kadang-kadang,kita manusia ni sering merasa kita boleh menyelesaikan semua masalah,walau besar mana pun masalah tu,kita rasa kita boleh selesaikan,tapi,pernahkah kita terfikir kadang2 ada masalah yang kita tak dapat nak selesaikan dan harus percaya yang ia memerlukan tali harapan dari Ilahi yang maha memahami,maha mengetahui,maha menguasai.bahkan yang paling tidak diingini bila kita mampu selesaikan satu masalah,kita lupa yang maha menyelesaikan adalah Allah,bukan diri kita.so,xnak berceramah panjang kat cni , aku ade citer nak share,dan aku amat bersyukur sebab ia sebenarnya tidaklah satu keajaiban pun bagi orang yang percaya,tapi ia dapat dirasa satu rahmat yang amat besar,apabila pertamanya kita percaya,kemudian kita nampak buktinya setelah usaha.
Catatan Ilahi
ahad lepas,aku mengagahkan diri utk merajinkan diri ke kelas yang diadakan di masjid,well,masjid muchakhchakh namanya,susah sikit sebut,masjid ni agak jauh la dari umah sebab terpaksa ambil teksi utk ke sana.nak dijadikan ia cerita benar,hari tu aku tidak membawa beg seperti selalu,hanya berbogelkan berlenggang sehelai sepinggang bertemankan henset nokia kesayangan aku ni,(bukan yang kaler pink ).ironinya dalam ketelitian menjaga henset ini supaya tidak tercicir,telah tertulis di lauh mahfuz yang henset tu akan tercicir gak bila nak turun teksi.tanpa disedari aku pun terus bergegas ke masjid kerana kelas sudah 5 minit berjalan tanpa menyedari akan kehilangan henset.ya,henset aku sudah tercicir didalam teksi yang aku tak kenal pakcik tu,dan dia tak kenal aku,bahkan mustahil lah utk aku dapatkan balik henset tuh.bahkan mmg pada waktu tu mmg aku takde kudrat dan kuasa utk memulangkan henset tu kembali pada aku.selesai kelas,aku agak terkesima kerana setelah meraba2 dalam poket jubah,maka akan tiadalah beliau sang telefon bimbit yang sering dibawa ke hulu dan ke selatan itu .muka cuak,darah tak mengalir,jantung berdegup laju.sah!cicir dalam teksi.dan aku pun menstory kan lah kepada sahabat2 seperjuangan ku,maka akan tiada dayalah mereka hanya menunjukkan muka 5 dirham dan terkejut kerana tidak percaya henset semahal itu boleh lost-up(losap) sekelip mata.gulp!
Kecewa
dalam perjalanan pulang,sahabat2ku mengajak utk bersiar2 sambil berpegang2 tgn di pekan Khubazaat,Kenitra.aku menyembunyikan kekecewaanku dengan menunjukkan riak muka Mr.Bean yang senyum sampai ke telinga,dan seolah2 henset itu macam 40 sen sekilo murahnya.sedangkan dalam perut,hanya Allah tahu betapa kecewanya hatiku kerana kehilangannya.kami pun balik lepas puas menikmati petang yang suram.sampai saja kat umah,aku rasa macam ada sesuatu yang kosong di sudut hati ku,bukan kerana aku kecewa dek henset tu hilang,tapi dapat rasa yang kecewa yang Allah beri ni sangat unik sebab ia datang dalam situasi yang mmg aku x dapat nak usaha utk dapatkan balik,dan amat mustahil utk dapatkan semula apa yang aku hilang itu.
Percaya
Selesai Solat Maghrib berjemaah,aku terus bermuram durja,walau pada hakikatnya tidaklah risau mana akan kehilangan henset tu,tapi sedikit sebanyak ia beri kesan pada hati,ya,walau kita mampu untuk mengawal kesan selepas kehilangan,namun kita tak mampu hilangkan kesan yang berbekas di hati.tapi,aku bersyukur sebab aku dikurniakan insan yang amat prihatin akan situasiku."jangan kecewa,teruskan doa,kita cuba kol henset tu semula".ya,masih ada yang prihatin,dan mula dari situ aku mula menanamkan yakin .aku pun bertanya diri aku sendiri,dalam situasi mcm ni,apa patut aku buat?redha semata2 atau usaha?tapi nak usaha mcm mana ek?.barang dah hilang,dah la henset tu silent,pastu pakcik teksi tu tah angkat tah tidak.kat sini aku lupa seketika yang aku ada choice yang paling akhir,iaitu Solat HAJAT.ya..pada saat itu lah aku rasa,inilah yang patut aku lakukan,dan aku amat malu sbb bila dalam keadaan terdesak mcm ni lah baru nak wat solat hajat,tapi kerana aku percaya dan yakin.aku buat juga,dan sokongan kawan2 pulak disaat ini sangat buat aku terharu.ya lah,sama2 satu rumah,walau diorang x dapat nak bantu dari segi usaha mendapatkan,seperti contoh: 'telefon CIA detect enset aku kt mana,atau guna kuasa psikik memegang kepala aku dan mendapatkan clue no plet teksi tu ke,ataupun cuba utk menggunakan jin atau toyol mencari balik enset aku' atau bla bla bla,well,aku tetap syukur,sebab mereka prihatin.
Jawapan
selesai solat hajat dgn kwn2 serumah,aku terus melakukan aktiviti mcm biasa,makan,borak,makan,borak lagi,makan borak lagi ..pang!kene pelempang asyik borak je ..hehe..sori over lak..neway,selesai je melakukan aktiviti,alhamdulillah,insan yg amat prihatin dpt menghubungi telefon ku,dan sgt tidak percaya ,walau dlm keadaan enset itu silent,pastu jatuh pula dibawah kusyen teksi,pakcik teksi itu digerakkan hati oleh Allah s.w.t utk mengangkat panggilan dia.dan sangat tidak percaya,pakcik itu mahu memulangkan kembali hensetku keesokannya..pelik,tp itulah kuasa Allah..3 jam selepas solat hajat.terus diberi jawapan..kalau kita kt malaysia,lepas je hilang,nak2 yang hilang tu henset cokia,terus je pegi bank kuar duit beli iphone..bye bye la kan..
Hikmah
keesokannya pada pukul 1 tghari aku menghubungi pakcik itu untuk berjumpa,dan alhamdulillah,satu lagi hikmah aku jumpa,dah la aku dpt balik enset aku yang cicir,pastu Allah pertemukan pula aku dengan pakcik teksi(2) yang sgt baik hati,dia bwk aku ke tmpt aku nak jumpa pakcik teksi (1) tadi tu dengan percuma!ya percuma!korang bygkan..kalau pepatah ada kata sudah jatuh ditimpa tangga,tapi aku ni lebih dikatakan mcm menyelam sambil minum air sirap limau.syukur,sgt bersyukur..jumpa je pakcik teksi (1) tu ,aku dpt la balik henset tu,masa tu mmg hanya Allah je tahu perasaan aku,walaupun enset aku tu bukanlah mahal mcm iphone4 ,tp nikmat dpt balik brg yg kita hilang tu membuatkan aku sujud syukur tidak semena2,membuatkan org terpana seketika.tanpa berkata apa2,aku menghadiahkan pakcik tu key chain dari Malaysia.masa tu aku mmg x dpt nak fikir nak kasi apa kt pakcik tu.aku harap pakcik tu suka .im feel so blessed sbb masih ada insan yang ada hati budi,dan aku tabik spring 30 juta kali kat pakcik2 teksi tu sebab walau mereka hanya pemandu teksi,tapi akhlak mereka sangat disukai nabi.proud to be muslim!.so,kat cni aku mmg bersyukur kuasa 3 lah,dan amat terharu kerana dalam pada kita tiada daya upaya,Allah itu tetap ada.BILA KITA PERCAYA. (;

No comments:
Post a Comment