(sweet pasangan suami isteri yang berjihad demi negara tercinta,jatuh cinta,masuk syurga,syahid bersama,dimanakah kita??)
Jika kita pernah melukakan perasaan seseorang,
kemudian muncul peluang untuk meminta maaf,
janganlah tangguh peluang yang pertama datang itu,
kerana jika peluang yang terhidang didepan tidak digunakan,
kerana perasaan ego diri sendiri,
percayalah kita akan sangat menyesal,ya sangat menyesal,
kerana memperbaiki kesilapan pada peluang pertama yang muncul itu,
kesan dan kepedihan dalam hati orang yang kita sakiti itu mudah sembuh,
bahkan hubungan kita dengannya akan bertambah rapat dan erat,
jika kita mensia-siakan peluang pertama meminta maaf,
kita tidak akan tahu dan pasti samada akan bertemu peluang kedua ataupun tidak,
malang sekali jika kita mendapat peluang yang seterusnya selepas sengketa terpendam lama,
kesan dan kepedihan serta parut hati orang yang kita sakiti itu mungkin sembuh,namun tidak akan dapat mengeratkan hubungan menjadi rapat wal nauzubillah mungkin akan bertambah parah dan teruk.
ini kerana luka yang kita telah guriskan telah lama tercarit dan lambat kita datang untuk menyembuhkan.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN.
TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM.
^_^

1 comment:
Sebenar beriman kepada Allah, percaya Allah Maha Berkuasa, dan anda insan memohon dan meminta kebaikan dari-Nya.
Kerana segala kejadian dan ciptaan adalah dari-Nya, dan Allah Maha Pengasih dan Penyayang, menyayangi umat-Nya.
Tiada jihad untuk memusnahkan ciptaan-Nya, seperti Allah tersilap dalam pentadbian-Nya. Tiada perang untuk agama Allah, kerana segala2nya Allah. Maha terima kasih ya Allah.
Jauhkan diri dari menghina Allah aza wajalla, Maha Pencipta.
Post a Comment