Pejuang Berani Mati.

Saturday, March 26, 2011

Abi 1

"Abi..mak ingat mak nak salah sorang anak mak.boleh ajar mak mengaji,didik adik2 tentang akidah dan kisah nabi,dan paling kurang pun,mampu sedekahkan yasin buat mak dan ayah nanti..tp impian mak skrg hanya skadar impian Abi.."getus ibuku yang mengusap-usap rambut hitam pekat rambutku,Muhammad Habibii..kepala yang baru sebentar dibaringkan ke peha mulus ibuku tadi ditegakkan menghadap wajah sayu Ibuku Ummu Kalthum.hanya senyuman manis saja mampu Ibu Ummu Kalthum lemparkan."mak..Abi takde sape dlm dunia ni selain mak dan ayah,kami bertujuh xnak berkongsi mak lain terlalu awal dgn ayah.erm..".ibu Kalthum terus menyedapkan hatiku."yelah2..air dlm tempayan tadi dah abis bi.bi tak solat isyak lagi kan?kejutkan aini,siti,dila,dan fiza tu sekali ke perigi belakang,abg fadhlie dan farhan tu dah solat.bi bwkkan ye.."

tangan yang bersarangkan kudrat ini bagaikan tiba-tiba terlerai tumpah bersepah memikirkan kata-kata Ibu kalthumku tercinta,walau mulut dan tangan ini menyeru adik2ku bangun solat,hakikatnya rohku sudah dibawa pergi oleh kesejukan angin malam ini.apakah nada keluhan kecewa ibuku atas nasib keluarga kami yang kais pagi makan pagi ini memaksa bibir suci ibu kalthum berkata begitu?atau apakah ....oh tidak!..ya Allah..jangan kau benarkan hatiku terdetik sebegitu buat ibu kalthumku."nawaitu rof3al hadasil asghori,lillahi ta3la.ya Allah ya tuhanku,dengan berkat air yang kau ciptakan setenang ini,maka kau tenangkan lah hatiku dari dosa-dosa kecil dan damaikanlah hati ini seperti mana air yang kau turunkan di bumi,Ameen..".gelak tawa fiza,dila,siti dan aini bermain air di kali tidak mengganggu hatiku yang gusar.dengan kudrat apakah yang harus ku tanamkan demi menjunjung amanat ibuku tdi?sedangkan baru sedikit rupa keluhan ibu kalthum pun sudah membuat kudrat keringatku tumpah bersepah lemah.ya robbi,tunjukkan aku jalan yang kau kasihi buat kami."Allahu Akbar..tanpaku sedari tikar sejadah lusuh yang ayah beli hasil gaji menebang balak sudah basah atas rintihanku ini.....

Sepertiga malam itu,perlahan2 aku menjenguk adik2 dan abang2 aku yang hanya berbantalkan sebiji bantal peluk panjang,lucu pun ada air liur si fiza yg nakal itu terkeluar membasahi pipi dila,huhu,sungguh comel kanak-kanak ini.walau bagaimanapun,Ironinya wajah ibu kalthum yg seperti srikandi,tenang bagai bebanan yang selama ini digalas,tidak memberi kesan pada raut rupanya yang berseri,lantas kuusapi dan kukucupi dahi ibu Kalthum dengan satu keputusan,"Mak..Abi janji Abi bawa apa yang mak impi..iaitu Abi yg baru..Abi yang akan menjunjung sunnah nabi,mengimami masjid disini,dan menyahut seruan Sang Pengubah Hati yakni"Qu Anfusakum Wa Ahlikum Naroo"..InsyaALLAH..

Hasil tekad ku istikharah dan solat hajat yang tidak putus-putus.aku gagahkan kaki menyeberangi lumpur belakang rumahku,berkaki ayam memijak batu2 tajam dalam perjalananku,duri dan semak tidak perlu disebutlah,demi mahu berjumpa dengan Ustaz Ramli yang dikatakan cukup terkenal di Felda ini,Dan beliaulah satu2nya guru agama yang ada, Almaklumlah Felda Keroh ini baru saja diteroka oleh para peneroka yang datang dari segenap negeri,sudah tentu juga, ayahandaku,Mohd Ghazali, antara Penerokanya disini.setengah jam berjalan,terdetik dihatiku kata-kata Ustaz Ramli yang pernah mengajar DiSurau dekat rumahku ini,katanya salah seorang sahabat Baginda mentakrifkan "Taqwa itu seperti kamu berjalan didalam hutan dan semak samun,dan dihadapan kamu terdapat duri2 yang tajam,bagaimana kamu mahu meneruskan perjalanan kamu?mengangkat kainmu,dan tentulah berhati2 supaya tidak mengoyakkan pakaianmu dan tidak pula mencederakanmu,itulah taqwa".dalam hatiku Ustaz Ramli ini bagai memperli aku saja.Ahhh!kebetulanlah!siapa engkau Abi mahu kau samakan dirimu dengan sahabat Rasulullah?.gelak kecilku seorang sehingga tidak menyedari rumah ustaz Ramli sudah kelihatan.Alhamdulillah..

Bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...