Pejuang Berani Mati.

Sunday, February 27, 2011

selesema


saya geram sebab saya tak tau nak memulakan ayat untuk update blog saya ni .padahal banyak saja yang mahu dicurahkan di laman sesawang merangkap wakil diri saya . bermula dengan tertangguhnya rehlah dengan delegasi Malaysia yang bertandang ke sini baru2 ini hinggalah rehlah Salju Oukemedien minggu lepas . masih tidak bertemu ayat yang sesuai untuk memulakan bicara .geram juga bila mood untuk update datang ,tapi selsema pula bersarang . Aduh . kadang-kadang mahu tukar saja dari update kepada ber Vlog . tapi , malu pula nak menayangkan muka yang tak berapa brad pitt kat semua .

bercakap pasal selesema , walau kita nampak remeh tapi sebenarnya agak payah dalam meneruskan kehidupan . bayangkan dengan hidung itulah alternatif anda nak menyedut udara untuk hidup , namun Allah beri sedikit kesukaran dengan hanya menghantar air untuk memenuhi bahagian rongga hidung .tu baru Allah hantar air , cuba anda bayangkan kalau Allah tukar selesema tu bukan air , katakanlah paling senang darah .setiap kali nak hembus ke tisu ,darah keluar , bayangkan berapa banyak dah darah anda keluar ? mampukah anda hidup? dan bayangkan pula jika selesema tersebut yang memenuhi rongga hidung adalah pepejal keras macam manik .hidupkah anda?tu belum lagi api ,pasti selesema akan dilabelkan sebagai penyakit berbahaya abad ini jika api yang memenuhi .

so , walau sukar untuk saya meneruskan kehidupan dengan selesema ini , saya bersyukur kerana dengan selesema ini banyak mengurangkan pergerakan sia-sia saya , menghalang saya dari ketawa lebih , menghalang saya makan sambil bercakap , menjadikan saya berhati-hati dengan masakan, menghalang saya update blog dan banyak lagi kelebihan selesema . syukur . kalau tak sebab selsema , pasti saya nakal .dan sebenarnya kalau kita lihat sesuatu penyakit yang Allah beri dari sudut luar dari kotak pemikiran , sakit ni kadang2 lagi nikmat dgn ibadat . yela bila kita sakit perkataan pertama yang keluor(peghak la pulok) dari mulut kite? "ya Allah..sakitnya..Astaghfirullah..aduh..ya Allah..Allahurobbi..Allahuakbar..".(kalau anda x sebut perkataan2 ini , saya nasihatkan anda selalulah pergi ke masjid).even budak2 kecik pun pandai sebut tau . so, perkataan ape adik2?wah mcm cikgu pulak . ingat TUHAN . kan? itu lah nikmat nya sakit ni .Allah nak kite sebut DIA , ingat pada DIA . sebab kita kan manusia .sering alpa . manusia itu sendiri berasal dari Nun Sin Ya . Nasaya . yang bermaksud lupa . sakit itu jalan untuk ingat .ingat pada yang dilupakan .namun yang dilupakan , tak terjejas zatnya dengan sifat lupa . malah kita yang melupakan rugi dengan yang dilupakan . yang dilupakan tetap hebat dari yang melupakan .

jadi , janganlah anda merungut bila sesuatu penyakit itu menimpa anda , sebab yang best nya bila sakit ni ,kawan-kawan anda akan prihatin . melainkanlah kalau kawan anda itu tidak ada hati dan perasaan . bukan kawan saja , adik beradik pun akan terjalin hubungan yang selama kita sihat , diambil endah tak endah . di beri ubat , di beri bubur dan dijaga dengan penuh kasih sayang .bukankah itu satu nikmat buat ramai orang ? sebagai contoh kalau anda lihat dalam drama-drama atau filem-filem ,sang cucu dan sang datuknya yang sering bertengkar kerana cucunya degil dan nakal . menghabiskan duit pada benda yang x sepatutnya .bila datuknya dengar cucunya kemalangan , bergegas datuknya ke hospital (padahal cedera ringan je pun),nampak tak betapa sayangnya datuk itu pada cucunya ?kerana sakit itu juga jalan kasih sayang .

maka , buat anda yang berpenyakit ,gembiralah .erk , macam tak kena pula . maksud saya .buat mereka yang ditimpa sakit ,berlapang dadalah ,bersyukurlah ,kerana sakit itu jua nikmat .
wallahua3lam .


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...