sepatutnya UMNO dan PAS perlu bersatu . bukan masing2 merosakkan periuk nasi masing2 .
ini soal maruah . sedarlah yang rakyat malaysia amat tandus ilmu agama .
.
Rasulullah s.a.w dahulu lagi teruk di keji , dilempar tahi , dilempar batu sehingga berdarah wajah suci nabi dek dicemuh semasa beliau mahu menyampaikan dakwah,sehingga nabi menangis dan sedih di bukit tursina dan lantas turunlah malaikat jibril A.S yang menemani nabi . dan jibril meng'offer' baginda , jibril berkata , 'mahu kah aku membalikkan kampung ni atas apa yang mereka lakukan padamu duhai kekasihku?.' apa tindakan nabi dalam keadaan begini ? beliau hanya tersenyum dan katakan tidak . mereka orang yang jahil , tidak faham tentang ajaranku . satu hari nanti mereka akan namapk dan terima .
.
.
apa yang nak saya sampaikan kat sini , bukanlah tak boleh nak membenci perbuatan orang yang dah mengutuk hukum agama . bahkan harus kerana itu menandakan kita mencintai islam . namun , islam ini bukan agama yang memberontak , bukan terorist , ada caranya untuk mengatasi masalah sebegini . pesalah harus dinasihat dan dihadapkan ke mahkamah syariah seterusnya beliau juga patut diberi peluang untuk menjelaskan maksud kartun tersebut . dan jika jawapannya tidak relevan dan benar ia menghina islam , barulah mahkamah boleh jatuhkan hukuman . disinilah peranan kita sebagai UMAT ISLAM untuk bersatu . bukan masing2 menuding salah masing2 . tak nampak kah bahawa sebenarnya masalah2 agama ni berlaku datang dari kehendak Allah? semua ni datang sbgai ujian buat kita bahawa tidak perlu bergaduh lagi untuk selesaikan masalah ni . masalah ummat kita semakin parah kawan2 . kita sepatutnya bertanya pada diri kita . apa sumbanganku pada agamaku?pada negaraku?institusi kerajaan yang sedia ada tak mampu menyelesaikan masalah ummat di malaysia kawan2 . kalau anda sedar dan prihatin akan isu ini . bina dan tanamlah dalam hati , satu hari nanti aku harus bangkit utk mendaulatkan agama ku ,negaraku , bangsaku di Malaysia tercinta .
apapun,saya akui sebagai muslim yang mencintai agama , siapa tak sayang agama kita kan ?sapa tak sakit hati kan apa bila ada isu sebgini . anda sepatutnya bersyukur kerana iman tidak sedar yang ada didalam hati anda bersuara .ini bermakna anda juga mampu untuk menyedarkan iman lain supaya berubah menjadi mukmin yang sejati . dan teruslah sedar bahawa generasi muda kitalah sepatutnya bangkit membanteras masalah2 ummat ini .wallahua3lam .
:)
P/S:
jangan hanya pandai melenting tapi tinggal solat . minum arak berzina tak ingat taubat .
duduk bersila tak penat mengumpat .pakai pulak baju yang ketat2 .dah tak tahu apa nak buat .lama2 lupa sampai akhirat tak ingat . jangan sampai dah di lubang kubur baru nak sedar kiamat dah dekat .
^_^
via Villa Ammu Ahla ,
Kenitra , Morocco .
.
segala isi dan fikrah ini ditulis oleh saya sendiri,sebarang percanggahan dengan mana2 pihak tertentu amatlah dipohon dgn sejuta kemaafan , dan menjadi pilihan buat mereka untuk menolak pendapat saya .kerana 'kullu kalam yu'khozu wa yurod , illa al ma3soom'
setiap perkataan,pendapat, boleh diambil dan ditolak,melainkan satu , hadis nabi s.a.w.
wallahua3lam