Pejuang Berani Mati.

Tuesday, June 7, 2011

Sedekah

semalam baru lepas Jalan-jalan ke Khubbazaat. (sebuah pasar-bising-riuh di kenitra)
melintas jalan .
terus hilang kedalam perut bising pasar .
.
.

jalan sikit , berhenti .
sangat sesak . panas .
.
.

sedang cuba tembus dari kalut .
datang sebuah tangan mulus berpaut .
.
.
seorang anak kecil minta belas sedikit suapan .
aku terkedu .
syiling sahaja yang tinggal .
.
.
tanpa fikir panjang , terus mengeluarkan dirham 10 sen .
anak kecil tersenyum dan berlalu .

.
.
.
sejam kemudian .
sebuah jersey berharga 70 dirham ku genggam .
dan ku bawa pulang .
.
.
sedang aku dalam perjalanan .
ku lihat anak kecil tadi hanya berseluar sepinggang .
.
.
.
oh tuhan .ampunkan .
layakkah jersey ini ku sarungkan?
.
.
.
.
.

p/s:kita mudah membelanja dari memberi .


BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK


sesiapa nak join boleh klik sini .

dan sesiapa yang nak saya letak link dia . boleh tinggalkan link blog anda , dan saya akan masukkan link blog anda terus ke backline sy . mekasih buat Jamal yang sudi menegur kesilapan sy .seterusnya saya akan follow dan balas komen anda,insyaAllah . saya akan update dari masa ke semasa . jawapan saya kepada mereka yang berminat adalah 'saya pun berminat!' . so , jgn risau . saya akan masukkan link blog anda pada bloglist saya .

Selamat Berblogging dan blogjogging !



thanks guys and follow me too !

ngee .

Monday, June 6, 2011

Hana Tajima


sumber:Facebook Hana tajima

udy skang tgh tangkap cintun dgn Hana Tajima .


hm,seorang pereka fesyen muallaf yang eksotik dan cantik .




kalau korang tak tau , dialah pereka fesyen Tudung Yuna .



Hana ni comel sebab kacukan British dan Jepang .


.

korang bulih belajar cara fesyen tudung yang pelbagai kat youtube yang dia ajar . taip je hana tajima .


so hana ,tahniah kerana menjadikan tudung freedom kamu . freedom as a muslimah .


keep it up Hana .




P/S: at least dia bertudung .lebih baik dari tak langsung . udy doa supaya dia berbaju kurung . =)

Sunday, June 5, 2011

Jamban Karok

apa perasaan korang apabila bangun pagi2 nak buang ayaq kecik tetibe jamban penuh pulak .

terpaksa amek nombor giliran dulu baru boleh masuk . silap haribulan kalau tak beratur , pak guard pukul dengan kayu coti . aduih .

.
.
.

rumah kami ada jamban yang sangat comel dan bersih .

jamban rumah kami juga dwi versi . 2 dalam 1 .

boleh digunakan untuk melepaskan hajat , mengelak hajat dan mengambil hajat .(ambil wuduk ok . -_-)

disamping itu juga jamban kami ni digunakan oleh deejay2 yang berbakat yang merangkap artis banyak bahasa .

kadang-kadang lagu melayu , ada time lagu hindustan . adakala nya lagu jepang dan korea yang bunyi ujung2 je . sebab x hapal . sebab tu artis rumah ni sgt mempunyai kebolehan menyanyi bahasa asing .

.
.
.
.

kalau mcm ni hati sangat teruja . rasa nak menyanyi lama2 .

.
.

tapi ,ironinya ,kalau mcm ni ? fobia . arghh . On air pulak .


.
.
.
.
.


kepit . sempit . ketat . padat . sendat . mampat .

-_-'

Promosi Blog Di Kizmyself

assalamualaikum semua !

hari ni udy nak share wt blogger-blogger hijau mcm udy ni untuk banyak join kontes promosi blog kat blog2 femes . so , korang leh join tanpa rasa segan sepit sbb ia terbuka untuk mereka yang rajin.


oke! ni langkah-langkau untuk menyertainya pun akan dienyer .(ayat jozan acai)


1-Buat entry ringkas tentang segmen ini di blog anda dengan tajuk "Segmen : Promosi Blog Di Kizmyself ".


2-Follow atau tak follow terpulang anda.Tapi wajib sertakan header dan link blog ini di entry anda.

http://kizmyself.blogspot.com
3-Kalau nak tag rakan2 pun boleh,tidak tag pun tak mengapa.


4-Dah siap sila letak links entry anda di ruangan komen entry tersebut .


okeh! selamat melobi dari datuk Udy !

Saturday, June 4, 2011

Ikan kerapu Masak Sweet Sour

hari ni udy nak kongsi resepi untuk korang .

resepi ni hasil exploitasi udy sendiri berpandukan bahan yang sangat terhad disini .

so , let's get it started !

BAHAN-BAHAN

1 ekor ikan Merapu kerapu .
Kunyit .
Garam .
Gula .
Asam Jawa .
Serbuk kari .
bawang putih .
bawang merah . ( dipotong dadu , mcm buah dadu tu.petak2 comel )
halia .
Timun batang . (ptg dadu)
Lobak merah . (ptg dadu)
Tomato merah .
cili boh . (udy wt sendiri jerk , proses dri cili kering )
sos tiram .
tepung jagung .
sos ikan .
belacan .
kicap masin jalen .(mujur ada ,dlu encik Rosman jual,beliau rakyat mlysia yg berkahwin dgn arab maghribi)

Okeh !

setel bahagian Bahan2 .

ok sekarang udy cerita step yang udy buat . sebab udy suka setelkan satu2 .

first , udy siang ikan ,bersihkan dan buang sisik dia . bersih betul2 .

kemudian keringkan ikan tersebut dengan tisu . supaya nanti bila digoreng , ikan tu tak melekat kat kuali .

lepas dah kering , udy amek kunyit , serbuk kari dan tepung jagung , kemudian sapu kan pada ikan . and then bila dah sapu , amek garam halus , ikut kadar yang berpatutan , takut nanti ikan terlebih masin . meludah pulak masa makan . hehe .

orait , setel semua . biarkan ikan tu dan panaskan minyak . pastikan minyak tu betul2 panas . nak tau camne betul2 panas? ha cuba masukkan jari dalam kuali tu , kalau melecur panas la . (jgn buat ok )

bila minyak dah panas . goreng la ikan tadi sampai garing .

okeh setel ikan dah siap !

KUAH SWEET SOUR

sekarang , udy siapkan kuah sweet sour pula .

panaskan minyak .

tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau .

kemudian tumis pula cili boh tadi sampai cili tu betul2 masak . kalau tak nanti sakit perut .

bila dah bau ala-ala restoren tomyam , masukkan air asam jawa . guna air suam masa perah asam jawa .masukkan sos ikan , sos tiram mengikut citarasa .

kalau nak banyak kuah dia . buh lagi air .

masukkan garam , kicap , gula .

kemudian masukkan sayur2 yang telah dipotong dadu .

cubit sikit belacan . masukkan .

pastu nanti tunggu la sampai agak2 dah masak . korang tutup la api .

okeh sudah siap !

ni hasilnya ! makan untuk 7 orang .

Jeng Jeng Jeng . terubat rindu makan masak sweet sour . nyum3x .



P/S : masa makan , aku tanye room8 sedap ke tak , dorang diam , tanya sekali lagi baru jawab sedap . amboi makan sampai terdiam . and then , aku cakap , bagus la . ikan kan ade protozoa ,elok untuk badan .
.
.
.
.
beberapa saat kemudian . diorang curah lauk kat aku . protein la pandai !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...