Pejuang Berani Mati.

Saturday, May 21, 2011

CR7 vs UDY7


VS

CR7+1 season =102 goals .
vs
Udy7+1 blog = 10 Followers .



CR7 + 26 years old = 1 son .
vs
Udy7+24 years old = 1 big belly pump .



CR7 + 185 cm + 83 kg = Handsome .
vs
Udy7 +165 + 83 kg = Awesome !!
.
.
.
.
.
CR7 break new record by scoring 40 goals when Udy7 break new record by overweight about 40 kilo's . OMG . that was the different between Udy and Cristy .


P/S : congrat to Real Madrid and Cristiano Ronaldo for breaking the history record El-Pichichi . Hala Madrid!



Aku tak Faham

kenapa kita suka mengumpat?


tak boleh ke kita ubah sikap suka mengumpat tu kepada suka bersyair ke,suka berpantun ke,caklempong ke,cuba cipta satu aktiviti yang sihat.

mengumpat ni sebenarnya menghabiskan banyak perkara,pertama menghabiskan masa terbuang begitu saja,kalau boleh kutip masa tu ok la jugak kan.

mengumpat ni juga menghabiskan air liur,tp kalau org yg pro mengumpat siap bawa air mineral letak kt tepi masa mengumpat,rasa kering tekak je, minum .

ketiga,mengumpat ni sebenarnya sifat monyet,korang penah tengok monyet tak?kan time panas2 tu diorg ni berkumpul,sekor pegang kepala cari kutu pastu makan,sambil mengumpat monyet lain yang tak pandai melawa.xkan korang suka jd monyet kot?

mengumpat ni juga menjadikan seseorang itu tak bertanggungjawab ,bayangkan kalau dah start mengumpat ni,anak,lauk kat dapur,baju dalam mesin basuh,abis semua lupa.silap2 aribulan suami dlm tandas terlupa towel pun boleh lupa,hah kuyup dan kecut laki diorg ni dlm bilik air.

sebenarnya kita orang melayu memang sudah terbiasa dengan didikan mengumpat ni,yela cuba korang ingat semula masa kecik2,mak mak kita makcik2 kita ni,time kita x reti membaca dia ajar kita membaca,tp dlm pada mngajar tu ada jugak menyebut,"ko ni jgn jd bengap xpandai membaca,sok jd mcm anak jiran sebelah ni nak sebut huruf pun x reti".daripada kecik kita sudah disuap dengan dosa mengumpat ni .cuma kita je buat2 tak sedar.

ketahuilah dosa mengumpat ni sangat besar,ia boleh datang dalam keadaan kita yang sgt spontan dan xperasan.aku yakin korg kalau tgh bengang dgn cikgu,kwn,makwe bahkan mak ayah sendiri pun korang akan mengumpat diorg.

hati2 lah dengan mulut.takut nanti nak masuk syurga kita sangkut.

bahkan yang paling kita takut,jika berterusan kita mengumpat,kita lagi teruk dari orang berzina.orang berzina tu lagi mulia dari orang mengumpat.


sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

wallahua'lam .


Thursday, May 19, 2011

Pengaruh

credit this photo:shariff suhaimi

krew rakaman syahadah RTM1 baru saja selesai buat penggambaran di morocco dan spain . destinasi terakhir mereka adalah di Rabat,Morocco .semalam aku pegi majlis simulasi aidilfitri untuk meraikan rancangan syahadah , well , masuk kali ni dah kali ke 3 sepanjang aku berada disini mereka ni datang . sejak kebelakangan ni Morocco ni menjadi liputan pulak oleh rakyat malaysia .x putus2 pulak diorg ni datang sini , ada yang datang berjalan , datang cari jodoh , datang buat penggambaran , dan ada yang tak tahu tujuan diorg dtg sini pun ada , ahah , yang tu biasanya adik2 baru yang masih shock culture ,but everything is kheir .


program simulasi aidilfitri ...(eh,ape aku nak tulis ni)ha..


menurut kamus dewan , eh menurut pengalaman aku ,ketiga2 krew yang datang sini semua ada tujuan yang berbeza , first RTM1 rancangan panorama yang disiarkan pada hari raya pertama dan muka ade la masuk frame , boleh check kat sini . kali kedua pula merupakan krew jejak rasul yang datang , dorang rakam jugak ucapan aku ,dan jiran belakang rumah aku jerit nama aku waktu aku rempit nak g kedai,seb baik aku tak terjun longkang,dia jerit "wei artis!,banggo den orang felda masuk tibi,"fuh.ingatkan apa la.selain tu,krew jejak rasul ni, mereka lebih banyak siarkan slot berkenaan rentetan sejarah ,tidak seperti slot panorama ni yang 100 peratus menceritakan tentang suasana aidilfitri disini .

dan kali yang ketiga ni tak tau lah diorg siarkan atau tidak muka hensem aku ni kt tibi . haha . buat tok penghulu kampung felda , jiran sebelah rumah aku ,dan tidak lupa jugak lobai sahak merangkap JKKK surau felda ,jangan lupo tengok rancangan syahadah di RTM1 pada syawal pertama. :P


ok!baru mukaddimah,mukaddimah dah macam karangan budak darjah 6 pulak . tajuk aku tak ada kaitan dengan mukaddimah tadi , dan apa yang aku nak cerita sebenarnya adalah pengaruh .sewaktu dalam program simulasi aidilfitri tadi,ak
u amat tertarik nak citer kerenah adik comel ini .

Adik Sarah binti Sofree
anak pegawai syarikat Al-Hidayah Maghribi

beliau mmg comel dan lincah ,sewaktu orang dok sibuk melakukan sesi rakaman tv,beliau sibuk menyuruh sorg kawan aku untuk snap gmbr dia .

snap 1 : peace , snap 2 :senyum lebar , snap 3: bla bla bla .

abis je snap yang terakhir dia ckap kt kitorg , "abg abg!nanti jgn lupa masuk kan gmbr sarah kt fesbuk ye.nama sarah sofree ye,".

outspoken . outstanding .

budak2 zaman sekarang sangat peka dengan keadaan sekeliling , pengaruh yang kuat amat merungsingkan,namun adik sarah kat atas ini sangat baik ya,rajin baca buku dan rajin baca muqaddam.mak bapak dia orang baik,aku kenal . sekian .itu saja .








P/S:zaman anak aku esok , aku harap mereka lebih fokus kepada alquranbook berbanding facebook.Wallahua3lam .insyaAllah .

ada apa dengan 7?


pertama-tamanya,tahniah buat followers bertuah blog aku yang ke 7 . lutfi lokman kerana berjaya menjadi follower aku yang ke 7,dan nombor feveret aku ni nombor 7,so blog aku pun udy7. udy tu singkatan daripada 'U'bai'D'illah , manakala angka 7 pula angka yang amat istimewa yang byk disebut didalam alquran , namun secara personalnya , angka 7 tu adalah diri aku .

korang nak tau rahsia angka 7 ni?

first lutfi lokman kompem tau pasal rahsia ni sbb beliau sgt power dalam bidang alquran .respek sama dia .dan beliau mmg telah dipilih Allah untuk mendapat hadiah daripada aku iaitu ini . tadaaa ..
bukan aku nak hadiahkan ammu tu pada cik lutfi . tapi djellaba itu yang niat aku mahu hadiahkan .insyaAllah kalau beliau bagi alamat seperti yang aku minta . sampai la kot kt tgn dia .hehe .


toyyib . berbalik kepada rahsia angka 7 tadi . nih aku nak citer sikit jela , nanti korang carik dan bukak alquran sendiri ok .

  1. bumi,langit,mempunyai 7 lapisan .sumber(Attalaq:12,Almulk:3)
  2. tawaf haji=7x ,sai3=7x,jamrah=7x.
  3. surah alfatihah ada 7 ayat,ada ulama sebut surah fatihah ni "sab3ul matsaani".
  4. angka pertama sekali yang disebut dalam alquran setelah nombor 1.(Albaqarah:29)
so,tu jela yg aku boleh bg rahsia nombor 7 ni.kenapa,mengapa,dan bagaimana Allah boleh pilih nombor 7 ni korg jgn tanya aku.carilah hikmahnya sendiri.

wallahua3lam .كل كلام يؤخذ و يرد,ألا المعصوم


P/S:walau aku suke nombor 7,ada tmpt2 yg aku abaikan nombor 7,seperti saf jemaah solat xkan nak saf ke 7.pekse dalam exam xkan nak nombor 7.dan yang paling penting,xkan dalam akidah pulak aku ada 7 tuhan,sudah tentu ahad(1)..hehe

Menipu

AMARAN:entry ini tidak ada kena mengena dengan mana2 pihak,kalau tak puas hati,percayalah,anda sedang menipu diri sendiri.

okay,Assalamualaikum.percaya atau tidak , dalam kehidupan kita seharian , kita banyak menipu diri kita dan orang disekeliling kita .

kenapa aku cakap macam tu ? aku dah perhati perkara ni lama dah berlaku di kalangan kita semua.kita menipu kawan kita,kita menipu family kita,bahkan kita menipu diri kita.tipu camna yang aku maksudkan?

ok , kau tengok list aku buat ni .

1 . bila kau dengar kawan kau cakap kau tak boleh buat itu ini,tapi dia terkantoi dgn kau.dia pun mtk maaf kt kau,pastu kau pun cakap"eh takpe,its okay".

2 .bila kau jumpa orang2 yang lebih tua dari kau,orang yang lebih berpangkat dari kau,yang kau kurang kenal dan bila tanya khabar ,kau jawab seolah2 macam kau dah kenal dia 10 tahun .lepas tu kau buat2 cari topik supaya org tu tak cakap kau sombong .

3 .bila member kau buat bising,kau mengumpat dia kat belakang,marah dia belakang2,tapi bila dia ada depan kau,kau buat dia macam dialah budak paling pendiam dalam dunia ni.

4 .kau tengok orang lain buat salah,dia malas blaja,kuat tido,lepas tu kau takut tegur dia,sebab takut nanti dia cakap kau poyo , macam bagus .

5 .kau tegur kawan kau jangan buat itu ini , tegur demi kebaikan dia ,tapi bila kau ditegur sikit,malaikat lalu pun kau tak senyum .

6 .kau sayu dan sedih tengok orang miskin tak ada duit , tapi sejam lepas tu kau gelak2 kat kedai makan depan makanan.

7 .orang puji kau hensem,kau cantik,kau cute,kau hebat,kau lah wira,kau lah pejuang , kau lah faizal tahir,lepas tu kau cakap "eh,mana ada,biase2 jela."

8 .kau marah bila ada orang drop kawan kau yang tak pandai main bola , kau marah dia backup kononnya tak baik kutuk dia .

9 .kau rindu kampung dan rumah kau,rindu adik2 kau yang selalu kau sepak,kau rindu kakak dan abang2 yang selalu bg kau nasihat.

10.kau marah suami/isteri kau tak jaga anak,kau cakap dia tak pedulikan anak2.

11 .kau cakap dia ni jahat,dia ni umpat kau,dia ni aniaya kau,kaulah manusia paling terhina kat bumi ni.

12 .kau marah bila ada orang hantar mak bapak ke rumah orang2 tua,kau cakap diorang tak sayang kat mak ayah,tak patut diorang buat mcm tu.

13 .kau cakap kau sayang mak kau,kau heboh kat dalam fesbuk,twitter,myspace,formspring,blogger,kaunter pertanyaan,pejabat kadi,abis semua tempatlah kau cakap kau sayang mak kau.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..................................................

hakikatnya , kau mmg penipu .


__________________________________________________________________________


SELAMAT HARI IBU MAK..
RINDU MAK...
SAYA MENIPU TAK MAK?...


ALFATIHAH.
ALLAYARHAMAH KELESOM BINTI MAHAMOOD.
1998-2011



Spaghetti


lama dah saya tak update blog , kali ni saya update blog khas untuk berkongsi resepi untuk anda semua , satu resepi yang selalu saya buat . nyum2 , lets check it out .!

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang


Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...