semalam aku bersiap utk ke masjid .
keluar saja dari rumah dengan berwangi-wangian aku terasa tekak ku loya .
air liur yang terperangkap di leher seolah2 meronta minta di keluar kan dari kegelapan loya .
secara spontan aku pun meludah ke bumi .ptuih! ahh,lega rasanya getus di hati .
......
tiba-tiba ..
sapa seorang pakcik yang berusia lingkungan 30 -40 an ke atas yang menuju ke masjid juga .
tak semena-mena dia menegur aku dengan nada marah .
"wach etta3rof hadik bilad elmaghrib bilad mumtaz mizyan?wa enti tabsooq fi hada bilad mahbuba?"
terjemahan:'kau tak tau ke morocco ni negara yang bagus?dan kau meludah kat negara yang aku cintai?'
...
pergh . marah betul pakcik ni kat aku .
aku terkedu . rasa mahu baring dan jilat kembali ludah aku tadi . tapi fikir semula mana ada orang ludah ke langit .
...
pakcik tu ketawa dan tergelak seolah2 gembira dgn lawak yang baru dilontarkan .
dia datang peluk aku dan mintak maaf yg dia bergurau aja . sambil bertanya aku orang malaysia ke?sambil tu juga tgn kanan dia mengucup mulut aku dan mengucup pula pada mulutnya menggunakan tangannya .
....
sungguh sekali lagi aku terkedu tomato . lenyek dan terharu akan gurauan masyarakat arab disini . sangat bersifat ukhuwwah fillah .
pakcik tadi sangat mesra dan meluahkan rasa suka dan kagum dengan sifat dan akhlak orang malaysia disini .
lantas kami berjemaah bersama di masjid dan hari itu juga aku dapat merasakan islam merupakan agama sempurna dan mesra . solat berjemaah di masjid amat merapatkan dan menyatukan ummat islam .
....
P/S:kalau di malaysia tak tahulah bagaimana reaksi kalau kita diprovokasi .
No comments:
Post a Comment