Pejuang Berani Mati.

Friday, February 11, 2011

Akhirnya

Akhirnya Mubarak jatuh juga!
Seluruh Rakyat Mesir bersorakan atas kejatuhan Mubarak !
Allahuakbar!
Morocco bila pula ?

Tuesday, February 8, 2011

teka teki

assalamualaikum . maaf sbb jarang update , yela skrg ni byk pulak hal yg bertangguh . dan byk juga dugaan dri Allah . so , untuk menenangkan jiwa saya ni , sy nak share teka teki . actually sy mmg minat giler main teka teki , kalau kwn2 main teka teki pasti sy byk soal diorg , yela suka bende2 yg kreatif gitu . so guys , teka teki yg saya paling tergelak dgr jwpan dia adalah teka teki ni .
"kenapa hidung lembu selalu berair?"
.
.
.
.
.
.
.jawapan

"sebab dia xde sapu tangan nak lap hidung dia !"

Sekian . ciao . wassalam .

Saturday, February 5, 2011

Moga Selamat

Operasi pindah pelajar tamat hari ini


SEBAHAGIAN daripada 200 pelajar Malaysia yang dipindahkan dengan pesawat TUDM C130 ke Jeddah, Arab Saudi, menyusun bagasi di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir, semalam


KAHERAH 5 Feb. - Operasi pemindahan 9,000 pelajar Malaysia ke Jeddah di Arab Saudi dari Mesir yang bergolak, dijadual disempurna dan ditamatkan esok.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab berkata, setelah berjaya membawa keluar 3,000 pelajar sejak Khamis hingga semalam, pihaknya yakin dapatmencatat 3,000 pelajar lagi hari ini dan 3,000 lagi esok.

Katanya, operasi memindahkan pelajar Malaysia itu dilakukan menerusi penerbangan tanpa henti menerusi pesawat Charlie C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia dan pesawat Penerbangan Malaysia (Mas) dan AirAsia.

''Kami membawa keluar kira-kira 9,000 pelajar yang secara sukarela mahu pulang ke Malaysia.

''Kita berusaha menyelesaikan urusan penghantaran pelajar ke Jeddah menjelang tengah hari esok kecuali berlaku kelewatan penerbangan akibat masalah birokrasi," katanya.

Mohamed Tajudeen berkata, angka tersebut berbeza daripada anggaran awal berdasarkan kepada bilangan pelajar yang mendaftarkan diri untuk pulang ke Malaysia secara sukarela.

''Terdapat di kalangan pelajar yang tidak mendaftar dan dipercayai memilih untuk terus berada di Mesir, menanti sehingga keadaan kembali tenang," katanya.

Menurut beliau, sekiranya semua perancangan berjalan lancar, ia akan menjadi satu kejayaan besar dalam proses membawa keluar rakyat Malaysia dari sesebuah negara.

Kata beliau, ia adalah satu kejayaan besar bagi semua pihak yang menguruskan operasi pemindahan kerana dapat menyelesaikan urusan ini dalam tempoh tiga hari.

"Hari ini kita menjangkakan proses pemindahan ini akan memuncak berikutan ada penerbangan tambahan daripada AirAsia," katanya.

Menurutnya, matlamat utama operasi tersebut ialah memindahkan pelajar Malaysia segera ke tempat selamat, berikutan kekacauan yang meluas di seluruh Mesir sekarang ini.

Beliau berkata, langkah memindahkan pelajar Malaysia ke Jeddah adalah paling terpantas mengikut bilangan pesawat yang digunakan berbanding jika membawa mereka terus ke tanah air dari Mesir.

Proses pemindahan tersebut bermula dengan para pelajar dihimpunkan di pusat-pusat penempatan khusus di sekitar Kaherah dan Iskandariah sebelum diangkut menggunakan bas ke lapangan terbang.

Di lapangan terbang, mereka ditempatkan di dalam sebuah khemah raksasa di perkarangan bangunan, sebelum diuruskan giliran dan tiket penerbangan mereka.

Sekretariat pemindahan di situ menyediakan makanan dan bantuan perubatan kepada pelajar yang menanti giliran.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay memberitahu, untuk urusan hari ini, seramai 4,300 rakyat Malaysia akan dibawa keluar dari Mesir menerusi lapangan terbang di Kaherah dan Iskandariah ke Jeddah.

"Apa yang pasti, daripada 11,000 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, hanya 9,000 yang memohon untuk dipindahkan ke Jeddah.

"Selebihnya mahu terus menetap di Mesir. Untuk itu, kita mengharapkan tugas-tugas membawa keluar rakyat Malaysia yang mahu ke Jeddah dapat diselesaikan hari ini," katanya.

Mengenai laporan yang menyatakan kamera dan komputer riba milik wartawan Malaysia yang membuat liputan berita di Kaherah dirampas pasukan tentera jelasnya, permasalahan tersebut telah dapat diselesaikan selepas pihaknya mengadakan rundingan bersama tentera.

"Bekalan makanan yang dibawa oleh Kelab Putera 1Malaysia untuk rakyat kita juga pernah dirampas oleh tentera di Mesir. Mereka (tentera) akan melakukan tindakan-tindakan terbabit jika dikhuatiri membawa ancaman. Nasib baik, hasil rundingan berjalan baik dan apa yang dirampas telah dikembalikan," tambahnya. - UTUSAN

Monday, January 31, 2011

Update

Assalamualaikum .

Syukur Alhamdulillah . Masih dapat meneruskan perjalanan hidup di bumi bertuah ini . hari ini teman baru saja update template baru yang agak kemas .memang teman suka bebenor kaler hitam tapi rasa teman macam tak sesuei pulok teman guna untuk blog teman sebelum ni .

maka teman pun uboh la sikit2 bentuk gaye ghupenye nih . eh , apsal beloghat peghak pulok teman nih ? hehe .saya harap anda semua mampu membaca entry2 blog ini dengan lancar sejurus itu mampu mengambil sedikit sebanyak jalan2 untuk kita ke syurga . Ameen .

Daripada Abu Hurairah R.A Nabi S.A.W telah Bersabda . "Perbaharuilah iman kamu semua". Beliau Ditanya "Wahai Rasulullah,Bagaimana kami memperbaharui iman kami semua?".Lalu Baginda Bersabda"Perbanyakkanlah Mengucap La ila Ha Illallah".
(Riwayat Ahmad dan Thabrani Didalm Attaghrib .Isnad Ahmad adalah Hasan)

Barakallahu Fikum . (;

Wednesday, January 26, 2011

Celoteh


Assalamualaikum dan salam muhibbah .
nak celoteh skit , sbb saya tgh bosan . rasa nak pegi jalan2 eropah tp takde duit , baru pas abis exam , rindu plak nak baca byk2 subjek2.hari ni kt rabat bersama Halim dn kwn2nya.satu rombongan dari Malaysia ke conference di Laayoune mengumpulkan byk negara islam dlm mencari resolusi dan bertukar pandangan berkenaan masalah ummat islam.sgt bagus sbb menemukan ukhuwah di pelusuk dunia.sy x follow pun tp dgr citer diorg sy rasa seronok sbb syabab2 muda skrg mampu bergerak dan sedar ttg pentingnya menjaga islam."yahfazillahu Yahfazak".apabila kita menjaga agama Allah,Allah akan menjaga kita.
pukul 5 ptg tdi bertolak dari Kenitra ke Rabat ,cuaca disini agak dingin dengan +7 darjah celcius,mulut berasap2 pulak masa kt dalam teksi tadi.esok nak bawak kawan2 ke pantai .seronok dpt bertukar2 pandangan dan menjalin ukhuwah bersama mereka .
erm,bila la result exam sy nak kuar ni.berdebar rasanya menunggu keputusan.berdoa dgn sangat supaya natijah yg kuar nti ,Allah memberi khabar gembira buat org yg menyayangi sy.rasa x mampu dah nak mengguris
hati family yg berharap sy pulang dgn segulung ijazah,namun,segala2nya itu terletak pd tgn Allah.ya,Allah yg layak mengukir lukisan takdir sy nti.doakan sy sahabat sekalian!
p/s: masih keliru mahu menyambung master disini atau di malaysia.gmbr ni dgn Imad yg dah pulang ke Malaysia.waa..rindu kt Beliau.apepun,INSYAALLAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...