Pejuang Berani Mati.

Sunday, April 24, 2011

Limau oh Limau

ku masih ingati kenangan ku bersama dgn limau2 maghribi pada mula2 ku dtg cni.well,every first meet,it all has sweet.berbalik pd citer aku balik,morocco ni mmg satu negara yang cantik dan agak bersih la berbanding dgn negara2 liga arab lain,tp still xleh lawan malaysia yang mmg majlis perbandaran tidak kenal bau tengik peluh bekerja keras menjaga kebersihan sekitar.dan satu kepelikan bermain futsal dimindaku dalam pada kecantikan di bandar2 seperti rabat,kenitra,mohammedia,casablanca and etc,otak lembabku beromong sendirian.kenape la org morocco ni tanam limau tepi2 jalan.pastu limau tu x dimakan sampai busuk,jatuh ke tanah.diorg wt x tau je.
kalau kt mesia ni,limau tepi jalan,dgn pokok2 tu dicabut balik ditanamnye kt umah.senang petik kalau nak makan.aku semakin kurius,kenapa la org morocco ni x makan limau ni.adakah diorg ade pantang larang xmakan limau or mmg limau ni hanya utk org tertentu je boleh makan?aku cube mencari jawapannya.
hari raya pertama pd taun tu,kitorg dijemput utk ke rumah terbuka di kediaman rasmi kedutaan,dan pegawai2 kedutaan,well biasela kt cni raye mcm x raye je,dan hanya mereka la keluarga kitorg,so back to the story,lepas je makan2 sampai gila,perut mula kekenyangan,dan kebetulan kt umah pegawai aritu dessert buah abis cpt plak,so xdpt la nak legakan perut ni.and then time jalan nak balik tu,aku pun melakukan satu perbuatan yg dianggap bodoh oleh masyarakat morocco krana telah memetik limau2 ditepi jalan,tp pandang kiri kanan,aik depa wt x tau je.so aku ape lg bedal jela dua biji.sambil cover2 wt mcm buah tu jatuh,aku pun amek buah tu sambil rakusnya mengopek dan cuba utk makan.
PERGHH!!pahit!masam! loya tekak!rupa2nya baru la aku tau,org morocco ni x makan buah ni sbb pahit dn masam!.lepas je aku makan,de la sorg senior ni nampak dan tegur aku dan bgtau yg buah limau tepi jalan ni buah perhiasan,so dorg x makan.kalau ko lapa nak makan limau,xpe nti abg belikan .
Sekian.

ps:sejak aritu aku benci tgok limau perhiasan ditepi2 jalan kt cni.

Monday, April 18, 2011

Kelibat


hanya baru pagi tadi aku telah dikejutkan oleh satu kelibat berbentuk seperti anak kucing,berwarna hitam melompat keluar dari lubang jamban sewaktu aku mahu hendak masuk tandas.ini merupakan kali yang ke tiga sepanjang aku berada disini mengalami peristiwa ini,apepun alhamdulillah.taklah sampai aku pengsan tgok benda alah tu.

Kali Pertama

kali pertama tu ,ade la satu pagi ni pada taun 2008 yang lepas,dirumah sewa pertama kitorg ,aku duduk berkongsi 3 orang satu bilik manakala kwn2 aku yg len 2 org satu bilik .so umah tu ade 3 bilik dan aku bilik utama,sebelah bilik kedua dan depan bilik ketiga.bangun saja dari tidur aku nampak satu lembaga berupa bayang hitam terbang menembusi dinding dan hilang,mulanya aku rasa ahh,bayangan aku sahaja kot,namun lepas kitorg makan malam sama2 dgn ahli rumah,aku pun beranikan diri tanye kwn aku sorg ni."is,pagi tdi ko nampak x apa yg aku nampak?"tanya aku.
"ape die?"jwb is.aku balas"ala,aku nmpk lembaga hitam tembus dinding aku pg tdi,pastu masuk bilik ko,xtau la .saje tanye ko kot2 ko nampak.".is jwb"eh,aku baru nak citer,ko nmpk jugak ke?mmg pg tdi aku tgh ngadap laptop,aku nmpk bende tu tembus dinding".

Reaksi

ape lg,aku pun agak terkejut la ,sbb selama aku hidup,x penah alami peristiwa mcm ni,dan aku ni jenis yg x layan sgt citer2 hantu ni,tp bile dah tgok sendiri,aku yakin la makhluk tu mmg wujud dan wajib diimani.kali kedua tu plak dirumah yg sama,aku xleh bgun terasa mcm dihimpit bende,nak panggil org x larat,lantas hanya mampu menjerit ,sewaktu nak menjerit tu aku nampak sebuah kepala melayang dtg ke depan muka aku,muka mmg weird dan horror.aku geram sbb aku x dpt nak ckp apa2,last2 aku cuba azan dan alhamdulillah baru la betul2 tersedar dan menggerakkan bdn.kepala tu pun terus bla gitu je.ceh!ni kali kedua jumpe makhluk2 nih.
dan yg terbaru hari ni sewaktu aku nak melepaskan hajat ,waktu tu mmg tgh mamai la dan nampak plak bende tu keluar dari lubang tandas,aku kejar tgok belakang baldi,aik takde pulak.takpela,ini rumah dorg..

Kesimpulan

"Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas."
(Surah al-Hijr: 26-27)

depa ni mmg wujud,dan kita diberi kekurangan oleh Allah untuk tidak dapat melihat mereka,namun kadang2 dengan izin Allah ,kita dapat melihat kelibat mereka yang dikatakan berkongsi bumi yang sama.so,aku harap korang semua janganlah takut dengan mereka kerana mereka juga hidup dengan izin Allah taala.kita cuma harus menjaga adab2 kita sahaja apabila berada di tempat2 seperti tandas,hutan dan sbgainya.kalau Allah tak izin untuk mereka mencederakan atau merasuk kita,maka tidaklah dapat mereka lakukannya,namun jika Allah izinkan mereka ,tu yg jd kene rasuk ,kene sihir dan sebagainya.apa yg patut kita lakukan hanyalah sentiasa mengamalkan ajaran Rasulullah s.a.w dalam setiap gerak geri dalam hidup,bermula dari bangun tidur,sampai lah kembali ke tempat tidur,harus mengamalkan doa2,dan adab2 supaya diri kita tidak diganggu mereka.wallahua3lam.

Saturday, April 16, 2011

Bintang Bola Sepak : time diorg kecik Part 2 .

okeh . sebelum ni kite dah tgok player2 seperti gerrard,cr7 kan?kali ni sy bwk player2 yg lebih legend and skillful. let's check it out!
ZINEDINE ZIDANE (LEGEND OF ALL THE TIME)
XAVI(BARCELONA)
WAYNE ROONEY(MANCHESTER UNITED)
FERNANDO TORRES (CHELSEA)
EL PHENOMINO RONALDO(RETIRED)
RONALDINHO(FLAMINGO)
PETER CECH(CHELSEA)
PAUL SCHOLES(MANCHESTER UNITED)
MESUT OZIL(REAL MADRID)
MICHAEL OWEN(M.U)
JOSE MOURINHO(REAL MADRID COACH)
LIONEL MESSI (BARCELONA)

ok guys!kadang2 aku terfikir gak,nape aku x letak gmbr aku time kecik?jwpannye kene tnye diri sendiri,aku ni bintang bola sepak ke? lol

Thursday, April 14, 2011

Bintang Bola Sepak : time diorg kecik Part 1 .

untuk peminat bola sudah tentu korang nak tgok camne rupe pemain pujaan korang time kecik2 kan? mcm aku , aku suke tgok kaka ,sbb player pujaan aku adalah kaka . tp,dlm byk2 gmbr ni yg paling aku leh ckp comel adalah steven gerrard,dan paling menakutkan adalah wayne rooney.haha.korang?let's check it out!
FRANK LAMPARD
DECO
CRISTIANO RONALDO 7
GIGGS
THIERY HENRY


CESC FABREGAS
DAVID BECKHAM
STEVEN GERRARD
MICHAEL BALLACK
RICARDO ISZESCON KAKA


cute kan?so,tunggu entry akan datang part 2 dengan penampilan gambar2 pemain lain seperti lionel messi,torres dan lain2..nantikan...

Monday, April 11, 2011

7 perkara aku benci korang



1.Korang yang tegur aku pastu tunjuk jari kt pergelangan tangan tanya pasal masa .aku dah tau aku pakai jam ,jam ko hilang ke?abistu kalau contoh aku nak tanya tandas kt mana,takkan la aku nak tunjuk kat *****..

2.korang yang sanggup melilau merayau mencari remote tv satu rumah tp tak sanggup utk pergi kt tv pastu tukar channel secara manual..

3.bila korg pegi tgok wayang,pastu menjerit kt aku,"wei ko tgok tak tu?haha..."mcm la aku beli tiket 10 hengget pastu masuk wayang dan tgok kt lantai..

4.korang yg tegur aku"boleh saya tanya satu soalan?".korang tau tak yg korang dah tak bg peluang utk aku memilih?tanye jela..

5.bila korg ckp hidup ini sekejap . sekejap? hidup la paling lama yang Allah bagi utk korg beribadah dan perbaiki apa yang salah .

6.korang yang tanye aku kt stesen bas."bro,bas dah sampai?".kalau bas dah sampai,aku takde kt sini bro..

7.korang yang tanye aku time aku masak "bro,buat pe tu?". ahah .. aku jawab : aku tgh tidur,jgn kacau..selamber je ko tergelak dan kuar tanpa tolong aku masak..

Tanggungjawab Besar


"Hanis pulang lewat hari ini sebab ada banyak kerja di pejabat. Hanis minta maaf sebab terpaksa pulang lewat dan lambat sediakan makan malam buat abang." Suara ikhlas si isteri meredakan suasana tatkala si suami juga penat bekerja menanti kepulangan permaisuri ke pangkuan.

"Hanis buatlah kerja. Itu amanah Hanis dengan Allah SWT. Amanah Hanis dengan majikan. Lagipun abang dah biasa macam ni masa bujang dulu." Si suami pula menyapa lembut lantas mendamaikan petang yang seakan-akan kelam.

***

Bebanan kian terasa tatkala pernikahan baru mencecah usia tiga bulan. Inai di jari juga masih merah . Dia juga tahu amanah mahupun tanggungjawab itu harus dipikul, bukan dilepaskan atau dibiarkan. Setiap orang akan tahu betapa beratnya bebanan sebagai pasangan suami isteri apabila mereka sudah berada di alam tersebut.

Dulu memang tiada perancangan langsung di dalam buku catatan sebelum berkahwin. Hanya yang ada jumlah hantaran, bajet kenduri, kad jemputan, lokasi perkahwinan, mak andam, sewa kanopi, rahsia malam pertama dan lain-lain lagi tanpa tersentuh apatah lagi menyentuh soal tanggungjawab sedangkan perkahwinan itu amanah. Katanya cukup kursus pra-perkahwinan.

"Mulut memang mudah menutur namun apakah akan sepersis perilaku?"

Kita mudah memahami nota-nota cinta di dalam drama bersiri, telenovela, di helaian novel atau cerpen. Sesungguhnya, adakala memang benar juga apabila sampai kepada babak rumahtangga mithali, rumahtangga kecoh, rumahtangga hancur. Namun, ia berlalu bagaikan air dan tidak ada muhasabah. Air mata bercucuran kerana terlalu emosi menonton drama kegemaran tetapi kita lupa bahawa kita mungkin akan menghadapi keadaan yang sama kelak.

Kita berjiwa hamba. Jiwa kecil kita ini mudah tersentuh apabila perasaan tidak serasi dengan fitrah. Fitrah manusia normal senang hanyut sekiranya tiada iman sebagai pendinding. Kebal kita bukan kerana kuat atau sihat tubuh badan tetapi kuat iman menahan asakan bak jarum menusuk halus di setiap penjuru. Kadangkala apabila pernikahan terbina bukan kerana cinta kepada Ilahi maka tumbuhlah tunas-tunas lalang menghalang cahaya cinta Ilahi daripada terus menerjah ke sumur hati.

Mulalah timbul bibit-bibit di hati mahu berpisah atau baik hidup membujang. Kita juga lupa apabila sudah berkahwin tiada lagi wangian melekat di badan seperti seawal bercinta dahulu. Kini yang tinggal hanya bau yang tidak menyenangkan lantaran penat bekerja. Kini barulah kita tahu tembelang sebenar pasangan. Si suami bangun lewat tatkala waktu Subuh dan si isteri pulang lewat malam tanpa keizinan.

Memang susah mencari seorang Adam yang terfikir untuk berkahwin supaya mempunyai seorang Hawa yang halal baginya itu mengarah jalan menuju ke Syurga. Kita cuma terfikir kehidupan di dunia sahaja. Apabila timbul soal perkahwinan ia hanya berupa material luaran sahaja. Tiada lagi pertimbangan rohani dan tiada lagi soal kebahagiaan si dia, kebebasan si dia atau mengerti tentang si dia. Isteri pula hanya sekadar alat untuk melepaskan tempias nafsu semata-mata.

Kita bukan sahaja hipokrit dengan pasangan malah bersikap munafiq dengan Allah S.W.T.. Kita mengharapkan si dia sempurna tetapi adakah kita sedar pasangan kita juga menagih kebaikan dan tanggungjawab kita kepada institusi perkahwinan seperti yang kita ikrarkan dulu.

Benar qadha' dan qadar adalah ketentuan daripada Maha Esa. Kita merancang tetapi Allah S.W.T. yang menentukan soal jodoh, maut, dan rezeki kita. Tidak penting di mana kita bermula tetapi ke mana kita berakhir. Perkahwinan memerlukan komitmen yang tinggi. Ia umpama mengemudi sebuah kapal yang penuh dengan barangan dagangan untuk dilayari di tengah-tengah lautan, ia adalah tanggungjawab. Ingat! Laut pula tidak pernah sunyi dari ombak dan pelayaran tetap diteruskan. Hanya yang tinggal adalah kebijaksanaan komunikasi antara nakhoda dan kelasinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...