Pejuang Berani Mati.

Tuesday, July 23, 2013

Sebakul kemaafan..

Assalamualaikum..

tak tahu nak mula dari mana..fuh...uhuk uhuk..batuk dah banyak sangat sawang dalam blog nih..masya Allah..saya pohon sebakul kemaafan pada semua sebab dah lama tak update blog..wal ya'azubillah memang benarlah manusia itu sering lalai dan lupa akan tanggungjawab termasuklah saya sendiri...

ala kulli hal,ana jayyyyyyyyyyy!!!!(saya kembali!!dalam bahasa darijah morocco)...Alhamdulillah dapat kekuatan dari Allah untuk kembali mengadap laman sesawang yang dulu sering saya jadikan medan untuk saya kongsi pelbagai maklumat untuk entum semua...toyyib...


ISTIQOMAH

sebagai mukmin dan muslim,sepatutnya perlu ada sifat di atas iaitu sifat istiqomah..hasanan....tak dinafikan saya sendiri nak mengekalkan sifat istiqomah ini amatlah sukar..namun ia tetap dijalankan kerana usaha dakwah itu harus diteruskan walau bagaimanapun terhalang masa waktu dan ketika..

ramai orang terkeliru maksud istiqomah ini,istiqomah sebenarnya bukanlah sesuatu yang berpanjangan..ataupun ramai orang faham istiqomah tu adalah sesuatu amalan atau perbuatan yang berpanjangan tanpa putus-putus..yup memang tak dinafikan saya sendiri dah terputus untuk mengemaskini blog ini namun sebenarnya saya banyak curahkan banyak idea saya di laman facebook,disana lebih mudah untuk saya 'update' idea dakwah bagi perkongsian bersama..bagi mereka yang nak tahu facebook saya boleh tengok di ruangan kanan blog ini,ok hayya narji' ilal maudo' istiqomah..

apa sebenarnya maksud istiqomah tu??maksud istiqomah itu adalah 'mendirikan'..ataupun meminta untuk mendirikan..kalau kat dalam solat berjemaah tu imam akan kata "istaqimuu yarhamkumullah..."...dirikanlah dan kau kan dirahmatiNya..itu adalah feel amar atau perintah manakala istiqomah pula meminta untuk didirikan sesuatu perbuatan..so maksudnya bukan berpanjangan..sebaliknya peranan istiqomah itu lebih kepada mendirikan sesuatu perkara yang kita dah 'decide' untuk buat..

wa imma hari ini atau besok atau hari-hari itu tidak menjadi masalah apa yang penting adalah peranan istiqomah adalah kita takkan terus putus untuk mendirikan perbuatan itu  sebenar-benarnya..sebagai contoh saya nak sebarkan maklumat dakwah,tidak menjadi masalah jika tidak update blog andai kata ada alternatif lain yang boleh memberi maksud istiqomah sebarkan maklumat dakwah tu dengan guna facebook,itu bermakna walaupun saya tak update blog tapi saya tetap memberi hak pada peranan istiqomah itu tadi..ecewah (alasan lama menyepi)..

ok! nak kata kat sini sebenarnya saya tetap istiqomah dengan dasar tujuan blog ini dibuat dulu,cuma alternatif lain yang saya gunakan adalah facebook,apepun saya nak mohon seribu kemaafan dibulan ramadan yang mulia ini kepada silent reader ataupun loyal reader yang kecewa kerana ketidak update-tan saya semenjak dua tiga menjak inih...(ayat apekah??)..

toyyib!..dikesempatan ini saya nak ucap selamat berpuasa buat semua kawan-kawan diluar sana,puasa tetap wajib puasa namun solat jangan tinggal..tak ada guna kalau puasa tapi solat tak buat,malas ataupun memang tak biasa solat,tak ada guna kalau dirikan rukun islam kedua tapi yang pertama belum lagi terdiri..mana mungkin kita bina rumah terus pacak tiang kedua tanpa memacak tiang utama...

jadi nantikan entry-entry saya yang seterusnya insyaallah dalam masa terdekat sedang merancang satu projek besar Subhanallah moga allah mempermudahkan projek saya tu nanti..insyaAllah kalau dah official siap videonya saya akan share disini ya..


wassallam..

hadiah untuk kalian :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...