Pejuang Berani Mati.

Friday, May 27, 2011

Lu langsi lu mati (Kongsi)



malam tadi kitorg kumpul ramai-ramai .
sebab aku baru download citer Kongsi ni , konon nak tengok sbb orang cakap tak best .tapi bagi aku best je .yang tak best nye video yg aku download potong sampai scene polis main langgar2 kete .potong betul!
.
.
.
maaf , aku bukan nak review pun .
aku dapat seat belakang harga 30 hengget,dapat sandar dekat sofa.manakala jejakasenja dapat seat 45 hengget sebab duk atas sofa tapi last2 dia turunkan harga duduk seat 30 hengget sebelah aku , sbb dia tak pakai spek mata .

.
.
.
citer ni flow dia tak bosan , dan layan jugak dgn lawak .
tiba satu babak jejakasenja nampak si fida(epilog syurga cinta) berlakon jadi laki bini si fizzo omar.
dia pun citer la muka dia macam siti nurhaliza,sore pun sama,seterusnya dan seterusnya .

.
.
.
kalau tak respon nanti bersikap kuang haja pulak .
aku jawab " oh yeke , eh si fida ni dulu dari "GADIS MUDA" kan?"
video tadi terpause sendiri .
orang kat seat vvip baling popcorn dan pepsi kat aku .
.
.
.
.
.

P/S:Imam Muda dgn Gadis Melayu lain ek?(masih nak cover tersasul).
lepas ni aku nak buat lagu tema baru GADIS MUDA nyanyian jaclyn victor feat.Maher Zain bertajuk We are Youth .




Thursday, May 26, 2011

cuba

Belum cuba belum tahu ,

sudah cuba baru boleh beritahu ,

tak cuba macam mana kata tak tahu ?

tak cuba lagi dah kata belum tentu .

cuba dulu baru tahu apa yang anda kata tak tahu .

Monday, May 23, 2011

nyanyuk


petang tadi aku kemaruk coklat .

amek duit 7 dirham bersamaan 2.50 ringgit ke kedai depan ni .
pilih2 coklat , kinder bueno jugak yg aku carik .nyum2 .


balik rumah ngadap movie sedap gak ni dalam hati .
.
..

aku koyakkan plastik coklat tdi , bukak coklat tu ingat nak terus makan ,tp sebab makan berdiri tak beradab aku pun niat ke dapur buang plastik coklat di tgn kiri manakala coklat di tgn kanan .

.
.
.
sampai ditong sampah,kawan aku tanye , sedap kan kinder bueno?
aku jwb "aah sedap".sambil tgn kanan aku mencampakkan sesuatu ke tong sampah .

.
.
.
.

i_i


Sunday, May 22, 2011

kantoi


setiap manusia mempunyai kelemahan .

antara kelemahan yang paling malu dibuat adalah kantoi tidur dalam kelas ataupun tempat kerja .


aku ada tips untuk korang .


bila korang terlelap dalam kelas/tmpt keje , pelan2 angkat kepala dan tadah tangan .
"bismillah,dengan nama Allah.....Ameen".

....

Operasi Menyelamat Tragedi Tanah Runtuh 21 Mei 2011


Semoga Allah Bersama Kalian .



Sumber : Youtube/Hmetromy




Facebook


bagi aku meng update status di fesbuk itu seperti dua perumpamaan .



1 . meletakkan umpan pada mata kail . kalau umpan(status) tu sedap , ade la ikan(friends) makan(like) , kalau umpan tu basi(bosan) ,ikan pun lari . kadang-kadang kalau umpan(status) tu sangatt sedap ,berebut-rebut ikan lain(friends comment) datang nak makan sampai berkocak2 air(hundreds of comments) tapi sayangnya kadang-kadang sekor ikan pun taknak makan(like) .dan kadang-kadang pulak , umpannya satu je , tapi punya la banyak ikan(friends) yang makan(like) .





2 . menjual produk-produk . kalau produk(status) tu bagus(orang suka) dan halal(status nasihat agama) .ramai orang beli(like) .dan kita pulak dapat banyak untung(pahala) .seandainya produk kita tu tak bagus(orang tak suka) dan haram(status kutuk,umpat,tipu) , maka takde sorang pun beli(like),kalau ada yang beli(like) pun orang yang suka pada benda2 haram(kutuk,keji,umpat,dosa) dan pasti produk sebegini walaupun dapat untung ,tapi keuntungan itu haram(berdosa) bahkan orang yang beli produk itu juga terlibat sama (berdosa).




Kesimpulan .

lu fikirlah sendiri !haha , xdela ,kesimpulannya . Allah dah pesan .


"dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah , maka tetap akan dihitung ,dan barangsiapa melakukan kejahatan walau sebesar zarah ,maka tetap akan dihitung ."Alzalzalah:7,8.



P/S: peringatan utk diri sendiri ,lepas ni kene berhati2 utk berkongsi lagu ,video ,link , berita dan sebagainya ,aku kene pastikan ia tidak bercanggah dgn syariat islam jika tidak mahu berkongsi dosa sama . yeah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...