Pejuang Berani Mati.

Saturday, June 4, 2011

SAYA BLOGGER HIJAU YANG CINTAKAN KEHIJAUAN DUNIA..


entry lepas x sempat di publish oleh abg ben sbb lewat,haha,kesiam utk oram cam aku yg duk jauh ni.huhu.
.
.
.so skrg kt cni pukul 1413 bersamaan kt mesia kol 2113.so maknanya sempat lagi aku join.hehehehe.

.
.
.
mekasih utk ben ashaari kerana beri peluang sekali lg utk bloggers baru join sesi taaruf nih. let check it out!


syaratnya kene lengkapkan ayat nih. ahah aku bab2 lengkapkan ayat ni mmg sgt suka sbb kt sekolah dlu tatabahasa aku dpt A-. aku serius . :D

Dunia Blog bermakna bagi saya kerana dapat mengisi masa lapang dari terbuang dengan2 kerja2 yang tak berpekdah seperti artis yang duk mengutuk golongan bloggers. haha .


.
.
sekian . =p

Thursday, June 2, 2011

Wardatul Ahla


internet rumah ini sangat siput .

it takes 20 minutes just to upload this video .

ini Vlog aku yg pertama . malas pulak rasa nak menaip .


.
.
.

Ahla merupakan seorang kanak2 yang bijak . anak salah seorang student MA disini .

tonton dan senyumlah melihat celoteh si ahla . . . (;

Diriwayatkan dari Aisyah ra.:
Seorang ibu bersama dua orang anak perempuannya menemuiku untuk meminta (sedekah), namun tiada apa padaku kecuali sebiji kurma yang kuberikan kepadanya dan ia membahagikan kepada anak-anaknya, sedangkan ia sendiri tidak memakannya, setelah itu ia pun bangun dan pergi. Kemudian Nabi Muhammad Saw menemuiku dan kuberitahukan kejadian itu kepadanya. Nabi Muhammad Saw bersabda, “siapa pun yang diuji dengan anak-anak perempuannya dan ia menyenangkan mereka dengan kebajikan maka anak-anak perempuannya akan menjadi perisai mereka dari api neraka”.
-Sahih Bukhari-




Monday, May 30, 2011

kuskus

jumaat 12.30 tenghari : dek terlalu penat tahap power rangers merah , aku terpaksa tidur lepas berhempas pulas tak tidur lepas subuh .
masyarakat morocco memang terkenal dengan menatang nih : kuskus .(tetibe xde kene mengene)
diorg makan menatang nih lepas jumaat dan kitorg pelajar malaysia mmg bertuah sbb ade pakcik tu sudi bagi kitorg kuskus ni setiap ahad tghari .
.
.
.
.
"bang,bang! abang!! (melayang periuk kt kepala aku) adeh! . agak2 la wei nak kejut aku pakai periuk dapur ni . ceh . rupa2nya aku mimpi .

'ha ye , nape ?' jwb aku dgn nada jamal abdillah .'makan kuskus bangun la da tenghari ni .' 'HA!!???biar betik!?'
'punah aku kali ni '. getus aku . 5 darab 2 =10 . 5 waktu ada 17 rakaat . 17 x 2 = 34 rakaat beb aku kene qadha .
.
.
.
perlahan2 aku tolak selimut aku ketepi . aku pandang siling . lama gila aku tidur . koma ke ape aku ni .
dalam keadaan mamai aku basuh muka 'wei asal korg x kejut aku dua hari lepas?'kejam la korg .
......................

.
.
.
.
'semua tergelak,wei jumaat pn belum lagi . ko mimpi ke ape?.ni ha tuan rumah kita bagi kuskus ari ni . '
.............................
sekali lagi aku terkedu sambil mulut aku menyuap . sedap jugak mende alah ni . rasa dia adala mcm dedak itik belakang umah aku .
....

Sunday, May 29, 2011

lawak

semalam aku bersiap utk ke masjid .

keluar saja dari rumah dengan berwangi-wangian aku terasa tekak ku loya .

air liur yang terperangkap di leher seolah2 meronta minta di keluar kan dari kegelapan loya .

secara spontan aku pun meludah ke bumi .ptuih! ahh,lega rasanya getus di hati .

......

tiba-tiba ..

sapa seorang pakcik yang berusia lingkungan 30 -40 an ke atas yang menuju ke masjid juga .

tak semena-mena dia menegur aku dengan nada marah .

"wach etta3rof hadik bilad elmaghrib bilad mumtaz mizyan?wa enti tabsooq fi hada bilad mahbuba?"

terjemahan:'kau tak tau ke morocco ni negara yang bagus?dan kau meludah kat negara yang aku cintai?'

...

pergh . marah betul pakcik ni kat aku .

aku terkedu . rasa mahu baring dan jilat kembali ludah aku tadi . tapi fikir semula mana ada orang ludah ke langit .

...

pakcik tu ketawa dan tergelak seolah2 gembira dgn lawak yang baru dilontarkan .
dia datang peluk aku dan mintak maaf yg dia bergurau aja . sambil bertanya aku orang malaysia ke?sambil tu juga tgn kanan dia mengucup mulut aku dan mengucup pula pada mulutnya menggunakan tangannya .


....

sungguh sekali lagi aku terkedu tomato . lenyek dan terharu akan gurauan masyarakat arab disini . sangat bersifat ukhuwwah fillah .
pakcik tadi sangat mesra dan meluahkan rasa suka dan kagum dengan sifat dan akhlak orang malaysia disini .
lantas kami berjemaah bersama di masjid dan hari itu juga aku dapat merasakan islam merupakan agama sempurna dan mesra . solat berjemaah di masjid amat merapatkan dan menyatukan ummat islam .

....


P/S:kalau di malaysia tak tahulah bagaimana reaksi kalau kita diprovokasi .

Friday, May 27, 2011

Van Buruk


sila dengar lagu ini semasa membaca.

Hari ni saya rindu ayah saya .

jadi hari ni,tergerak hati saya nak tulis satu surat untuk ayah saya.maaf kalau agak jiwang.

Ayah ...

adik tau ayah tak reti membaca dan mungkin ayah tak tahu apa yang adik tulis . tapi adik yakin ayah tahu adik kat sini selalu rindukan ayah . doa untuk ayah selalu adik kirim dari jauh .

Ayah...

hampir 12 tahun kan mak pergi meninggalkan kita semua .dan hampir 12 tahun juga ayah memulakan kehidupan bersama keluarga baru . namun jelas pada raut wajah ayah , ayah masih rindukan mak .adik tahu sebab ayah selalu sebut pasal mak sewaktu kita bersama-sama ke kebun dalam lori usang untuk memetik sawit . ayah cerita yang kalau tiada arwah, masakan ada kebun ini , masakan ada lori ini , masakan ada van buruk yang telah ayah jual itu , masakan ada anak2 seramai 9 orang yang berjaya ini ,walau 2 darinya juga menemani mak di syurga sana.
sambil tangan uzur ayah memegang sabit sawit itu juga ayah ketawa cerita kerenah mak yang minta itu ini , namun di hujung nada ayah jelas terlihat kata senyum yang mengakhiri bicara mak lakukan itu semua demi kebaikan keluarga .

Ayah...

4 bulan sebelum mak pergi ,adik masih ingat situasi yang sentiasa terpahat dilubuk hati adik . sampai kini jika ia timbul dipermukaan hati ,ia pasti menggamit emosi .

pada waktu itu adik baru berusia 10 tahun ,yang masih nakal dan manja dengan dunia kanak2 .kakyang , kakak , semuanya di asrama bersekolah dan waktu itu adalah waktu yang amat berkesan untuk adik merakam memori yang berlaku pada waktu ketika itu .kerana hanya kita bertiga di rumah .adik tak tahu , sungguh tak tahu pada waktu itu , ayah sedang menanggung rahsia mak menghidapi penyakit kanser . penyakit yang sama menjadi sebab musabbab dia tersenyum di syurga hari ini .

tiba satu hari ,pulang saja dari sekolah , macam biasa pasti adik akan mendapatkan mak untuk bermanja .namun , adik tak nampak kelibat mak .getus di hati adik , mungkin mak keluar melakukan aktiviti mulia yang selalu dilakukan saban waktu iaitu mengikuti kelas tajwid bersama ibu-ibu felda .

petang tiba , masih tiada kelibat mak . senja tiba mak masih tidak muncul . suasana di rumah waktu itu sangat sunyi . senja itu hanya adik di rumah .sejuk .adik duduk disudut dapur . menanti mak dan ayah pulang , namun hampa .

dalam beberapa minit selepas itu bunyi van masuk di pagar rumah jelas kedengaran di telinga adik . cepat2 adik bergegas ke luar . namun , hanya ayah di pintu rumah sambil membawa pulang dua bungkus nasi yang mungkin ayah beli dari kedai makan .kelihatan pada waktu itu wajah ayah sangat suram , bermasam durja .seolah2 ada sesuatu yang sedang disembunyikan dari kanak2 kecil ini . 'dalam hati adik , ah, mungkin ayah penat bekerja barangkali.'.hanya itu yang mampu adik fikirkan pada usia semuda itu .

isyak sudah berlalu , namun suara mak masih tidak berkumandang . selalunya pada waktu itu mak dah panggil kami itu menikmati hidangan makan malam . namun kosong . hanya adik dan ayah di rumah . ayah beritahu kalau lapar , makan lah nasi yang dia bungkus tadi . adik pun apa lagi , memang feveret nasi ayam adik ayah belikan . adik ajak ayah makan sama namun hanya senyuman yang dilontarkan . ayah ke ruang tamu memicit remote control seolah2 ingin mengisi kekosongan yang ada . akhirnya , ayah terlelap di kusyen ..


Ayah ...

masuk hari kedua , mak masih tiada , adik buntu , mula timbul di hati rasa sayu , rasa syahdu . rasa rindu . kemana mak . ayah ..apa yang ayah dah buat sampai mak tak ada ? adik rindu mak ayah ..kenapa ayah tak jawab soalan adik mak kemana .


Ayah...
adik masih ingat..
hari ketiga mak masih tiada di rumah . adik sudah muak dengan ajinomoto kedai makan dalam masakan yang dibungkus .ah,adik tak boleh macam ni , nak jugak nasi dan lauk yang mak masakkan .tak hadam rasanya makanan bertapau ni .adik tekad ,budak berumur 10 tahun ini cuba menunjukkan bakat . menyelongkar lauk yang ada didalam peti sejuk .oh ya , ada ikan kembung . adik ambil lesung batu mengetuk ais yang tebal pada ikan utk dikeluarkan .bagus berjaya . adik ambil minyak dan menggoreng ikan yang terlebih warna kuning kunyit untuk dijadikan makan malam bersama mak dan ayah ,dengan harapnya mak ada .

nasi dan lauk sudah adik hidangkan .adik tunggu ayah pulang kerana sejak dua tiga hari ni ayah sering keluar pagi balik malam , mungkin mencari mak barangkali , hati kecil adik berkata membuat keputusan bahawa mak sudah lari dari rumah ni . setengah jam telah adik bunuh waktu dengan usaha menghidangkan apa yang adik cuba masakkan . namun hampa jua , hanya wajah muram ayah yang kembali .adik ajak ayah makan sekali ikan goreng , ada nasi . marilah , dah lama adik tak makan sama2 ayah .ayah melihat adik sambil tersenyum , adik makan lah ya . ayah dah kenyang . jelas sekali ayah menipu , jelas juga bayangan di wajah ayah yang ayah sedang merisaukan sesuatu . sehingga menyekat selera makannya . ya , adik yakin . adik jelas kasih sayang dan cinta ayah pada mak . adik juga tahu ayah sedang rindu pada mak .


Ayah ..
adik masih ingat.
pagi itu ayah kejutkan adik , katakan padaku hari ini adik tak perlu ke sekolah , jom ikut ayah getusnya . aku bersiap2 solat subuh dan memakai pakaian yang cantik . mungkin hari ini ayah mahu bawa aku jumpa emak . harap aku dalam hati . ayah kata mahu ke kuala pilah , sebelum itu kami singgah di kedai makan untuk bersarapan . macam biasa ,ayah suka teh susu .itu yang di order nya , kerna mungkin sudah lama tidak minum teh susu mak buat . adik pula ayah suruh makan kenyang2 .di saat itu adik dapat rasakan masa yang adik kongsi bersama ayah amat berharga .walau hanya bisu pembual bicara antara kami . namun setiap detik detik waktu yang ku habiskan , amat jelas dalam ingatan .


Ayah...
tiba saja di kuala pilah ayah menuju ke hospital kuala pilah .eh nak buat apa di hospital ini fikirku . tiba di hospital di wad wanita , aku lihat di hujung katil sebujur tubuh yang sering ku dakapi setiap malam sedang terlantar di katil wad . mak......


rupa2nya selama mak hilang , mak ke hospital sendirian , merajuk dek sakit kanser yang ditanggung . tidak menceritakan pada ayah pada sesiapa .hari yang ke tiga baru ayah tahu yang mak sedang menginap di wad di hospital kuala pilah hasil instict seorang suami yang kasihkan isteri .dan sampai kini adik tak tahu mcm mana ayah jumpa mak.

adik peluk mak , menangis , dan bertanya kemana mak pergi?napa tinggalkan adik kat rumah sorg2 , adik ingat mak marah adik . mak hanya tersenyum sambil menjawab ."mak kan ada ni...."

Ayah..
adik tahu ayah sayangkan mak sangat2 , sebab bermula dari tahu mak perlukan kos rawatan yang tinggi untuk bedah . ayah sangat berusaha bekerja keras tanpa mak disisi dan hanya kami sahaja , kadang2 saja kakak2 dan abang2 pulang menemani kami berdua .


Ayah...

kini adik tahu,bermula pada detik2 sukar kita menerima berita mak mengidap kanser . dari situlah adik nampak betapa ayah berusaha untuk menyembuh dan mengembalikan kesihatan mak sehingga berjaya,bermacam2 usaha ayah lakukan,dari hospital kuala pilah sehingga ke hospital kuala lumpur . berhari2 adik temankan ayah berulang alik menggunakan van biru buruk yang ayah telah jual itu .dan selama itulah jualah hari2 adik temankan ayah , baru kini adik tahu betapa kuatnya cinta dan kasih ayah pada mak .dan sampai sekarang juga adik tahu memori inilah yang menjadi tali antara kita yang tidak akan terputus selama2 nya .

Ayah..
adik sayangkan ayah ..
salam rindu dari kejauhan ..




P/S:maaf tak dapat cerita panjang lebar ,sebab biarlah kenangan yang tidak diceritakan itu menjadi kenangan berharga buat saya , mak dan ayah .marilah sama2 kita berdoa pada kedua ibubapa kita .

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu)Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)







Saya Nak Join Bloglist andyhowtt

http://andyhowtt.com/jom-join-my-bloglist/

Andy mtk sebab . sebab :
1-Andy rajin update blog .
2-blog Andy ada Maharaja Lawak.


Ngee .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...