Pejuang Berani Mati.

Sunday, May 22, 2011

kantoi


setiap manusia mempunyai kelemahan .

antara kelemahan yang paling malu dibuat adalah kantoi tidur dalam kelas ataupun tempat kerja .


aku ada tips untuk korang .


bila korang terlelap dalam kelas/tmpt keje , pelan2 angkat kepala dan tadah tangan .
"bismillah,dengan nama Allah.....Ameen".

....

Operasi Menyelamat Tragedi Tanah Runtuh 21 Mei 2011


Semoga Allah Bersama Kalian .



Sumber : Youtube/Hmetromy




Facebook


bagi aku meng update status di fesbuk itu seperti dua perumpamaan .



1 . meletakkan umpan pada mata kail . kalau umpan(status) tu sedap , ade la ikan(friends) makan(like) , kalau umpan tu basi(bosan) ,ikan pun lari . kadang-kadang kalau umpan(status) tu sangatt sedap ,berebut-rebut ikan lain(friends comment) datang nak makan sampai berkocak2 air(hundreds of comments) tapi sayangnya kadang-kadang sekor ikan pun taknak makan(like) .dan kadang-kadang pulak , umpannya satu je , tapi punya la banyak ikan(friends) yang makan(like) .





2 . menjual produk-produk . kalau produk(status) tu bagus(orang suka) dan halal(status nasihat agama) .ramai orang beli(like) .dan kita pulak dapat banyak untung(pahala) .seandainya produk kita tu tak bagus(orang tak suka) dan haram(status kutuk,umpat,tipu) , maka takde sorang pun beli(like),kalau ada yang beli(like) pun orang yang suka pada benda2 haram(kutuk,keji,umpat,dosa) dan pasti produk sebegini walaupun dapat untung ,tapi keuntungan itu haram(berdosa) bahkan orang yang beli produk itu juga terlibat sama (berdosa).




Kesimpulan .

lu fikirlah sendiri !haha , xdela ,kesimpulannya . Allah dah pesan .


"dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah , maka tetap akan dihitung ,dan barangsiapa melakukan kejahatan walau sebesar zarah ,maka tetap akan dihitung ."Alzalzalah:7,8.



P/S: peringatan utk diri sendiri ,lepas ni kene berhati2 utk berkongsi lagu ,video ,link , berita dan sebagainya ,aku kene pastikan ia tidak bercanggah dgn syariat islam jika tidak mahu berkongsi dosa sama . yeah!


Saturday, May 21, 2011

CR7 vs UDY7


VS

CR7+1 season =102 goals .
vs
Udy7+1 blog = 10 Followers .



CR7 + 26 years old = 1 son .
vs
Udy7+24 years old = 1 big belly pump .



CR7 + 185 cm + 83 kg = Handsome .
vs
Udy7 +165 + 83 kg = Awesome !!
.
.
.
.
.
CR7 break new record by scoring 40 goals when Udy7 break new record by overweight about 40 kilo's . OMG . that was the different between Udy and Cristy .


P/S : congrat to Real Madrid and Cristiano Ronaldo for breaking the history record El-Pichichi . Hala Madrid!



Aku tak Faham

kenapa kita suka mengumpat?


tak boleh ke kita ubah sikap suka mengumpat tu kepada suka bersyair ke,suka berpantun ke,caklempong ke,cuba cipta satu aktiviti yang sihat.

mengumpat ni sebenarnya menghabiskan banyak perkara,pertama menghabiskan masa terbuang begitu saja,kalau boleh kutip masa tu ok la jugak kan.

mengumpat ni juga menghabiskan air liur,tp kalau org yg pro mengumpat siap bawa air mineral letak kt tepi masa mengumpat,rasa kering tekak je, minum .

ketiga,mengumpat ni sebenarnya sifat monyet,korang penah tengok monyet tak?kan time panas2 tu diorg ni berkumpul,sekor pegang kepala cari kutu pastu makan,sambil mengumpat monyet lain yang tak pandai melawa.xkan korang suka jd monyet kot?

mengumpat ni juga menjadikan seseorang itu tak bertanggungjawab ,bayangkan kalau dah start mengumpat ni,anak,lauk kat dapur,baju dalam mesin basuh,abis semua lupa.silap2 aribulan suami dlm tandas terlupa towel pun boleh lupa,hah kuyup dan kecut laki diorg ni dlm bilik air.

sebenarnya kita orang melayu memang sudah terbiasa dengan didikan mengumpat ni,yela cuba korang ingat semula masa kecik2,mak mak kita makcik2 kita ni,time kita x reti membaca dia ajar kita membaca,tp dlm pada mngajar tu ada jugak menyebut,"ko ni jgn jd bengap xpandai membaca,sok jd mcm anak jiran sebelah ni nak sebut huruf pun x reti".daripada kecik kita sudah disuap dengan dosa mengumpat ni .cuma kita je buat2 tak sedar.

ketahuilah dosa mengumpat ni sangat besar,ia boleh datang dalam keadaan kita yang sgt spontan dan xperasan.aku yakin korg kalau tgh bengang dgn cikgu,kwn,makwe bahkan mak ayah sendiri pun korang akan mengumpat diorg.

hati2 lah dengan mulut.takut nanti nak masuk syurga kita sangkut.

bahkan yang paling kita takut,jika berterusan kita mengumpat,kita lagi teruk dari orang berzina.orang berzina tu lagi mulia dari orang mengumpat.


sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

wallahua'lam .


Thursday, May 19, 2011

Pengaruh

credit this photo:shariff suhaimi

krew rakaman syahadah RTM1 baru saja selesai buat penggambaran di morocco dan spain . destinasi terakhir mereka adalah di Rabat,Morocco .semalam aku pegi majlis simulasi aidilfitri untuk meraikan rancangan syahadah , well , masuk kali ni dah kali ke 3 sepanjang aku berada disini mereka ni datang . sejak kebelakangan ni Morocco ni menjadi liputan pulak oleh rakyat malaysia .x putus2 pulak diorg ni datang sini , ada yang datang berjalan , datang cari jodoh , datang buat penggambaran , dan ada yang tak tahu tujuan diorg dtg sini pun ada , ahah , yang tu biasanya adik2 baru yang masih shock culture ,but everything is kheir .


program simulasi aidilfitri ...(eh,ape aku nak tulis ni)ha..


menurut kamus dewan , eh menurut pengalaman aku ,ketiga2 krew yang datang sini semua ada tujuan yang berbeza , first RTM1 rancangan panorama yang disiarkan pada hari raya pertama dan muka ade la masuk frame , boleh check kat sini . kali kedua pula merupakan krew jejak rasul yang datang , dorang rakam jugak ucapan aku ,dan jiran belakang rumah aku jerit nama aku waktu aku rempit nak g kedai,seb baik aku tak terjun longkang,dia jerit "wei artis!,banggo den orang felda masuk tibi,"fuh.ingatkan apa la.selain tu,krew jejak rasul ni, mereka lebih banyak siarkan slot berkenaan rentetan sejarah ,tidak seperti slot panorama ni yang 100 peratus menceritakan tentang suasana aidilfitri disini .

dan kali yang ketiga ni tak tau lah diorg siarkan atau tidak muka hensem aku ni kt tibi . haha . buat tok penghulu kampung felda , jiran sebelah rumah aku ,dan tidak lupa jugak lobai sahak merangkap JKKK surau felda ,jangan lupo tengok rancangan syahadah di RTM1 pada syawal pertama. :P


ok!baru mukaddimah,mukaddimah dah macam karangan budak darjah 6 pulak . tajuk aku tak ada kaitan dengan mukaddimah tadi , dan apa yang aku nak cerita sebenarnya adalah pengaruh .sewaktu dalam program simulasi aidilfitri tadi,ak
u amat tertarik nak citer kerenah adik comel ini .

Adik Sarah binti Sofree
anak pegawai syarikat Al-Hidayah Maghribi

beliau mmg comel dan lincah ,sewaktu orang dok sibuk melakukan sesi rakaman tv,beliau sibuk menyuruh sorg kawan aku untuk snap gmbr dia .

snap 1 : peace , snap 2 :senyum lebar , snap 3: bla bla bla .

abis je snap yang terakhir dia ckap kt kitorg , "abg abg!nanti jgn lupa masuk kan gmbr sarah kt fesbuk ye.nama sarah sofree ye,".

outspoken . outstanding .

budak2 zaman sekarang sangat peka dengan keadaan sekeliling , pengaruh yang kuat amat merungsingkan,namun adik sarah kat atas ini sangat baik ya,rajin baca buku dan rajin baca muqaddam.mak bapak dia orang baik,aku kenal . sekian .itu saja .








P/S:zaman anak aku esok , aku harap mereka lebih fokus kepada alquranbook berbanding facebook.Wallahua3lam .insyaAllah .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...