Pejuang Berani Mati.

Saturday, June 11, 2011

JOM KENAL BLOG SAYA


Assalamualaikum semua ..
pertamanya syukur Alhamdulillah dengan seinfiniti kesyukuran terhadap tuhan robbul izzati kerana masih diberi nikmat iman dan islam . masih diberi peluang menghirup udara , melihat langit nan tinggi , mendengar kicauan burung2 . Alhamdulillah .

.
.
sebagai blogger baru , udy tertarik nak join segmen abang Ben yang mmg selalu rajin buat segmen menarik . jadi untuk mereka yang nak kenalkan blog mereka , boleh lah join di sini .

.
.

Apa yang menarik pasal blog udy nih? ha okeh . jom dengar . hehe .

.
1- 100% mudah difahami dalam bahasa Melayu .

2-tiada unsur penipuan atau kutukan terhadap individu tertentu .

3-mendapat jaminan ISO 9002 dari Blogger.com . :D

4-mudah dibawa kemana2 saja . malah ada dimana2 selagi anda mampu mengakses internet .

5-update terkini bola sepak .

6-berkongsi tips,resepi , dan pengalaman hidup .

7-nasihat2 untuk diri sendiri dan orang lain dalam cara yang tersendiri .

8-dan yang paling best , udy suka berkawan dgn mereka yang sudi berkawan !dan merupakan seorang pendengar yang baik . :)

sekian . kalau dah follow , udy follow korang balik .

merci pour votre visite .

.

wassalammmmm....

Friday, June 10, 2011

Bohsia Dan Cikaro


Assalamualaikum semua .

selamat tengahari dan selamat beramal !
hari ini hari penghulu segala hari . Allahu yu3tikum jumu3a baraka .
(kt morocco baru selesai solat jumaat)
.
.
tdi aku bukak fesbuk , ade ternampak satu komen yg menarik perhatian aku nak kupas kat sini .
korang leh tengok kt bawah ni .

ok , kita mesti da biase dgn perkataan2 yg sebgini . namun kita trlupa apa kesan dan hukumnya perkataan kita tu . sbgai contoh dialog diatas ni .

"wei,cikaro yg x pakai tudung tu mai mana?"

atau apabila kita melihat gadis yg tergedik2 jalan depan kita , nampak bentuk tubuh badan lain sikit je ade la yg akan ckp

"poit , ce ko ushar karo tu , ***** lain semacam je , dah 'main' la tu.hahaha"

ataupun kita sering melabel gadis2 diluar sana dgn
"ah , kau bohsia!"
"anak haram betul!"

ataupun kite sering bergurau bermain2 dgn

"mak kau lah , main dgn bapak orang lain"
"ayah kau pun same , r**en dgn janda tijah"

.
korang tau x perkataan2 yg korg biasa duk selalu mainkan dibibir tebu korang tu boleh menyebabkan korang berdosa besar?dan wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan?

.
terkejut kan?

korang tau tak semua perkataan tu sekiranya disertakan dgn niat yg gadis itu sama taraf seperti pelacur,dan korg bermaksud yg dia sering meniduri mana2 lelaki yg bersamanya,maka ia adalah Qazaf(melemparkan tuduhan zina) ,bahkan ironinya hatta pelacur sekalipun,selagi kita tak ada saksi mengatakan dia berzina maka tak boelh sewenang2nya mengatakan dia tu pelacur,manakala qazaf juga bermaksud (menafikan keturunan ibunya yang bernikah secara halal)juga adalah Qazaf :contoh anak haram tdi.
sumber:bab alqazaf:kitab bidayah mujtahid wa nihayah muqtasid MS:224.

kenapa aku cakap dengan melabel2 gadis2 tu adalah qazaf,apa buktinya?

ok , sekarang ni seperti yg kite sudah sedia maklum maksud 'cikaro,bohsia' tu ape?

cikaro:gadis2 yg hot kt luar yg boleh dikatakan sering bersosial dan memerlukan ayat yg power utk mendapatkannya .

bohsia:gadis taruhan mat-mat rempit dlm perlumbaan merempit dan akhirnya diakhiri dgn aksi 3gp.

sumber: sini .

jd , Allah dah berfirman . dalam Al-Quran surah An-Nur ayat 4-5,

"Dan orang-orang yang menuduh perempuan suci (baik) dengan tuduhan berzina, kemudian mereka tiada mengemukakan empat orang saksi maka deralah oleh kamu akan orang-orang itu dengan lapan puluh kali sebatan. Janganlah kamu terima penyaksian mereka selama-lamanya. Kerana mereka itu orang-orang yang fasik (4) Kecuali orang-orang yang telah bertaubat sesudah itu dan menjadi baik, Maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang " (5) . benarlah kata2 Allah yg maha agung.
sumber:alquran tafsir resam uthmani . cetakan terbaru .

jadi dapatlah kite simpulkan disini .

Qazaf:Qozaf ialah menuduh seseorang dengan tuduhan zina, iaitu dengan cara tuduhan kepada individu tertentu dengan melakukkan zina .

Sesiapa yang menuduh seseorang melakukan zina tanpa dapat membawa 4 orang saksi untuk mengukuhkan tuduhan itu, maka AL Quran menetapkan sebatan 80 kali sebat.jika tak dapat bawak saksi maka orang yang menuduh tadi pula kena 80 kali sebat!

Tujuan utama hukuman ini adalah menjaga kemurnian masyarakat daripada tuduh menuduh dengan kelakuan zina yang ini akan menjatuhkan maruah seseorang yang di tuduh itu.

jadi sekiranya dgn lafaz perkataan kita tu menyebabkan orang yang mendengar ucapan perkataan kita , orang sekeliling kita mendengar bahawa almaqzuf (orang yg dituduh) itu adalah yg dimaksudkan dgn perlakuan zina . maka bukan saja kita mendapat satu dosa , malah 4 dosa sekaligus .

pertama : melemparkan tuduhan zina kepada tertuduh .
kedua : dosa menyebarkan fitnah kepada orang lain .
ketiga : dosa menyebabkan maruah tertuduh tercalar .
keempat : dosa menyebabkan orang lain berburuk sangka dan menaruh hasrat untuk melakukan zina dgn tertuduh .

masya Allah .
.
memang benar , hukuman hudud tidak ada di malaysia namun janji Allah itu pasti . jika kita tidak bertaubat nasuha . dan meminta maaf kepada orang yang kita tidak tahu dia tu benar2 "cikaro,bohsia,anak haram,dll". maka baiklah korang pegi mintak maaf kt orang tersebut dan cpt2 lah bertaubat .
xtau cara taubat?amek lah wuduk , wt solat taubat dua rakaat .


dan akhirnya,
Allah amat menggalakkan kita berkata2 yang baik . memanggil saudara2 kita dengan perkataan yang baik seperti yg kita dgr "bro,akhi,sayang,hubby,panggilan nama penuh kawan,ukhti, dan lain2 yg disenangi hati".

Allah berfirman yang bermaksud"dan ucapkanlah kata-kata yang baik (kepada manusia)". Al Baqarah :83 .


.

P/S : jangan menganggap orang yg tidak jalankan syariat agama seperti bertudung itu semuanya perempuan jalang , akan tetapi jalankan tanggungjawab kita dengan mendoakan mereka supaya mereka bertaubat dan berubah .

.

setiap manusia yang melakukan dosa , masih ada masa depan untuk mereka , setiap manusia yang taat pada agama , pasti ada sejarah hitam yang tercipta .


ustat rock ,
via Villa Ammu Ahla ,
14:52 tghari jumaat .
Kenitra,Morocco .


segala isi dan fikrah ini ditulis oleh saya sendiri,sebarang percanggahan dengan mana2 pihak tertentu amatlah dipohon dgn sejuta kemaafan , dan menjadi pilihan buat mereka untuk menolak pendapat saya .kerana 'kullu kalam yu'khozu wa yurod , illa al ma3soom'
setiap perkataan,pendapat, boleh diambil dan ditolak,melainkan satu , hadis nabi s.a.w.
wallahua3lam .

.

Thursday, June 9, 2011

Internet lambat

aku bukak laptop .
bukak google chrome .
loading fesbuk , loading blog , loading zaharuddin.net .
sangat lembap .
.
aku close tab fesbuk , close tab zaharuddin .
.
.
.
pegi kat router , restart .
cabut plak .
hempas ke lantai . router berkecai .
aku panjat tiang , aku terjun dan pijak router tersebut ,
sekali lagi aku x puas hati .
cari penukul besi .
aku sletip router kt dinding , aku hentak dgn tukul besi .
( semua tu aku tipu )
.

lepas restart router .
search kt ustat google .
keyword "masalah internet lambat"
.
.
.
.
berjuta keluar .
tiba-tiba .
ada satu aku terbeliak .

.
.
"Masalah Ejakulasi Lambat? "
.

.

huh !

-_-'


tolonglah hincik maroc telecom .
datang pagi ini .
sebelum tahap ejakulasiku meningkat .

.

x_x

Wednesday, June 8, 2011

Tolong jangan jual Kaka .

sumber photo disini .



surat untuk mourinho .

" bos , ana tahu ente ada ozil lah , tapi tolong lah jgn jual itu kaka .ana tak suka lah . bagi dia peluang lah , dia sudah sebut kan , dia mahu baiki itu musim dia yg lepas . tolong lah bos , ente jgn jual dia , jgn jd mcm2 lah bos , a'fakum ya bos ."
yang bener ,
peminat Real Madrid ,Udy number 7 .


sumber disini .

.
.

Hero

aku tak puas hati .
huh , tak puas hati betul .
tak adil lah . serius .
kenapa ?

.
.

kenapa dalam majoriti filem .
lapan belas penjahat , semua hero belasah menang .
dah belasah semua , siap tembak2 sejibik peluru pun tak kena .
huh .
sangat tak puas hati .

.
.

apa ilmu kebal hero tu pakai ?
dah la dia je yg menang .
.
..

yg paling aku tak puas hati .
asal dlm semua citer , mesti polis paling lambat sampai .
huh . sgt tak puas hati .
perlekehkan tugas polis .
apa polis ni lemah sgt ke .


.
.
kdg2 tu , ambulan pun lmbt sampai .
jadi sebab la ramai watak yg kita suka mati . huh .

.
.
satu lagi aku tak puas hati .
kenapa mesti orang ketiga yang minat hero/heroin tak dapat cinta nya ?
kdg2 tu dia buat orang ketiga tu perfect display , time hero/heroin susah ,
orang ketiga la jugak yang muncul .
tapi kenapa orang ketiga x deserve cinta nya ?
x puas hati tol .
last2 dpt orang yg dia x deserve dapat .
.
.
.
huh , lepas ni aku nak buat filem lah .
satu filem yang tak ada hero .
tajuknya lebih kurang gini lah filem nye .

from hero to zero .
.
xde ke org yg nak wt citer,seorang hero yang gagal dlm wataknya.....
.
.
.




P/S: aku sorg je kot tgok citer camni . hehe .

Tuesday, June 7, 2011

Salah Guna tapi Betul Makna .


semalam ustazah asyiqin mtk tolong tuk tengokkan printer comel beliau nih .katanya merajuk taknak print .so , memandangkan aku skang ni takde keje , dengan berbesar lubang hidungnye sudi lah membantu beliau (sambil terkemut-kemut).

kalau tak tolong tengokkan nanti kesian pulak ustazah cikin kene anta kedai print tesis ijazah tahun akhir die . dah la kt morocco ni print sehelai kertas mahal . sebijik kertas bernilai hampir seringgit . apa morocco ni planet zuhal ke ape susah nak dapat kayu wt kertas .
.
.

dah godek2 , install driver semua , Alhamdulillah elok . and then bermulalah kerja2 percubaan aku . hehe .
(kalau tau dek tazah cikien aku salah guna printer die , die hempap aku dgn printer ni balik . punah aku .)


tadaa ..printer pun solehah mcm tuannya . putih .
.
.
.



dengan tanpa rasa segan silu aku terus memprint gambar yang mmg lama aku simpan .
dan terus menempek pada pintu depan Villa Ammu Ahla .

nampak x ape yg aku print dan tampal depan pintu ?
ok aku zoom ckit .
^^
^
'
'

dakwah pedih .

.
.
.




P/S : jgn tiru aksi ini di rumah . 18 tahun ke atas sahaja .

Berilah saalam sesama Islam . Mengeratkan silaturrahim seterusnya membezakan kita dengan agama lain . we muslim/mah respect each other .



Ngomelan ustat rock
via Villa Ammu Ahla
Kenitra,Morocco
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...