tak boleh ke kita ubah sikap suka mengumpat tu kepada suka bersyair ke,suka berpantun ke,caklempong ke,cuba cipta satu aktiviti yang sihat.
mengumpat ni sebenarnya menghabiskan banyak perkara,pertama menghabiskan masa terbuang begitu saja,kalau boleh kutip masa tu ok la jugak kan.
mengumpat ni juga menghabiskan air liur,tp kalau org yg pro mengumpat siap bawa air mineral letak kt tepi masa mengumpat,rasa kering tekak je, minum .
ketiga,mengumpat ni sebenarnya sifat monyet,korang penah tengok monyet tak?kan time panas2 tu diorg ni berkumpul,sekor pegang kepala cari kutu pastu makan,sambil mengumpat monyet lain yang tak pandai melawa.xkan korang suka jd monyet kot?
mengumpat ni juga menjadikan seseorang itu tak bertanggungjawab ,bayangkan kalau dah start mengumpat ni,anak,lauk kat dapur,baju dalam mesin basuh,abis semua lupa.silap2 aribulan suami dlm tandas terlupa towel pun boleh lupa,hah kuyup dan kecut laki diorg ni dlm bilik air.
sebenarnya kita orang melayu memang sudah terbiasa dengan didikan mengumpat ni,yela cuba korang ingat semula masa kecik2,mak mak kita makcik2 kita ni,time kita x reti membaca dia ajar kita membaca,tp dlm pada mngajar tu ada jugak menyebut,"ko ni jgn jd bengap xpandai membaca,sok jd mcm anak jiran sebelah ni nak sebut huruf pun x reti".daripada kecik kita sudah disuap dengan dosa mengumpat ni .cuma kita je buat2 tak sedar.
ketahuilah dosa mengumpat ni sangat besar,ia boleh datang dalam keadaan kita yang sgt spontan dan xperasan.aku yakin korg kalau tgh bengang dgn cikgu,kwn,makwe bahkan mak ayah sendiri pun korang akan mengumpat diorg.
hati2 lah dengan mulut.takut nanti nak masuk syurga kita sangkut.
bahkan yang paling kita takut,jika berterusan kita mengumpat,kita lagi teruk dari orang berzina.orang berzina tu lagi mulia dari orang mengumpat.
sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
wallahua'lam .
4 comments:
post yg sangat2 bermanfaat...
syukran ubai :)
sama2 amirah . biasa2 aja . that is our responsibility .hehe
insaffff...!!!
Feena : baguslah . sy pun insaf . :P
Post a Comment