
hanya baru pagi tadi aku telah dikejutkan oleh satu kelibat berbentuk seperti anak kucing,berwarna hitam melompat keluar dari lubang jamban sewaktu aku mahu hendak masuk tandas.ini merupakan kali yang ke tiga sepanjang aku berada disini mengalami peristiwa ini,apepun alhamdulillah.taklah sampai aku pengsan tgok benda alah tu.
Kali Pertama
kali pertama tu ,ade la satu pagi ni pada taun 2008 yang lepas,dirumah sewa pertama kitorg ,aku duduk berkongsi 3 orang satu bilik manakala kwn2 aku yg len 2 org satu bilik .so umah tu ade 3 bilik dan aku bilik utama,sebelah bilik kedua dan depan bilik ketiga.bangun saja dari tidur aku nampak satu lembaga berupa bayang hitam terbang menembusi dinding dan hilang,mulanya aku rasa ahh,bayangan aku sahaja kot,namun lepas kitorg makan malam sama2 dgn ahli rumah,aku pun beranikan diri tanye kwn aku sorg ni."is,pagi tdi ko nampak x apa yg aku nampak?"tanya aku.
"ape die?"jwb is.aku balas"ala,aku nmpk lembaga hitam tembus dinding aku pg tdi,pastu masuk bilik ko,xtau la .saje tanye ko kot2 ko nampak.".is jwb"eh,aku baru nak citer,ko nmpk jugak ke?mmg pg tdi aku tgh ngadap laptop,aku nmpk bende tu tembus dinding".
Reaksi
ape lg,aku pun agak terkejut la ,sbb selama aku hidup,x penah alami peristiwa mcm ni,dan aku ni jenis yg x layan sgt citer2 hantu ni,tp bile dah tgok sendiri,aku yakin la makhluk tu mmg wujud dan wajib diimani.kali kedua tu plak dirumah yg sama,aku xleh bgun terasa mcm dihimpit bende,nak panggil org x larat,lantas hanya mampu menjerit ,sewaktu nak menjerit tu aku nampak sebuah kepala melayang dtg ke depan muka aku,muka mmg weird dan horror.aku geram sbb aku x dpt nak ckp apa2,last2 aku cuba azan dan alhamdulillah baru la betul2 tersedar dan menggerakkan bdn.kepala tu pun terus bla gitu je.ceh!ni kali kedua jumpe makhluk2 nih.
dan yg terbaru hari ni sewaktu aku nak melepaskan hajat ,waktu tu mmg tgh mamai la dan nampak plak bende tu keluar dari lubang tandas,aku kejar tgok belakang baldi,aik takde pulak.takpela,ini rumah dorg..
Kesimpulan
"Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas."
(Surah al-Hijr: 26-27)
depa ni mmg wujud,dan kita diberi kekurangan oleh Allah untuk tidak dapat melihat mereka,namun kadang2 dengan izin Allah ,kita dapat melihat kelibat mereka yang dikatakan berkongsi bumi yang sama.so,aku harap korang semua janganlah takut dengan mereka kerana mereka juga hidup dengan izin Allah taala.kita cuma harus menjaga adab2 kita sahaja apabila berada di tempat2 seperti tandas,hutan dan sbgainya.kalau Allah tak izin untuk mereka mencederakan atau merasuk kita,maka tidaklah dapat mereka lakukannya,namun jika Allah izinkan mereka ,tu yg jd kene rasuk ,kene sihir dan sebagainya.apa yg patut kita lakukan hanyalah sentiasa mengamalkan ajaran Rasulullah s.a.w dalam setiap gerak geri dalam hidup,bermula dari bangun tidur,sampai lah kembali ke tempat tidur,harus mengamalkan doa2,dan adab2 supaya diri kita tidak diganggu mereka.wallahua3lam.
No comments:
Post a Comment